25 March 2010

Zaaasssss...

Tadi saya lewat ke Masjid untuk solat jemaah Maghrib. Saya bergegas ke Masjid North London a.k.a. Masjid Finsbury Park dengan harapan masih ada orang yang belum melaksanakan solat Maghrib.

Saya masuk ke dalam masjid dalam keadaan ala-ala yang masih mamai. Melihat ke kiri dan ke kanan, mencari-cari orang yang sedang solat atau belum solat. Kebetulan ada seorang lelaki masuk ke dalam ruang masjid, lantas saya bertanya kepadanya sama ada dia ingin solat Maghrib. Alhamdulillah, dia memang ingin menunaikan solat dan kami pun menunaikan solat bersama-sama.

Sekian, terima kasih. Tammat.

Eh eh, belum belum. Apa anda orang ingat saya penat-penat came out with title yang melatopz, nak tulis pasal saya solat je ke..? Jangan sangka air yang tenang tiada buaya.

Begini, selepas solat sunat Ba'diyah, saya duduk untuk berwirid. Tiba-tiba datang seorang pak cik duduk di hadapan saya. Sangkaan saya dia ingin berborak mesra, namun sangkaan itu meleset teruk bagai sangkaan sesetengah orang bahawa pasukan bolasepak Malaysia akan menang Piala Dunia suatu hari nanti.

Rupanya-rupanya dia ingin menegur saya.

Teguran Pertama
Dia kata, saya tak sepatutnya membaca surah dengan kuat ketika bersolat (oh, saya menjadi imam ketika bersolat dengan Inche Lelaki tadi..). Katanya, saya mungkin mengganggu orang lain yang sedang membaca Quran atau yang sedang melakukan ibadah yang lain. Dia kata, tu common sense. Dia juga kata, saya boleh tanya orang lain yang lebih pandai, tapi bagi dia, tu adalah general concept yang kita yang datang solat lambat ni, yang buat jemaah kedua ni, tak sepatutnya mengganggu orang lain. Baiklah.

Teguran kedua
Dia kata, saya tak sepatutnya pakai baju yang melambangkan nationality (saya memakai baju yang bertulis INDIA di belakang, hadiah dari seorang kawan yang belajar di Manipal, India yang datang menziarahi saya tahun lepas..). Katanya, yang membezakan umat Islam tu hanyalah taqwa, bukan negara dan bangsa. Saya pun berkata yang saya bukan warganegara India dan dia menjawab, more the reasons untuk saya tidak memakai baju itu. Dia berkata, dengan memakai baju tu hanya akan mengganggu orang lain untuk khusyu' dan menumpukan perhatian ketika solat.

Hhhmmm.. Apa pendapat anda..?

Kalau mengikutkan ego dan nafsu diri, rasanya macam tak nak terima je teguran-teguran tu. Yelah, rasanya teguran dia tu tak berapa nak valid, especially teguran yang pertama tu. Tapi alhamdulillah, sebagai seorang yang rasional, saya mengambil positif teguran pak cik tersebut. Saya muhasabah dan bersyukur sebab ada juga orang yang concern pasal diri saya, yang berani untuk menegur saya.

TAPI...

Kan lagi best kalau lebih ramai orang yang berani macam pak cik tu dan skop teguran tu dibesarkan lagi..? Maksud saya, tak salah pak cik tu nak tegur perkara-perkara yang boleh menyempurnakan ibadah. Tapi bukankah ada perkara-perkara yang lebih besar, untuk ditegur dan dibetulkan..? Bukan saya nak cakap pak cik tu tak tegur, wallahu a'lam. Tapi saya nak ambil keadaan dan realiti ummah zaman ini secara lebih general.

Muslim yang committed zaman ni lebih suka untuk menegur perkara-perkara yang furuk, yang bukan prioriti. Mereka lebih gemar untuk baik sendiri-sendiri, dan tegur mereka yang sudah sememangnya baik. Mereka takut atau tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat lebih daripada itu, yakni keluar daripada kepompong orang-orang yang baik-baik ni. Kalau mereka benar-benar keluar ke masyarakat, pasti mereka akan pitam 33 minit atau pengsan sambil mulut berbuih.

Kerana hakikatnya umat di luar sana sedang sakit. Sakit tenat yang ubatnya masih belum dijumpai. Well, sebenarnya dah jumpa, tapi tak ramai doktor-doktor yang sanggup untuk memberi ubat kepada mereka yang sakit. Membaca berita-berita tentang masalah umat manusia di zaman ini, terutamanya gejala sosial yang sedang mengganas di Malaysia menjadikan hati ini sebak, jiwa ini lemah dan otak ini kacau. Masakan kita boleh berdiam diri melihat kemungkaran yang bermaharajalela..? Macam mana kita boleh duduk diam, menikmati teh o' ais limau sambil menonton Melodi di TV3 sedangkan anak-anak muda, yang menjadi harapan bangsa dan negara sedang giat bermadu asmara, membuat anak tanpa ada hadnya..?? Dan saya pelik bagaimana kita boleh buat dono dan bodo sedangkan maksiat terang tang-tang berlaku depan anak mata dan anak tekak...

Inilah yang disebut oleh Syaikh Ahmad Rasyid sebagai ahli ibadah yang bermain-main. Mereka sangkakan mereka sudah melakukan apa yang disuruh apa yang wajib buat mereka. Mereka sangkakan pintu syurga itu sudah terbuka luas untuk mereka. Mereka sangkakan cukuplah mereka sahaja yang taat kepada Allah. Mereka tersilap besar di situ...

Mereka lupa yang tanggungjawab mereka sebenarnya adalah untuk mengajak manusia seluruhnya menghambakan diri mereka kepada Allah semata-mata dan membebaskan diri mereka dari sebarang bentuk perhambaan yang lain. Mereka lupa yang di akhirat nanti, mereka akan menjadi saksi bagi umat manusia; dan sekiranya mereka gagal menjadi saksi yang benar dan membenarkan, pasti mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Dan mereka lupa yang Allah itu Maha Adil, yang Dia tidak akan menghukum orang yang tidak tahu, tapi orang yang tahu dan buat-buat tak tahulah yang akan dihukum. Nau'dzubillah...

Sedangkan Fudhail bin 'Iyad, seorang 'abid yang tsiqah dan terpercaya, seorang yang digelar ''Abid Dua Tanah Haram' kerana sering berulang-alik ke Mekah dan Madinah untuk beribadah pun tidak terlepas daripada fitnah ini, inikan pula kita. Kalau kita sangkakan hanya dengan ke masjid solat berjemaah, duduk membaca quran dan khatam sekali sebulan, berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis dan ibadah-ibadah fardhi yang lain sudah cukup untuk menjamin kita menjejakkan kaki kita ke syurga, maka silap besarlah kita. Sedangkan para sahabat yang sudah dijanjikan masuk syurga pun masih keluar berjihad dan pergi menyebarkan risalah Allah, adakah kita yang belum tentu lagi dapat masuk syurga ni, hanya nak berduduk diam tak buat apa-apa...? Huiiissshhh....

Ok, cukuplah saya membebel. Serius saya tak berdendam dengan pak cik tu. Malah seronok kerana masih ada orang yang seprihatin Inche Pak Cik. Balik rumah, saya siap tukar pakai jubah lagi untuk solat Isyak pula, walaupun saya ke masjid lain kerana berasa segan dengan pak cik tu.. Hehe.. Saya harap anda dapat faham apa mesej yang hendak saya sampaikan dalam post kali ni. Akhir kata, tambahkan manis dalam senyuman..!

-gabbana-

8 Caci Maki Puji Muji:

faisalzulkifli 25/03/2010, 08:12  

well done bro..

kena jd doktor y betul2 terjun dlm komuniti..

kna selalu pk utk maslahah dan rapatkan hubungan dgn manusia..

adol ihsan 25/03/2010, 11:49  

hm.. tiap tguran tu ada pstif, ada ngatif nya...
amik yg jernih, buang yg keruh.. :)

org jauh 25/03/2010, 11:59  

Salam. wah sangat menarik. lesson learned. daie should think out of the box. it's not about "who" but"what" n "how".

zuliani lahh :) 25/03/2010, 16:41  

sangat menarik. :)

Inche gabbana 25/03/2010, 19:36  

cha: Betul tu. tp ada cara-caranya.. ;)

adol ihsan: betul betul. kita kena buang perasaan ego dan rasa bagus bila mana ada orang tegur kita. barulah kita boleh jadi rasional bila ditegur.

orang jauh: woah, best best. tak kiralah sapa yg tegur; adik kita ke, penjual surat khabar ke, asalakan teguran tu valid, kita terimalah kan..? =)

zuliani: terima kasih terima kasih.

sy yg stuck kat ofis lg 29/03/2010, 18:17  

zasss...mmg zass bebenar... kesungguhan pakcik tu menegur membuatkan kita terfikir balik,kita ni hadapi salah yg besar depan mata ni malu-malu kucing nak tegur...
so,pakcik ni nyer cerita mmg sgt2 berpadanan utk muhasabah diri supaya jgn segan-segan nak tegur-menegur,plus tegur-menegur kepada sesuatu yg crucial sebab bimbang yg ditegur nnt terguris hati dan perasaan yang sgt seni & complicated itu...

LydSunshine 30/04/2010, 22:18  

Salam... Bagus. Saya suka. Tulisan berilmu yang santai. TQ. Menusuk ke jiwa. :)

Inche gabbana 10/05/2010, 23:05  

inche yg stuck di ofis: betul tu. tegur biar ikhlas dan jgn peduli apa org lain nak cakap dan fikir. berkata benarlah walaupun ia pahit..! ;)

salidasunshine: terima kasih. selalu2lah dtg melawat ye.. =)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP