16 November 2010

Kegemaran Inche gabbana Yang Kurang Sopan

Salaam semua. Baru-baru ini agak ketandusan idea untuk menulis. Ok, takdela baru-baru sangat pon. Semalam je.. Wahahaha..

Banyak jugakla post yang saya tulis separuh jalan, tak mampu nak habiskan. Either takde selera nak teruskan atau tidak bermaya untuk menulis. Tambahan pula semalam adalah hari yang sangat sibok buat saya. Entah macam mana boleh pulak tiba-tiba berlambak-lambak kerja nak siapkan! Adeh.

Anyway, hari ni nak cerita pasal satu tabiat saya yang agak memalukan di waktu sekolah dahulu. Ini adalah satu konfesi berbentuk separa berani mati kerana identiti saya tetap menjadi rahsia. Wahahaha.. Kecuali mereka yang mengenali identiti sebenar Inche gabbana. -___-"

Dahulu kan, di waktu sekolah, saya amat gemar tidur. *pipi kemerah-merahan* Betul saya tak bohong. Ok mungkin takdela gemar, tetapi saya tidak dapat menolongnya. Saya sering 'ter'tidur di dalam kelas dan sering juga terkantoi melakukannya. Haih..

Nak kena pulak di waktu siang tatkala matahari memancar terik. Fuuhhh.. Memang masyuk ah tidur. Atau pun selepas waktu Pendidikan Jasmani. Ha, ini memang waktu perdana, bukan untuk saya seorang sahaja tetapi hampir satu kelas..! Manakan tidak. Dahla penat, panas, berpeluh-peluh lagi. Ketika itu memang mata berat super. Seperti ada stapler yang menempelkan kelopak mata. Sangat kasihan pada guru yang mengajar selepas waktu itu. Anda bayangkan, pernah sekali ini, Ustaz Mokhtar, ustaz kesayangan kami semua mengajar dua tiga orang sahaja di dalam kelas. Yang lain ke mana? Sudah sampai Afrika, Australia dan Kanada. Wahahaha.. Ya ammmpuuunnn Ustaz...! ;p 

Nak-nak pulak waktu prep. Wahahahaha.. Silap-silap kelas jadi padang jarak padang tekukur. Eh betul ke guna peribahasa ni? Pedulikan. Asal mesej sampai. Hihihi.. Tapi memang betul. Kalau waktu prep petang, warden tak payah round pon takpe sebab budak-budak semuanya 'baik' dan 'bersopan-santun'..! Wakakaka.. 

Ada rasa nak pelempang tak kat budak nih..?? Hohoho.. [Kredit Gambar]

Kembali kepada diri saya, kekuatan dose mengantoknya saya (di Sekolah Bintang kami sebut 'ngantos') adalah luar biasa sekali. Saya boleh terus-menerus tidur kalau tiada cikgu yang datang mengajar. Tahu-tahu je dah abes kelas! Wah! 

Pernah sekali tu, kerana terlalu mengantuk di waktu pagi, saya ke kelas awal sebelum waktu perhimpunan untuk merehatkan mata dan minda. Dan anda tahu apa yang terjadi pada pagi itu? Nak dijadikan cerita, pagi itu di perhimpunan, pihak sekolah mengumumkan nama-nama wakil sekolah untuk ke Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, dan of koz lah saya yang glamor dan bergaya ini terpilih untuk mewakili sekolah kan? Maka para pembahas sekolah dipanggil nama mereka dan diminta untuk naik ke pentas. Disaster. Wahahaha.. Saya naik pentas jugak, tapi dalam mimpi lah..! Wahahaha.. ^^"

Malu betul. Habis perhimpunan tu, semua tanya saya pergi mana. Saya dengan tersipu-sipunya cubalah juga untuk menutupi kesalahan dan jenayah yang telah saya lakukan. Gagal. Dengan teruk sekali. Kantoi besar-besaran! Wahahaha..

Posisi kegemaran ketika tidur? Haruslah meletakkan kepala di atas kedua belah tangan yang diletakkan di atas meja. Oooh cukup mudah dan nikmat. Dan selepas bangun tidur habis satu badan kebas-kebas. Kena tunggu 5 minit jugalah sebelum semut-semut di tangan hilang sepenuhnya. Hihihi.. Dan apa tahu apa yang lebih memalukan? 

*Tarik nafas panjang-panjang*

Konfesi bunuh diri.

Apabila air liur belum basi lagi membasahi meja atau buku....!! Wahahahaha.. Sumpah malu! Nak cover pun tak tahu macam mana dah! Haruslah cepat-cepat ambil tisu poket di dalam kocek seluar dan mengelap segala bahan bukti yang ada! Tapi sukar juga kan nak menutup kesalahan helaian muka surat yang sudah basah..?? Wakaka.. Bangkai gajah lagikan hendak ditutup. Bantai ajalah labu...

Tapi, keajaiban yang paling dahsyat apabila saya tidur di dalam kelas adalah apabila guru-guru tidak memarahi tindakan saya itu. Dan cikgu-cikgu yang pernah menjadi watak utama dalam cerita ini termasuklah Cikgu Fuziah, Cikgu Noorishah dan Cikgu Umaimah (Oh anda tidak akan berani tidur dalam kelas Cikgu Zulaifah dan Mr. King Eng Seng! Jangan cari pasal!). Mengapa mereka tidak marah ya? Kerana saya anak murid kesayangan mereka..? Tidak juga. Kerana saya mencapub..? Ooh. Err. Hehe.. Rasanya tidak. xp

Jawapannya.. Entahlah, tetapi setiap kali mereka bertanyakan soalan ketika saya sedang tidur, entah bagaimana saya boleh menjawab soalan mereka dengan tepat. Kalau tidak tepat pon, et lis memuaskan hati mereka. Maka selalunya mereka akan membiarkan sahaja saya tidur! Wahahaha.. Kira lesen besarlah ni! Nak kata genius, oh, jauh panggang dari api. Mungkin berkat kot sebab ilmu diserap ketika sedang tidur..! Wakakaka..

Yang paling best Cikgu Fuziahlah sebab memang dalam kelas Ilmu Hisab Modennya, saya selalu tidur espeseli di hujung-hujung tahun sebab sudah tiada lagi subjek baru yang hendak dipelajari. Dan selalunya saya berjaya menyiapkan kerja saya dengan pantas dan segera. Maka apa lagi..? Tidurlah! Hihihi.. Cikgu Fuziah memang dah faham benar dengan perangai saya. Dan dia tidak kisah. Cool bukan..? ;)

Et lis saya jujur ok, tidur terang-terangan di hadapan cikgu. Tidak seperti kawan-kawan saya yang cukup bijak menggunakan strategi tidur di sebalik buku. Ala-ala rajin la ni. Dari depan nampak macam tengah baca buku dengan khusyuk, rupa-rupanya di sebaliknya sedang tawadhuk. Wahaha, memang hampagas tetapi jinius!

Ok, jangan risau. Saya tidak pernah terjebak sehingga ke tahap ini! Wahahaha.. [Kredit Gambar]

Saya pon tidak tahu apakah sebab musabab saya sering penat dan mengantuk di dalam kelas. Nak kata 'itu,' sumpah saya tak pernah buat. Lutut masih kuat lagi. Erk. Saya adalah seorang kanak-kanak yang inosen dan bersopan-santun ok..? Hihihi.. Mungkin tidak cukup vitamin. Atau tidak cukup oksigen di dalam otak. Mungkin. Sebab saya bukanlah seorang lelaki sukan (Baca: Sportsman) di sekolah dahulu. Jadi mungkin juga otak saya sedikit cacat kerana kekurangan O[kuasa][dua] lantas sering mengambil keputusan mudah untuk tidur. Wahaha..

Sebab yang paling relevan adalah kerana memang saya mudah penat. Tambahan pula dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab, menjadikan saya sering tidak cukup tidur dan cepat letih. Berlari ke sana, berlari ke sini. Kadang-kadang memang tidak tidur malam. Nak pulak kena bangun awal jika tidak piaaappp kena sebat dengan Pak Pin atau 50 round! Huh. Jadi suka tak suka, kelaslah menjadi pentas persembahan saya.

Tapi memang perangai buruk saya ini menjadi legenda jugaklah di Sekolah Bintang. Legenda urban yang tidak manis untuk dicontohi oleh anak-anak muda, apatah lagi anak-anak gadis di luar sana. Haih...

Anda ingat saya tak malu? Anda ingat saya tak rasa bersalah? Ok mungkin kurang sikit di dalam kelas Cikgu Fuziah dan Ustaz Mokhtar (Ya Allah, pengakuan Kamikaze kan..? Ampunkan saya cikgu, ustaz! ;p). Tetapi selalunya memang saya rasa bersalah. Guilty as charged. Yela, saya sering bayangkan kalau saya yang mengajar di depan dan anak murid saya dengan selamba dek aje berenang kuak kupu-kupu di hadapan batang hidung mata kepala saya. Wajiblah rasa macam nak pelempang kan..? Tensen kot! Mujurlah cikgu-cikgu saya semuanya berhati mulia berbudi bahasa dan bersopan santun. Mereka memang terbaik..!!

*kipas kipas*

Tapi takdela saya mengambil kesempatan dalam kelas mereka ini. Tidak, saya bukan lelaki seperti itu. Saya cuba sebaiknya untuk tidak melelapkan mata, atau 'ter'lelapkan mata. Hihihi.. Pernah sekali tu, saya berusaha dengan penuh gigih untuk tidak membiarkan kelopak mata saya tertutup di dalam kelas Ustaz Mokhtar. Tapi apakan daya, mata-mata saya lebih berkuasa ketika itu. Maka rebahlah seorang perwira gagah berani, tewas dengan nafsu raksasa tidurnya. -___-" 

[Kredit Gambar]

Anda mesti pernah tersengguk-sengguk menahan perasaan mengantuk yang cukup luar biasa kuatnya, sambil menahan mata daripada tertutup. Seksa bukan..?? Pada masa yang sama Ya Allah hazab nikmatnya apabila dapat melelapkan mata walau sekejap cuma. Itulah perasaannya. Itulah pertarungan yang terpaksa saya hadapi setiap masa. Wah!

Anyway, dalam ucapan perpisahan saya di dewan besar Sekolah Bintang, saya ada meminta maaf kepada semua cikgu-cikgi yang pernah mendidik diri ini, dengan penuh tulus ikhlas dan berbudi pekerti. Tolong tolong ampunkan anak muridmu ini yang kadang-kadang memang tak makan saman. Seriyes saya tiada niat untuk menyakiti hati-hati cikgu-cikgu yang cukup saya hormati dan sayangi! Saya betul-betul tidak dapat menahan kerakusan nafsu tidur saya itu!

Sehingga kini, setiap kali mengenangkan kejaguhan saya tidur di dalam kelas, saya pasti tertawa seorang diri. Malu. Dan tidak percaya dengan tabiat buruk saya sewaktu ketika dahulu. Malah sering juga menjadi topik perbualan setiap kali bertemu mata dengan cikgu-cikgi kesayangan. Tak kering gusi kami gelak pecah perut! Tidak kurang juga saya berkali-kali meminta maaf atas ketidaksopanan dan kebiadaban saya itu.

Tetapi peristiwa-peristiwa begitulah yang menjadikan kenangan saya di Sekolah Bintang masih segar dan hidup di dalam ingatan! ;)

-gabbana-

Kalau anda perasan, post kali ini begitu banyak wahahaha, wakakaka, hihihi dan gelak tawa yang seangkatan dengannya. Peristiwa ini memang lucu untuk diri saya. Malah saya tergelak sorang-sorang ketika menulis post ini. Tapi tak boleh gelak kuat-kuat, nanti kantoi! Wahahaha.. ^^

23 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 16/11/2010, 11:51  

zzzzzzz

haha

p/s :
try la tido kat tempat keje skrg =)

N 16/11/2010, 12:01  

ada yg kata, orang yg kuat tidur ni sebenarnya bijak dalam diam :)

gabbana 16/11/2010, 12:08  

aiman, eceli dah penah try dah... wahahaha.. tapi tak best, sbb tak boleh lama2, nnt kena pecat..! hohoho..

gabbana 16/11/2010, 12:09  

woah N..!! Benarkah...??? *terbang melayang ke langit* Hihihi..

Terima kasih N! Anda membuatkan saya rasa kurang bersalah sekarang nih! ;)

Anonymous 16/11/2010, 12:22  

Wah, samalah macam saya ketika Form 1. Waktu itu, cikgu2 sangat gemar tidak masuk mengajar dalam kelas, asyik skip je. Maka menjadi suatu kebiasaan untuk tidur dalam kelas.

Saya pernah tidur atas meja guru, sehingga cikgu sendiri yang mengejutkan saya dari tidur.

Tapi saya tidak sebijak inche Gabbana. :P

gabbana 16/11/2010, 22:48  

Anonymous! Wahaha.. Saya pon pernah tidur kat meja cikgu, tapi takdela sampai cikgu yg kejutkan..! Saya mmg kagum dgn anda..! Wahahah..

Erk... sila jangan cakap begitu. semua org pon bijak dan pandai! ^^

imanshah 17/11/2010, 00:43  

eh kaki tidur ni..kepimpinan melaui teladan ya gabbana..patut anak2 buah kamu (junior) pun suka tidoq

gabbana 17/11/2010, 16:05  

hehehe.. main kasar nampak cikgu...? ;p

nur aysya 19/12/2010, 09:47  

saya mengantuk pun sudah kena cubit..aduh2..

Anonymous 25/10/2011, 18:14  

Saya pun masih berfikir2 knapa time skolah boleh ngantuk sgt2..xpecially time add math..itu subjek feveret tuk tidur.kalau nk cover line tdo dlm toilet -_-;

Anonymous 22/04/2012, 02:07  

inche gabbana, dalam DnT mesti lg penat kan? mcm mane IG mengatasi masalah tido disebabkan mudah penat?

Anonymous 17/05/2012, 03:38  

ahahaaa.reflek diri sebentar! saya duluu lg haruuu! penah tidoq dalam kelas gendang even bising2 pon layann muehehe dlm kelasrum tuh apatah lagi! ;)

who am I? 24/08/2012, 13:51  

Saya hanya boleh tidur dalam kelas matematik tambahan.Kalau kelas Sejarah,jangan harap .Kompem kena sepak terajang XD

RinAsrar 08/11/2012, 09:20  

Wahaaa , anda sama dengan saya inche gabbana , cuma bila cikgu tanya soalan , saya hanya mampu mendengar sahaja . :D
Saya ni budak pemalas tapi still dapat masuk kelas A , masa sekolah rendah jelah . Masa darjah 5 turun kelas T^T betapa sedihnya tapi disebabkan kesalahan saya juga :)

Anonymous 19/12/2012, 17:08  

haha~~entry nie buat sy tringt kt dri sy
lecturer msuk kelas je trus otomatik menguap~~mcm reflex action plak(x pyh nk disuruh2) haha..anywy entry nie best sgt.
credit to inche gabbana

Norazlina Mohamed Ali 19/12/2012, 17:40  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 31/12/2012, 01:39  

style lah.. saya teringat masa sekolah dulu gitu gak.. huhu terkenal dengan penyakit ketiduran.. kenangan tinggal kenangan.. kat uni, jgn harap nak terlelap~ satu ape xpaham nanti ^^,

sha humaira' 17/03/2013, 06:10  

trgat time sekolah dlu dr duk tmpat tgah2 tukar posisi tmpt duduk kwn yg blkg sbb nk tido pnya psl..heh heh..

sampai diploma pn prnh trtdo depan2 pensyarah..hahaha.. pensyarah kejutkan sy then suh sy selesaikan soalan matematik di hdpan.. dan sy brjya selesaikan tnpa sy sedar sy mmpu slsaikannya..muhahahaha.. so dia xjd nk marah.. hohoho

minggu lepas pergkt master plak blh plak tertido dlm kelas dpn lecturer lagi..hohohoho... teruknya tp xsngja.. T_T

Anonymous 20/03/2013, 14:19  

Biasanya tidur dlm kelas ni budak2 yg duk asrama..macam sekolah saya.sekolah asrama harian(sebahagian pelajar berulang n sebahagian pelajar asrama).n sudah menjadi lumrah,kalau bdk asrama yg tidur time cikgu mengajar kat depan..x pum duk tahan mata dari terkatup...so,cikgu2 automatik akan tahu,kalu bdk tu tidur dlm kls,dia pelajar asrama lah tu.Proud to be pelajar asrama..^^"..banyak kenagan tercipta..

7 13/12/2013, 20:48  

haha...bercerita tidur sampi keluar air liur nih..mmg dah lali bg budak ostel....huhuhu..pernah menyaksikan kejadian dimana ada terskodeng sorang dak laki kelas saya yang tidur sambil buat kolam air liur basi....nak dipendekkan cerita..cikgu pon masok...dan secara otomatik dier memecahkan benteng kolam tersebut lalu...turun seperti air hujan.....xbayang kan btul ...masa tu..dan otomatik la saya dan sahabat saya..pon berkata...wooooo air terjun ...

Anonymous 05/04/2014, 01:42  

Bila baca post ini teringatkan imam Ash- Shafi'ee (R):)

Anonymous 17/12/2014, 22:40  

Hmm hmm macam mana nak elakkan? Saya pelajar universiti. Ada certain kelas tu, memang setiap kali kelas akan tidur tersengguk2. Nasib baik markah tinggi. Tapi rasa bersalah juga dengan cikgu.

Excellent Student XD 01/06/2015, 10:49  

Sekolah Bintang ?
STAR kan..
Sekolah Tunku Abdul Rahman kan..
HAHA aku pun selalu jugak tersengguk-sengguk time asatizah mengajar,,
Orang kata budak ostel memang habbit dia la tuww XD
BTW , Doakan aku Mumtaz Sofi SMA tahun ni n 11A+ SPM tahun depan ,,
Chingching ><

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP