Menjadi Mizz Nina
[Kredit] |
Saya bukanlah seorang orang muzik. Dan takdelah minat muzik sangat pon.
Dahulu di sekolah rendah, pernahlah menyertai kumpulan koir sekolah. Itu pon sebab ramai aweks yang saya minat. Alah, chenta babun sahaja masa tu. Wahahaha.
Di Sekolah Bintang pula, saya pernah menyertai pasukan pancaragam sekolah dan dilatih untuk bermain trumpet. Itu pon sebab dipaksa. Akhirnya tak bertahan lama kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga pada aktiviti berdebat. Eheh.

Kemudian semasa di sebuah kolej yang-namanya-dirahsiakan, saya diberi peluang untuk menganggotai kumpulan nasyid kolej. Hallo, suara saya boleh tahan jugak ok? Kekeke.
Itu sahajalah penglibatan saya dalam bidang muzik. Kalau nak banding dengan ikhwah atau orang lain, memang sikit sangatlah lagu-lagu nasyid yang saya hafal penuh. Boleh bilang dengan jari. Bila ada program atau perhimpunan yang kena nyanyi ramai-ramai, terkial-kiallah saya mencari lirik untuk dijadikan rujukan. Eheh.
Tapi kalau lagu Barakallahulakuma Maher Zain atau Mabrouukk Irfan Makki, ha yang itu saya boleh usahakan untuk hafal laju-laju! Wahahaha.
Namun telinga saya ini, boleh tahan jugalah citarasanya. Kalau ada mana-mana lagu yang benar-benar sedap dan berkualiti, baik dari irama mahupon lagunya, tidak kisahlah lagu nasyid ke, zikir Hafiz Hamidun ke, lagu Celine Dion ke, lagu rakyat negara Sudan ke, pasti telinga saya akan cepat menghantar isyarat ke otak lagu otak memproses maklumat itu untuk memberikan saya sebuah fikiran, "Hmmm sedap lagu ni."
Dan antara lagu yang pernah menarik perhatian saya adalah sebuah lagi yang didendangkan oleh Mizz Nina. Sehingga hari ini saya tak tahu nama lagu itu, tapi baru-baru ini, ketika saya sedang meregangkan otot di sebuah gym, lagu ini dimainkan dan terus saya teringat kepada persepsi saya suatu ketika dahulu tentang lagu ini.
Ketika pertama kali mendengar lagu ini, saya merasakan lagunya catchy dan sedap didengar. Rentak dan iramanya rancak dan moden. Maka saya gagal menyembunyikan rasa terkejut saya apabila mendapat tahu artis yang menyanyikan lagu itu adalah orang Malaysia! Kerana kualiti, irama dan lagunya tidak seperti lagu-lagu biasa yang dihasilkan oleh penggiat seni tempatan.
Di situlah pertama kali saya mendapat tahu tentang sosok yang bernama Mizz Nina itu (nama sebenar Shazrina Azman). Dengan sedikit pembacaan, satu lagi fakta yang bagi saya mengejutkan adalah Mizz Nina merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Azman Hashim, pengasas AmBank dan antara lelaki terkaya di Malaysia ini. Walaweh!
Tidak lama selepas itu, Mizz Nina menimbulkan kontroversi apabila membuat persembahan di sebuah konsert yang ditaja oleh sebuah syarikat pengeluar arak. Itu sahajalah yang saya tahu tentang Mizz Nina. Dan tidak berminat pon nak ambil tahu lebih lanjut. Ada lah dengar dari gosip-gosip sana dan sini yang dia mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Habis cerita. Hari berlalu seperti biasa. Langit kekal biru dan suhu di Kutub Utara dan Selatan terus berada di bawah paras beku.
Sehinggalah saya membaca kisah penghijrahan Mizz Nina yang banyak dikongsikan di MukaBuku; bagaimana selepas menunaikan haji bersama Noh pada bulan Oktober 2013, dia telah mendapat hidayah untuk berubah. Alhamdulillah, dia membuat keputusan untuk mengenakan tudung dan berhenti daripada menyanyi buat sementara dan tidak lagi membuat persembahan di atas pentas.
Ok lah alhamdulillah. Saya tumpang gembira mendengar berita ini. Namun tidaklah ambil port sangat sebab masa tu pon memang tengah musim ramai artis yang berhijrah; Sham Kamikaze, Bob Lokman, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan ramai lagi artis yang telah dibukakan hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah yang lebih baik. Moga Allah teguhkan hati mereka ini untuk terus tsabat di atas jalan perbuhan, biidznillah.
Namun ada sesuatu yang menarik dan luar biasa pada penghijrahan Mizz Nina. Pertamanya, saya melihat perubahan Mizz Nina sebagai sedikit drastik; daripada seorang artis hiphop yang bolehlah saya kategorikan sebagai liar, berubah menjadi seorang muslimah yang benar-benar bersungguh mahu kembali ke jalan Allah.
Keduanya, perubahan yang berlaku kepada Mizz Nina selepas dia berhijrah tampak benar-benar seriyes dan ikhlas.
Op op, kalau tak mahu kena cubit perut, jangan lontarkan tuduhan yang bukan-bukan kepada saya. Saya tidak katakan artis-artis yang berhijrah yang lainnya tidak bersungguh dan tidak ikhlas dalam berubah. Hanya Allah sahaja yang berhak menilai.
Namun pada pandangan mata kasar saya sebagai seorang manusia yang marhaen ini, saya amat kagum dengan usaha-usaha Mizz Nina dalam menelusuri jalan perubahan. Pada peringkat awal perubahannya, dia tidak mahu ditemubual. Dia terus berhenti daripada membuat persembahan secara total. Tiada publisiti. Tiada bising-bising. Dia hanya tampil bercerita tentang penghijrahannya selepas beberapa bulan berubah.
Ya, mungkin drastik pada sesetengah pihak. Tapi saya kagum. Senyum.
Ini kenyataan Mizz Nina sendiri tentang perubahan dirinya dalam temubualnya dengan Pancaindera:
"Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.
Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?
Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.
Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?
Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.
Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.
Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita beruba bersama-sama. Itu lebih baik."
Pergh.
Dan baru-baru ini ada orang yang kongsikan di MukaBuku, dialog yang pernah terjadi antara Mizz Nina dan suaminya Noh, ketika Mizz Nina mahu mengejutkan Noh untuk bangun menunaikan solat Subuh, yang dikongsikan oleh Noh sendiri. Kurang lebihnya begini:
"Bangunlah sayang. Kalau sayang tak mahu bangun, nanti saya masuk jannah sorang-sorang."
Terus Noh bangkit dari tidurnya! Wah!
Bisa bikin gue potong kaki gini! Kehkehkeh.
Banyak yang boleh kita belajar daripada penghijrahan Mizz Nina itu. Sangat banyak.
Pertamanya - meskipon bunyinya klise dan anda sudah bosan mendengarnya - adalah hidayah itu benar-benar milik Allah. Dan kerana ia adalah milik mutlak Allah, Dia berhak untuk menganugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Sesiapa sahaja.
Kerana itu kita dilarang untuk menghukum sesiapa sahaja sesuka hati kita, apatah lagi mengkafirkan orang lain. Kerana hidayah itu milik Allah tahu?
Keduanya, setiap orang punya titik tolaknya yang tersendiri untuk berubah. Mizz Nina dengan hajinya. Kita bagaimana? Titik tolak itu kadangkala perlu dicari dan tidak datang sendiri. Kalau mahu tunggu titik tolak dan seruan itu sampai, silap haribulan kematian dahulu yang sampai. Gulp.
Dan beranikah kita untuk menjawab di hadapan Allah nanti, yang kita tetap kekal di dalam maksiat, tidak mahu berubah dan berhijrah sewaktu di dunia dahulu kerana belum sampai seru? Aduhai.
Nanges!
Dan ketiga, yang lebih utama, ramai orang yang mahu berhijrah, mahu berubah. Dan alhamdulillah, sememangnya ramai orang yang sudah pon beruah dan berhijrah.
Namun ada suatu persoalan yang kerap menghantui mereka yang ditampar oleh Makcik Hidayah ini; bagaimana mahu mengekalkan perubahan itu? Bagaimana mahu istiqamah?
Kebanyakan daripada kita hanya bertahan sekejap sahaja ketika awal-awal mahu berubah. Bak peribahasa omputih, 'Warm-warm chicken shit.' Kah.
Awal-awal nak berhijrah dahulu, punyalah semangat. Yang lelaki tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid. Tukar pakai jubah pakai serban bagai. Kayu sugi tak lekang pada poket atas jubah. Tak tidur malam sebab nak bertahajud. Siang malam baca al-Quran. Puasa Nabi Daud.
Yang perempuan pula, bukan sekadar tudung yang dikenakan, siap purdah tutup muka. Gaya dan cara hidup berubah 180 darjah serta-merta. Tiada lagi mekap. Tiada lagi gosip-gosip liar, sama ada di MukaBuku, Pengicau mahupon KitaBorak. Pergilah melilau mencari mana-mana kelas agama untuk mengaji.
MashaAllah, ini semua suatu perubahan yang baik. Amat baik.
Tapi berapa lama bertahan? Sebulan. Paling lama, sebulan setengah. Alahai.
Nah, bagaimana kita mahu atasi masalah sukar mahu istiqamah ini? Bagaimana kita mahu benar-benar berubah, bukan berubah ikut trend dan bermusim sahaja?
Puan Yasmin Mujahid di dalam bukunya yang fenomenal 'Kembalikan Semula Hati Anda' itu menggariskan tiga sebab utama mengapa penghijrahan yang berlaku itu tidak kekal lama:
Ketiga-tiga penyakit ini berhasil selepas syaitan meniupkan kuman-kuman jahatnya kepada kita yang baharu berhijrah. Syaitan yang sememangnya dengki pada makhluk yang bernama manusia, tidak mungkin senang melihat kita yang dahulunya menjadi pengikutnya yang setia, kini sudah berubah dan mahu kembali kepadaNya.

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]
Kerana itu kita dilarang untuk menghukum sesiapa sahaja sesuka hati kita, apatah lagi mengkafirkan orang lain. Kerana hidayah itu milik Allah tahu?
Keduanya, setiap orang punya titik tolaknya yang tersendiri untuk berubah. Mizz Nina dengan hajinya. Kita bagaimana? Titik tolak itu kadangkala perlu dicari dan tidak datang sendiri. Kalau mahu tunggu titik tolak dan seruan itu sampai, silap haribulan kematian dahulu yang sampai. Gulp.
Dan beranikah kita untuk menjawab di hadapan Allah nanti, yang kita tetap kekal di dalam maksiat, tidak mahu berubah dan berhijrah sewaktu di dunia dahulu kerana belum sampai seru? Aduhai.
"...penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, 'Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?'Mereka menjawab, 'Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya...'"
[al-Mulk, 67:8-9]
Nanges!
Dan ketiga, yang lebih utama, ramai orang yang mahu berhijrah, mahu berubah. Dan alhamdulillah, sememangnya ramai orang yang sudah pon beruah dan berhijrah.
Namun ada suatu persoalan yang kerap menghantui mereka yang ditampar oleh Makcik Hidayah ini; bagaimana mahu mengekalkan perubahan itu? Bagaimana mahu istiqamah?
Kebanyakan daripada kita hanya bertahan sekejap sahaja ketika awal-awal mahu berubah. Bak peribahasa omputih, 'Warm-warm chicken shit.' Kah.
Awal-awal nak berhijrah dahulu, punyalah semangat. Yang lelaki tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid. Tukar pakai jubah pakai serban bagai. Kayu sugi tak lekang pada poket atas jubah. Tak tidur malam sebab nak bertahajud. Siang malam baca al-Quran. Puasa Nabi Daud.
Yang perempuan pula, bukan sekadar tudung yang dikenakan, siap purdah tutup muka. Gaya dan cara hidup berubah 180 darjah serta-merta. Tiada lagi mekap. Tiada lagi gosip-gosip liar, sama ada di MukaBuku, Pengicau mahupon KitaBorak. Pergilah melilau mencari mana-mana kelas agama untuk mengaji.
MashaAllah, ini semua suatu perubahan yang baik. Amat baik.
Tapi berapa lama bertahan? Sebulan. Paling lama, sebulan setengah. Alahai.
Nah, bagaimana kita mahu atasi masalah sukar mahu istiqamah ini? Bagaimana kita mahu benar-benar berubah, bukan berubah ikut trend dan bermusim sahaja?
Puan Yasmin Mujahid di dalam bukunya yang fenomenal 'Kembalikan Semula Hati Anda' itu menggariskan tiga sebab utama mengapa penghijrahan yang berlaku itu tidak kekal lama:
- Ramai yang sudah berasa cukup dengan amalan-amalan yang dilakukan selepas berubah, lantas berhenti daripada beramal. Yalah daripada seseorang yang tidak pernah langsung solat, baca Quran, qiam dan sebagainya, tiba-tiba berubah menjadi seorang ostad atau ostajah; pastilah lompatan dari zero ke hero itu dirasakan hebat bukan?
- Ramai juga yang merasakan amalannya tidak pernah cukup dan tidak mungkin cukup dek penyesalan yang amat sangat terhadap dosa-dosa yang silam, lantas berasa bawah yang teramat dan hilang motivasi untuk meneruskan amalan. Pulak dah.
- Ada juga yang merasakan bahawa perubahan yang berlaku pada diri adalah disebabkan oleh usaha dan pengorbanan diri sendiri; tidak merasakan bahawa hidayah itu adalah milik Allah secara totalnya. Lantas dia menjadi sombong dan takabbur dengan perubahannya itu.
Ketiga-tiga penyakit ini berhasil selepas syaitan meniupkan kuman-kuman jahatnya kepada kita yang baharu berhijrah. Syaitan yang sememangnya dengki pada makhluk yang bernama manusia, tidak mungkin senang melihat kita yang dahulunya menjadi pengikutnya yang setia, kini sudah berubah dan mahu kembali kepadaNya.
Maka antara solusi yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dengan permainan syaitan laknatullah itu, dan dengan harapan kita boleh kekal istiqamah adalah:
- Sentiasa tajdid dan luruskan niat mengapa kita mahu berubah. Paksikan perubahan kita itu kepada Allah semata. Bukan kebetulan hadith 1 susunan Imam Nawawi itu berbicara tentang niat dan hijrah.
- Jangan pernah berasa cukup dengan amalan kita yang sedikit itu. Sentiasalah kenangkan dosa-dosa dan maksiat kita yang lalu, supaya kita sedar dan tahu bahawa jalan ke sorga itu sukar dan panjang.
- Pada masa yang sama, yakinlah bahawa pengampunan Allah itu jauh lebih besar daripada dosa-dosa kita dan pintu taubatNya sentiasa terbuka
- Teruskan beramal dalam keadaan apa sekalipon. Pedulikan kata-kata dan ejekan syaitan-syaitan dalam bentuk jin dan manusia. Anda beramal kerana Allah, bukan kerana mereka.
- Bisikan-bisikan syaitan itu paling mudah menusuk apabila kita berseorangan. Maka carilah teman dan rakan-rakan yang dapat membimbing kita dan sama-sama menelusuri jalan perubahan ini.
- Jangan dilupakan dengan kuasa doa. Selalulah berdoa agar Allah tetapkan hati kita di atas Islam dan Iman ini. Beramallah dengan doa, "Allahumma ya muqallibal qulub. Tsabbit qalbi 'ala deenik." (Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati aku di atas agama ini.)
Kerana itu saya katakan saya kagum dengan Mizz Nina, kerana saya percaya dia sudah pon melaksanakan perkara-perkara seperti yang disebut di atas. Bukti bahawa dia ikhlas adalah keengganannya untuk menghebahkan kisah penghijrahannya. Dan dia juga punya Noh sebagai teman, yang bersama-sama berpimpin tangan di atas jalan perubahan. Senyum.
Ish Inche gabbana ni. Tak payah la puji Mizz Nina lebih-lebih; merosakkan hati dia sahaja!
Haha. Saya yakin Mizz Nina tak baca penulisan ni. Dengar nama Angel Pakai Gucci pon dah angkat kening sebelah. Wahaha. Sebab tu lah saya berani nak puji lebih-lebih. Eheh.
Dan tidak, saya tidak suruh anda menjadi seperti Mizz Nina. Tetapi contohilah semangat dan keikhlasannya dalam berubah. Menjadi Mizz Nina adalah menjadi orang yang ikhlas berubah dan bersungguh mahu mengekalkan hijrah itu.

Mizz Nina dan Noh. [Kredit] |
Saya doakan setiap daripada kita yang mahu berubah, sudah berubah dan akan berubah, dikurniakan kekuatan dan keteguhan iman oleh Allah untuk kita tetap istiqamah, biidznillah.
Kerana kita semua mahu berkumpul, beramah mesra dan bergembira di sorga sana, kan?
Amiin ya Rabb!
-gabbana-
Semalam pertama kali berjumpa dengan Sham Kamikaze dan pertama kali juga mendengar dia berbicara tentang Islam, tentang hijrahnya.

Dan saya kagum. Senyum.
14 Caci Maki Puji Muji:
Ramadan lepas di Astro Oasis ada tayangkan program Reclaim My Heart. Mizz Nina ada bercerita tentang perubahan yang dia lalu. Betullah hidayah itu Allah yang pegang. Dia berhak berikan pada sesiapa pun dengan pelbagai cara.
Dan itu tak bermakna kita hanya perlu menunggu hidayah itu datang sendiri, dalam masa yang sama kita kena mencari.
Terima kasih atas penulisan kali ini Inch Gabbana.
sebab inche gabbana punya post, sy jadi iri hati dgn mizz nina n noh . macammana nih ? haha
nangis! berubah mungkin senang tapi nak kekal istiqamah sangat susah
Saya tertanya kenapa kecilkan saiz text dialog mizz nina ye?
Haah, apsal kecikkan? Ingatkan mata saya yang sepet haha :D
sekolah bintang? oooohh..
semoga saya juga boleh berubah seperti itu
Betul tu Inche Gabbana.Miszz Nina sgt memberi inspirasi utk sy berubah menjadi muslimah yg lebih baik.
Betulla... Hidayah tu Allah yang bagi. Dalam reclaim your heart tu actually miss nina ada cerita, detik disapa hidayah tu waktu lepas kematian abng tersayang if im not mistaken
Worth to read.
Orang yang baik, belum tentu taufiq dan hidayahnya berpanjangan.
I have to agree with u on her positive transition. Its really admirable to see someone changing drastically, while like myself, it took years to finally realize the meaning of hidayah and istiqamah. Looking at the condition of our ummah today, its safe to say we're very lucky to have this very precious gem called HIDAYAH ='). Alhamdulillah for what has Allah given to us now, its preferably more than enough..
Suka dengan contoh yang dibawakan oleh Mizz Nina. Menangis saya tengok rancangan Reclaim Your Heart. Serius.
saya suka baca tulisan inche gabbana..
kita tuhan jika kita menghukum. eh?
siapa kita untuk menghukum. tuhan?
haa, baru betul :)
ﷲ,sangat bagus penerangannya..
saya pernah tengok Mizz Nina kat nt7.. show pasal fesyen.. longgar & tutup habis..
Post a Comment