Mengapa Lebih Ramai Orang Pergi Konsert K-Pop Daripada Bulatan Gembira?
[Kredit] |
Soalan ini klise, tapi saya rasa ada keperluan
untuk menjawabnya.
Soalan ini boleh juga divariasikan kepada:
· Mengapa lebih ramai orang yang ke soping
komplek daripada pergi berdakwah?
· Mengapa lebih ramai orang yang suka tengok
wayang daripada tengok ostad bagi kuliah?
· Mengapa lebih ramai orang yang pergi konsert
K-Pop daripada pergi berjihad fi sabilillah?
Ok yang terakhir itu sengaja mahu bikin panaasss.
Kekeke.
Of kos, jawapannya juga sebenarnya sangatlah lurus
ke hadapan. Tak perlu ikut bulatan gembira pon sebenarnya dah boleh jawab.
Ambil ijazah sarjana muda Syariah dan Usuluddin apatah lagi.
Namun rupa-rupanya Allah sudah jawab dahulu
daripada kita. Lama dahulu, ketika ayat-ayat chentaNya diwahyukan kepada
ar-Rasul SAW.
Enggak percaya? Loh, ambil Quran lo’ dan ayuh baca
sama-sama!
Sudah bersedia?
“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, ‘Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu.’ Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta.”
[at-Taubah, 9:42]
Ha, kan dah cakap. Allah dah jawab kan?
Allah sedang berbicara menggunakan logik akal
manusia; betapa yang mudah diperoleh dan tidak jauh itulah yang menjadi pilihan
utama mereka. Malangnya, logik akal manusia inilah yang seringkali merugikan
manusia itu sendiri.
Rupa-rupanya, ramai manusia di luar sana memilih
untuk mengejar dunia kerana keuntungannya lebih mudah untuk diperoleh.
Ramai orang yang malas, culas dan beragas mahu
bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah kerana leceh dan tak best.
Ramai orang yang berat untuk menyahut seruan jihad
kerana tidak sanggup untuk meninggalkan keselesaan rumah berekon dan telebisen
skrin leper empat puluh lapan inci. Eh.
Berdakwah dan berjihad itu sebenarnya
menguntungkan, malah paling amat menguntungkan. Keuntungannya jauh melebihi
seluruh dunia dan seisinya. Hanya sahaja keuntungannya bukan di sini, tapi di
akhirat sana. Keuntungannya tidak boleh dilihat dengan mata. Keuntungannya
tidak segera, gedebup jatuh ke atas riba.
Namun sedihnya, keuntungan akhirat itu tidak kena
dengan logik akal manusia yang terhad itu. Maka akal kita yang cetek dan sempit
itu, gagal menafsirkan bahawa di sana, nun di akhirat sana, ada sebuah
keuntungan yang maha agung, yang harganya tidak mungkin mampu ditandingi oleh
mana-mana kesenangan di dunia ini. Cumanya, ia tercipta dan terbina di atas
jerih payah, sakit dan susah kita di dunia.
Kerana itu ramai dalam kalangan kita mengambil
jalan pintas, mahu menikmati keuntungan dan keselesaan di dunia.
Kerana itu ramai yang sanggup bersengkang mata mahu
menyiapkan kerja di kantor, tapi tidak sanggup bersengkang mata untuk bangun
bertahajjud kepadaNya.
Kerana itu ramai yang sanggup menghabiskan ratusan
malah ribuan ringgit untuk membeli kasut, beg tangan, baju, jam dan sebagainya,
tetapi kedekut taik idung masin mahu membelanjakan harta untuk kegunaan dakwah
fisabilillah.
Kerana itu juga lebih ramai yang gemar untuk
mengunjungi shoping komplek, pusat karaoke dan panggung wayang, dan bukan
bulatan gembira atau kuliah-kuliah ilmu.
Kerana semua itu menjanjikan keseronokan yang fana.
Semua itu menjamin keuntungan yang mudah diperoleh. Semua itu dekat dan senang
didapati!
Alangkah ruginya kita kerana telah melepaskan keuntungan
akhirat yang jauh lebih osem dan bergaya, hanya gelojoh dan tamak mahu
menikmati kesenangan di dunia!
Alangkah!
“Dan adapon orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sesungguhnya, sorgalah tempat tinggalnya.”
[an-Nazi’at, 79:40-41]
Nah, bagaimana pula dengan kita yang kononnya sudah
bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini? Apa anda sangka, ayat at-Taubah
tadi itu hanya terguna pakai untuk mereka yang sanggup ke Genting Highlands semata-mata
mahu dipeluk dan dicium oleh idola K-Pop mereka? Err.
Ketahuilah, ayat itu juga sebenarnya sedang
menampar-nampar kita!
Kita hanya sanggup ke bulatan gembira apabila
tempatnya sepelaung sahaja dari rumah kita. Jauh sikit sahaja, kita sudah mula
membebel dan mengomel.
Kita hanya mahu melakukan kerja-kerja aktivisme
kerana itu yang lebih popular dan glamor, sedangkan kerja-kerja mentarbiyah
dan menyentuh hati yang busuk dan susah
itu, kita abaikan.
Kita sanggup datang ke konferens riang kerana hanya
itu sahajalah peluang untuk kita mencuri pandang dan main kenyit mata dengan
akhawat pojaan hati kita. Tersembur.
Kita mendengus tidak puas hati, mencaci-maki di
dalam hati apabila sang murabbi kita memberi pengarahan yang menyebabkan kita terpaksa
keluar dari zon selesa kita.
Kita bersemangat melakukan amal-amal dakwah hanya
apabila ia dilihat orang, lantas dipuji dan dihaplod ke MukaBuku atau Intagram
dan seterusnya mendapat LIKE yang tidaklah banyak mana pon.
Err.
Kita tak sanggup nak korbankan masa kita untuk
tarbiyah dan dakwah.
Kita rasa berat mahu lebihkan infaq untuk kegunaan
jihad fisabilillah.
Kita rasa sukar untuk menyumbang tenaga kita untuk
kerja-kerja amal kerana kita mahu rehat-rehat di rumah.
Dan apabila ditanyakan kepada kita, apa alasan
kita?
“Jikalau
aku sanggup, nescaya aku akan berangkat bersamamu!”
Walhal, jauh di dalam sudut hati kita, kita tahu
yang yang kita berdusta! Dan Allah juga tahu yang kita berdusta!
Allahu Allah! Potong bawang laju-laju.
Ayuh kita sama-sama muhasabah diri kita!
Adakah kita sudah benar-benar menjual seluruh jiwa
raga kita untuk perjuangan ini? Adakah kita sudah sanggup mengorbankan harta,
masa dan tenaga kita semata-mata untuk dakwah ini? Adakah kita boleh jamin yang
apabila gendang jihad dipalu, kitalah orang pertama yang akan menyambutnya?
Adakah kita tidak akan berkira dengan Allah apabila kita dituntut untuk
menyerahkan segala apa yang ada pada kita untukNya?
Jalan dakwah ini panjang!
Jalan dakwah ini sukar!
Jalan dakwah ini menyeksakan!
Jalan dakwah ini tidak senang!
Jalan dakwah ini menyakitkan!
Hanya orang yang benar-benar ikhlas dan faham
sahaja yang akan berjaya melaluinya!
Maka beruntunglah orang-orang yang telah pon
menjual harta dan nyawanya di atas jalan ini, kerana balasan untuk mereka ini
hanyalah sorga! SORGA!
“Sesungguhnya Allah telah membeli dariorang-orang mukmin, baik diri mahupon harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; ehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai (janji) yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Mak bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”
[at-Taubah, 9:111]
Nanges boleh?
-gabbana-
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
sepelaung.. Bingung kejap. Benda tu?
Naqib/Naqibah kena pandai buat Giyomi baru anak usrah nak datang! Hahaha. Terbalik tergelak terguling aku gelak. Tak dapat aku bayangkan!
Faham tu ramai yang faham (mungkin). Tapi bab ikhlas tu berat sangat wei!
Inche APG, saya nak berkongsi sedikit tentang Kpop ni. Dan nak berkongsi rasa dan apa pandangan saya mengenai isu ini.
Konsert Kpop dah lama diadakan di Malaysia. Sejak tahun 2009 lagi. Sejak dari tahun 2010 lagi saya dapat tahu dari konsert tersebut, memang artis2 mereka akan buat 'fan service' (peluk, cium, bersentuhan etc) di atas nama untuk meraikan peminat-peminat mereka yang telah menyokong mereka. Dan ketika 2010 saya berada dalam fandom kpop ini, dah lama dan dah banyak video di Youtube yang dimuatnaikkan menunjukkan gadis-gadis bertudung naik ke pentas untuk meraikan aturcara dalam konsert tersebut.
Alhamdulillah sejak 2011 saya sudah tinggalkan obsesi terhadap Kpop ini.
Cuma apa yang saya nak sampaikan, isu Kpop ini bukan isu tunggal. Bukan hanya Kpop yang perlu dipersalahkan. Isu ini isu keseluruhan. Dalam masa yang sama saya pandang gadis-gadis yang obses dengan Kpop, saya juga pandang kepada gadis-gadis lain yang tergila-gilakan penyanyi-penyanyi lain sama ada dari Barat yang datang buat konsert di Malaysia ataupun artis tempatan sendiri.
Isu ini, isu ummah. Bukan hanya Kpop yang perlu dipersalahkan. Gaya hidup kita, sudah banyak menyimpang daripada gaya hidup Islam yang sebenarnya. Secara keseluruhan, daripada pentadbiran, politik, walhal daripada penyiaran rancangan televisyen kita pun banyak menyimpang jauh daripada gaya hidup Islam yang sebenarnya.
Bukan salah Kpop.
Sebab iman kita sama-sama parah. Masih ramai antara kita tidak mahu mengamalkan Islam secara keseluruhan, walaupun kita tahu Islam itu bagaimana. Masih ramai yang menonton dan menyokong Suamiku Encik Sotong, meskipun banyak ulasan-ulasan negatif tentang drama tersebut. Apabila diuji dengan banjir pun, dan ditempatkan di masjid, masih ramai yang meninggalkan solat dengan alasan tengah darurat.
Saya yang masih belajar bertatih cuma mampu menangis. Saya tidak kuat. Tidak kuat untuk menegur kawan-kawan yang lalai. Tidak kuat untuk menarik mereka untuk nampak keindahan Islam. Cuma mampu baik sorang-sorang. Cuma mampu berdoa untuk mereka. Cuma mampu mencegah dengan hati.
Ini isu ummah.
Ini isu ummah.
Ini isu ummah.
Inche APG, terima kasih di atas artikel. Teruskan menulis dan mengetuk hati-hati pemuda pemudi negara ini.
Abdullah,
saya tertarik dgn perkongsian anda.
Boleh saya share di wall FB saya?
Terima kasih.
Maaf Inche Gabbana, saya menyibuk di sini.
saya baca tajuk,
dah terus komen tanpa baca cerita
cuma nak jwb soalan...
mungkin...mungkin sebab
tiba tiba saya rasa akak usrah saya mencurigakan
kenapa bila kita dtg daurah semua,
dia ckp jgn post gambar
jgn bgtau org buat kat mana
kenapa kena rahsia? tp akak usrah senyap.--> yg ni tak kisah pun cuma
saya tak faham kenapa.
kenapa tiba tiba saya punya la seronok g usrah tapi tiba tiba saya rasa akak usrah selalu aim saya
saya rasa mcm nak tukar usrah. dengan usrah yg lain... tapi kenapa akak urah macam tak bagi...
lagi saya tak faham
kenapa asyik tukar,or rombak bulatan gembira... kena get to use dgn kwn kwn yg lain mungkin
tp saya tak selesa....
klo akak usrah nak rombak balik buatan gembira..
saya pun boleh rombak balik usrah saya.. tetiba terfikir mcm tu
saya malu kalau asyik tukar usrah je, dari 4 org je ahli usrah tahu tahap kebodohan saya pasal islam. then kena rombak, bertambah lagi orang lain yg tahu betapa bodohnya saya..
malu la mcm ni
rasa mcm nak nangis. kenapa jd mcm ni..ㅠ.ㅠ
Jawapan untuk kenapa ini mudah,
Kerana konsert KPOP adalah kebahagian yg nampak, Sedangkan Bulatan Gembira adalah kebagaiann yang dijanjikan, NANTI.
Dearest saya,
İ'm sooo impressed to read ur comment, just so u know, u' ve inspire me... of all bads tht i feel when i join usrah, i know tht theres people out there who feel just like how i do.. and Saya, when u say they keep rombak ur usrah, i wonder where did u get the strength to proceed with all of this usrah things, some people may think its just kinda simple.. but really, we're differnt, we aint perfect..TT..may He guides us n bless us with His mercy.. n give me the strength to keep going to usrah..amen. Saya, thnks anyway ^_^
Untuk 'saya', saya pernah rasa sebegitu. Keep on going with usrah. Minta Allah bantu dan Allah pilih sehingga jalan akhirnya, walaupun tiada noktah untuk tarbiyah.
Alhamdulillah, sekarang, saya dihadiahkan seorang akak naqibah yang sangat konsisten dengan dakwahnya.
Apa yang mampu saya katakan, sangka baik dengan Allah. Lepas saya dah lalui ujian yang selalu tukar2 akak naqibah, alhamdulillah, rupanya Allah nak uji sejauh mana saya dalam gerabak tarbiyah ni. Sejauh mana saya serius dengan iman saya. Ramai yang nak tarbiyah, tapi tak ramai yang betul-betul nak.
At the end nya, (walaupun tak pernah end), anda akan tengok betapa telitinya Allah, 'tapis' orang yang betul-betul nakkan redha Allah je.
Wallahu'alam.
Ukhti Asma syaznie, sgt bersetuju dengan kenyataan ukhti.
Kepada 'Saya', la tahzan. Ukhti boleh bertanya terus kepada naqibah untuk dapatkan penjelasannya kerana setiap yang diaturkan insyallah ada hikmahnya dan juga kepada ukhti 'sh'.
Dearest saya . Saya berminat nk tau awk usrah apa. Add fb > ainaries94@yahoo.com
thanks for sharing this~
Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
Teruk sangat ke kalau x join usrah?
(Y) Tak teruk pun. Cuma tulah, kitakan manusia, hati mudah sangat rasa kekosongan, maka kita isilah dgn pengisian rohani, usrah salah satu contoh. Kalau lebih selesa membaca pun boleh. Tapi sebenarnya dengan usrah kita sebenarnya dapat berkongsi pendapat dgn ahli usrah, berbanding buku, kalau kita nak komen, bukannya penulis dia ada kan ? ;) Sekadar pendapat je..
Wallahua'lam ;D
penulisan awak ni terkesan di hati saya...
hurm... adakalanya ramai antara kita-kita golongan muda (tapi x semua) lebih suka kan keseronokan , hiburan, kesenangan, apa-apa yg mudah dicapai...hingga misi untuk berdakwah dianggap sukar, untuk merubah diri sendiri ke arah yg lebih baik pun terasa sangat berat... sepertinya tak mahu melakukan anjakan paradigma..
ada sesetengah berpendapat nk berubah jadi baik biarlah amsa dah tua nanti, masa muda nie kita enjoy2 dulu... sedangkan mereka sendiri pun xtau mereka hidup sampai umur berapa, sempat tak merasa umur tua... :(
Emang mereka islam semua mereka kebanyakan agamanya buddha dan kristen Emang cuma islam doang yang ada
Post a Comment