Saya Penat Tahu...??
Woah sudah lama saya tidak rasa penat sebegini..
*stretch*menggeliat*menguap sket*
Betul-betul penat. Pulang dari Shah Alam menghantar Bapak dan Affan tadi, saya terus terbungkang di atas katil. Pengsan. Dan kemudian terus tidak sedarkan diri untuk suatu tempoh yang agak lama.
Tetapi penat saya adalah penat yang gembira! Eh ada ke penat yang gembira..? Sudah tentulah ada sebab Inche gabbana yang penat! Pastilah ia sesuatu yang sangat mengasyikkan dan menggembirakan! Hihihi..
Ok kenapa ia adalah penat yang gembira? Sebab alhamdulillah, saya penat bukan sebab pergi beronggeng di kelab-kelab malam, atau merempit di Lebuhraya Persekutuan. Oh tidak. Tapi saya rasa penat saya adalah kerana saya telah berbuat perkara-perkara yang berfaedah dan tidak menghabiskan beras. Saya rasalah.
Mari kita lihat berbaloikah atau layakkah saya untuk berasa penat..
Malam tadi kurang lebih pukul 10 malam, saya bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam. Tempat yang dituju? Seksyen 15. Anda tahu tak betapa susahnya untuk mencari Seksyen 15 walaupun saya sudah dibantu Mak Cik Garmin? (Saya agak menyampah dengan aksen Amerika beliau. Lantas saya menukarnya kepada aksen British tengah hari tadi. Kini Mak Cik Garmin lebih berkeyakinan dan bergaya.) Dan landmark yang diberi kepada saya adalah bangunan Toyota. Eh anda tahu tak ada berapa biji bangunan bercap Toyota di seluruh Shah Alam itu? Lebih daripada 2 biji yang itu saya memang pasti. Kerana tidak selepas berjumpa dengan bangunan Toyota yang ketiga barulah saya sampai ke destinasi saya. Adeh.
Oh saya cukup benci dengan bulatan-bulatan yang berada di Shah Alam. Mereka cukup menjengkelkan. Ada sekali tu, disebabkan jalan utama dari lebuhraya untuk masuk ke Seksyen 15 ditutup kerana ada usaha-usaha mensabotaj saya, maka saya terpaksa berpusing 2 kali di bulatan itu. Anda tahu tak tindakan seperti itu boleh membuatkan kepala anda turut berpusing?
Tapi alhamdulillah, akhirnya saya selamat tiba di tempat yang dituju (itu pun selepas diberi landmark yang baru; Public Bank - mujurlah tidak banyak Public Bank di Shah Alam) pada pukul 11 malam kurang lebih, walaupun saya sudah sampai di Shah Alam dalam pukul 10.35 malam kurang lebih. Pendek cerita, saya sebenarnya telah menyertai program MABIT (Malam Bina Iman & Taqwa) khas untuk adik-adik Kolej Cendana INTEC Shah Alam tanpa pengetahuan saya. Oh mereka sungguh bertuah. Saya juga sungguh bertuah. =)
Malam itu saya dan beberapa orang ikhwah telah pergi minum-minum (sebenarnya ada makan-makan juga! Wahahaha.. ;p) di gerai makan di Seksyen berapa-saya-tak-ingat, untuk berbincang-bincang dan menghapdet situasi semasa. Adik-adik Kolej Cendana INTEC telah pun melabuhkan punggung dan mata mereka ketika itu, selepas disumbat dengan beberapa keping roti canai dan air teh ais. Oh mereka memang sungguh bertuah.
Kami kembali ke tempat program 10 minit sebelum pukul 2 pagi dan saya berjaya melelapkan mata pada pukul 2 pagi. Pada pukul 4 pagi saya terjaga. Oh memang hazab mengantuk ketika itu. Jadi saya cuba untuk tidur kembali kerana memang mata saya seperti distapler ketika itu. Tapi anda juga tahu yang ia tidak sama lagi; memang anda tidak akan daat tidur dengan sempurna selepas itu. Akhirnya selepas usaha-usaha untuk melelapkan diri gagal, saya membuat keputusan untuk bersiap-siap untuk Qiam.
Oh anda tahu apa yang paling seronok ketika itu? Ketika rakaat terakhir Qiam jamai'e, perut saya telah memberi amaran keras yang sekiranya saya tidak mengambil tindakan segera, pasti perang dunia ketiga akan berlaku. Ini semua salah Sup Ekor yang saya nikmati malam sebelum itu! Jadi anda bayangkanlah betapa seksanya saya cuba menenangkan Inche Perut ketika sujud dan tahiyyat akhir. TT__TT Ok saya mahu melupakan pengalaman ngeri itu.
Selepas solat subuh berjemaah, saya bersiap-siap untuk pergi ke Kolej Cendana INTEC untuk mengambil Bapak dan Affan. Saya merancang untuk ke Kolej Yang-namanya-dirahsiakan, untuk berbulatan Quran bersama adik-adik di sana dan mujurlah ada Bapak dan Affan untuk menemani saya. Kami berhenti di Rawang untuk menikmati sarapan pagi dan akhirnya tiba di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan kurang lebih pukul 8.50 pagi selepas mendapat kepercayaan Mak Cik Pengawal Keselamatan untuk masuk ke dalam kawasan kolej.
Oh sangat seronok berjumpa dengan adik-adik di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan. Juga Adik M yang alhamdulillah, ditakdirkan untuk menyertai kami pada pagi tadi. Beberapa orang adik tidak dapat turut serta dek pelbagai urusan lain. Tidak apa, lain kali masih ada. Bulatan Quran kami tamat 10 minit sebelum pukul 12 tengah hari selepas berjaya mengkaver tadabur surah al-Hadid, Dasar-dasar Islam bab kecil 1 untuk bab 1 (yang tidak dikaver habis), komik yang dicuri daripada Dakwah.info dan qadhaya ringkas. Ia bukanlah bulatan Quran yang sempurna, tapi saya gembira dan bersyukur melihat dan mendengar perbincangan yang berlaku, serta respon yang adik-adik berikan sepanjang bulatan Quran. Alhamdulillah, segala puji bagiNya. =)
Setelah itu, saya menghantar Bapak dan Affan pulang ke Kolej Cendana INTEC (tiba kurang lebih pukul 1 tengah hari) sebelum saya bertolak pulang ke rumah. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah hampir pukul 2 petang kurang lebih. Kemudian berlakulah episod pengsan-memengsan tidak sedarkan diri. ^^"
Jadi apa pendapat anda? Adakah saya layak berasa penat..? Tapi saya berasa sangat malu untuk mengatakan saya penat, kerana penat saya tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan kepenatan orang lain yang jauh lebih hebat dan rancak bekerja untuk agama ini. Saya berasa malu. *mode muhasabah*
Memang la saya sangat penat tapi tidaklah seperti ini! |
Atau ini... |
Juga ini! Tapi mereka sangat comel bukan...?? Wahahaha.. ;D |
Dan oh, anda tahu apa antara pengajaran besar yang saya dapat sepanjang perjalanan saya itu? Saya benci tol. Saya betul-betul benci pada Inche Tol.
Tapi saya memang penat.. Dan saya gembira kerana saya penat. ;)
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
salam. kisah harian anda sungguh kelakar dan tragis namun berbaloi untuk anda penat. tahniah!
p/s: tulisan sudah tidak kecil lagi. tahniah lagi sekali. :)
haha.. tapi iutlah kehidupan saya sehari-hari. saya jujur dan tidak menambah-nambah. ok mungkin kadang2 tu mcm over sket, tp slalunya mmg sy seorang yg jujur. hehe.. ;)
terima kasih! sgt menghargainya! ^^
exhausted eh..haha,i guess i should be sooooooooooo grateful being a student as i am not yet enrolling into this whole busy stuff...lolz
hahaha.. yes... sila bersyukur. ;)
apa pandangan inche gabbana tentang sikap ego dr sudut positif and negatif ?
woah, mengapa tanya soklan sebegitu di sini..?
menarik soklan tu. nnt sy cuba jwb. mungkin dalam post yg lain..? ;)
Post a Comment