22 December 2014

Seloka Dunia Yang Gila

[Kredit]

Hari ini gua buka newspaper,
Macam-macam berita gua baca,
Dari satu benua ke satu benua,
Buat gua serabut kepala.

Interpol kata nak tangkap Qaradhawi,
Padahal Bashar masih bebas lagi,
Israel kejam tiada siapa peduli,
Adakah ini dikatakan hak asasi?

Gua terus baca newspaper,
Manalah tahu ada cerita suka,
Takdelah asyik kelam durjana,
Tapi sekali lagi gua kechiwa.

Di Ostrolia kedai cokolat kena tawan,
Oleh ekstremis asalnya dari Iran,
Ramai budak kena bunuh di Pakistan,
Dengan pak serban bernama Taliban!

Gua selak lagi newspaper,
Macam-macam yang gua jumpa,
Kadang-kadang macam tak percaya,
Betulkah ini negara gua Malaysia?

Rosyam Nor mengamuk di Twitter,
Pasal anaknya yang nak mintak kerja,
Nasib baik dia selebriti glemer,
Kes setel dalam sehari dua!

Gua baca lagi newspaper,
Harapannya ada lah berita gembira,
Tapi yang banyak bala bencana,
Aduhai dunia, kenapa dan mengapa?

Pantai timur dilanda banjir,
Habis rumah kena tenggelam air,
Kena pindah dewan terpinggir,
Alahai kasihan moga terus isbir!

Gua selak dan selak newspaper,
Entah apa pula berita yang ada,
Berdebar juga gua dibuatnya,
Jangan buruk lagi gua minta!

Tapi gua rasa mahu tepuk kepala,
Kafir-mengkafir sini sana,
Salafi Wahhabi dua perkataan popular,
Sampai kiamat baru habis agaknya!

Gua teliti lagi newspaper,
Walaupon gua dah pening kepala,
Perut mual sempit dada,
Dunia ni betul-betul sudah gila!

Maksiat dosa macam perkara biasa,
Bunuh orang dah macam takde apa,
Tapi ostad ostajah terus berlaga,
Masing-masing nak tunjuk terer!

Gua terus tatap newspaper,
Manalah tahu ada seprais bahagia,
Tapi gua silap macam tak percaya,
Yang ada hanyalah fitnah durjana.

Isu Melayu dijual dijaja,
India Cina rakyat kelas kedua,
Nak kritik tak boleh suka-suka,
Silap haribulan dituduh derhaka!

Newspaper masih di depan mata,
Gua dah tak sanggup nak baca,
Entah apa lagi berita yang ada,
Sampah dan najis sahaja agaknya.  

Tahun depan tahun kesusahan,
Harga barang naik sedemikian,
Rakyat terus ditekan dibeban,
Walhal menteri kaya dan wahan!

Gua rasa nak tutup newspaper,
Dengan sisa tenaga yang ada,
Sebab gua sedih bermuram durja,
Nak muntah nak pitam, semua ada!

Wahai Tuhan selamatkanlah kami,
Dari fitnah dan ujian duniawi,
Sungguh kami perlukan bimbingan Ilahi,
Keluarkan kami dari kegilaan ini!

-gabbana-


8 Caci Maki Puji Muji:

Farah Madihah 22/12/2014, 19:18  

betul tu IG , saya setuju sangat .

sh 22/12/2014, 20:47  

Gua selak surat cinta..
"Dan beriknlh kabar gumbira kpd org beriman...."
lepas panas baca surat habaq, gua jd sejuk baca surat cinta..TT

Anonymous 22/12/2014, 21:48  

antara dunia yang semakin gila atau manusia yang kian menggila.

fuhh!

Anonymous 23/12/2014, 08:54  

Dan pertolongan Allah itu dtg apa bila kita tetap bertahan dan berbuat dalam keadaan yg mustahil untuk mengubahnya.

Isbir ya akhi,

Makin gelap malam, makin ia menghampiri siang.

YĆ«suf:110 - (Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

Mengeluh keadaan, moga Allah kuatkan kita untuk terus berusaha hingga Dia yg tentukan batasnya.

Mysura 23/12/2014, 17:18  

T^T

Anonymous 23/12/2014, 18:54  

Dah lama aku tak baca paper. Ini sumpah seriyes! (Incase nak berita, dapat gak dari Senah dan Ali Internet Bergerak).

Dunia seakan gila (atau sudah gila!) Hanyut dengan isu yang menserabutkan. Haih! Dari aku serabutkan hotak dengan isu aneh lagi pelik, baik serabutkan hotak dengan dunia pentarbiyahan.

Tegakkan islam dalam jiwa (include jiwa aku) maka islam akan tertegak.


Maka aku berpendirian, jangan dilayan benda gila, nanti kau turut sama gila.

Anonymous 23/12/2014, 20:44  

dunia dah semakin tenat. ramai pemimpin yg korup . rakyat dan golongan bawahan ditindas. golongan miskin makin melarat . yang kaya terus" hidup atas daratan harta. TT_TT . perang merata. manusia kian hilang rasa kemanusiaan. Subhanallah. Allah selamatkan kami daripada berpecah belah. TT_TT.

Muteq Chin 28/12/2014, 14:39  

dunia ini kejam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP