Car Wash
Bayangkan anda memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang baru. Alah saya tahu, tapi tolong bayangkan sahajala. Beetle anda itu berwarna merah dan datang dengan set tempat duduk kulit juga berwarna merah. Dan tidak lupa sekuntum bunga matahari yang diletakkan di bahagian depan. Oh kereta idaman..!
Sudah pasti anda amat menyayangi kereta anda itu bukan? Setiap hari pasti anda akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk duduk di kerusi kayu di depan rumah dan memandang kereta anda dengan penuh perasaan sayang dan penghargaan. Alangkah!
Ok memang tidak tertahan melihat kereta ini... ^^" |
Tetapi bayangkan juga anda adalah seorang yang sangat malas mencuci kereta dengan kudrat sendiri, juga dungu tentang hal-ehwal minyak hitam, enjin, bateri kereta dan upacara menukar tayar yang pancit. Ok cuba bayangkan dulu.
Sudah tentu selepas beberapa ketika anda menggunakan Beetle anda itu, walau secantik dan sehebat mana sekalipun ia ketika anda mula-mula membelinya, ia akan kelihatan buruk dan busuk bukan..? Tompokan lecak di sana sini, tingkap yang berdaki, kerusi kulit yang kotor disebabkan mulut anda yang bocor ketika enak menikmati Corney Dog A&W di dalam kereta dan bekas tapak kaki kucing yang amat gemar menjadikan kereta anda sebagai hotel tempat melepaknya...
Malah kalau anda juga merupakan seorang pemandu yang tidak beretika dan bertanggungjawab, suatu hari nanti pasti kereta itu akan cepat rosak dan tidak berguna lagi, disebabkan minyak hitam yang tidak ditukar, air bateri yang tidak diganti, tayar pancit yang dibiarkan begitu sahaja dan pelbagai lagi masalah yang timbul akibat kejahilan anda. Oh anda memang hampas.
Kereta yang dahulunya dipuja-puji dan dilambung tinggi, kini tidak sehensem dan secantek dulu lagi. Aduhai...
Hakikatnya, begitu juga dengan diri kita. Allah telah menciptakan diri kita cukup sempurna. Cukup sifat dan anggota badannya. Malah orang yang kurang upaya a.k.a. kurang sempurna juga sebenarnya ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Mudah kata Allah telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat kurniaanNya yang tidak terkira.
Lantas kita memanjatkan kesyukuran kita pada Allah dengan melaksanakan solat, berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan membayar zakat bagi yang wajib membayarnya. Tidak lupa juga dengan ibadah ekstra yang kita lakukan seperti membaca al-Quran, duduk beri'ktikaf di masjid, berpuasa sunat Isnin Khamis dan bersedekah pada anak yatim.
Wah, *clap clap clap*, tahniah! Kelihatan anda merupakan seorang Muslim yang cukup komited dan berwibawa. Bak kata Mak Cik Saleha Kampung Bunga Raya, memang kompem boleh buat menantu punya!
Tetapi.. Cukupkah sedakar kita melaksanakan amal ibadah fardhi seperti yang disebut di atas..? Adakah dengan melakukan amal-amal ibadah seperti yang disebut tadi boleh menjamin tiket kita ke sorga? Allahu a'lam. Hanya Dia yang mempunyai jawapannya. (Eh kalau orang yang langsung ingkar, tidak solat, berzina siang dan malam, maksiat menjadi rutin harian, apa pula ceritanya ya?)
Tetapi jika difikirkan dengan teliti dan kita selusuri sirah Nabawiyyah dan para sahabat baginda SAW, kita akan dapati manusia-manusia yang luar biasa di zaman itu pasti melakukan perkara-perkara bonus ekstravaganza. Mereka tidak hanya duduk di masjid-masjid, membaca al-Quran, bertalaqi menuntut ilmu dan bangun qiam di waktu malam sahaja. Ya mereka melakukan semua itu, tetapi mereka tidak berhenti di situ sahaja.
Hatta Nabi SAW dan para sahabat yang dijamin masuk syurga sekali pun tidak hanya bergoyang kaki melepak di masjid-masjid sahaja. Hairan binti ajaib!
Mereka berusrah. Mereka keluar menyebarkan agama Allah. Mereka keluar berjihad menentang kekufuran dan kemaksiatan. Mereka berdaurah; berbincang tentang apakah yang boleh mereka lakukan untuk mengembangkan nur Islam di serata dunia.
Inilah car wash untuk kereta mereka. Inilah minyak hitam Castrol Edge 5W-40 mereka. Inilah tayar Michelin baru getah bermutu tinggi mereka. Dan inilah kilatan menyilau mata dan vakum untuk kereta mereka. Hasilnya? Kereta mereka sentiasa kelihatan baru dan bergaya, walaupun sudah bertahun-tahun diguna.
Mengapa mereka sanggup menghabiskan tenaga, harta dan jiwa untuk semua ini? Kerana mereka tahu yang jika mereka hanya bergantung kepada amalan fardhi mereka sehari-hari, itu tidak mencukupi. Sekiranya mereka hanya bersolat puasa zakat haji dan membaca al-Quran, agama Allah itu tidak mungkin dapat disebarkan. Sekiranya mereka hanya syok sendiri dan baik untuk diri sendiri sahaja, kereta mereka pasti tidak akan pergi jauh dan akhirnya menjadi besi buruk yang tidak berharga. Pastinya mereka sangat yakin dan beriman dengan ayat ini;
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman itu jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (bayaran) jannah (taman/syurga) untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. (Ini) sebagai satu perjanjian yang benar atas-Nya (atas Allah), (tercatit) dalam Tawrat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah kamu dengan jual beli yang kamu telah lakukan, dan itulah kejayaan yang besar."
Surah at-taubah, 9:111
Begitulah tarbiyyah untuk kita semua. Tarbiyyah itu merupakan proses yang berterusan dan dinamik; ia perlu berkembang dan dibina di dalam diri dan bukannya hanya statik di takuk yang lama. Dan tarbiyyah untuk diri itu hanya dapat dikembangkan dengan mlatopnya apabila kita bekerja, bekerja dan bekerja. Dengan kata yang lebih mudah, apabila kita berusrah dan membawa usrah. Hehehe.. Anda mungkin jengkel mendengarnya tapi itulah cara yang paling produktif!
Kereta hendaklah dicuci dan dijaga dengan teliti sekali bagi menjami prestasi yang unggul. Begitu juga dengan hati dan jiwa kita! |
Kita mahu memiliki kereta yang cantek dan mewah dan laju dan sporty dan elegan seperti Volkswagen Beetle atau Audi R8 atau Nissan Fairlady, tetapi kita tidak mahu, malas dan culas untuk menjaga dan membelainya. Jangan marah atau hampa suatu hari nanti kereta anda tidak boleh lagi bergerak dan berfungsi dengan bergayanya. Lebih teruk lagi sekiranya itu sahajalah satu-satunya kereta anda...! Sentaaappp....!
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'"
Surah Fussilat, 41:33
Allahu a'lam.
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
mampu pakai kereta cap hayam je!!!
mood: malas basuh keta
at least ada keta. jgn keta cap hanak hekan sudah..! wakakaka.. ;p
keta cap anak hekan sudah berlalu!!
Post a Comment