27 April 2009

Demamun!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah bagi Allah, tuhan yang menciptakan manusia, yang lebih arif siapakah itu manusia, dari hujung rambut yang lembut dan ikal mayang, dicuci dan dibasuh dengan syampu Head & Shoulders, hinggalah ke hujung kuku ibu jari kaki.

Hari ini aku demam. Hari tu pun aku demam. Sehari lepas balik dari Ireland. Tapi demam aku yang hari ni lebih teruk lagi. Selsema lagi, Malam semalam tak henti-henti hingus mengalir. Macam air paip. Puas aku hembus sampai naik merah pipi ngan hidung! Sakit tekak lagi. Macam ada orang duduk kat dalam tekak nie, dok garu buah halkum aku dengan sikat rambut. Ha, macam tue la rasa dia... Best kan...? Macam-macam dah aku telan. Ubat sakit tekak dah berbiji-biji aku balun. Paracetamol keluaran Boots pun dah aku 6 biji aku sapu. Agaknya tak boleh lawan panadol la... (Sama je kan sebenarnya...? Hehe..) Pape pon, aku hanya boleh berusaha dan Allah jualah yang menyembuhkan.




Malam semalam aku berjaga, konon la nak study sakan, pulun abis-abisan kat library LSE. Ha, padan muka sekarang ni! Bila dah lemah longlai tak bermaya, langsung tak boleh nak study! Ingat terer sangat la, boleh tahan, boleh lawan. Sekarang ni badan aku dah memberontak. Nak solat pun macam effort gila. Astagfirullah... Hampas gas btol...!

Tak tau la demam apa sebenarnya. Hayfever kot. Musim kan skang ni. Lagi la pulak, housemates aku sumenye tengah sakit. Ada yang demam, ada yang batuk, ada yang sakit perut, ada yang sakit hati.... Huhu... Dah jadi vicious cycle la pulak. Lepas sorang- sorang sakit. Syafakalllah.

Tapi kan, demam ni banyak keistimewaannya. Btol, tak tipu punya... Malah demam adalah antara penyakit yang digemari oleh junjungan mulia, Rasulullah SAW. Tak percaya jugak...? Ha, meh kita tengok hadith sahih yang satu ni, diriwayatkan oleh Jabir r.a. yang bermaksud:

"Bahawasanya Rasulullah SAW telah berkunjung ke rumah Ummu Saib (atau Ummu Musayyib) dan bersabda:

'Apakah gerangannya kau wahai Ummu Saib (atau Ummu Musayyib) menggigil?'

Dia (Ummus Saib@Musayyib) menjawab: 'Demam. Semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya.'

Rasulullah SAW kemudiannya bersabda:

'Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana ia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi.' "

(Hadith Riwayat Muslim)


Ha, kan betul tu?? =) Kira demam ni kafarah dosa ah. Setiap anggota badan yang sakit dan terseksa dek demam nie, dosa-dosa kecil akan digugurkan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tapi tak nak ah demam selalu yang berpanjangan. Nanti banyak pulak kerja dan ibadah lain yang tergendala...!! (Pelik tetapi benar: Time time demam nie, macam lebih produktif pulak aku tulis blog. 2 post dalam sehari...! ;p)

Tolong doakan aku cepat sembuh ye...?

-gabbana-

26 April 2009

Kuli

Tersebutlah sebuah kisah, ada seorang kuli yang telah ditugaskan untuk melaksanakan beberapa tugasan yang telah dipertanggungjawabkan oleh tuannya. Bertuahnya kuli ini, bukan sahaja sebuah buku panduan lengkap telah diberikan - menerangkan apakah yang wajib dan wajar dilakukan olehnya dengan terperinci, daripada A sehingga Z, Alif sehinggalah Ya dan tidak cukup dengan itu, perkara-perkara yang dilarang juga termaktub dalam buku panduan tersebut - malah dia juga mendapat seorang tuan yang luar biasa mulia dan baik hatinya.

Kuli ini dipanggil Sanna. Sanna bukanlah satu-satunya kuli yang dimiliki oleh tuannya. Masih ramai lagi kuli lain yang bertuankan tuan yang sama.

Sejak lahir lagi Sanna sudah diberi mandat untuk menjadi kuli kepada tuannya. Malah sebelum Sanna dilahirkan pun, takdirnya adalah untuk menjadi kuli. Kejam? Tidak, malah Sanna patut rasa bertuah kerana ganjaran hebat yang tidak terbayang oleh pemikiran kuli seperti Sanna bakal menantinya seandainya dia menjalankan tugasannya dengan sempurna. Tambahan pula, Sanna wajib bersyukur kerana mempunyai tuan yang begitu kasih dan sayang akan dirinya.

Pada mulanya, Sanna merupakan seorang yang kuli yang taat dan begitu patuh akan arahan tuannya. Buku panduan yang dibekalkan bukan sahaja dibaca daripada satu helaian ke helaian yang lain, malah cuba dihadamya satu-persatu buku panduan tersebut. Banyak juga arahan-arahan yang ditulis tidak dapat difahami oleh Sanna kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa percakapan Sanna. Namun, Sanna tetap berusaha untuk mematuhi segala arahan dalam buku panduan tersebut berdasarkan kefahamannya sendiri dan atas bantuan rakan-rakan kuli yang lain.

Kuli-kuli yang lain juga seperti Sanna. Mereka juga telah ditakdirkan untuk menjadi kuli sebelum mereka kenal dan lihat dunia ini lagi. Dan kuli-kuli ini mempunyai rencah kehidupan dan ragam yang bermacam. Ada yang sangat taat dan patuh kepada tuannya, malah menghafal dan memahami seluruh isi kandungan buku panduan yang diberikan.

Ada pula di kalangan yang taat dan patuh ini, yang tidak reti duduk diam. Apabila ada peluang, pasti sahaja digunakan untuk mengajak kuli-kuli yang lain untuk taat dan patuh sama kepada tuan mereka. Sanna kasihan melihat mereka. Mereka sering sahaja tidak diendahkan. Malah ramai sahaja kuli-kuli yang lain mencemuh dan mentertawakan mereka.

Ada juga yang buat-buat taat dan patuh, tetapi di belakang kuli yang lain, apabila dirasakan tiada siapa yang melihatnya, pantas curi tulang dan ingkar kepada arahan tuannya. Di hadapan orang ramai, dialah hero, dialah juara. Semua orang salah dan dia sahajalah yang betul.

Ada yang di tengah-tengah, kadang-kadang taat dan patuh melaksanakan kerja, kadang-kadang malas dan culas. Buku panduan juga hanya digunakan apabila benar-benar perlu sahaja. Di masa lainnya, kerja dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut selera sendiri.

Ada yang langsung tidak mendengar kata. Hanya duduk rehat goyang kaki tidak melakukan apa-apa.


Ada yang lebih dahsyat perangainya. Bukan sahaja malas dan tidak senonoh perangainya, malah mereka menghasut pula kuli-kuli yang lain untuk bangkit menentang tuan mereka. Malah buku panduan yang diberikan dipandang enteng dan dilayan seperti sampah lagaknya.

Tanpa pengetahuan kuli-kuli ini, tuan mereka telah memasang CCTV di serata tempat. Setiap tingkah laku dan gelagat mereka dirakam dengan teliti oleh si tuan.

Sanna hanya geleng kepala melihat perangai dan tingkah laku rakan-rakannya yang bermacam ragam. Dia berasa kagum dengan kuli-kuli yang begitu patuh dan konsisten, mengajak kuli-kuli yang lain untuk bekerja keras mentaati tuan mereka. Dia begitu ingin untuk mencontohi mereka.

Pada masa yang sama, dia juga, entah mengapa, cemburu melihat kuli-kuli yang malas dan culas bersuka-ria. Mereka kelihatan begitu puas dan seronok menikmati kehidupan dunia. Segala apa yang mereka mahukan, mereka aka peroleh asalkan berusaha. Kadang-kadang tidak perlu berusaha keras pun, hanya gunakan tipu daya untuk memuaskan hawa. Yang peliknya, tuan mereka tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tindak tanduk mereka ini. Mereka kelihatan sungguh bahagia, puas dengan kehidupan dunia. Malangnya mereka tidak sedar dunia hanyalah fana, sementara sahaja.

Akhirnya Sanna mengambil keputusan untuk menjadi orang tengah sahaja. Tidak perlu berjerih perih membanting tulang empat kerat terlalu taat dan patuh, seperti keldai kepada tuannya. Pada masa yang sama, Sanna tetap melaksanakan tugasan yang dirasakan asas baginya. Dia juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan diri. Kadangkala dia keluar bersuka ria bersama kuli-kuli yang culas dan malas. Dan kadangkala dia bersama kuli yang taat dan patuh, berlagak seolah-olah dia peduli asalkan dapat menyenangkan hati mereka. Cukuplah sekadar itu; tuannya gembira (fikirnya) dan diri sendiri juga gembira.


Saat Sanna dan kuli-kuli yang lain pergi menghadap tuannya akhirnya tiba. Mereka dikumpulkan bersama (Bukan kepalang ramainya mereka! Tak tersangka Sanna tuannya itu cukup kaya dan berkuasa!) di suatu tempat untuk diadili dan diberikan ganjaran oleh tuan mereka.

Ketika itulah Sanna dapat melihat rakan-rakan kulinya yang lain. Dia terkejut. Ada yang berwajah putih berseri-seri. Ada yang bercahaya dada dan tangan mereka. Sanna kagum. Mereka kelihatan begitu gembira dan yakin sekali. Kebanyakan daripada mereka adalah rakan-rakan Sanna yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah tuannya dahulu.

Ada juga rakan-rakannya yang berwajah hitam dan muram. Ada yang berjalan kaki di atas tangan di bawah, gaya seorang badut sarkis lagaknya. Ada yang bernanah dan berlendir di seluruh muka dan tubuh, merembeskan bauan yang maha dahsyat hanyirnya. Sanna cuak. Gelabah. Dan Sanna perasan kebanyakan daripada mereka adalah rakan-rakannya yang culas dan malas dahulu. Yang bangkit memberontak menentang perintah tuannya lebih menjijikkan keadaan mereka.

Tiba giliran Sanna untuk dinilai, diadili dan kemudiannya diberikan ganjaran sesuai dengan pelaksanaan tugasnya. Tuannya bertanya kepada Sanna,

"Hai Sanna kuliKu. Ada kau laksanakan segala perintah dan arahanKu dengan saksama..?"

Sanna menjawab,

"Sudah tentu, tuanku. Aku menjalankan segala tanggungjawabku sesuai dengan arahanMu yang termaktub dalam buku panduan yang telah Kau berikan."

Si tuan berkata lagi,

"Kau berkata bohong, hai Sanna. Akan Aku tunjukkan yang kau berkata bohong."

Bohong?

Sanna terdiam. Mulutnya cuba untuk berkata-kata, mahu mempertahan dirinya. Tetapi terkunci rapat entah mengapa. Perasaan gentar mula menguasai dirinya.

"Hai Sanna. Dalam buku panduan yang Aku berikan, bab 51 baris ke 56, bukankah Aku telah perintahkan agar hidupmu hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaKu? Ada kau jalankan tugasanmu ini dengan saksama?"

Oh... Aku tidak tahu. Getus hati Sanna.

"Hai Sanna. Dalam buku panduan itu, Aku juga ada perintahkan engkau agar menjadi saksi kepada kuli-kuliKu yang lain. Malah memimpin mereka, memakmurkan tempar pekerjaanmu bersama. Seperti yang termaktub di Bab 2, baris 30 dan 143 dalam buku panduan yang telah Aku berikan. Ada kau baca? Ada kau fahami? Ada kau laksanakannya...??"

Oh... Aku tidak tahu. Aku tidak tahu!!

"Ini tidak adil, tuanku. Tiada siapa yang pernah memberitahuku tentang kedua-dua perkara yang tuanku sebutkan tadi. Lagi, aku tidak mengerti sepenuhnya buku panduan yang Kau berikan itu."

"Tidak adil? Sudah aku bekalkan bersama buku panduan itu lampiran tambahan. Sudah aku utuskan seorang pekerja khas, Muhammad namanya untuk membimbing seluruh para kuliku. Tidakkah kau pernah dengar namanya? Tidakkah kau pernah membaca lampiran tambahan itu, di mana semua kata-kata dan perbuatan Muhammad sebagai pemudah cara tercatat dengan rapi di dalamnya?"

Sanna mahu berkata-kata, protes. Sekali lagi tiada apa yang keluar daripada mulutnya.

"Hai Sanna. Mari kita lihat bersama, apakah yang telah kau lakukan sepanjang hidupmu menjadi kuliKu.

Setiap saat dan detik kehidupan Sanna sebagai kuli kepada tuannya, sejak dia dilahirkan sehinggalah dia tamat bekerja dipertonton di hadapan khalayak kuli yang lain. Sanna terkejut. Sanna malu. CCTV yang dipasang tuannya merakam setiap inci pergerakan tubuhnya, tidak tertinggal suatu perbuatan pun.

Diperlihat hari ketika mana Sanna mencuri tulang.

Sanna tertunduk malu.

Dipertonton waktu ketika mana Sanna berbuat onar, disangkanya tiada siapa yang menyaksi.

Sanna tidak sanggup mengangkat wajahnya.

Dipertunjuk saat dan detik ketika mana Sanna...

"Cukup! Cukuplah wahai tuanku! Aku mengaku segala silap dan salahku. Janganlah kau malukan aku lagi di hadapan rakan-rakanku!"

"Malu? Tidakkah kau baca dalam buku panduanmu itu, bab 86 baris 9? Hari ini tiada rahsia, tiada apa yang boleh disorokkan! Semuanya didedahkan satu persatu!

Hai Sanna. Setelah meneliti dan memeriksa segala pekerjaanmu seadil-adilnya, Aku telah membuat keputusan. Nah, ambilah buku laporan dan punch card engkau ni. Para pengawalKu akan membawamu ke tempat yang sewajarnya. Terimalah ganjaranmu!"

Sanna cuba untuk mengambil buku laporan kerjanya dengan tangan kanannya. Tidak berjaya. Dicuba lagi. Gagal. entah mengapa, tangan kirinya yang bingkas menerima buku laporan tersebut.

"Tuanku! Kasihanilah aku! Adakah aku akan mandapat ganjaran yang buruk? Aku bukanlah kuli yang begitu teruk! Banyak juga yang telah aku lakukan. Pekerjaan wajib 5 kali sehari aku laksanakan dengan taat. Pekerjaan wajib sekali setahun selama sebulan itu juga tidak pernah aku tinggalkan, sedangkan ramai kawan-kawanku yang tidak tahan! Aku juga sering menghulurkan tangan, membantu rakan-rakanku yang jauh lebih lemah daripada diriku. Dan setidaknya, aku tidak pernah keluar dan lari daripada pekerjaanku ini. Sehingga tamat kerjaku, aku masih mengaku bahawa Kau adalah tuanku! Takkanlah sedikit pun tidak diberikan ganjaran...?? Kasihanilah aku, tuanku!"

"Tidak cukup pekerjaanmu itu hai Sanna. Itu bukanlah tujuan Aku menjadikan kau sebagai kuliku.

Hai Sanna, alangkah baiknya sekiranya kau baca dan ikut betul-betul buku panduan yang telah Aku berikan itu. Dan jadikan lampiran tambahan itu sebagai panduanmu..." 

Next!

Kuli yang seterusnya pula diadili. Wajahnya berseri-seri. Sanna sempat mencuri lihat, dia menerima buku laporan dengan tangan kanannya.

Sanna diheret seperti anjing kurap lagaknya. Dan dihumban, jatuh terjelepok. Tersungkur di depan pintu yang mengerbangi sebuah tempat yang maha ngeri rupanya. Sanna kecut perut. Tidak terbayang olehnya apakah yang bakal ditempuhinya di dalam sana.

Inikah balasannya? Kemudian Sanna teringat suatu ayat dalam buku panduan yang pernah dibacanya basa-basi dahulu. Bab 32 baris 12. Sanna menangis. Rupanya peringatan tersebut untuk kuli yang macam Sanna. Sanna meraung. Dia diheret dan dihumban ke dalam.

***

Cerita ini hanyalah suatu penulisan kreatif yang bertujuan ikhlas untuk dijadikan peringatan kepada semua, termasuklah diri penulis sendiri. Ditulis beralaskan daya imaginasi penulis yang cukup lemah dan terhad. Penulis bukanlah cuba untuk menggambarkan suasana ghaib yang tidak mungkin tergambar oleh pemikiran manusia biasa. Hanya sekadar latar belakang dan prop untuk menjadikan cerita pendek ini bermakna.

Sedarlah. Ambillah iktibar. Janganlah kita menjadi seperti Sanna (=Annas) yang biasa, seperti robot yang tidak tahu tujuannya diciptakan. Jadilah seorang Mukmin yang luar biasa. Semoga bermanfaat untuk semua, Insha-Allah.

Allahu a'lam.

-gabbana-

25 April 2009

Obsession

What are Malaysian politicians and those in the higher echelon have in common...? C'mon c'mon.. Keep guessing. Nope, not Ferrari. What? Again? Going to Paris' then LA's Disneyland using rakyat money? Not even close. Keep going. Huh...? Hahahaha.. Have nothing else to do but talk talk talk but not walk it...? Well, probably, but not exactly what I have in mind. Sorry.

Well, I'm afraid I have to tell you the correct answer. Here we go.. Jeng jeng jeng! Having an affair with models! (Or marrying a model then make a hell lot of fuss out of it, for that matter!) And not just models who you can see in iklan sabun or being the cover girl in some cheap magazines. But super models. And not the local ones. Some of them come from Mongolia, some Indonesia. I guess these people have a very high-but-still-Pan-Asianic taste. Local models don't kecik ati meh...

And it doesn't stop there. They also like to make them, the models I mean, disappear. Dissapear into the thin air as if they never existed before. *fluff* Little that they know the world is so small...

-gabbana-

22 April 2009

Enjit-enjit Semut, Siapa Sakit Naik Atas!

Menjadi seorang Muslim dan Mukmin, Insha-Allah, sebenarnya adalah suatu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang itu. Benar, jalannya tidak mudah. Jalan seorang mukmin tidak dihiasi dengan gubahan bunga-bunga mekar beraneka warna, tidak juga dihamparkan dengan karpet merah empuk seperti yang dikhaskan untuk para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tidak. Malah, sekiranya anda mengimpikan dan mengejar sesuatu yang seperti itu, maka pilihan yang ada hanyalah untuk futur dan terpesong daripada jalan Islam yang lurus ini, wa iya dzubillah.

Namun, dalam kesukaran dan kegetiran dalam menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang sejati dalam erti kata yang sebenar-benarnya, Allah SWT telah menyediakan dan membekalkan mereka yang mahukan gelaran ini dengan pelbagai jenis nikmat, pertolongan dan kesenangan yang sama ada kita sedar atau pun tidak, sebenarnya memudahkan lagi usaha kita dalam memperoleh maradhatillah; keredhaan Allah yang hakiki. Dan antara nikmat paling besar, pertolongan yang cukup indah dalam menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang sejati adalah nikmat ukhwwah fillah - jalinan persaudaraan yang disandarkan kepada tauhid mengesakan Allah yang satu.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat, surah ke 49 ayat 10,

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara..."

Dan dalam hadith Nabi SAW, baginda bersabda mafhumnya,

"Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang antara mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota sakit, semua anggota yang lain terpaksa berjaga malam dan menanggung sakit demam."

Nah! Anda pernah sakit gigi? Apabila gigi geraham bongsu anda baru hendak tumbuh? Sakitnya bukan kepalang! Sehinggakan 2-3 malam anda tidak dapat melelapkan mata dek kesakitan yang tidak terperi! Malah ramai sahaja yang jatuh demam kerana tidak tertanggung lagi dengan keperitan yang disebabkan oleh seketul gigi yang besarnya tidak lebih daripada sebiji kacang almond.

Begitulah ukhuwwah Islamiyyah yang kita mahukan daripada segenap pelosok umat Muhammad SAW. Sekiranya seorang Muslim Brazil diperlakukan seperti sampah, dicerca dan dihina kerana agama yang dianutinya, saudaranya di Syria, Amerika mahupun Indonesia wajib berkongsi duka dan lara dengannya. Sekiranya seorang Muslimah Ireland diejek, dicemuh malah disepak tendang sekalipun, hanya kerana dia bertudung dan mahukan kehidupan sebagai seorang Muslim sejati, saudara seIslamnya di serata pelosok dunia wajib mempertahan maruah dan integritinya. Walaupun seorang, hanya seorang Muslim yang menderita, sakit atau kemiskinan yang melata, saudara seaqidahnya yang berada di tahap kedudukan yang lebih baik wajib menghulurkan tangan bantuan.

Sekiranya hal ini dapat dipratikkan secara telus dan bersungguh, nescaya ikhwah dan akhawat kita di Palestin tidak menderita sepertimana sekarang ini.

Sekiranya ruh ukhuwwah fillah ini dapat dihayati dan diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan, nescaya tidak akan ada seorang Muslim pun yang hidup menderita terseksa.

Dan sekiranya persaudaraan yang dijalinkan atas dasar satu aqidah dan kepercayaan ini dapat difahami dan dicernakan dalam erti katanya yang sebenar, percaya dan yakinlah, nescaya Islam akan berada di puncak kegemilangannya.

Firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang kukuh."
as-Saff, 61:4

Tiada siapa yang dapat menggoncang, melemah, meruntuh apatah lagi menghancurkan bangunan yang kukuh, yang dibina atas pasak yang utuh, yakni persaudaraan Islam, melainkan atas kehendak Allah SWT sendiri.

Tetapi sayangnya, pada masa kini kita melihat betapa umat Islam sibuk menjatuhkan sesama sendiri sedangkan para kuffar duduk leka minum teh tarik sambil ketawa gembira, menyaksikan setiap detik dan saat kejatuhan ummah yang suatu ketika dahulu pernah menguasai dunia. Tidak perlulah penulis membebel dengan lebih panjang lebar tentang apakah yang pernah dan sedang berlaku kepada umat Islam yang jatuh dan hancur disebabkan oleh tangan-tangan najis saudara mereka sendiri. Cukuplah penulis katakan di sini, sifat dengki, cemburu dan hasad di kalangan umat Islam yang tidak tahan melihat kejayaan dan kesenangan yang dinikmati oleh saudaranya sendiri adalah antara faktor utama mengapa dan kenapa ummah ini terus ditindas dan diperlakukan seperti sampah oleh musuh-musuh Allah. Sampah pun kadangkala lebih berguna di mata mereka kerana boleh menjana pendapatan apabila dikitar semula.

Sabda Nabi SAW,

"Sesungguhnya di antara kalian tidak (dikatakan) beriman, sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirnya sendiri."
-
Hadith riwayat Bukari dan Muslim.

Lihatlah betapa indahnya Islam! Anda tidak berhak mendakwa diri anda beriman, tidak, sehinggalah anda berjaya menyayangi dan mencintai saudara seaqidah anda sebagaimana anda menyayangi dan mencintai diri anda sendiri. Susah bukan..? Susah sekiranya anda seorang yang busuk hati, tamak dan mementingkan diri sendiri. Tidak susah bagi mereka yang sedar dan yakin bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah. Hanya taqwalah yang membezakan mereka.

Marilah kita mengambil iktibar daripada lagu rakyat@kanak-kanak 'Enjit-enjit Semut' dalam mengamalkan persaudaraan Islam yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah:

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas!
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...
(Ulang lagi seberapa banyak yang anda suka. Anda boleh meneruskan nyanyian ini sekiranya anda mempunyai masa lapang dan bosan tiada apa yang hendak diperbuat...)

Mudah bukan? Jadilah seperti semut-semut ini, apabila sakit dan mengalami kesusahan, mereka akan diberikan pertolongan dengan cara semut lain akan menggantikan tempat mereka. Inilah yang dianjurkan Islam. Apabila ada saudara kita yang tidak bernasib sebaik kita, kita sewajibnya menghulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada untuk meringankan bebanan mereka.

Allahu a'lam.

-gabbana-

21 April 2009

U for UPDATES

Salaam a'laikum warah matullah.

All praises be upon Allah, the supreme Lord of the Worlds and solawat and salam to His noblest servant and our beloved Prophet, Muhammad ibn Adullah SAW.

Finally, and thankfully, I've got the strength and opportunity to update this hitherto idle blog. I sincerely apologise to all of you, especially those who are loyal, constantly checking out this blog in hoping for new posts and updates. The truth is, however I try to justify it by saying life has been hectic lately, I have been very busy, bla bla bla... I just didn't have the mood to update. I've been trying in vain, with little progress of course to at least write something, just about anything and yet, I still couldn't muster it.

Not many people know that I was back in Malaysia for the past 3 weeks. It was rather an unexpected decision. In fact, I bought my ticket one and half week before I left. Alhamdulillah, I managed to search for a reasonably-priced ticket with KLM, though I wouldn't want to opt for it anymore for my next long haul journey. Of course, going back to Malaysia, seeing my family and cats, catching up with friends and food (*wink*) are things that are too good to be true. I had fun, alhamdulillah and I also managed to push myself to go to the library to study. I know, I know, it sounds so nerdy and uncool, hahaha, but I really had to do it coz my final exams are just around the corner. Honestly.

When I was in Malaysia, lots of things had happened there. The most significant events are probably the ascendancy of Najib to the premiership post and the new cabinet lineups. Yes, I've got my own thoughts on both events and I was longing to write about them. But to write about them now seems a little bit too late and probably can be considered ancient already in the blogosphere. Haha, my bad for not doing it earlier on! But probably I'll write something about them, maybe looking at the progress made by the new cabinet members after a month or so. We'll see.

I was also asked by friends to write on two issues; one being the current world economic situation and the other one is on istiqamah. I'll try my best to satisfy these demands, hehe, but probably not anytime soon as I really need to concentrate on my studies. And I don't want to simply write based on random thoughts without actually doing some research coz that will produce nothing but a boring piece.

I went to Ireland, Dublin to be exact last weekend, yes, immediately after I arrived from KL. Just got back this morning. Believe it or not; that was my first time going to Ireland, after Spain, France, Malta and Italy - considering it is the nearest European country to the UK! Hehe.. Well, there's always a first time for everything ayte? ;)

I had interview with Shell this morning for my summer internship. I had to rush from Stansted Airport (My ticket flying back to London was the earliest one this morning. Couldn't get one on last night's) back to my place first so that I could take my shower and all. I actually brought my suit and leather shoes all the way to Ireland, just in case the flight was delayed or anything. I just couldn't gamble the risk! Had to sacrifice my breakfast and alhamdulillah, I managed to be there early. The interview went well I guess. But everything is possible. The result will be out in 2 weeks time the latest. I think I've tried my best so now it's the time to make du'as and tawakkal. Do pray for me!

I finished reading 'Ayat-Ayat Cinta' by Habiburrahman El Shirazy this morning. It confirms what everyone has been saying; it is so much better that the movie itself. I long for a similar love for and from Allah, His prophet and of course, whoever is going to be the queen of my heart. =) Insha-Allah.

That's all for now I guess. Actually I don't feel very well at the moment. Probably I've been pushing myself a little too hard since I got back from Malaysia. I'm sorry, body. Hehs.

Insha-Allah, I will write again in the nearest future. I pray to Allah, may all of you my dearest blog readers, are always in the shed of His light and mercy. Amin.

Allahu a'lam.

-gabbana-



Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP