21 March 2010

B.U.N.C.H. Fulsetop.

Khas buat Waqi, Epi, Iman dan Pali yang tersayang... ;)

AMARAN: Bacaan untuk kaum Adam sahaja.

Anda membaca tajuk di atas sebagai bunch bukan..?

Maaf, kurang tepat di situ.

Yang lebih tepat, cara bacanya adalah begini; BUNCHit.

Masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar lelaki yang sudah berkahwin. Sebahagian besar daripada mereka yang bunch juga adalah lelaki yang belum berkahwin, tetapi cara makan seperti orang yang sudah berkahwin.

Bunch bukanlah masalah peribadi sebenarnya, tetapi masalah ummah yang perlu dilihat daripada kaca mata yang lebih umum. Kenapa? Anda pun bertanya. Kerana ia merupakan tanda sebahagian ummah yang hidupnya semakin mewah, makan dan minum mengikut suka hati dan nafsu.

Takde ke para sahabat r.a. dahulu yang bunch? Anda bertanya lagi. Saya menjawab, mungkin mereka dulu terpaksa mengikat batu di perut...

Oh bunch..! Apakah dosaku..? Mengapa aku juga perlu dilibatkan sama..? Itu mungkin monolog dalaman sebahagian daripada anda. Tetapi ada juga daripada anda yang tidak kisah. Yang menganggap bunch merupakan sifat seorang lelaki macho yang sejati. Hallo...? Anda gila..? Anda sudah tidak betul..? Bunch adalah ciri-ciri fizikal yang bukan semulajadi, yang sudah tentu perlu dan boleh dielakkan...!

Mengapa ia perlu dielakkan..? Kerana khuatir suatu hari nanti, masyarakat awam sudah tidak dapat lagi membezakan antara anda dan isteri anda yang sedang mengandung 7 bulan 21 hari. Oooopppsss.

Kerana ia juga tanda anda tidak sihat. Tanda kolestrol dan lemak-lemak tepu yang berkumpul di perut. Tanda tidak lama lagi anda mungkin diserang angin ahmar atau serangan jantung. Tanda cacing-cacingan pelbagai spesies dan bangsa sedang hidup muafakat membawa berkat di dalam perut anda..

Apakah tanda-tanda orang-orang bunch yang berada di tahap kritikal..? Perut mereka mengembung dan membulat. Betul. Tali pinggang terpaksa diikat di bawah pinggang. Betul. Ego yang sangat tinggi kerana mempertahankan perut mereka yang besar sebagai sifat-sifat normal yang perlu ada pada jantan sejati. Betul juga..

Haih.. Salah ke bunch ni..? Macam tak kan..? Tapi macam tak best juga berperut bunch. Bayangkan suatu hari nanti anda terpaksa pergi perang dengan perut yang bulat dan gembira. Nak bawa peralatan perang satu hal, nak bawa Inche Bunch satu hal lagi..

So marilah kita bersama-sama melawan Inche Bunch dengan sepenuh hati, azam yang kuat dan semangat yang membara. Mulai hari ini, saya isytiharkan perang kepada Inche Bunch dan kaum kerabatnya...! Dengan rasminya, saya melancarkan "Kempen Muhibbah Melawan Bunch!"

-___-"

-gabbana-

p/s: Kepada para pembaca yang mempunyai tips-tips atau kaedah berkesan untuk melawan bunch, silalah berkongsi di sini. Sekian terima kasih.

8 Caci Maki Puji Muji:

Kenangan Lalu 21/03/2010, 22:08  

Biar bulat, bukan bunch! Yeah~!!!

pemburu syurga 22/03/2010, 01:01  

hellowwwwwwww~~~~
mungkin kalo aku 7 bulan 21 hari, ko tu dah 12 tahun 5 bulan 17 hari 6.3 jam!!!

lampu-meja 24/03/2010, 06:19  

kurangkan santan dalam ayam masak lemak,,,:)))

Inche gabbana 24/03/2010, 19:14  

Nyamouq: Yuppa..! Biar gemuk asal fit..! heh..

Waqi: Eerrrr... Ko terasa ke..?? ;p

Aizat: Hahaha.. Mcm iklan la pulak.. "Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman..!" Hehe..

=)

AL 26/03/2010, 11:38  

abg adam,dulu ckg azirah abu bakar gtau x nk buncit wktu tido kaki kene tggi dari kpala..letak bantal..hehe

Inche gabbana 26/03/2010, 20:33  

oh seriyes...? kena try nih.. hehe..

setakat yg saya tau, antara tips yg boleh diamalkan adalah tidak immediately minum lepas makan dan jangan tidur dan mandi selepas makan.. ;)

LydSunshine 30/04/2010, 22:21  

Kena rajin² bersukan la...

Inche gabbana 10/05/2010, 23:03  

dh terlebih rajin dah pon.. TT__TT

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP