Doa Rabitah
Ditujukan khas buat ikhwah seantero dunia, khasnya buat kalian yang berada nun jauh di London sana... Saya amat merindui kalian... ;(
"Ya Allah! Kau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu!
Bertemu untuk mematuhi perintahMu!
Bersatu memikul beban dakwahMu!
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu!
Maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya...
Maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya...
Maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya...!
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..
Jika Kau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' perjuangan agamaMu!
Kaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini...
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini...
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini..."
Moga kita semua terus tsabat dan setia pada jalan INI! Biidznillahi ta'ala.. Ayuh...!
-gabbana-
0 Caci Maki Puji Muji:
Post a Comment