Anda Fikir Menaiki Putra LRT Tidak Boleh Mendapat Pengajaran Yang Bermaknakah...?
Pagi ini seperti biasa, saya, Puan Mama dan Inche Abang (Wah pertama kali watak Inche Abang ditonjolkan di dalam belog ini! Tahniah!) dihantar oleh Inche Papa ke Stesen Putra XXX untuk ke tempat kerja. Biasanya kami tiba beberapa minit sebelum pukul 7 pagi. Ya, memang awal. Semuanya Inche Abang punya pasal kerana terlalu menggelabah, terlalu risau dia akan terlambat ke tempat kerja! Haih, sungguh menekan jiwa dan perasaan saya.
Ketika menaiki tangga bergerak menuju ke platform, saya dan Puan Mama mendapati tren sedang menghampiri platform. Pada mulanya, saya memberitahu Puan Mama, tak perlu gelabah kerana akan ada banyak lagi tren yang akan sampai. Tetapi setelah mendapati tren tersebut adalah tren empat gerabak, saya terus menukar pendirian. Ok, perlu gelabah!
Mujurlah kami sempat menaiki tren empat gerabak tersebut. Tren empat gerabak selalunya lebih dichentai dan disayangi daripada tren dua gerabak, kerana ruang dalamnya yang lebih lengang dan selesa. Tidak perlu berhimpit-himpit macam tin tuna bercili cap Ayam atau menghidu ketiak orang lain di waktu pagi! *Siapa yang sedang menikmati hidangan makanan sila maafkan saya* Malah kadang-kadang saya sanggup menunggu tren empat gerabak, membiarkan tren dua gerabak berlalu pergi samata-mata kerana mengutamakan keselesaan.
Tren 4 gerabak adalah jauh lebih selesa dan bergaya daripada tren 2 gerabak! |
Alhamdulillah, pagi itu saya mendapat tempat duduk, di sebelah Puan Mama. Selalunya, walaupun ada tempat kosong untuk diduduki, saya jarang mengambilnya kerana tidak mahu dipandang jijik dan serong oleh orang lain kerana tidak memberi peluang kepada orang yang lebih layak untuk duduk. Tetapi pagi itu memang tidak begitu ramai orang yang menaiki tren. Hatta selepas saya duduk sekali pon, masih ada lagi tempat duduk yang kosong. Maka saya pon duduklah dengan perasaan yang tidak bersalah dan gembira sekali. Wahahaha..
Anyway, ketika duduk di dalam tren, saya terfikir tentang tindakan saya dan Puan Mama yang berlari-lari anak untuk menyempatkan diri menaiki tren empat gerabak sebentar tadi. Mengapa kami berlari? Kan lebih senang tunggu sahaja tren yang akan datang selepas itu? Dan tren empat gerabak pastinya akan datang lagi.
Saya tersenyum sendirian. Bukan, saya tidak gila. Belum lagi. Cumanya, ketika berfikir tentang kejadian itu, kepala hotak saya terus mengaitkannya dengan analogi yang suka dan sering saya berikan setiap kali saya dijemput memberikan ceramah (Eh Inche gabbana bagi ceramah? o__O). Analoginya memang berkaitan dengan keretapi, dan kejadian yang berlaku kepada saya dan Puan Mama pada pagi tadi memang amat bertepatan dengan pengajaran analogi tersebut.
Saya tersenyum sendirian. Bukan, saya tidak gila. Belum lagi. Cumanya, ketika berfikir tentang kejadian itu, kepala hotak saya terus mengaitkannya dengan analogi yang suka dan sering saya berikan setiap kali saya dijemput memberikan ceramah (Eh Inche gabbana bagi ceramah? o__O). Analoginya memang berkaitan dengan keretapi, dan kejadian yang berlaku kepada saya dan Puan Mama pada pagi tadi memang amat bertepatan dengan pengajaran analogi tersebut.
Begini.
Jika anda berada di London dan berpeluang menaiki sistem keretapi bawah tanahnya yang sungguh cekap dan efisien, anda akan mendapati kejadian yang lebih kurang serupa; para penumpang akan berlari mengejar keretapi yang baru sampai walaupun seminit dua selepas itu pasti ada keretapi lain yang akan sampai (Ya, sistem keretapi bawah tanah di London yang lebih manja dipanggil 'Tube' memang begitu efisien kerana keretapi akan tiba selang seminit dua, espeseli di waktu puncak. Cool bukan..??).
Pelik bukan...? Mengapa mereka tidak menunggu sahaja keretapi lain..? Tidak perlulah berlari-lari ala-ala berlari di tepi pantai nan indah. Kalau tergolek dog nanti, sapa yang malu..?? Pastinya mereka dan keluarga mereka.
Pelik bukan...? Mengapa mereka tidak menunggu sahaja keretapi lain..? Tidak perlulah berlari-lari ala-ala berlari di tepi pantai nan indah. Kalau tergolek dog nanti, sapa yang malu..?? Pastinya mereka dan keluarga mereka.
Tetapi tidak, mereka berlari. Sehinggakan kadang-kadang tu sanggup bertarung dengan pintu keretapi yang hendak ditutup. Seronok juga menyaksikan kadang-kadang ada yang disepit pintu! Wahahaha.. Ok kejam. Kalau nak kata mereka sudah terlewat, alah, bukannya tiada lagi keretapi lagi selepas tu. Dua-tiga minit je pon!
Habis tu? Mengapa mereka sanggup berlari dan mengambil risiko, membahayakan nyawa mereka (sedikit over di situ..) semata-mata untuk mengejar keretapi? Jawapannya, ketidakpastian (Baca: Uncertainty). Tiada siapa yang boleh memastikan selepas tren yang sudah berada di hadapan mata berlalu pergi, akan ada tren lain yang akan menggantikannya. Of koz, kita semua dimaklumkan yang ada tren lain yang akan menyusul tiba. Tetapi ia tidak boleh dikompemkan secara seratus peratus.
Saya pon pernah menyertai marathon amal mengejar Tube! Hehe.. [Kredit Gambar] |
Ya, saya sendiri pernah beberapa kali mengalaminya. Jika di London, kadang-kadang Tube yang dinantikan tidak kunjung tiba, dek masalah teknikal yang berlaku. Tidak kurang juga kes-kes bunuh diri dengan mencampakkan diri ke atas rel keretapi yang sering berlaku di London. Akibatnya? Sistem keretapi tergendala teruk. (Oh si pembunuh diri sebenarnya amat mementingkan diri! Mereka fikir dengan membunuh diri akan menyelesaikan semua masalah. Mereka sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah..! Cis.)
Jadi tidak hairanlah ramai manusia yang terkejar-kejar untuk menaiki tren yang sudah tiba. Tren sudah berada di depan mata, maka mengapa mahu menunggu tren yang seterusnya? Ketidakpastian yang menyelubungi pemikiran mereka menjadikan keputusan untuk 'naik sekarang' adalah suatu keputusan yang sangat rasional dan logik.
Begitu juga dengan peristiwa saya dan Puan Mama pada pagi ini. Sekiranya kami berlengah-lengah dan tidak berlari-lari anak mengejar tren empat gerabak yang baru tiba, sudah pasti kami akan terlepas daripada menaiki tren itu. Dan siapa tahu, tren empat gerabak mungkin tidak akan tiba lagi selepas itu.
Begitu juga dengan peristiwa saya dan Puan Mama pada pagi ini. Sekiranya kami berlengah-lengah dan tidak berlari-lari anak mengejar tren empat gerabak yang baru tiba, sudah pasti kami akan terlepas daripada menaiki tren itu. Dan siapa tahu, tren empat gerabak mungkin tidak akan tiba lagi selepas itu.
Apa kaitannya cerita keretapi ini dengan kehidupan sehari-hari kita..?
Kadang-kadang pintu hati kita diketuk oleh hidayah daripada Allah, yang ingin masuk memenuhi dan membasahi ruangan hati. Lama hidayah itu mengetuk, tetapi kita buat acuh tak acuh, membiarkannya ia terus mengetuk, menunggu dengan penuh sabarnya di luar.
Malangnya, hidayah itu tidak boleh lama-lama, terus mengetuk tanpa ada sesiapa yang mahu melayannya. Lambat-laun, hidayah itu akan pergi jua! Kita bernasib baik, kerana hidayah itu datang menziarahi kita bukan sekali dua. Kadang-kadang apabila kita terbaca artikel atau buku yang mengoyakkan jiwa, maka hidayah datang memberi salam. Apabila kita terkesan dengan sesuatu peristiwa, atau ukhuwwah yang menambat jiwa, hidayah datang lagi tersenyum mesra. Pernah juga hidayah datang, meminta izin untuk memasuki ruang hati kita begitu sahaja, tanpa ada apa-apa peristiwa yang menjemputnya.
Persoalannya, setiap kali hidayah datang melawat kita, adakah setiap kali itu juga kita memberikannya perhatian dan layanan yang sewajarnya? Adakah kita berusaha untuk memenuhi hak hidayah yang bukan sekali dua datang menyapa mesra? Jangan menyesal sekiranya suatu hari nanti, hidayah merajuk dengan kita, dek layanan sejuk (Baca: Cold treatment) yang kita berikan kepadanya. Lantas tiada lagi hidayah yang sudi datang menjenguk kita. Tiada lagi hidayah yang tersenyum mesra dengan penuh mesra mengetuk pintu jiwa dan perasaan kita.
Begitulah ibaratnya apabila kita menunggu keretapi untuk pergi ke sesuatu destinasi. Apabila keretapi tiba, maka kita terus menaikinya tanpa memikirkan bahawa selepas ini pasti ada keretapi lain yang akan datang. Mengapa? Kerana kita seorang yang oportunis. Kita tidak mahu melepaskan peluang yang sudah berada di depan mata. Dan seperti yang saya kisahkan tadi, siapa tahu mungkin selepas ini ada orang yang begitu cerdik mencampakkan dirinya ke atas rel keretapi menyebabkan tiada lagi keretapi yang datang selepas ini?
Tetapi pelik ya, mengapa kita tidak bersikap dengan sikap yang sama pada hidayah Allah? Mengapa kita tidak bersemangat, teruja dan oportunis dengan hidayah yang datang menyentuh jiwa? Lebih selalu daripada tidak, kita membiarkan sahaja hidayah itu berlalu pergi.
Ah, aku tidak sanggup untuk meninggalkan si dia. Nanti kalau ada orang lain yang kenenkan dia, rugilah aku!
Ala, umur masih muda, enjoy dulu! Nanti dah kerja, ada keluarga, aku berubahlah..!
Aku bukan tak nak join usrah, tapi nanti tak cukup masa nak study! Kalau pelajaran aku merosot, siapa yang nak jawab..?
Aku rasa macam nak pergi belajar agama, ilmu aku ni cetek sangat. Tapi, ah, tunggu dululah..
Aku rasa macam nak pergi belajar agama, ilmu aku ni cetek sangat. Tapi, ah, tunggu dululah..
Berapa kerap agaknya dialog seperti di atas bermain di dalam kepala kita? Berapa lama kita bertangguh terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan perubahan dalaman dan ruh diri kita? (Boleh baca ini untuk kisah orang yang suka bertangguh.) Berapa kali agaknya berlaku pada kita, semangat yang membuak-buak, mencurah-curah untuk berubah ke arah kebaikan, namun semangat itu kendur, lemau dan hilang dek kita yang menangguh-nangguh?
Allah SWT menyebut di dalam al-Quran,
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hadid, 57:10)
Allah SWT membuat perumpamaan orang-orang yang do it first adalah jauh lebih baik daripada orang yang do it later. Walaupun ayat ini kelihatannya seperti ditujukan untuk peristiwa Fathul Mekah, tetapi jangan lupa bahawa al-Quran itu diturunkan untuk seluruh umat manusia, maka pastinya ia juga relevan dengan kita. Orang yang terus merebut, menangkap dan mengunakan sebaiknya hidayah yang telah datang menziarahi mereka, adalah orang-orang yang sangat beruntung. Bukan setakat beruntung, malah darjat dan kedudukannya lebih tinggi berbanding orang lain. Mereka tidak sama. Mereka lebih spesel di sisi Allah.
Orang-orang yang terus menaiki keretapi apabila keretapi sudah sampai di depan mata adalah orang-orang beruntung kerana sekurang-kurangnya mereka sudah punya kenderaan dan alat untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
Cepat lari! Tangkap hidayah itu dan jangan biarkannya pergi! [Kredit Gambar] |
Ingatlah. Keretapi akan tetap sampai ke destinasinya sama ada kita berada di dalamnya atau tidak. Rugilah kita sekiranya keretapi yang sudah berada di depan mata kita lepaskan. Lebih rugilah kita sekiranya keretapi itu adalah keretapi yang terakhir ke destinasi yang ingin kita tujui. Jangan jadi seperti Inche Zuljaushan, menyesal di kemudian hari apabila nasi sudah menjadi bubur ayam McD!
Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): “Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”
(Surah as-Sajdah, 32:12)
-gabbana-
11 Caci Maki Puji Muji:
eh kerja kan?apa ni berblog masa kerja..huhu
erm, bukan tak kejar hidayah tapi sibuk lah! boleh jawab gitu?? xboleh-tak buleh..
Apapun atas diri sendiri, segala kemudahan, peluang ada untuk kita menjadi hamba yang paling rapat dengan ALlah..namun kita memilih untuk menjarakkan diri dari-Nya
eh ada abang ke?tak tahu pun
hamboi, sekali 2 dia komen kan.. mentang2 cuti... ^^"
kerja la ni cikgu. nama kerja ni: DAKWAH. Full-timer ok..? hehehe..
kena kejar hidayah tu cikgu. sbb takut nanti dah takde hidayah nak dikejar, baru nak nanges..! TT__TT
p/s: Haha.. saya dah bese dah dgr komen begitu. ramai org igt saya anak sulung.. ;)
wah, inche gabbana ada abang? o.o
HAHA..
p/s : serius ke ade orang bunuh diri tuh? atau hyperbola?
suka:)
hidayah datang jangan dilepaskan
hidayah itu umpama hujan yang turun meyimbahi hati penghuni bumi..
rugi kalau sesiapa yang tak rasa nikmat 'mandi hujan" itu
aiman: see see, ramai je yg tak pecaya! Hahaha..
Betullah. Selalu je org bwat announcement, cakap ada orang 'bawah keretapi'.. huhu.. sadis.
nur aysya: menarik analogi 'mandi hujan' tu. anda boleh tulis post mengenainya..! ;)
nice entri..terpesona tatkala membaca
salam ziarah :)
puan meowwmania: mekaseh sebab sudi melawat.
saya juga terpesona ngan belog anda sebab comelllllllll sgt...!!! gagagaga... ;D
*thumbs up* for this post!
enonimus: thumbs up for u..! wahahaha.. ;D
Post a Comment