23 November 2010

Mengenangkan Memori Dolu-Dolu Memang Sungguh Menyayukan!

Baru sebentar tadi saya menaiki bas pulang ke rumah. Kebiasaannya Inche Papa yang akan mengambil saya daripada Stesen Putra XXX. Tetapi hari ini ada kenduri sempena Raya Haji di kawasan kejiranan saya (Oh! Kawasan kejiranan saya memang sangat muhibah dan mesra sekali!) maka Inche Papa tidak dapat datang untuk mengambil saya. Tambahan pula saya pulang agak lewat pada hari ini.

Sangat gembira dan bersyukur kerana sebaik sahaja saya turun daripada stesen, saya tidak perlu menunggu lama sebelum bas T301 bergerak. Alhamdulillah.. Selalunya terpaksa menunggu lama dan kalau saya malas dan culas untuk menunggu, sayugia saya akan menaiki teksi sahaja. Tapi bazir wang lah! Memang rezeki saya pada hari ini. Syukur alhamdulillah.. ;)

Bas RapidKL T301 yang saya naiki sebentar tadi. [Kredit Gambar]

Anyway, di dalam bas tersebut, saya mendengar lagu-lagu nasyid (Saya tak peduli apa yang anda hendak katakan tentang citarasa musik saya. Nasyid tetap menjadi pojaan hati saya hey!) yang dipasang pada Inche Xperia X10 saya (promote sket) bagi menghilangkan kebosanan tahap ayam. Ini adalah kos peluang (Baca: Opportunity Cost) yang terpaksa ditangung akibat menaiki bas; jalan yang diambil bas adalah lebih jauh dan lama berbanding menaiki teksi. Kedekut punya pasal.. ^^" Dalam saya menikmati lagu-lagu nasyid yang berkumandang di udara, pelbagai perkara yang bermain di kepala. Satu demi satu lagu yang dimainkan. Dan tiba giliran lagu ini pula dimainkan oleh Inche Xperia..

(Sila klik Ya Rasulallah untuk mendengar lagu ini. Oh sungguh tensen video itu tidak mahu keluar di post ini maka terpaksa meletakkan linknya sahaja. Keluarlah keluarlah keluarlah..!)

Menghayati lagu ini, seni kata dan alunan lagunya, ditambah pula dengan suara Sami Yusuf yang mendayu-dayu tangkap masyuk, hati saya menjadi sayu. Bukan sayu kerana liriknya, kerana percayalah, saya tak faham sepatah apa pon (melainkan lirik yang obvious seperti Ya Rasulullah, Rahmat al-Alamin dan sebagainya.. Hehehe..). Tetapi disebabkan memori lama yang menerjah jiwa apabila mendengarkan lagu ini...

Dahulu ketika saya menuntut di London, di tahun pertama, saya berjalan kaki ke Universiti. Tidak kiralah ribut taufan, kesejukan yang menggigit tulang, kepanasan yang membakar kulit atau hujan yang begitu dahsyat lebatnya, saya sanggup meredah itu semua, berjalan kaki menuju ke Universiti yang terchenta. Semuanya gara-gara hendak berjimat; rakan-rakan lain semuanya menaiki bas atau keretapi sedangkan saya terus gagah berjalan.

Inilah laluan saya ke LSE setiap hari. ;) [Kredit Gambar]

Kadang-kadang, jika saya bernasib baik, maka adalah rakan seuniversiti yang berjalan bersama saya. Tidaklah terlalu bosan. Tetapi selalunya, saya akan berjalan berseorangan. Oh sila jangan buat spekulasi. Saya bukanlah seorang yang sombong mahu pun geek sehinggakan tidak ada orang yang mahu berkawan dengan saya. -___-" Seperti yang saya sebutkan tadi, kebanyakan rakan-rakan saya ke Universiti menaiki bas atau keretapi. Hakikatnya, saya adalah seorang pelajar yang sangat popular dan glamor sewaktu ketika dahulu! (Sila sila muntah beramai-ramai sekarang juga!) Wahahaha..

Dan mujurlah sepanjang perjalanan saya, banyak pemandangan menarik yang menghiburkan jiwa. London Eye, Big Ben dan National Theatre adalah antara monumen/bangunan menarik yang dapat saya lihat sehari-hari berjalan ke Universiti. Tapi yalah, kalau hari-hari tengok, terasa macam nak muntah air pun ada! Hohoho..

Perjalanan saya ke Universiti mengambil masa kurang lebih setengah jam di hari-hari yang malas, dan dua puluh ke dua puluh lima minit pada hari-hari yang saya sudah terlewat! Wahaha.. Maka bagi menghilangkan kebosanan tahap Raksasa Syaitan Pikor, saya pun mendengar nasyid. Dan ketika itu saya amat meminati Sami Yusuf dek musiknya yang begitu menggetar jiwa di samping lagu dan suaranya yang mendayu-dayu. Peerrghhhh... Memang asyik ah mendengar lagu-lagu Sami Yusuf ni! Ok sedikit over sila maafkan saya.

Apabila mendengar lagu-lagu seperti ini, perjalanan yang panjang pun terasa pendek. Segala bagai bencana alam, kesejukan di musim sejuk yang literali membekukan kepala otak, pun tidak terasa dan boleh diabaikan begitu sahaja. Sedikit penambah perisa penyedap masakan ditabur di situ, tetapi ya, tidak keterlaluan saya mengatakan lagu-lagu nasyid seperti inilah yang menemani saya sepanjang perjalanan pergi ke dan pulang dari Universiti. 

Lebih kurang beginilah pemandangan yang saya nikmati sepanjang perjalanan. Pemandangan di waktu malam sememangnya lebih bergaya dan mengujakan! [Kredit Gambar]
Dan apabila mendengar lagu tu semula di dalam bas tadi, entah mengapa hati terasa begitu sayu. Sedih. Lagu itu semacam mengetuk jiwa saya, mengenangkan pengalaman dan kesusahan saya di tahun pertama dahulu (Hidup memang sedikit susah di tahun pertama jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain disebabkan duit biasiswa saya agak sedikit berbanding mereka). Lagu tersebut juga semacam mengingatkan saya tentang segala macam pengalaman yang telah saya lalui sepanjang tiga tahun saya di sana...

Ada yang indah. Manis. Tidak kurang juga pengalaman yang saya tidak gemar untuk mengingatinya semula. Pahit. Walau apa pun pengalaman dan memori yang telah saya bina selama di sana, tidak dapat saya nafikan kehidupan di negara orang telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang sebenar. Di sana jugalah saya mendapat sentuhan tarbiyyah yang sebenar. Menarik bukan? Mendapat hidayah semula di negara yang majoriti rakyatnya adalah Kristian atau pun tidak beragama. Subhanallah wa Alhamdulillah wa Allahu Akbar! ;D

Ah! Saya rindukan London! Rindukan pemandangan-pemandangan indah dan menarik sepanjang jalan saya ke Universiti. Rindukan cabaran dan kesusahan hidup sebagai pelajar, jauh daripada keluarga di tanah orang! Rindukan pengalaman-pengalaman baru yang mengujakan, yang tidak mungkin boleh saya dapati di sini! Rindukan ukhuwwah, persahabatan erat yang saya jalinkan bersama adik-adik dan abang-abang saya di sana! Dan yang paling saya rindukan... Sudah tentunya 102 Playford Road...! =(

Saya rindukan London... Banget. Wuwuwu.. TT__TT

Oh Tuhan! Terima kasih untuk perasaan rindu ini!

-gabbana-


Melepas peluang mendengar ceramah yang pastinya hebat menyegarkan dan meletop menggegarkan daripada Sheikhul Kabeer as-Syaikh Ramadhan al-Bouti di KUIS malam tadi. Ya, si pengarang kitab Fiqh Sirah itu! Terasa hidup ini sungguh tidak bermakna.. Maka dengar lagu Sami Yusuf sahajalah!

7 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 24/11/2010, 00:05  

Artis2 daripada Awakening Record sume best2.... lagu2 sume mengasyikkan pada yang Esa :)

p/s : duit UEM kasik, sikit eh? bukan byk ke.

IMANSHAH 24/11/2010, 00:24  

saya nak rindu kat mana ek?? haha teringin benar nak ke London, namun ongkosnya pak ngak ada..tambah2 lagi tahun hadapan sudah diperkenalkan visa..ayo sush la...


farid sudah di sana, harinn juga akn menyusul bisa tumpang ya seminggu dua..

Inche gabbana 24/11/2010, 08:40  

oh? Sapa lagi artis ngan awakening record?

mula2 dulu sket je. then afta revision, dia naik ah.. ;)

Inche gabbana 24/11/2010, 08:41  

cikgu: rindu kat kota bharu ah, mana lagi..?? hehehe..

haah, batch diorang ramai kan yang akan ke UK..? bolehlah cikgu pergi ziarah diorang nnt! ;)

MM 25/11/2010, 05:51  

Tempat jatuh lagikan dikenang,
Inikan pula tempat mendpt sentuhan tarbiyyah..

-Faham perasaan itu-

Inche gabbana 25/11/2010, 09:18  

MM: Senyuman untuk anda. ;)

SN 28/11/2010, 11:31  

huh...rapid kl
teringat zaman dolu2..~~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP