Abam Gabbana Masih Singgel Enggak?
[Kredit] |
Batuk kecil.
Baru-baru ini saya menerima mesej peribadi MukaBuku dan emel berkaitan dengan jodoh lebih banyak daripada biasa. Saya yang langsung tidak percaya kepada kebetulan, yakin bahawa ia pastinya isyarat dari Tuhan. Eh.
Dan saya pasti anda sudah pon dapat menekanya; kesemua penghantar mesej dan emel tersebut adalah perempuan.
Kebanyakan mesej dan emel yang dihantar berkisarkan kepada perkara yang sama; meminta nasihat saya apakah cara terbaik untuk mencari jodoh. Ada yang mahu masuk barisan (baca: Line), tapi tidak berkenan. Ada yang mahu diperkenalkan kepada seseorang, tapi rasanya masih belum bersedia. Pendek kata, serba-serbi tak kena!
(Tidak kurang juga yang bertanya sama ada saya sudah berpunya! Tersedak kau!)
Kalau kita serahkan sahaja kepada Tuhan, tidak bolehkah Inche gabbana? Bukankah jodoh itu di tangan Tuhan?
Masalahnya, benarkah jodoh itu di tangan Tuhan? Atau ia sebenarnya ditentukan oleh kita?
Sebelum saya memberikan pandangan saya yang marhaen ini, saya ingin memberikan diskelemer terlebih dahulu. Saya bukanlah seorang pakar kaunseling, apatah lagi pakar dalam soal Baitul Muslim. Saya hanyalah seorang manusia biasa yang hina dina, yang mungkin banyak membaca dan memerhatikan manusia. Jadi sebarang nasihat atau pandangan saya adalah sekadar pendapat peribadi, yang saya rasakan relevan untuk dikongsikan. Namun anda bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya anda mahu mengambil nasihat dan pandangan saya, lipat elok-elok dan simpan rapi di dalam hati. Eheh.
Baiklah.
Jodoh adalah suatu isu yang boleh saya katakan cukup sensitif, terutamanya kepada makcik-makcik yang sudah berusia lewat tiga puluhan tapi masih belum lagi berkahwin. Oopps. Kebanyakan daripada mereka ini sudah pon berputus-asa, kerana pada mereka, pada usia yang lanjut sebegitu rupa, tiada lelaki yang akan mahu berkahwin dengan mereka.
Isu jodoh ini bermain dengan emosi. Apatah lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah berumahtangga kini bahagia dengan suami terchenta, menimang anak-anak yang gebu dan comel, sambil sekali-sekali berlari-lari riang di tengah-tengah Taman Tasik Titiwangsa. Waduh, hati mana yang tidak luluh melihatkan semua ini?
Lantas, mereka mudah menyalahkah Tuhan. MenuduhNya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan bukan-bukan.
"Allah tidak adil! Kenapa si Ropeah Buang yang lagi buruk daripada aku tu sudah berkahwin dan aku ini masih lagi bujang terkapai-kapai?!" kata Markonah Suhaimi yang usianya kini sudah masuk ke angka empat siri.
"Haihh. Kenapalah Allah buat aku begini. Nak kata aku tak berusaha, aku berusaha dah. Nak kata aku cerewet, aku rasa, orang lain lagi cerewet. Tapi kenapa takde sorang pon yang nak dekat aku..?" Keluh Bujang Salomat seorang diri sambil menonton Running Man.
"Saya sudah berputus-asa dengan Allah. Saya rasa saya memang ditakdirkan untuk tidak berpunya buat selamanya!" Tulis Zamboanga Uhulele pada dinding Mukabukunya.
Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagiNya.
Ya, sepertimana soal rezeki yang lainnya (harta, masa, tenaga dan jiwa), jodoh juga merupakan ujian untuk setiap daripada kita. Ada orang yang amat mudah menemukan pasangannya namun terpaksa berjuang mencari sesuap nasi. Ada orang yang dianugerahkan Allah dengan keluarga yang bahagia, tetapi diuji dengan bala bencana. Ada orang cantik, kacak, berharta dan bergaya, namun akhirnya tewas dengan ujian hati yang bergelora.
Dan ya, ada orang yang sepertinya sudah punya segala-galanya, namun masih sukar sekali mencari jodohnya. Kerana jodoh itu juga suatu ujian, suatu cobaan.
Lantas timbul persoalan; jodoh itu di tangan kita atau Tuhan?
Saya tidak pasti di mana atau bagaimana frasa 'jodoh di tangan Tuhan' boleh wujud. Setahu saya, tidak ada dalil yang pasti untuk membenarkan kenyataan ini.

"...dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di situlah diuji orang-orang Mu'min dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."
[al-Ahzab, 33:10-11]
Ya, sepertimana soal rezeki yang lainnya (harta, masa, tenaga dan jiwa), jodoh juga merupakan ujian untuk setiap daripada kita. Ada orang yang amat mudah menemukan pasangannya namun terpaksa berjuang mencari sesuap nasi. Ada orang yang dianugerahkan Allah dengan keluarga yang bahagia, tetapi diuji dengan bala bencana. Ada orang cantik, kacak, berharta dan bergaya, namun akhirnya tewas dengan ujian hati yang bergelora.
Dan ya, ada orang yang sepertinya sudah punya segala-galanya, namun masih sukar sekali mencari jodohnya. Kerana jodoh itu juga suatu ujian, suatu cobaan.
Lantas timbul persoalan; jodoh itu di tangan kita atau Tuhan?
Saya tidak pasti di mana atau bagaimana frasa 'jodoh di tangan Tuhan' boleh wujud. Setahu saya, tidak ada dalil yang pasti untuk membenarkan kenyataan ini.
Yang paling hampir yang boleh saya fikirkan adalah sepotong hadith seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.;
"...kemudian
diutuskan malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan menyampaikan empat
perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi
orang sengsara atau bahagia."
[Hadith riwayat Bukahri dan Muslim, hadith keempat dalam Arbai'n an-Nawawiyah]
Saya
kira, jodoh termasuk dalam soal rezeki manusia. Eh, ya lah kan? Dapat
bernikah dengan pasangan yang berlainan jantina, dapat pula melahirkan
zuriat yang tembam-tembam dan gebu-gebu, dapat melengkapkan kekurangan
dan kelebihan masing-masing, dapat meluahkan perasaan dan berkongsi
masalah, saling menasihati dan mengambil berat, dapat pula sekali-sekala
saling menyuap aiskrim cokolat Baskin Robbins dengan kacang badam
hancur... Pergh! Bukankah itu rezeki namanya..??
Pandang kanan, pandang kiri.
Ehem.
Sebenarnya banyak dalil yang menunjukkan bahawa kita perlu berusaha dalam mencari jodoh. Contohnya dalam kisah seorang sahabat Nabi SAW, Julaibib r.a.. Mahsyur kisah ini betapa Julaibib seorang sahabat yang serba-serbinya kekurangan, baik dari segi nasab keluarga, harta mahupon rupa. Lantas Nabi SAW menawarkan suatu tawaran yang tidak pernah diimpikan oleh Julaibib; baginda sendiri yang mahu meminang seorang wanita bagi pihak Julaibib, meskipon ditolak oleh Julaibib.
Nah, bukankah di situ menunjukkan kepada kita bahawa jodoh itu perlu dicari?
Begitu juga dengan hadith yang satu ini:
Bukankah di sana terkandung hikmah dan ibrah bahawa wanita itu perlu dicari sebelum dikahwini? Bahawa di sana ada proses-proses pemilihan dan penapisan sebelum membuat keputusan?
Juga (sekiranya anda masih belum berpuas hati), di dalam hadith pertama dalam hadith empat puluh Imam Nawawi juga sebenarnya ada memberi isyarat kepada kita bahawa jodoh itu perlu dicari. Tidak percaya?
Mari kita lihat.
Maka dia akan mendapat apa yang dia tuju. Apa yang dia niatkan. Apa yang dia mahukan.
Bukankah itu jelas menggambarkan suatu bentuk usaha? Atau sekurang-kurangnya niat dan kemahuan?
Alangkah!
Namun semua ini tidak keluar daripada kehendak dan perancangan Allah. Ia tidak lari dan tersasar daripada apa yang telah Allah tuliskan untuk kita sejak di Lauh Mahfuz lagi.
Cuma kita perlu berusaha. Hikmahnya Allah merahsiakan perancanganNya yang ghaib daripada kita, adalah agar kita meletakkan usaha dan tidak berharap padaNya semata.
Dan usaha itu perlu sungguh-sungguh. Perlu ikhlas. Dan tidak keluar dari batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Saya tidak nampak apa masalahnya jika perempuan mahu meminang lelaki. Bukankah kekasih dan junjungan mulia kita, ar-Rasul SAW itu dipinang sendiri oleh ummahatul mu'minin, Khadijah r.a.? Nah, mana datang simpulan bahasa perigi cari timba itu?
Selagi mana niatnya betul, caranya soleh dan prosesnya benar lagi amanah, saya tidak nampak apa-apa masalah di situ.
Natijahnya, kita serahkan kepada Allah untuk menentukannya.
Nah, di sinilah ramai yang tersungkur. Apabila mereka tidak dapat menerima takdir yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka. Apabila natijah yang Allah beri itu tidak kena dan tidak cocok dengan apa yang kita harapkan dan mahukan.
Maka hati pon berentakan. Putuslah harapan. Berlakulah kekecewaan. Dan gaung yang dalam bakal menjadi kampung halaman. Eh.
"Kita mesti sedar bahawa tidak ada sesuatu pon yang berlaku tanpa sebab dan tujuan. Tiada satu pon. Hatta hati yang remuk. Hatta kesakitan. Hati yang remuk dan kesakitan itu adalah pelajaran dan isyarat untuk kita. Ia adalah amaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ia adalah amaran bahawa perubahan perlu dilakukan. Samalah seperti sakitnya tangan yang terbakar adalah amaran agar kita segera mengalihkan tangan kita daripada api itu, kesakitan emosi merupakan amaran yang kita perlukan melakukan perubahan dalaman."
Begitulah kata-kata Makcik Yasmin Mujahid di dalam bukunya yang lejen itu, "Kembalikan Semula Hati Anda" (Baca: Reclaim Your Heart).
Pasti ada sebab mengapa kita masih belum menemukan jodoh kita. Pasti ada sebab mengapa kita masih ternanti-nanti untuk ditemukan dengan pasangan kita itu. Pasti ada sebab mengapa si putera berbaju besi dan berkuda putih itu masih belum tiba lagi untuk menjemput kita.
(Err sebab zaman sekarang ni dah takde dah orang nak buat kerja gila pakai baju besi? Wahahaha.)
Hanya sahaja kita yang perlu yakin dengan perancanganNya. Segala-galanya sudah termaktub untuk kita. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita? Dan ingat! Apa yang terbaik untuk kita, tidak semestinya sesuatu seperti yang kita harapkan dan jangkakan!
Masa yang begitu lama yang terpaksa kita tunggu itu, sebenarnya Allah sedang mempersiapkan pasangan yang terbaik untuk kita.
Boipren atau gelpren yang berpisah dengan kita sehingga remuk dan luluh paru-paru dan jantung kita itu, ketahuilah, kita bakal berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada mereka.
Dan seandainya kita ditakdirkan tidak akan berkahwin sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir sekalipon, jodoh kita mungkin di sorga sana biidznillah.
Senyum.
Dan...
Jagalah Allah, Allah pasti menjaga dirimu.
Jagalah agama ini, Allah pasti akan memberikan yang terbaik buatmu.
Dan bertawakallah dan bertaqwalah kepadaNya, nescaya Dia akan membukakan jalan-jalanNya untukmu.
Bersabarlah wahai sayangku, sungguh, Dia tahu apa yang terbaik buatmu.
Bukan, ini bukan penulisan tentang BM semata. Bukan, ini bukan hanya borak-borak pasal jodoh riang gembira. Dan bukan, ini bukan warkah suka-suka mencari glamor.
Tetapi ini adalah penulisan tentang kehidupan. Ini adalah perkongsian tentang menerima hakikat dan suratan. Dan ini adalah ajakan untuk jatuh chenta dengan Tuhan.
Senyum.
Err Inche gabbana.. Inche gabbana tak mahu jawab soalan yang di atas tu kah?
Yang mana?
Yang atas tuuu. Yang paling atas tu!
Yang mana??
Alaaah. Inche gabbana singgel lagi tak..??
Oh. Ya, saya masih singgel. Tapi dah tak ebelebel.
Gelak kecil.
-gabbana-
Belum lagi habis membaca "Reclaim Your Heart." Tapi saya sangat terinspirasi dengan penulisan Puan Yasmin. Tulisannya cuku menghidupkan dan menggerakkan!
Dan saya sudah pon berazam untuk mencontohinya. Malah lebih baik lagi! InshaAllah!

"Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu carilah wanita yang mempunyai agama, (kerana jika tidak) binasalah dua tanganmu."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Bukankah di sana terkandung hikmah dan ibrah bahawa wanita itu perlu dicari sebelum dikahwini? Bahawa di sana ada proses-proses pemilihan dan penapisan sebelum membuat keputusan?
Juga (sekiranya anda masih belum berpuas hati), di dalam hadith pertama dalam hadith empat puluh Imam Nawawi juga sebenarnya ada memberi isyarat kepada kita bahawa jodoh itu perlu dicari. Tidak percaya?
Mari kita lihat.
"...dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang dia cari atau wanita yang hendak dinikahinya, maka dia akan mendapat apa yang dia tuju."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Maka dia akan mendapat apa yang dia tuju. Apa yang dia niatkan. Apa yang dia mahukan.
Bukankah itu jelas menggambarkan suatu bentuk usaha? Atau sekurang-kurangnya niat dan kemahuan?
Alangkah!
Namun semua ini tidak keluar daripada kehendak dan perancangan Allah. Ia tidak lari dan tersasar daripada apa yang telah Allah tuliskan untuk kita sejak di Lauh Mahfuz lagi.
Cuma kita perlu berusaha. Hikmahnya Allah merahsiakan perancanganNya yang ghaib daripada kita, adalah agar kita meletakkan usaha dan tidak berharap padaNya semata.
Dan usaha itu perlu sungguh-sungguh. Perlu ikhlas. Dan tidak keluar dari batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Saya tidak nampak apa masalahnya jika perempuan mahu meminang lelaki. Bukankah kekasih dan junjungan mulia kita, ar-Rasul SAW itu dipinang sendiri oleh ummahatul mu'minin, Khadijah r.a.? Nah, mana datang simpulan bahasa perigi cari timba itu?
Selagi mana niatnya betul, caranya soleh dan prosesnya benar lagi amanah, saya tidak nampak apa-apa masalah di situ.
Natijahnya, kita serahkan kepada Allah untuk menentukannya.
Nah, di sinilah ramai yang tersungkur. Apabila mereka tidak dapat menerima takdir yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka. Apabila natijah yang Allah beri itu tidak kena dan tidak cocok dengan apa yang kita harapkan dan mahukan.
Maka hati pon berentakan. Putuslah harapan. Berlakulah kekecewaan. Dan gaung yang dalam bakal menjadi kampung halaman. Eh.
"Kita mesti sedar bahawa tidak ada sesuatu pon yang berlaku tanpa sebab dan tujuan. Tiada satu pon. Hatta hati yang remuk. Hatta kesakitan. Hati yang remuk dan kesakitan itu adalah pelajaran dan isyarat untuk kita. Ia adalah amaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ia adalah amaran bahawa perubahan perlu dilakukan. Samalah seperti sakitnya tangan yang terbakar adalah amaran agar kita segera mengalihkan tangan kita daripada api itu, kesakitan emosi merupakan amaran yang kita perlukan melakukan perubahan dalaman."
Begitulah kata-kata Makcik Yasmin Mujahid di dalam bukunya yang lejen itu, "Kembalikan Semula Hati Anda" (Baca: Reclaim Your Heart).
Amiin. [Kredit] |
Pasti ada sebab mengapa kita masih belum menemukan jodoh kita. Pasti ada sebab mengapa kita masih ternanti-nanti untuk ditemukan dengan pasangan kita itu. Pasti ada sebab mengapa si putera berbaju besi dan berkuda putih itu masih belum tiba lagi untuk menjemput kita.
(Err sebab zaman sekarang ni dah takde dah orang nak buat kerja gila pakai baju besi? Wahahaha.)
Hanya sahaja kita yang perlu yakin dengan perancanganNya. Segala-galanya sudah termaktub untuk kita. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita? Dan ingat! Apa yang terbaik untuk kita, tidak semestinya sesuatu seperti yang kita harapkan dan jangkakan!
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]
Masa yang begitu lama yang terpaksa kita tunggu itu, sebenarnya Allah sedang mempersiapkan pasangan yang terbaik untuk kita.
Boipren atau gelpren yang berpisah dengan kita sehingga remuk dan luluh paru-paru dan jantung kita itu, ketahuilah, kita bakal berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada mereka.
Dan seandainya kita ditakdirkan tidak akan berkahwin sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir sekalipon, jodoh kita mungkin di sorga sana biidznillah.
Senyum.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad, 47:7]
Dan...
"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsipa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu."
[at-Talaq, 65:2-3]
Jagalah Allah, Allah pasti menjaga dirimu.
Jagalah agama ini, Allah pasti akan memberikan yang terbaik buatmu.
Dan bertawakallah dan bertaqwalah kepadaNya, nescaya Dia akan membukakan jalan-jalanNya untukmu.
Bersabarlah wahai sayangku, sungguh, Dia tahu apa yang terbaik buatmu.
Bukan, ini bukan penulisan tentang BM semata. Bukan, ini bukan hanya borak-borak pasal jodoh riang gembira. Dan bukan, ini bukan warkah suka-suka mencari glamor.
Tetapi ini adalah penulisan tentang kehidupan. Ini adalah perkongsian tentang menerima hakikat dan suratan. Dan ini adalah ajakan untuk jatuh chenta dengan Tuhan.
Senyum.
Cair doh! Kekeke. [Kredit] |
Err Inche gabbana.. Inche gabbana tak mahu jawab soalan yang di atas tu kah?
Yang mana?
Yang atas tuuu. Yang paling atas tu!
Yang mana??
Alaaah. Inche gabbana singgel lagi tak..??
Oh. Ya, saya masih singgel. Tapi dah tak ebelebel.
Gelak kecil.
-gabbana-
Belum lagi habis membaca "Reclaim Your Heart." Tapi saya sangat terinspirasi dengan penulisan Puan Yasmin. Tulisannya cuku menghidupkan dan menggerakkan!
Dan saya sudah pon berazam untuk mencontohinya. Malah lebih baik lagi! InshaAllah!
16 Caci Maki Puji Muji:
Yupp.. mmg best dengar talk puan yasmin mogahed, lgi2 reclaim your heart. Cukup memujuk hati yg tgah lara.
Saya ada satu persoalan Inche Gabbana.. Bagaimana dengan mereka yang hakiktnya bergerak dalam gerabak Tarbiyah.. yang kononnya amat dithiqahi oleh orang² sekelilingnya,namun dalam diam dia telah cuba untuk mengikat satu wanita ini..Dalam diam juga karakter wanita itu juga sama seperti pemuda tadi,berkecimpung dalam dunia dakwah.. adakah ini juga adalah salah satu usaha untuk mendapatkan jodoh,disebabkan pemuda itu yang terlalu inginkan wanita tersebut dalam niat untuk menyebarluaskan lagi Dakwah.. Mohon respon dan pandangannya.. ��
ala dah x ebelebel...
lorhh .. ingat dah ada anakkk.. :p muahahaaaa
As salam, inche.
Kdg2 bukanlah kita ni tak redha atau x buleh nak terima kenyataan yg jodoh kita lambat. kita tau bahawa bila Allah 'buang' seseorng dari hidup kita tu..maknanya Dia nak gantikan dgn yg lebih baik. Kita faham yg ada sebab kenapa Allah lambatkan jodoh kita...bak kata org tua2: 'every things happen for a reason'....dan kita enjoy dgn life kita yg singgel minggel sbb kita tau yg perancangan Allah lebih baik.
Tapi..kdg2 yg buat kita rasa mcm nak tampar diri sendiri ialah apabila..org lain yg seolah2 x buleh nak terima kenyataan yg kita ni tak kawen2 lagikk...
"Laa...ko tak kawen lagikk?"
"Bila la ko nak kawen ni?"
Dan beberapa lagi spesis soalan yg sama maksudnya. Sampai kita dah x larat nk bagi jawapan standard 'jodoh-belum-sampai'....
Haishhh.....bertabah je la...
(Dok bersimpuh sambil makan kacang)
Mohon IG cepat kahwin!
Saya yg baca ni pon rasa x tertanggung dgn ujian ramai peminat IG ni.
Fuhhh =="
:D
ince',
lse masuk liga top billionaire-producer, satu-satu uni di uk. ince' bila lagi, ke guane? bule dok bercita-cita jadik jutawang?
:)
SN~~
Salam wbt,
Kes timpaan email mesti lepas ana punya email kan? Harap ketika itu anta dah ambil brace position dah. ahaks!
Kalau betui hang kawen bulan depan (tahun tak pasti), moga Allah permudahkan urusan anta.
frust amat baca ayat oh ya.saya masih singgel..tapi dah tak ebelebel..huhuhuhuhuhuhu nak nangis mlm ni..
Ince gbbba kene hati2.. Ramai peminat tuh..
Nak2 ramai yg dh bjaya stalker anda dan ada yg tgh stalker lg tu..mncari2 siapa sebenarnya ince gbna ni...mohon lebih private kan medium sosial yg anda miliki...hehe
sy doh kenaa ig, tahuu semuo haa bagai. yg idok tahuu. benaa keh sosok hok ni sebak mu dok ebeleble. bilo dio nok kelik? lamo benaa dihh.
Baru prtma kali baca entry inche gabbana ni... salam perkenalan dri sy.
Wahhh... ramai jga peminat inche gabbana ni rupanya. Dh mcm artis lak haha...
reclaim your heart is one of the greatest book yang jarang ada pada zaman sekarang.hmmm,mmg gempak kalau ramai lagi yg buat buku agama yg dpt menarik hati teenagers!.seperti bloq inche juga...amazing!
Tapi yg pasti lelaki yg baik utk perempuan yg baik..Jadi, jom jadi baik :D :D
ramai jugak pminat apg.sy pon minat tp xde la smpai rase nk kawen.hahaha...
Post a Comment