Kaver Baru Ikhwah Pakai Jeans (IPJ)
Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Segala puji-pujian hanya layak diberikan kepadaNya, Tuhan, Raja dan Ilah seluruh alam.
Tiada kenikmatan yang lebih berharga nilainya daripada masih diberi peluang untuk bernafas dengan nafas Islam dan iman.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang tidak kikir dalam terus-menerus memberikan kita pelbagai jenis nikmat, meskipon kita sebagai hambaNya ini seringkali melakukan dosa.
"...Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
[an-Nahl, 16:18]
Sekiranya saya boleh melontar ke belakang (Baca: throwback), saya kira, saya mula benar-benar minat menulis ketika di bangku sekolah menengah. Sebagai salah seorang pendebat Bahasa Melayu Sekolah Bintang, ehem, secara semulajadinya subjek Bahasa Melayu merupakan aktiviti kupas dan makan kacang cap tangan sahaja buat saya. Maka esei Bahasa Melayu saya sering mendapat markah yang tinggi. Menulis esei tentang apa-apa subjek bukan suatu masalah buat saya.
Oh bukan, bukan mahu angkuh apatah lagi takabbur. Astaghfirullah. Cuma saya amat bersyukur kerana diberikan kelebihan ini. Senyum.
Kelebihan saya ini saya manfaatkan dengan menyumbang beberapa cerpen kepada majalah sekolah. Dan minat saya saya dalam menulis tidak terhad kepada Bahasa Melayu sahaja; saya juga sering menulis short stories dengan pelbagai tema dan jalan cerita.
Sudah tentu ketika itu, tidak pernah langsung terlintas yang saya akan menghasilkan buku saya sendiri suatu hari nanti. Bagai saya ketika itu, ia merupakan suatu mimpi liar, terlalu liar sehingga saya sendiri tidak pernah memikirkannya secara seriyes.
Sehinggalah saya menghasilkan belog Angel Pakai Gucci ini dan secara seriyes menulis di dalamnya. Awalan dahulu, memang ada suara-suara yang menyuruh saya membukukan hasil tulisan saya. Namun saya masih belum yakin. Siapalah yang nak baca tulisan saya ni? Himpunan tulisan-tulisan dalam belog je pon!
Namun kemudiannya permintaan untuk saya membukukan hasil tulisan saya semakin meningkat. Dan melihatkan trend semasa penghasilan bahan-bahan bacaan yang semakin meluas di dalam pasaran buku tempatan menjadikan saya terpaksa memikirkan pembukuan tulisan-tulisan saya secara lebih seriyes.
Tidak dinafikan, antara yang memberikan saya semangat untuk membukukan tulisan-tulisan saya adalah apabila melihat saudara Afiq Sazlan menghasilkan buku 'Aku Hamasah As-Syabab' nya. Ketika itu merasakan diri saya sedikit loser kerana jauh ketinggalan daripada Afiq Sazlan! Wahahaha.
Maka setelah ding-dong ping-pong di sana sini, setelah dtolak oleh beberapa penerbit untuk menerbitkan buku sulung saya, saya akhirnya mengambil keputusan untuk menerbitkannya sendiri. Suatu keputusan yang tidak akan saya sesali sampai bila-bila.
Lahirlah buku 'Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki.'
Haadza min fadhli rabbi. Lap air mata.
Ok Inche gabbana. Panjangnya muqaddimah anda. Boleh tak straight to the point je..?
Tersipu-sipu malu.
Alhamdulillah, sehingga artikel ini ditulis, kurang lebih 2,700 naskhah IPJ telah dijual (sebahagian kecilnya diberikan secara percuma) dalam masa tidak sampai 6 bulan ia mula dijual di pasaran. Penghasilan buku IPJ ini juga telah merintis jalan kepada penubuhan rumah penerbitan saya sendiri, Hud Hud Media.
Jazakumullahu khairan katheera kepada ikhwah yang telah banyak membantu saya dalam penghasilan buku ini; dari rekabentuk kulit buku, susun atur isi kandungan, pencetakan buku sehinggalah kepada proses penghantaran buku. Tidak mungkin saya dapat melakukan semua itu seorang diri. Juga kepada para peminat (peminat ke? Batuk batuk) APG yang tidak lokek memberikan maklum balas kepada buku sulung ini dan terus memberikan sokongan yang tidak ternilai harganya kepada saya.
Segala puji-pujian saya kembalikan kepada Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam ini.
Memandangkan stok buku saya dah nak habis, inshaAllah saya bercadang untuk mencetaknya semula. Berdasarkan maklum balas yang saya terima, inshaAllah cetakan terbaru ini akan tampil dengan kulit buku dan susun atur yang lebih baik.
Oleh sebab itu..
*bunyi kompang*
Bismillah, dengan ini saya ingin menganjurkan pertandingan mereka kaver baru untuk buku Ikhwah Pakai Jeans! Woohhooo! Anda beritahu saya, perkara apa yang lebih mengujakan daripada ini di sepanjang abad ini..??
Saya yakin di luar sana ada terlalu banyak bakat-bakat berotak geliga dan kreatif yang dapat membantu saya melonjakkan lagi buku IPJ ke persada antarabangsa. Wah!
Baiklah.
Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut:
SYARAT-SYARAT
- Terbuka kepada semua rakyat galaksi bimasakti yang tahu kemahiran asas mereka kaver buku, tidak kira bangsa, agama mahupon berat badan
- Tarikh tutup pertandingan adalah pada 11.59pm (waktu Malaysia) 15 DISEMBER 2014. Sebarang rayuan untuk memanjangkan lagi tempoh pertandingan tidak akan dilayan
- Tiada had penyertaan. Nak hantar seribu rekaan pon boleh. Eheh.
- Penyertaan anda hendaklah dihantar dalam bentuk JPEG atau PNG kepada hud2media@gmail.com dengan subjek emel seperti berikut: 'PERTANDINGAN MEREKA KAVER BUKU IPJ [Nama Anda]'
- Anda dikehendaki menggunakan kreativiti tahap Super Saiya untuk menghasilkan kaver yang paling bermutu tinggi. Eheh.
- Tiga kaver yang terbaik (berdasarkan budi bicara dan selera saya) akan dipilih dan pemenang akan ditentukan menerusi undian popular oleh para peminat APG
- Spesifikasi kaver hendaklah (wajibul ghunnah) seperti berikut:
A - Tajuk buku
B - Nama pengarang yang osem itu. Ehem.
C - Penjilid buku. Pada penjilid ini, hendaklah diletakkan:
- Tajuk buku
- Nama penerbit, i.e. Hud Hud Media
E - Ruang untuk logo Hud Hud Media
F - Ruang untuk kod bar ISBN (tanda harga tidak diperlukan)
Posisi bagi setiap spesifikasi ini fleksibel. Terpulanglah kepada otak anda untuk memikirkannya.
Posisi bagi setiap spesifikasi ini fleksibel. Terpulanglah kepada otak anda untuk memikirkannya.
Selebihnya saya serahkan kepada kreativiti anda. Di sinilah kreativiti anda akan diuji dan karya anda berbeza dari karya-karya yang lainnya.
Karya yang dihantar akan menjadi hak milik Hud Hud Media sepenuhnya. Jangan jadi buruk siku boleh tak? Eheh.
HADIAH
Dah buat pertandingan, mestilah kena ada hadiah en?
HADIAH PERTAMA
- Wang tunai RM250.00
- 10 naskhah percuma IPJ terbitan terbaru (bernilai RM250.00)
- Nama anda akan diabadikan sebagai 'Pereka Kulit' buku IPJ
- Peluang untuk kerjasama jangka panjang dengan Hud Hud Media
HADIAH KEDUA
- Wang tunai RM150.00
- 7 naskhah percuma IPJ terbitan terbaru (bernilai RM175.00)
- Peluang untuk kerjasama jangka panjang dengan Hud Hud Media
HADIAH KETIGA
- Wang tunai RM75.00
- 5 naskhah percuma IPJ terbitan terbaru (bernilai RM125.00)
- Peluang untuk kerjasama gotong-royong membersihkan pejabat Hud Hud Media. Eh? Wahahaha.
- Pemenang akan diumumkan di belog, Mukabuku dan Pengicau APG. Pemenang juga akan dihubungi secara peribadi menerusi emel. Maka sila baca emel anda!
- Penyertaan yang menang mungkin akan diubahsuai lagi, berdasarkan spesifikasi yang diberikan oleh Hud Hud Media. Kiranya lepas dah kautim, mungkin ada perubahan lah pada kaver yang menang tu.
- Hud Hud Media berhak membatalkan pertandingan ini tanpa memberikan alasan atau sebab-musabab yang munasabah. Hud Hud Media juga berhak untuk tidak menggunakan kaver yang menang sebagai kaver akhir IPJ. Bunyi macam bongkak sikit en tapi nak buat macam mana.
Seperti anda, saya juga teruja untuk melihat kaver baru IPJ nanti. Senyum.
Ok itu sahaja. Ada soalan?
-gabbana-
Tahukah anda, buku IPJ dengan kaver seperti yang sekarang ini, bakal menjadi collector's item yang amat bernilai apabila buku IPJ dengan kaver yang baharu keluar nanti?
Agak-agak kalau lelong di Mudah atau Lelong, boleh cecah sejuta ringgit tak? Kekeke.
12 Caci Maki Puji Muji:
saiz c0ver nie apa ya??
InshaAllah bukunya nanti akan bersaiz novel, i.e. A5
maksudnya D, E dan F hanya tinggalkan ruang kosong la ?
Terpulang. Nak tinggalkan kosong boleh atau nak kopipes dari desain sebelum ni pon boleh. :)
nak hantar design dalam saiz ape,A4, A5 A3? boleh detailkan :)
dan mcm mna nak dapatkan logo hud hud media, penat cari tak jumpe, hehe
assalam, nk tanya... logo hud hud media tu nak dapat dari mna? saya x jumpa.
Enonimus: Dalam saiz apa-apa tak kisah. Nanti dah terpilih baru didetailkan lagi. :)
Nurfazila: Takpe, tinggalkan kosong dulu pon takpe.
Hai haiiii
Salam. Saya Anim dari Sabah. Inche Gabbana, saya dah hantar. memang tak ada pengesahan terima dari pihak hudhud media ya?
nak jooooiinnnn!!!!!!!!!! :D
saya tak reti buat cover..kalau saya mahu buku je boleh tak?hehehe
Post a Comment