Inche gabbana Yang Berjiwa Seni
Ok saya pon tak berapa pasti mengapa dan kenapa saya menulis post ini. Mungkinkah saya sudah bosan? Atau mungkin juga saya sudah kekeringan idea untuk menulis? Mungkin. Semuanya mungkin.
Tapi yang lebih mungkin adalah kerana saya betul-betul ingin berkongsi dengan anda semua bahawasanya kadang-kadang saya juga boleh berjiwa seni. Hihihi.. Memang tidaklah sehebat Pablo Picasso atau Latiff Mohidin, tetapi hasil seni saya, ehem ehem, rasanya boleh tahan juga lah!
(Walaupun saya agak yakin sekiranya saya mengambil mata pelajaran seni untuk SPM dahulu pastinya saya telah gagal dengan cemerlang sekali.. TT__TT)
Ok, hasil seni saya bukanlah lukisan, atau kraftangan atau bukan juga seni ukiran. Tetapi seni tampal-menampal yang saya mula minati sejak di London. Betul saya tak bohong. Sejarah kepada minat ini adalah apabila saya begitu sayang untuk membuang poskad-poskad atau tag-tag pakaian yang begitu unik dan cantik. Akhirnya koleksi saya begitu banyak sekali menyebabkan saya garu kepala tak tahu nak buat apa dengan mereka semua dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengabadikan mereka menjadi hasil seni yang unggul.
Nah, inilah hasilnya...
Ini adalah dinding bilik saya di London yang menjadi mangsa kekreativitian saya. Maafkan saya Inche Dinding. Saya berasa seronok kerana setiap kali tetamu yang pertama kali masuk ke bilik saya, pasti pemandangan ini yang menjadi tumpuan mereka.
Jadinya, apabila saya mengemas-ngemas barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia, saya berasa sayang untuk membuang hasil seni unggul ini. Sudah lama saya hidup bersama mereka; perpisahan dengan mereka pastinya membuatkan saya berasa sedih. Lantas saya mengambil keputusan yang drastik - saya tidak akan meninggalkan mereka ala-ala habis madu sepah dibuang. Nasib mereka akan saya bela..! Maka, mereka juga dibungkus bersama-sama barangan yang lain dan dikapalkan ke Malaysia.
Minggu lepas barangan saya akhirnya tiba dari London, setelah begitu penat dan lelah menunggu. Dan antara barangan yang saya tidak sabar untuk menyambutnya adalah poskad-poskad dan tag-tag yang telah saya tanggalkan daripada Inche Dinding di London. Setelah berfikir-fikir dan berkira-kira, saya telah memutuskan untuk menghargai jiwa seni saya sekali lagi dengan menampal mereka, kali ini pada pintu Inche Almari di bilik saya sekarang ini pula. Maafkan saya juga Inche Almari. ^^"
Dan ini adalah hasilnya...
Pandangan depan upper section Inche Almari. |
Pandangan depan lower section Inche Almari. |
Pandangan sisi kiri bersudut 30 derajah. |
Pandangan dari atas tak berapa nak atas. |
Pandangan sisi kanan 21.43 derajah. |
Wah, anda tak rasa cantik dan penuh dengan unsur-unsur kesenian yang asli dan kreatif ke...?? Hihihi.. Saya sememangnya amat gemar dengan warna-warna ranggoli. Kena pula dengan latar belakang putih.. Memang terserlah..! Ok saya dah mula syok sendiri di sini. Sila maafkan saya. Oh tetapi memang saya tidak dapat membantunya! Saya amat jatuh cinta dengan Inche Almari sekarang dan setiap hari akan memandangnya dengan penuh admiration!
Ok saya rasa saya harus berhenti di sini dahulu. Oh sila beri pendapat anda tentang hasil seni ini. Dan yang lebih utama, adakah anda rasa Inche gabbana seorang yang berjiwa seni..? ;)
-gabbana-
13 Caci Maki Puji Muji:
sama macam bilik akak aku!
bahahaha. pergi urbanscapes, habis semua poskad dia nak amik. lepas uh dok tampal2. hahahahaha. nice!
hakak anda tu vogue dan bergaya tak..?? kalau ye saya tak kesaaaaahhh... hihihi... ;)
eh inche hamdan! ke manakah menghilangnya blog anda...???
sekali baca post inche gabbana ni rasa mcm inche ni narcissistic pula! (jangan ambil hati, ye). yang penting effort tu ada. lain kali boleh la tunjukkan hasil seni yg lain pula :)
gabbana. owh terprivate untuk sementara waktu. nanti publish balik. akak saya perempuan yang paling selekeh! bahahahhaa.
Cik N... Hahaha.. Walau pun saya malu untuk mengaku, tetapi memamg kadang2 (oh boleh jadi selalu juga... ;p) memang saya seorang narcissist. Hihihi..
terima kasih atas sokongan itu. ;)
inche hamdan, anda ingat anda chanteque ke nak privatekan blog anda itu..? wakakaka.. ;p
oh saya berasa sgt sedih mendengar jawapan anda berkenaan kakak anda itu.. sebab saya bukanlah seorang yg selekeh malah boleh dikagorikan sebagai metro. ^^"
apa la maksud gabbana tu kan..
pastu, bidadari pun pakai beg gucci kot... ^_^
bukan chabteque*apa-apa je* sesaja nak berlagak diva kejap! diva pakai LV! BAHAHAHAHA. owh yang penting kakak saya bukanlah monica belluci. dia cuma penulis blog sama seperti anda. sekian.
woah aiman! terima kasih kerana bertanyakan soklan tu! iAllah tak lama lagi mmg nak tulis artikel pasal nama blog ni! nantikannya..! ;)
inche hamdan, diva tak pakai LV ok. diva pakai marc jacobs! ^^ of koz la kakak anda bukan monica belluci, kerana jika dia adalah monica belluci, sudah tentu anda adalah monica belucci..! Wakakaka.. =p
eh apa benda la yg saya merepek ni... -___-" maksud saya, sudah tentulah anda hamdan belucci..! tp saya tahu sekarang ia sudah tidak lucu lagi.. haih...
hahaha
oh dan saya pun mengumpul brand card yang santik santik. buat penanda buku :)
Haha. Inche Gabbana,, seni itu subjektif.. yang pasti seni itu memaut jiwa yang memandang, tak kire lah siape pown. Kan? Seperti manusia, manusia kan seni yang Allah punya.. =>
Btw, Inche Gabbana, saye tahu siapa andaa.. Hahaha. Sebenarnye xtahu pon. Tapi saye kenal rakan seusrah inche gabbana ketika di London dulu. Sekarang beliau jadi English Teacher di sekolah saye.. Name beliauuuu... jeng.. jeng .. jeng..
Ahmad Qassim. Kitorang pggil beliaw Mr. Q.
Cool kan? =>
Post a Comment