Verdik Masjid Babri di Ayodhya
Anda merupakan seorang yang ignoran sekiranya anda tidak tahu menahu tentang perkembangan terbaru perbicaraan kes Masjid Babri yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia umumnya, dan rakyat India khususnya.
Anda sangatlah ignoran sekiranya anda langsung tak tahu Masjid Babri tu apa. Anda tahulah masjid tu apa, tapi anda tidak pernah dengar atau ikuti langsung peristiwa yang berlaku pada tahun 1992 itu.
Masjid Babri sebelum dirobohkan |
Takpe takpe, saya maafkan anda. Anda boleh baca tentang Masjid Babri apabila anda klik ini (ini snapshot sahaja. Sila rajinkan diri cari sendiri di enjen pencari untuk cerita yang lebih lengkap dan sensasi). Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru tentang perbicaraan kes hot dan sensasi Masjid Babri di sini. Sila baca.
Kali pertama saya didedahkan dengan peristiwa Masjid Babri ini adalah ketika saya masih hingusan lagi di STAR dulu. Ketika itu memang sangat teruja ah baca pasal Masjid Babri ni. Saya ni memang suka benda-benda sejarah ni, espeseli kalau ada ditambah dengan unsur-unsur mistika. Uuuiiihhh. Memang peberet.
Kemudian tidak lama dahulu saya tersepak tepi jalan sebuah artikel tentang pemelukan Islam salah seorang ketua puak pelampau Hinduyangterlibat dengan perobohan Masjid Babri pada tahun 1992 itu. Subhanallah.. Allahu Akbar! Tengok tu! Hidayah Allah tu, ikut suka Dialah nak bagi kat sesapa pun. Orang yang pernah memusuhi Dia pun tak boleh lari punya kalau Dia dah nak bagi hidayah.. ;) Kalau anda berminat dengan cerita ini, sila baca di sini.
1992 merupakan tahun yang mesti diingat oleh umat Islam seluruh dunia apabila Masjid Babri dirobohkan oleh puak pelampau Hindu |
Moral daripada cerita ini; jangan suka suki hakimi seseorang dan cepat jatuhkan hukuman. Kita bukannya qadi, tetapi seorang da'ie. Kalau dah tak dapek den nak nolong, life has to go on. Pergilah dakwah kat orang lain pulok. Jangan sesuka mak bapak memaki caci, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya. Ingat, hidayah tu milik Allah. Mamat/minat tu mungkin tak ditakdirkan untuk mendapat hidayah di tangan anda; tapi berdoalah yang suatu hari nanti dia akan mendapat hidayah jua.. Siapa tahu dia yang dulu kita dok caci dan mengata, dia dulu yang masuk sorga! Kita ni tak jamin lagi dek non oii...! Adeh...
Ok, terlari topik sebentar.
Kembali kepada peristiwa masjid Babri. 3 orang hakim mahkamah tinggi Allahabad di India telah memutuskan yang umat Islam tidak boleh membina semula Masjid babri yang telah diruntuhkan itu. Tapak runtuhan yang kini telah dibina kuil sementara bagi memperingati tempat kelahiran Rama diiktiraf dengan rasmi oleh mahkamah.
Selain itu, mahkamah juga telah memutuskan yang kawasan kontroversi itu mesti dikongsi tiga; satu bahagian untuk umat Islam dan 2 bahagian lagi untuk 2 kumpulan Hindu yang saling bertelagah (teringat iklan Cornflakes yang Maria tunku Sabri berlakon tu...). Keputusan itu walau bagaimanapun, tidak dipersetujui oleh kumpulan-kumpulan pelampau Hindu dan mereka akan merayu. Mereka memang tamak.
Pakcik-pakcik sami Hindu meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad, India |
Para peguam yang mewakili kepentingan masyarakt Hindu membuat tanda pis sebagai lambang kemenangan |
Peguam-peguam yang mewakili umat Islam pula hanya 'partially happy' dengan keputusan itu dan akan merayu. Adeh.. Boleh ke pulak partially happy. Patutnya tak happy langsung la bang oi!
Apa pendapat anda tentang kes ini (kepada anda dan anda yang tidak ignoran dan sememangnya mengikuti perkembangan kes in)...? Wajarkah keputusan mahkamah itu? Apakah reaksi kita sebagai umat Islam? Adakah wajar sekiranya kita pergi ke Batu Caves sekarang ni dan robohkan patung Murugan yang dicat emas setinggi 42.7 meter (humanghaih tingginya..!) itu..? Tak wajar tak wajar. Saya bukan ektremis dan saya percaya anda juga bukan.
Jadi adakah wajar in the first place puak pelampau Hindu merobohkan Masjid Babri pada tahun 1992 itu..?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal! Dan oh, selamat semayang Jumaat..! =)
Allahu a'lam.
-gabbana-
0 Caci Maki Puji Muji:
Post a Comment