17 November 2010

Babi Itu Haram. Selamat Hari Raya 'Aidil Adha!

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.  beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang samar-samar yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarabyang diharamkanNya..."
(Mutafaqun 'Alaih. Hadith keenam dalam Arbain an-Nawawiyah.)

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan
orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW:
"Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasaa'i. At-Tirmizi berkata ia adalah hadith hasan sohih)

***

Isu mendapatkan makanan yang benar-benar halal dan tayyibah di Malaysia ini bukanlah isu baru. Of koz, kita ada JAKIM, yang tidak dinafikan telah menjalankan tugas yang agak baik dalam memeberi pengesahan kehalalan sesuatu makanan. Dan logo Halal JAKIM semacam satu kemestian untuk si pengguna berasa tenang dalam membeli sesuatu produk makanan.  Saya sendiri, apabila membeli sesuatu produk makanan, akan berasa tenang apabila melihat terpampang logo halal JAKIM di paket makanan tersebut. Kira macam lampu hijaulah.

Eh tapi ramai je yang beli makanan yang takde logo halal JAKIM. Ok je. Selamba dek je diorang makan? Tengok bahan-bahan kat belakang paket, kalau takde babi, gelatin, arak dan apa-apa yang seangkatan dengannya, bantai! Yang lagi best kalau logo halal yang macam tulis tangan tu. Ha, yang ni banyak sangat kat paket-paket makanan yang dibuat di China atau oleh orang Cina. No offense, but that's the reality. Asam boi ke, kacang kuda ke, kuaci bunga matahari ke, selalunya pakai logo jenis yang ini. Jalan! Eh tapi betul-betul kompem halal ke..?

Yang buat jadi lebih konpius adalah apabila selain logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM, ada pulak badan-badan lain yang mengeluarkan logo atau pengesahan halal mereka sendiri. Yang paling feymes sudah tentunya logo halal Kentak (a.k.a. Kepsi a.k.a. Ayam Goreng Kentucky) dan Pizza Hut. Mereka mempunyai badan penasihat sendiri yang kemudiannya mengeluarkan sijil dan logo halal mereka. Ewah ewah, lawan tokey ke bang? Apa susah sangat ke nak dapat pengesahan halal JAKIM tu..?
[Kredit Gambar]

Yang pastinya, sudah banyak yang kita dengar, ramai pengusaha makanan yang menggunakan logo halal JAKIM yang palsu, semata-mata untuk melariskan jualan mereka. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, dan mereka ini amat menitikberatkan keharaman babi itu walaupun oh peduli apa saya tak kisah minum arak berzina main nombor ekor dan homosek, maka pasaran makanan halal di Malaysia adalah sangat besar dan lumayan. Di mana ada supply, di situ ada demand. Simple. Economics 101.

Pada masa yang sama, karenah birokrasi JAKIM dalam mengeluarkan sijil halal juga perlu diambil kira. Bukan sekali para pengusaha makanan mengomel dan mencaci-maki karenah JAKIM yang seolah-olah tidak efisien dan seriyes dalam mengeluarkan sijil pengesahan halal. Bila tiba bulan Ramadhan, barulah pihak JAKIM terhegeh-hegeh nak sahkan sama ada hotel ini dan hotel itu menyediakan makanan secara halal atau tidak. Kalau buat awal-awal takke senang..? Malah ada juga umpatan di belakang dan fitnah peah makcik-makcik mencuci kain di tepi sungai yang mengatakan kos untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM adalah homaigawd extravaganzalah mahal!

Aik? Macam tu pulak..? Kita ni nak memudahkan, bukan menyusahkan. Itu sabda Nabi SAW (Mutafaqun 'Alaih). Saya ni cetek aje ilmu agama. Pastinya pihak JAKIM lebih arif dan faham tentang isu ini bukan..?

Dan seperkara lagi, apakah kriteria-kriteria yang menjadikan sesuatu makanan yang dijual itu halal atau haram..? Saya pasti dalam website JAKIM pasti lengkap dengan informasi ini. Tapi saya nak tarik perhatian anda melihat isu ini daripada perspektif yang sedikit berbeza. Apa status makanan yang dijual, di mana syarikat yang menjualnya itu adalah penyokong tegar Yahudi? Contohnya Inche McDonald dan Starbucks. Ya bahan-bahan memproses dan penyediaan makanan dan minuman mereka sudah disahkan halal, tetapi halalkah sekiranya duit yang kita bayar kemudiannya digunakan untuk menyembelih anak-anak Palestin..?? Anda berkata, itu bukan hal saya. Bukan saya yang memberi duit itu kepada si Yahudi. Saya hanya mengunakan kuasa saya sebagai pengguna, itu sahaja. Kepala hotak anda sekian terima kasih.

Tidak boleh begitu. Tidak boleh mementingkan diri sebegitu. Bayangkan Malaysia dihentam Indonesia seganyang-ganyangnya dan jiran kita, Thailand dan Singapura enak menghisap Gudang Garam. Anda tak rasa seperi nak beri mereka penampar percuma..?? Jadi persoalan saya, apa status makanan dan minuman seperti itu? 

Korang rasa-rasalah, sebenarnya McD ni halal ke tak sebenarnya eventho nun kat bawah tu ada logo halal secoet? ^^" [Kredit Gambar]

Bagaimana pula dengan status kedai yang menjual arak di premis mereka? Ya saya tahu, restoran seperti Sushi King dan Terima Kasih Tuhan Hari Ini Hari Jumaat, mereka tidak diberikan sijil halal oleh JAKIM kerana mereka menjual dan menghidangkan arak. Abes tu? Bagaimana dengan makanan yang dihidangkan di dalam kapal terbang Penerbangan Malaysia? Mereka juga menghidangkan arak. Malah sekiranya anda seorang Muslim dan meminta untuk dihidangkan arak, pasti si pramugari/ra tanpa ragu-ragu dan segan silu akan menghidangkannya kepada anda.

Bagaimana pula dengan mamak-mamak yang berlambak-lambak di Kolompo ini? Adakah dengan ayat-ayat Quran bergantung penuh di dalam kedai sudah menjamin kehalalan roti canai, tosai dan tandoori yang dijual? Berapa ramai agaknya pekerja di mamak-mamak ini yang sebenarnya beragama Hindu? Bagaimana dengan tukang masak mereka? Dari aspek kebersihan pula. Halal mungkin halal, tetapi adakah restoran mamak ini menjamin ke-tayyibah-an makanan yang dijual. Kadang-kadang tu terpaksa tutup mata dan hidung ketika makan di kedai mamak, dek kekotoran tahap cipan di premis-premis mereka. Eh tapi makan jugak!

Macam mana? Mind-boggling buka? Wahahaha.. Saya memang suka memprovokasi anda.  

Pada masa yang sama, apa peranan kita sebagai pengguna Muslim dalam memastikan makanan yang kita makan tu benar-benar halal dan tayyibah? Eh ini bukan benda main-main tahu? Kita sedang bercakap tentang makanan yang diproses di dalam usus kita kemudian masuk ke dalam perut dan sebahagian akan diresap ke dalam darah dan sebahagian lagi akan keluar sebagai, err... Faham sendiri. Maksud saya, status kehalalan makanan kita adalah sesuatu yang amat penting untuk kita ambil tahu. Mencari yang halal itu hukumnya wajib.

Tapi kita boleh pulak buat endah tak endah acuh tak acuk. Nak makan pelempang?

Dah tahu di Malaysia hanya dua kopitiam sahaja yang disahkan halal oleh JAKIM, mengapa kita masih pergi ke kopitiam yang lain..? Atau dah ada keropok jenama X yang kompem halal dan tayyibah, kenapa masih nak makan keropok jenama Q yang logo halalnya ala-ala budak-budak tadika yang tolong tuliskan. My point is unsurprisingly simple and straightforward. Kita mempunyai banyak pilihan. Kita bukannya dalam keadaan darurat atau terdesak. Mati ke kalau tak makan dekat Restoran M tu? Boleh dapat barah pankreas ke kalau tak minum air jenama C itu? Abes tu kenapa masih berdegil, nak jugak pilih makanan dan minuman yang syubhah..?

Nampak tu tanda halal dia? Boleh percaya ke nih? [Kredit Gambar]
Eh tapi JAKIM bukan maksum! JAKIM tak sempurna! Betullah tu. Sebab tu kita tak boleh nak harap kat JAKIM je. Kita sendiri, sudahkah kita benar-benar menjalankan tanggungjawab kita bagi memastikan makanan dan minuman yang kita ambil sehari-hari sahih kehalalannya..? Atau kita jenis yang, oh kakak orang pakai tudung dan pak cik pakai kopiah kat kedai tu, kompemlah halal!..? 

Tapi kita et lis adalah JAKIM, yang mana kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain, hatta negara-negara maju sekali pun, kira JAKIM ni advanced la jugak. Tapi itu tak bermaksud mereka boleh complacent. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bergantung penuh kepada pengesahan halal mereka. Pastinya amanah yang dibebani mereka amat besar!

Eceli, kalau nak berhujah pasal halal haram ni, memang sampai tahun hadapan tak abes. Lagi la pulak banyak khilaf dalam isu ini. Saya terima hakikat itu. Tetapi, suka saya nak tarik perhatian anda kepada 2 potong hadis di permulaan post ini. Jika kita benar-benar mahu menjaga jiwa dan diri kita, maka kita amat perlu berhati-hati dalam menilai pengambilan makanan dan minuman kita sehari-hari. Waraknya seseorang itu adalah apabila dia menjauhi perkara syubhah. Bukan haram lagi dah, tetapi perkara-perkara yang syubhah, yakni samar-samar. Apatah lagi apabila kita juga bertanggungjawab memberi makan dan minum kepada orang-orang di bawah jagaan kita. Besar tanggungjawab tu!

Kita tak mahukah menjadi seperti Abu Bakr r.a. yang menjolokkan tanggannya ke dalam mulutnya semata-mata mahu memuntahkan kembali makanan yang sumbernya syubhah? Atau 'Umar r.a. yang memuntahkan susu yang diminumnya atas sebab yang sama? Subhanallah.. Kita macam mana? Bedal aje..! Haih...

Apa-apa pon, bagi meningkatkan kecekapan dan keefisienan JAKIM dalam memastikan kehalalan sesuatu produk, saya ada cadangan yang boleh tahan bernas. Apa kata, instead of keluarkan sijil halal, JAKIM keluarkan sijil haram..?? Ha.. Amacam..? Menarik kan..? Ye la, kalau susah betul nak keluarkan sijil halal, sebab begitu banyak dan pelbagai jenis produk makanan yang dijual, kan lagi senang kalau buat pengesahan haram je. Sebabnya produk yang betul-betul haram pastinya lebih sedikit berbanding produk yang halal. Dan lepas ni, kita takdelah ragu-ragu lagi nak makan nasi ayam mak cik tepi sungai atau pon nak beli cempedak pisang goreng dari kedai tepi jalan besar. 

Kalau JAKIM setuju, ni hah, dah ada logo dah pon. Wahaha.. JAKIM boleh pilih sama ada nak pakai ini:

 

Atau pun yang ini:


Bagaimana? Bergaya bukan..?? Hihihi..

Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah. Dalam setiap apa yang kita lakukan, bukannya nafsu dan kemahuan diri sendiri yang menjadi paksi, tetapi mardhatillah itu sendiri. Sebab at the end of the day, kita nak berjumpa Allah dalam keadaan yang berseri-seri di sorgaNya, Insha-Allah. Dah tu, kalau makan, minum, kerja, berkahwin, beranak-pinak bukan kerana Allah, macam mana Allah nak sayang kita? Haih.... *mode super-muhasabah untuk diri sendiri*

Maka kita kena berkorban. Korbankan perasaan, nafsu dan kehendak diri kita agar setiap perlakuan kita sejajar dengan tuntutan Islam. Dan sebut pasal pengorbanan ni, *ehem ehem*, saya Inche gabbana, dengan penuh tulus, ikhlas dan bergaya pada masa yang sama ingin mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT 'ADIL ADHA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI YANG BERAGAMA ISLAM!

Kullu 'am wa antum bi khair, biidznillahi ta'ala.

=)

Allahu a'lam.

-gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

imanshah 17/11/2010, 00:40  

salam

zaman saya sekolah dulu saya berkawan dengan budak2 siam..serius kami kawan baik dari kecil..helalu ikut kawan2 pergi pasang jerat biawak. hari2 melihat mereka makan nasi lauk biawak, kadang2 gulai babi!!

Mohammad Aiman 17/11/2010, 01:12  

Menarik la idea itu!
HARAM. Haha =)

Senang je nak lingkupkan sesuatu syarikat..


Btw, slamat hari raya inche gabbana!

khas dari Kertas Double A, Aiman Amri.. wahahaha

Liyana 17/11/2010, 05:08  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 17/11/2010, 12:11  

selamat hari raya inche... & selamt berkorban kecintaan pd dunia (><)

gabbana 17/11/2010, 16:03  

cikgu: seriyesly...? cikgu tak pernah tumpang sekaki ke..? hehehe..

selamat hari raya btw! ;)

gabbana 17/11/2010, 16:04  

haha.. nasib ah, kalau tak nak lingkup, jual ah benda2 yg halal! betul x..? ^^

selamat hari raya untuk anda dan femili juga aiman! ;)

gabbana 17/11/2010, 16:04  

selamat hari raya untuk anda juga anonymous! ye selamat sama2 kita iAllah.. =)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP