18 November 2010

Uuurrrgghhhh Sibuk Tahap Gaban...!

Sudah tiga hari saya sangat sibuk di opis. Tolak semalam sebab cuti, Isnin, Selasa dan hari ini saya sangat-sangat sibuk. Sehinggakan tiada peluang langsung untuk 'ter'lelap seperti hari-hari lain. Sungguh ajaib. Mujurlah semalam cuti, jika tidak pastinya sekarang ini saya sudah bertukar menjadi raksasa makan budak.

Menurut tajuk di atas, bila fikir-fikir balik, saya rasa Gaban pon tidak sesibuk ini. Et lis dia boleh berseronok memakai baju ketat kosplay dan berasa gembira setelah menang melawan raksasa.

Sedangkan saya..? TT__TT 

Gaban yang cukup bergaya ketika bekerja. Mengapa saya tidak boleh bergaya sepertinya ketika bekerja..?? [Kredit Gambar]

Ini pun curi-curi masa untuk tulis post yang super segera dan kurang berkualiti ini. Rasanya kalau go through SIRIM mesti dah gagal dengan bergayanya.

Tu la, dulu komplen bosan, takde kerja. Makan gaji buta. Sekarang ni, hamik kau! Kerja bertimbun-timbun beribu-ribu lemon. Sungguh seronok dan mengujakan bukan..??

Oh alangkah seronoknya kalau ada bisnes sendiri dan tak perlu makan gaji. Sungguh feleksibel dan boleh bergembira.

Wuwuwu.. (Menangis tanpa air mata bercucuran) 

-gabbana- 

Doakan agar saya terus kuat menjadi kuli cacai professional dari 8.30 ke 5.30 ini. ^^"

13 Caci Maki Puji Muji:

IMANSHAH 18/11/2010, 16:21  

nak tahu sapa yg mulakan peribahasa SIBUK TAHAP GABAN

Clarky Afif 18/11/2010, 19:08  

Gaban! abayo namida Gaban!

gagagagaban! sabar jela. org kampung aku kata c'est la vie. :p

Mohammad Aiman 18/11/2010, 20:59  

alolololo... siannya die haha

Anonymous 18/11/2010, 22:18  

baru saya tahu gaban itu apa.. hehe :D

Kenangan Lalu 18/11/2010, 23:51  

dl org dh pesan enjoy while it last, skang... haha!

Inche gabbana 19/11/2010, 08:44  

cikgu: boleh masuk dalam KOMSAS tak nnt..? wahahaha.. ;D

Inche gabbana 19/11/2010, 08:45  

clarky afif: erk.. apsal hyper lak nih..? tu lagu tema gaban ke..?

wahaha.. org kmpg anda..? org kmpg saya cakap, je ne comprend pas..! ;)

Inche gabbana 19/11/2010, 08:45  

aiman: nnt ko rasa la sendiri.. -___-"

Inche gabbana 19/11/2010, 08:46  

anonymous: aih..? anda ni idop zaman mana ni..? ni mesti dah generasi Z dh nih! hihihi..

Inche gabbana 19/11/2010, 08:46  

nyamouq: thanks for reminding me. -___-"

Anonymous 19/11/2010, 19:58  

hehe :D
sy seorang yg x berapa gemar menonton tv

Inche gabbana 19/11/2010, 21:00  

woah! bagus la tu..! skang ni saya pon dah tak gemar menonton. syukur sgt..! ;)

Muhammad 30/01/2014, 14:02  

Mulai sekarang saya akan panggil anda Inche Gaban...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP