28 December 2014

Keputusan Pertandingan Mereka Kaver Baru IPJ


Ya, anda sedang melihat baju baru yang bakal disarungkan kepada buku 'Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki' cetakan kedua nanti.

Meskipon saya sudah pon membuat pengumuman ini di laman MukaBuku saya, saya kira dengan post ini, keputusan Pertandingan Mereka Kaver Baru IPJ dikira rasmi dan sebarang rayuan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.

Mabruk dan syabas diucapkan kepada Saudara Najmul Musyaroff atas rekaan yang cukup bergaya dan menambat hati para juri. Eheh.

Jujurnya, amat sukar sekali untuk kami membuat keputusan, apatah lagi banyak penyertaan yang dihantar haibat dan berkualiti sekali. 

Namun akhirnya rekaan Najmul ini yang dipilih untuk menjadi kaver baru IPJ nanti, untuk beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah:

  • Rekaan yang simpel dan tidak berserabut
  • Penggunaan warna yang semat lagi elegan
  • Elemen seluar jeans yang mengujakan
Rekaan saudari Diyana Zahari pula telah berjaya menduduki tempat kedua:




Jujur, para juri juga hampir-hampir tergugat dengan rekaan ini. Rekaan yang sempoi dan unik, di samping penggunaan props yang menarik, menjadikan rekaan ini antara pilihan utama para juri. 

Tahniah dan syabas diucapkan!

Dan rekaan saudara Nazmee Leewon (tak pasti ni nama penuh dia ke apa) telah dipilih sebagai rekaan ketiga pilihan hati dan lubang hidung juri. Eh.




Rekaan yang menggunakan kombinasi warna gelap dan oren ini dengan penggunaan elemen seluar jeans yang optimum telah berjaya mendapat antara undian tertinggi dalam kalangan para pembaca. Bravo!

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak Hud Hud Media untuk urusan hadiah dan penghargaan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. 

Mabruk dan syabas sekali lagi kepada semua pemenang! 

Untuk pengetahuan semua, buku IPJ cetakan kedua sudah berada di peringkat akhir pengeditan layout. InshaAllah, sasarannya ia akan mula dikeluarkan di pasaran pada pertengahan bulan Januari ini. Doakan! 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan katheera kepada semua para pembaca belog APG yang tidak henti-henti mendoakan dan memberikan sokongan. Sehingga ke hari ini, tidak putus-putus saya menerima pertanyaan bagaimana mereka boleh mendapatkan naskhah IPJ. Tanpa doa dan anda semua, saya tidak mungkin boleh sampai ke tahap seperti ini. Alhamdulillah haadza min fadhli rabbi.

Doakan juga agar urusan pencetakan buku kedua saya, #Chenta, dipermudahkan olehNya. Saya terpaksa beritahu anda bahawa kavernya sahaja sudah sumpah mengujakan! Ohoi! 

Moga Allah redha! 

-gabbana-

Jangan berhenti mendoakan dan membantu mana yang termampu untuk para sahabat dan saudara kita yang sedang ditimpa musibah banjir, terutamanya mereka yang berada di Pantai Timur. 

Juga tidak dilupakan, pesawat QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura. Meskipon hanya seorang rakyat Malaysia yang terlibat, namun ia tetap membutuhkan kemanusiaan kita bukan?

Sungguh, Allah mahu kita belajar tentang banyak perkara melalui musibah-musibah ini. Moga kita menjadi para hambaNya yang bertaqwa!


7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 28/12/2014, 15:59  

Tahniah kpd pemenang :)

Moga dakwah akh terus tersebar.

Unknown 28/12/2014, 19:23  

fushh thorbaikkkkk! seswaiiii

Anonymous 28/12/2014, 20:39  

Gebuna jangan main sumpah. Nnt takot tak mengujakan je aku tengok.


Aminuddin Tusri tak terpilih. Tapelah nanti aku bukak Sarikat Berhad, kau jadi designer aku la yer. Erkk. Kipidup Aminuddin! Cara kau mendesign melalui mata aku boleh pergi jauh!


Tetiba pulak aku rajin membaca. Heh. Baca buku Wasiat Hasan Al Banna. Aku tertangkap dgn:


"Tanggungjawab dan kewajipan banyk lebih dari masa yang anda miliki. Oleh kerana itu, bantulah orang lain agar memanfaatkan waktunya. Jika berurusan, persingkatkanlah perlaksanaanya"


Macam membazir waktu je aku tengok pertandingan kaver dan selalu je kena undi kaver. Kena pulak sekerol up dan down nak pilih. Oh banyak hal. Erkkk. Aman. Senyum. Ohhh. Ya Allah janganlah Gebuna melenting bila baca. Ameen.


Belajar buat keputusan sendiri dalam sesetengah perkara. Kipidup! Kalau BM je kena mintak keputusan dari Mak. Ohh susahnya nak kahwen. Mak saya nak kahwen!! T_T (Haha! Maka aku suka melalut bila menulis. Hampeh!)

Husein Husaini 28/12/2014, 21:30  

mabruk kepada semua pemenang.. memang stylo design diorang.

Zyra Roxx 29/12/2014, 14:04  

semua design cool!

Shakirah 03/01/2015, 20:07  

semua pun 'haibat' n cool. btw, yg siri first pun saya belum dptkan lgi buku ni atas sbb2 trtntu. tapi jikalau beritanya buku kedua ni keluar prtghn januari;....mashaAllah ! memang dualah nak beli dan termsuk buku #chenta itu ! sungguh mengujakan :P yeayyy !

Unknown 16/01/2015, 19:34  

Ikhwah pakai jeans dgn #chenta tu memang jual online saje je Ehh?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP