KITA dan Mereka
Apa beza KITA dan mereka..?
Mereka pergi ke universiti untuk belajar dan berjaya, KITA juga pergi ke universiti untuk belajar dan berjaya. Tapi KITA tahu dan sedar yang belajar tu hanya alat untuk KITA capai kejayaan yang lebih besar.
Mereka pergi melancong dan bersuka ria, KITA juga pergi melancong dan bersuka ria. Tapi KITA bukan sekadar melancong dan bersuka ria, KITA berjaulah, berukhuwwah dan melihat kebesaran Allah dengan penuh mahabbah.
Mereka menonton movie sambil makan popcorn, KITA juga menonton movie sambil makan bukan sahaja popcorn, malah aiskrim, gula-gula dan Nougat Pillow sambil minum Goody Cao. Tapi KITA tidak menonton sebarangan movie; KITA hanya menonton movie yang boleh KITA ambil ibrah dan aplikasi fikrah KITA.
Mereka bersukan dan beriadhah, KITA juga bersukan dan beriadhah (walaupun lain orang lain definisi riadhahnya.. ;p). Tapi KITA beriadhah sebab nak jadi individu Muslim yang lebih hebat dan cergas di samping merapatkan ukhuwwah, bukan semata-mata untuk membazir peluh membuang lemak yang terkumpul di badan.
Mereka tulis blog dan ada Facebook, KITA juga tulis blog dan ada juga akaun Facebook. Tapi KITA tulis blog untuk menyampaikan dakwah dan fikrah KITA, dan akaun Facebook tu hanya sebagai medium untuk berhubungan, bukan wadah untuk berjahiliyyah.
Mereka ada iPhone dan iPod, KITA pun ada iPhone, iPod dan Satio. Tapi kita letak lagu-lagu Maher Zain, Shoutul Harakah, Izzatul Islam, ceramah-ceramah agama, proQuran dan Hadith 40 dalam iPhone, iPod dan Satio kita dan kita gunakan iPhone, iPod dan Satio kita sebaik-baiknya untuk menyampaikan risalah Allah.
Dan mereka adalah manusia biasa, yang ada hidung, mata, telinga, tangan, kaki dan hati. Mereka juga ada duit dan kereta. Mereka makan dan buang air dan tidur dan belajar dan mandi.
KITA juga adalah manusia biasa, yang ada hidung, mata, telinga, tangan, kaki, lutut, buku lali, peha, hempedu, pankreas dan hati. KITA juga ada duit dan kereta. KITA makan dan buang air dan tidur dan belajar dan mandi seperti mereka.
Tapi KITA ada hidung yang mensyukuti nikmat Tuhan, yang ada telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, mata untuk hanya melihat apa yang diizinkanNya, tangan dan kaki untuk melaksanakan apa yang diperintahNya, lutut, buku lali, peha, hempedu dan pankreas untuk menjalankan apa yang sudah ditetapkanNya. Dan yang paling penting, KITA ada hati yang memahami.
KITA juga ada duit dan kereta, tapi KITA gunakannya untuk mencari keredhaanNya yang kekal dan abadi.
KITA juga makan dan buang air dan tidur dan belajar dan mandi, tapi KITA tahu dan faham kenapa kita buat semua tu.
Siapa mereka? Mereka adalah MA, MB dan MC.
Siapa KITA..? KITA adalah KITA. ;)
-gabbana-
7 Caci Maki Puji Muji:
amboi abang kita nih, sibuk benar skang yeh..moga belaja baik2 jela dengan revision menjelang finals..
slm, memandangkan ilmu kita ni ilmu yang paling boleh kata rendah dalam epistimologi ilmu (as the ustazah in Islamic Studies pointed out)- susah beul rasanya nak kaitkan apa yang kita belajar ini dengan Allah dan Islam.
Nak cakap "saya belajar untuk Allah" dan "betulkan niat" is so much easier said then done!
How? how?
I meant to say, ilmu kita adalah ilmu dunia (berbanding ilmu Agama and next ilmu sciences); law, economics, accounting, social policy..
cha: Jzkk. all the best kepada anda jua..! ;)
mc: itulah bahayanya dan silapnya sistem pendidikan kita. tapi dgn hanya menyalahkan sistem pendidikan, tak akan menyelesaikan masalah.
kita sendiri kena memainkan peranan dgn cuba sebaik mungkin mengaitkan semua benda yg kita belajar dgn Islam. kalau kita belajar ekonomi cthnya, let say kita belajat utilitarian theory, sgt mudah untuk kita comparekan such a selfish and foolish concept dgn sistem keadilan dan kesaksamaan yg ada dalam Islam. ;)
so kita sebagai seorang Muslim, kena sentiasa sensitif dan peka. kena banyakkan membaca bahan2 fikrah dan ilmu Islam supaya kita sentiasa beriman bahawa Islam tulah yg syumul dan terbaik.
satu lagi, just nak share, cara untuk kita niatkan sesuatu kerana Allah. maybe susah kalau nak niatkan terus. maybe kita tak nampak the big picture. in that case, cuba kita kaitkan stage by stage.
cthnya, kenapa kau belajar susah2? Untuk dpt result gempaq. kenapa nak dapat result yg gempaq? sebab nak dapat kerja yg baik, dapat gaji byk. kenapa nak dapat gaji byk? sbb dgn duit gaji tu, boleh tlg dakwah, boleh derma kt org miskin, etc. kenapa buat semua ni? sbb nak dpt keredhaan Allah. =)
harap membantu dan menjawab persoalan.
allahu a'lam.
seringgit dua.
tq
kek yg sedap...mmm
btw,kenapa blackberry xde?pon smartphone jugak.
ok.over.daaa.=P
yazid ni mesti tgh boring thp gaban dan rindu kt saya kan..? hihihi..
Post a Comment