The Boy In Black
Pertama kali aku melihatnya, hati aku bergetar. Darahku berderau. Mataku terpaku.
Tempat pertemuan? Masjid as-Sabirin. Mungkinkah ini suatu perancanganNya.? Tempat pertemuan untuk orang-orang yang bersabar.
Semenjak itu, aku sentiasa ternanti-nantikannya. Dan hatiku melonjak gembira setiap kali melihat si empunya diri. Aku menyimpan perasaan, meminatinya dari jauh.
Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kemudian aku pergi. Setahun lamanya. Dia hilang dalam ingatan.
Sehinggalah tahun ini, apabila aku terserempak lagi dengannya. Zrassss. Darah berderau lagi. Hati berdebar-debar. Memori lama datang menerjah jiwa.
Dan selepas itu sering pula aku terserempak dengannya. Ah adakah ini suatu ujian..? Kadangkala aku tewas dengan ujian itu, sanggup berbuat apa sahaja untuk mendekati si dia. Dan hati akan tersenyum puas setiap kali itu berjaya, walaupun kadang-kadang terlalu sekejap cuma.
Teringin benar untuk mengenali si empunya diri. Sekurang-kurangnya tahu namanya. Umurnya berapa. Sekarang di mana. Namun badan besar ini cukup kecut, pondan untuk melakukannya. Ah!
Hampir setiap hari aku tidak pernah gagal daripada membayangkan wajahnya di dalam kepala. Kadang-kadang sempurna gambarannya. Kadang-kadang wajah lain yang tergambar di dalam benak kepala. Kecewa.
Pernah juga terserempak dia baru pulang daripada bermain bola keranjang. Berbunganya hati. Semenjak itu kadang-kadang aku ke gelanggang, dengan harapan dia ada bermain. Selalunya hampa.
Kini semakin jarang terserempak dengannya. Dia tidak lagi ke Masjid as-Sabirin. Aku buntu. Bagaimana aku bisa berjumpa dengannya lagi? Cukuplah sekejap cuma! As-Sabirin; orang-orang yang bersabar. Tanda atau amaran?
Sumpah ini suatu penyeksaan! Mengapa aku? Mengapa..??
[Kredit Gambar] |
Aku ingin benar menjauhkan diri daripadanya. Kerana sumpah ini suatu sumpahan. Penyeksaan. Aku ingin lari jauh. Jauh daripadanya. Namun aku tidak mampu. Tersungkur. Kerana hatiku sudah terpaku. Dalam.
Gilakah aku? Gilakah aku..??
Oh dia gemarkan hitam. Warna hitam. Siapa tahu hatinya mungkin putih? Bersih.
Aku ingin benar mencintai dirimu. Sesungguh hati dan sekuat jiwa. Sepenuh raga dan segagah usia. Kerana Allah. Kerana aku ingin bersamamu di akhirat kelak, sebagai peneman setiaku. Sebagai sahabat yang menyelamatkan diriku. Sebagai jiran kasih dan mesra di syurgaNya yang abadi.
The Boy in Black. Dengarlah rintihan hati ini...
-gabbana-
15 Caci Maki Puji Muji:
walawehhhh! huhu! jatuh cinta lagi. lagi lagi ku jatuh cinta! keh keh
siapakah?
anda normal??
haha... siapa la pulak nih..
dah la main basketball?
O.O
err..apekah?
kalau jodoh tak ke mana hihih... ;)
chentamaya: jatuh cinta ke..? hhhmmm..
cikgu: alias bin ismail bukan nama sebenar. hehe..
saya manusia paling normal kat galaksi bimasakti ni..! ^^ wahahaha..
aiman: watak fiksi semata-mata. biarlah rahsia.. ;)
clarky: betul, mata anda tidak menipu. betullah apa yang anda baca itu.. hohoho.. ^^"
puan meowwmania: Jodoh...? Erk... *pelu besar sambil garu kepala yg tak gatal*
en gabbana,ni kes takde idea nak tulis ape ker..
meh saya sambung ke'merepek'an en gabbana yang sungguh luar biasa,misteri dan mendatangkan prasangka bukan-bukan nih.
....
The boy in black! Dia sudah muncul! betul-betul berada di depan mata aku. "Peluang besar ni,bila lagi mahu aku katakan aku benar-benar cinta padanya kerana Allah? Ingin aku bawa dia bersama,membimbing tangannya ke daerah yang permai,suci lagi indah di dunia kekal abadi?" monologku dalam hati."Kan nabi suruh melahirkan rasa cinta kita pada muslim yang lain..."
Dia masih di situ,mencari-cari sesuatu yang hilang.
Monologku bersambung...
"Perlukah aku menegur selamba dan menghulur salam gaya-gaya macho jejaka Malaya terhebat...atau aku tiru cerita Abbas A-sissi dengan pura-pura memijak kakinya... atau ikut karya filem Kiamat Sudah Dekat dengan menumpahkan aiskrim dan mencuri kasutnya...ini x boleh,rosak imej bersih aku..."
Aku tak tahu!!!!!!!(sambil menekup muka)
Tiba-tiba, terasa hujung bajuku ditarik, ADUH...
THE BOY IN BLACK?
Satu suara kecil ala-ala Upin Ipin menjengah ke telingaku,"Pakcik2,bangun,bangun. Dah masuk Asar dan ni.."
Argghhh,malunya.Aku tertidur rupanya...bermimpikan Boy in Black?
Ok la en gabbana,sy pun tgh bosan ni. update entri best sket,jgn la fiksi2 mcm ni...x membangun jiwa la...
ms. angelina: wahahahahahahaha... *ketawa pecah perut, air mata mengalir sket*
anda memang terbaikk...!!!! ;)
Kalamn caerita yang best kalau nak mula... Menarik2~
kalamn..? tak paham la babe. benda apa tu..? -___-"
Mendalam mksdnye..mukmin itu bersaudara..tak salah mencintai orang yang baru dikenali..even sesama jantina..
Post a Comment