FAQ: Futur
[Kredit] |
(Nota: Saya tahu ramai je daripada pembaca belog ini yang tak ikut bulatan gembira. Tiada masalah pon.
Cuma kadangkala saya perlu menulis khusus buat mereka yang bersama bulatan gembira, sebagai muhasabah terutamanya untuk diri saya yang marhaen ini. Termasuklah post yang satu ini.
Tapi inshaAllah, anda yang lain akan tetap mendapat manfaatnya. Anda hanya perlu membacanya dengan mata hati anda tu. Senyum.)
Wah, tak sangka dapat bertemu lagi dengan Inche gabbana dalam sesi FAQ ni! Salaam a'laikum Inche gabbana. Namaste. Sawadikaap. Apa habaq?
Err. 'Alaikumussalam warah matullah. Baik, alhamdulillah. Ok next question. Heh.
Ish Inche gabbana ni. Tak sabar-sabar! Buat rosak mood je tahu? Ok. Hari ni saya nak tanya Inche gabbana pasal futur. Futur ni benda apa sebenarnya? Perkataan ni macam popular lah jugak dalam kalangan spesis-spesis yang sertai bulatan gembira ni.
Futur ni, secara mudahnya bermaksud gugur iman atau situasi di mana iman berada pada tahap yang kronik dan mengerikan. Ejaannya faa taa wau raa (.(فتور
Jangan pula keliru dengan futhur sarapan pagi. Sarapan pagi dalam bahasa Arab disebut futhur (فطور) !
Ooo gitu. Kenapa ihwah dan ahwat (betul ke sebutan ni) macam fobia sangat dengan kefuturan ni? Apa yang menakutkan sangat tu?

Uiiihhh. Memang sangat menakutkan! Lagi menakutkan daripada berjalan tengah-tengah malam seorang diri dan kemudian tiba-tiba merasakan bahu disentuh oleh seseorang tapi apabila berpaling belakang rupa-rupanya tiada orang! Gulp. Ok itu menakutkan juga sebenarnya.
Err.
Memanglah amat menakutkan penyakit kefuturan ini. Anda bayangkan sahajalah. Apabila seseorang itu dilanda kefuturan, dia akan rasa malas nak buat dakwah. Rasa gemok dan lembab nak pergi berbulatan gembira. Culas nak baca dan tadabbur Quran. Lalai dari menunaikan solat berjemaah. Buat tahi mata lebih digemari dari bangun malam mengalirkan air mata. Solat dhuha entah ke mana. Maathurat toksah cerita.
Ha, tak ke mengerikan tu?
Wuwuwu. Memang seram gini! Apa punca atau faktor kepada kefuturan ni Inche gabbana?
Hadoi soalan. Membuatkan saya futur untuk menjawabnya. Eheh.
Ada baaannyaaakk faktor dan penyebab kepada kefuturan ni. Mari saya senaraikan satu-persatu:

- Hilang semangat untuk berdakwah; mungkin kerana tidak nampak hasilnya atau tidak nampak halatuju dakwah yang diperjuangkan
- Hubungan 'love-hate' dengan Allah. Maksudnya tidak istiqamah dalam menjaga muraqabah dengan Allah.
- Masih bersisa lagi karat-karat jahiliyyah di dalam diri. Contohnya, tidak menjaga ikhtilat dengan rakan-rakan berlainan jantina, masih gemar melakukan perkara-perkara yang lagha dan suka membuang masa
- Manja, mudah melemah dan tidak kuat mujahadah
- Niat yang salah ketika mula-mula menyertai gerabak dakwah dahulu. Contohnya, berbulatan gembira seban nak kahwin dengan akhawat Super Saiya. Batuk berdarah.
- Terlalu banyak masa lapang yang tidak diisi dengan perkara-perkara berfaedah
- Kurang muayasyah (Baca: Borak bantal) dengan murabbi atau ikhwah/akhawat
- Ketiadaan biah (Baca: Persekitaran) yang soleh di sesuatu tempat
Faktor-faktor di atas ini tidaklah terhad. Maksudnya, di sana barangkali ada lagi faktor penyebab lain kepada kefuturan. Tetapi yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman saya.
Ha? Pengalaman Inche gabbana? Maknanya Inche gabbana pon pernah futur juga?
Eh mestilah. Iman itu kan sifatnya yazid dan yankus? Naik dan turun?
Semua orang pon pasti pernah dan akan mengalami kefuturan ini. Sama ada teruk atau tidak sahaja. Pernah dengar kan kisah Hanzalah dan Abu Bakr yang munafiq?
Tak pernah.
Semua orang pon pasti pernah dan akan mengalami kefuturan ini. Sama ada teruk atau tidak sahaja. Pernah dengar kan kisah Hanzalah dan Abu Bakr yang munafiq?
Tak pernah.
Aiseh. Kalau macam tu baca post ni: Welcome To The Club! Kata Malaikat
Promot sikit. Eheheh.
Kefuturan itu normal. Yang tidak normal dan merbahaya itu adalah kefuturan yang dihiasi.
Kefuturan yang dihiasi? Maksudnya?
Promot sikit. Eheheh.
Kefuturan itu normal. Yang tidak normal dan merbahaya itu adalah kefuturan yang dihiasi.
Kefuturan yang dihiasi? Maksudnya?
Kita berasa syok dan seronok dengan kefuturan tu. Kita rasa ok dan tidak apa-apa dengan lemah dan gugurnya iman kita.
Misalnya, apabila kita gagal bangun malam untuk bertahajud, kita tak rasa apa-apa. Rasa ok jah. Tak rasa sedih. Tak rasa kechiwa. Nada. Yilek.
Apabila kita tidak berjaya menghabiskan tilawah kita untuk hari itu, kita tidak berasa bersalah. Tidak terasa seperti mahu mengqada' bacaan kita dan mengejar semula.
Atau apabila abam naqib atau hakak naqibah membatalkan bulatan gembira pada hari itu, kita hiphip hoorrraaayy terasa seperti mahu melompat penuh keterujaan.
Err.
Jadi kefuturan sebegini yang amat ditakuti. Apatah lagi sekiranya ia dibiarkan tanpa diubati, dikhuatiri hati akan menjadi keras dan akhirnya mati.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik."
[al-Hadid, 57:16]
Wah. Apsal saya rasa seperti ada tangan ghaib yang menampar-nampar saya berulang kali Inche gabbana?
Kan. Sila beritahu saya tentangnya.
Ok. Saya sudah mula berpeluh besar ni Inche gabbana! Bagaimana dengan solusinya Inche gabbana? Boleh anda kongsikan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi kefuturan ni?
Solusinya mudah. Anda cari sahajalah lawan kepada senarai penyebab kefuturan yang saya nyatakan sebelum ini. Wahahaha.
*Jeling*

Err ok ok.
Kefuturan ni adalah penyakit hati. Maka yang perlu dirawat itu adalah hati.
Nak tak nak, skema dan klise macam mana pon bunyinya, hati tu perlu dibersihkan dulu. Bukan dengan Ajax Fabuloso. Bukan dengan Daia. Bukan juga dengan Harpic.
Tapi dengan Quran. Dengan tazkirah. Dengan bangun malam. Dengan kerja-kerja dakwah yang kita lakukan. Kena kuatkan hati kita dengan kuatkan hubungan kita dengan Allah.
Bila hati tu dah kuat, dah mantap, inshaAllah lebih mudah untuk menangkis serangan-serangan raksasa futur ni.
Oouuhh. *angguk angguk* Tu je?

Eh belum lagi. Lek lu, isap okok lu.
Itu faktor dalaman. Belum tentu lagi sekiranya diserang bertubi-tubi oleh kefuturan, kita tidak akan jatuh terduduk. Faktor luaran tidak boleh dipandang enteng.
Seorang murabbi itu kena selalu mutabaah (Baca: Follow-up) amal hadek-hadeknya. Kena selalu tanya khabar iman. Selalu muayasyah.
Ahli-ahli bulatan gembira juga kena selalu main peranan. Selalu koling-koling. Selalu ziarah ukhuwwah. Selalu main osom gergasi tepi pantai. Eh.
Biah solehah tu tersangatlah penting. Ramai orang yang futur apabila dia berseorangan. Ya lah, masa berseorangan, siapa lagi yang menemankan kalau bukan syaitan kan?
Akhirnya, diri sendiri juga perlu kuat mujahadahnya untuk tidak tewas kepada kefuturan ini. Ia suatu pilihan; jalan fujur atau jalan taqwa.
Ada je orang yang setiap minggu pergi bulatan gembira, konferens riang tidak pernah tinggal, dakwah pompam pompam, tapi apabila dia berseorangan, dia masih lagi melakukan maksiat.

Orang inilah yang disebut ar-Rasul SAW di dalam sebuah hadith:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."
Lantas para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami
supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui."
Maka baginda bersabda lagi, "Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu
sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka
adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan
perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di
belakang manusia)."
[Hadith riwayat Ibn Majah]
Gulp.
Gulp jugak. Err saya selalu dengar, selalunya ikhwah akhawat yang masih belajar di IPT ni, takut sangat bila coti panjang-panjang, sebab takut akan dimakan raksasa futur ni di rumah. Apa komen Inche gabbana?
Sepatutnya, kalau tarbiyah tu berjalan dan konsisten, tak berlakulah masalah kefuturan ni, coti panjang mana pon. Haih.
Namun saya akui masalah-masalah sebegini kadangkala tidak boleh dielakkan. Maka kata kuncinya terletak pada masa lapang itu. Jangan biarkan masa-masa lapang yang ada berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan sebaiknya.
Masa ni lah nak khatamkan buku-buku fikrah yang dah mula bersawang itu. Masa ni lah nak dengar rakaman-rakaman pengisian yang kita sudah lama tertinggal itu. Masa ni lah nak cari mad'u-mad'u baru di kawasan perumahan kita ada di sekolah menengah adik bongsu kita tu.
Kalau tiada bulatan gembira sepanjang coti, carilah alternatif lain seperti majlis-majlis ilmu di mesejid yang berdekatan atau carilah sahabat-sahabat yang turut coti bersama untuk duduk duduk dan beriman sejenak (dalam kes ini rasanya macam kena berjenak-jenak. Eheh.).
Tarbiyah dzatiyah juga kena mantap. Masa ni lah nak gandakan tilawah dan tadabbur Quran tu. Masa ni lah nak hadir penuh solat jemaah lima waktu di mesejid. Masa ni lah nak hafal hadith dan fakta-fakta sirah.
Juga masa-masa yang terluang ni sewajarnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menDF keluarga terchenta. Masakkan makanan tengah hari untuk hadek yang berpeluh-peluh ketiak baharu pulang dari sekolah itu. Basuh, perah dan tolong jemurkan pakaian-pakaian kotor. Vakum dan kemas rumah.
Pergh. Sekiranya anda buat semua ini, anda beritahu saya, celah mana yang anda nak futur tu??
Betul jugak tu. Hmmm kita dah sampai ke penghujung rancangan ni Inche gabbana.
Aik rancangan apa pulak ni?
Err maksud saya, dah nak habis dah ni. Seperti biasa, ada kata-kata terakhir dari anda?
Futur ni, dia macam kanser lah. Mula-mula memang tak rasa apa-apa. Mula-mula, kalau masih di peringkat awal, inshaAllah mudah sahaja nak rawat.
Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada usaha-usaha untuk mencegah dan merawatnya, bila dah sampai peringkat keempat, kelima nanti, memang innalillah sahajalah.
Dan jagalah Allah, Allah pasti menjaga dirimu. Senyum.
Wah osemness! Eh nak pergi mana tu Inche gabbana?
Lah tadi kata dah kata-kata akhir kan? Nak pergi futhur.
Hah..??
Pergi makanlah.
Ouh.
-gabbana-
Ada juga berniat untuk mengulas tentang isu hanjing. Tapi, uhm, tidak mengapalah, dah ada macam-macam binatang dah di dalam belog ini. Eheh.

9 Caci Maki Puji Muji:
dulu pernah join geng2 dakwah kat twitter. lama2 lain jadinya.. malas.. macam eg cakap lah, makin gemok, malas, baca quran rasa2 last puasa hari tu. Manusia memang.. betullah orang kata iman naik turun naik turun. Tapi hak ni mengada2 menjunam turun sampai tak reti nak naik balik.
saya menggodek blog APG sebab nak cari pasal anjing. mohon agar dikongsikan pandangan APG berkenaan isu ini.
Tapi saya baca semua post APG.
elok2 je lepas cuti baca pasal futur. Semoga lebih kuat lepas nie untuk mengelakkan futur di waktu cuti
Tak payah kupas fasal anjing,, dah banyak sgt dah kupasan. To every coin, there are always two sides. Dua2 pon betul dan saling comlement/melemgkapi antara satu sama lain. Tapi kkadang yg sebelah lbh betul dr yg lain tu. Tak perlu kecoh bergaduh hal macam ni. Kalau berbeza pendapat, bagi jer point masing2. In sya Allah, dua2 pon Allah redha. Kalau tak kenapa plk dua2 belah pon ramai ulamak yang sokong.Klau bukan ulamak siapa lagi panduan kita?
Dalam banyak isu yang dicuit mengenai org Islam, dua2 belah ada ponts masing2. Tapi yang peliknya, kebanyakan isu yang dibangkitkan ni dah pernah diputuskan sekian lama. Ada puak yg nak korek benda yg dah diputuskan , mungkin mencari populariti atau trying to be different. Sedangkan, hak capai sesuatu norm/belief tu bukan lah sesuatuu yg mudah, memakan masa yg panjaang.
Isu anjing, babi, arak, judi adalah ajaran atau inisitiatif yang telah diusahakan semenjak mula Islam sampai di nusantara ini. Kenapa kta nak merombak sesuatu yang telah diusahakan oleh muktabar terdahulu. Apa sumbangan kita sekadar merobek apa yang telah diusahakan oleh pendakwah terdahulu.Kalau nak merubah sesuatu pon, buatla dgn cara lbh berhemah dan tidak menyiggung pendapat dan perasaan sesiapa.Daei' or dua'at pon; jangan la asyik perli orang jer. Klau cakap elok-elok pon orang akan faham dan lbh menerima.
Bezakan ungkapan berikut : Ishh, you ni pandang ajer, tak erti nak tolong!
Boleh tak tolong saya, you ada masa ke?
Mana satu budak dakwah selalu gunakan?
zappp ! terkenaa diri sendiri. fuh.
senang nye nak ter futur. lariii...pegi main jauh2 wahai futurr..
sy futur skrg.Ig,doakan sy.T_T
Futur ketika ada masa lapang setelah seharian bekerja :'(
Salam alayk inche and readers.
Just want to share.
Dlm buku Reclaim your heart, page 114 best and suits well dengan futurisme ni.
Ehmm...bru je knl APG taun nie.. Walaupun dh lma dlm beblog tp tak mengenali dunia dakwah DLM Usrah online Dan artikel ini sgt2 membuka Minda n hati. Alhamdulilah .. Arigato
Post a Comment