1 October 2010

1Teksi

"Nak ke mana dik..?"

"Wangsa Maju."

"Uhhmmm..."

"Dekat dengan Zoo Negara. Lalu Setiawangsa..."

"RM30."

"Bolehlah boleh.."

Saya memang desperado. Jam di tangan sudah pun menunjukkan lewat 12 tengah malam. Putra LRT pun dah tutup. Terbaik.

Mula-mula dalam kepala ligatlah berfikir, apa cara terbaik untuk balik rumah. 1st option, sudah semestinya call bapak. Tapi jawapan yang diberi kurang memberansangkan. Plus, kesian pulak nak kacau malam-malam buta macam ni...

2nd option, minta tolong Adam Tan. Tetapi entah kenapa, takdir Tuhan la gamaknya, Adam Tan tak jawab telefon mahu pun membalas sms, walaupun hanya beberapa ketika sebelum tu, kami agak rancak berborak menerusi sms. 

Saya pun mundar-mandir di depan pintu utama Stesen KL Sentral, dengan harapan ada kereta Santa Claus akan turun dari langit menjemput saya, ala-ala iklan raya TV3 yang penuh kontroversi dan sensasi. Saya cuba melambatkan masa, dengan harapan mungkinlah, just mungkin, Adam Tan akan membalas sms saya atau call saya balik.

Ni semua salah komuter. Memang lembap tahan super saiya. Dahla petang tadi train yang sepatutnya tiba pada pukul 5.42 petang di KL Sentral menghala ke bangi dibatalkan. Apa lagi, jutaan umat manusia menunggu train yang dijangka tiba pada pukul 6 petang menghala ke Bangi. Anda boleh bayangkan. Sila bayangkan. Dengan adegan tolak-menolak yang cukup rancak dan jerit-menjerit, seolah-olah saya sedang berada di tengah-tengah jualan murah penghabis stok gudang membeli-belah Semua House di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak kurang adegan gaduh dan tumbuk-menumbuk yang berlaku, kalah Rajnikanth dalam filem-filem Tamil blockbusternya.

Sudahlah malam tu, seusai liqa' saya terkejar-kejar untuk mendapatkan train yang dijangka tiba pada pukul 11.22 malam. Berpeluh-peluh ketiak saya berlari...

"Train ke Rawang dijangka lewat dan baru sahaja berlepas dari stesen Bangi..."

Aduuuhhh.. Tak ke sakit hati dengar pengumuman yang macam tu. Maka saya pun menunggu dengan penuh khusyu' dan tawadhu', walaupun hati sebenarnya sedang separa menggelegak. Pada masa itu saya mengambil peluang untuk melangsaikan hutang denda dek gagal melaksanakan mutabaah amal dengan sebaiknya; istighfar 100x. Memang amat diperlukanlah di saat-saat genting macam ni. In fact, saya rasa saya siap bayar lebih lagi hutang tu, disebabkan cuba untuk sabar menunggu komuter yang tak kunjung tiba.

Akhirnya, pada pukul 11.38 malam (jauh sangat ke Bangi dengan Serdang? Bukan satu stesen je ke..?), komuter yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai. Dalam perjalanan ke KL Sentral, saya sudah dapat membayangkan yang saya tak akan sempat punya naik Putra LRT untuk pulang ke rumah. Tapi saya still menaruh sedikit harapan.

Setibanya di KL Sentral, saya terus memecut seperti Usain Bolt lagaknya menuju ke arah stesen Putra LRT. dan seperti yang sudah dijangkakan, stesen telah ditutup. Ketika itu saya terasa seperti watak anime Jepun; kepala saya dihempap dengan batu besar sambil peluh besar mengalir laju.

Ketika itulah saya sudah mula plan macam mana nak balik rumah. Dan dalam plan tu, naik teksi merupakan pilihan yang terakhir. Tidak saya expect plan itulah yang last-last terpaksa juga saya gunakan. Contingency plan bak kata omputeh.

Maka terjadilah adegan seperti dialog awal-awal post tadi. Saya dah agak punya, mesti akan berlaku ofer mengofer. Walau pun dalam kes saya, tiada proses mengofer yang berlaku; hanya ofer dan terima. Saya memang desperado. Terfikir juga untuk tidur di ofis malam tu memandangkan ofis hanya 5 minit daripada tempat kejadian. Namun demi kebaikan manusia sejagat, option itu terpaksa dilupakan. 

Agak sakit hati sebab kat luar teksi tu terang tang tang tulis, 'Ini adalah teksi bermeter. tawar-menawar adalah dilarang.' Aik pak cik, tak reti baca ke tulisan di teksi sendiri. Nak saya tolong bacakan..? Panas.

Nazri Aziz menampal pelekat 'Ini Adalah Teksi Bermeter. Tawar-Menawar Adalah Dilarang'
 Apa boleh buat, dah takde pilihan lain. Saya letak barang-barang saya di belakang dan masuk duduk di depan. Malas nak jadi mem besar malam ni. Sapa tau, kalau layan pak cik tu borak baik punya, maybe dia akan bagi diskaun nanti! Hehe..

5 minit pertama perjalanan, suasana sunyi sepi di dalam kereta. Sekali sekala bunyi walkie-talkie memecah kesunyian malam, phish fosh phish fosh seperti Darth Vader bunyinya. Lantas saya beranikan diri dan memulakan perbualan...

"Malam-malam macam ni ramai ke customer cik..?"

Inche pemandu teksi itu tidak menjawab terus. Dia seolah-olah berfikir sejenak sebelum menjawab.

"Tengoklah... Kadang-kadang ramai, kadang-kadang tak. Tengok keadaan.." (auqa maqal..)

Dan selepas itu sehinggalah saya selamat sampai ke rumah, kami rancak berbual. Macam-macam topik yang dibincangkan; daripada jenis-jenis pelanggan yang pernah menaiki teksinya sehinggalah sikap sesetengah rakyat Indon yang manu mengganyang Malaysia. Walaupun Inche pemandu teksi tidaklah begitu galak bercakap, namun sekali sekala dia yang memulakan topik perbualan yang baru. 

Saya berasa agak selesa kerana sekurang-kurangnya, taklah boring sangat perjalanan kami. Malah terlintas juga di dalam hati, yang saya tak kisah sangat bayar RM30 untuk perjalanan itu! Walaupun ada sekali tu, saya memberi hint kepada pak cik tu untuk tidak lagi mengecaj pelanggan lain tanpa menggunakan meter dengan berkata,

"Yang penting cik, kita buat kerja ni untuk cari rezeki yang halal dan ikhlas..."

Tak taulah saya pak cik tu terzaaasss ke tak. Macam tak je. Hohoho..

Setibanya saya di rumah, saya tanya Inche pemandu teksi pasal tambang saya, dengan harapan dia akan sebut harga yang lebih murah.
"RM30 ke cik?"

"Ye ye, RM30..."

-___-"

Tapi alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke rumah dan itu yang lebih penting. Pape pun, saya menghalalkan RM30 tu kerana in the first place, memang saya dah terdesak dan bila Inche pemandu teksi tu mula-mula lagi ofer RM30, saya terus terima tanpa membalas ofer tersebut. Kiranya memang saya redhalah dengan caj tersebut. Keduanya, saya tidak menyalahkan Inche pak cik pemandu teksi itu seratus peratus kerana dia bukanlah penjahat sebenar dalam cerita ini, tetapi dia adalah mangsa keadaan... Kenapa?

1Teksi; Keuntungan Didahulukan, Pencapaian Tolak Tepi.


-gabbana-

4 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 01/10/2010, 11:09  

Dh start keja ka??
Akmal nuh, baru nak gi interview. haha

Inche gabbana 04/10/2010, 23:05  

haah alhamdulillah.. dah lebih sebulan dah..

oh so skang ni akmal tanam jagung je la..? hehehe.. kem salam kt family sume.. ;)

futuredoc 14/03/2011, 11:18  

salam alayk

after midnight memang double kan charge taxi?

Inche gabbana 14/03/2011, 11:22  

wsalaam. x sure la double ke tak. ke dia tambah fixed amount cmtu? as in, tambah Rm5 ke..? Tak eh..?

tp still kena pakai meter la. tak silap saya, kalau dari KL sentral ke rumah saya, maybe dalam 10 ringgit camtu. so kalau double, baru Rm20. hihih.. tk kisah pon, cite lama tu.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP