Sepuluh Mitos Besar Lagi Kelakar Oleh Israel
Yeaaaahhh! [Kredit] |
Hari ini masuk hari ke dua puluh lima Operasi Protective Edge yang dimulakan oleh rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu ke atas Ghazzah. Angka kematian di pihak Ghazzah hampir mencecah 1,400 nyawa, manakala jumlah sebenar kematian di pihak Israel tidak dapat dipastikan secara muktamad kerana dipercayai pihak rejim Zionis sedaya-upaya cuba untuk menyembunyikan angka kematian yang sebenar.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry telah mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bagi membolehkan urusan kemanusiaan seperti membaiki hospital dan reaktor janakuasa, membekalkan ubat-ubatan dan membawa masuk bekalan makanan dilaksanakan. Kita akan melihat sejauh mana rejim Zionis akan menghormati gencatan senjata ini kerana sejarah telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka ini memang pendusta besar. Baru-baru ini, mereka telah mengebom sebuah pasar di Shujayea yang mengakibatkan 17 kematian walaupon jeda kemanusiaan (Baca: Humanitarian pause) telah diumumkan oleh Israel sendiri sebelum itu.
Kan saya dah kata mereka ini dasar penipu besar..? Pppfffttt.
Apa yang menariknya kita dapat melihat Israel dengan gigih terus-menerus cuba untuk menipu masyarakat dunia dengan propaganda mereka bagi menghalalkan penyembelihan Ghazzah. Pelbagai penipuan dan lawak jenaka mereka sebarkan untuk meyakinkan dunia bahawa apa yang sedang mereka lakukan ini sebenarnya ada justifikasinya.
Mari kita lihat dan teliti sepuluh penipuan besar dan mitos kelakar yang direkayasa Israel bagi mempertahankan tindakan mereka melakukan holokaus abad ke-21 ini serta jawapan balas bagi menafikan semua pembohongan ini.
Mitos Besar Lagi Kelakar Satu
Operasi ini hanyalah sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas ke atas bandar-bandar kami!
Hamas tidak lagi melancarkan roket ke atas Israel sejak tahun 2012 (sebelum konflik yang sekarang ini tercetus). Roket-roket yang dilancarkan berpunca dari kumpulan-kumpulan kecil yang tiada kena mengena dengan Hamas. Hamas malah menubuhkan sebuah pasukan polis khas anti-roket bagi menghalang daripada roket dilancarkan ke atas Israel selepas gencata senjata 2012 dimeterai.
Hah. Hang nak kata apa?
Mitos Besar Lagi Kelakar Dua
Kami hanya menyasarkan pengganas Hamas, dan bukannya para penduduk awam.
Hallo..? Apa anda orang ingat kami buta? Ingat kami bodoh? Kebanyakan korban yang berlaku selama ini kebanyakannya adalah melibatkan penduduk awam!
Navi Pillay, Pesuruhjaya Tinggi Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Banyak Borak sendiri mengakui hal ini. "Beberapa insiden yang berlaku, termasuklah dengan jumlah kematian penduduk awam yang tinggi telah menafikan dakwaan Israel bahawa semua langkah-langkah yang perlu untuk melindungi nyawa penduduk awam telah diambil."
Rasa macam nak meludah tak?
[Kredit] |
Pasukan tentera kami adalah pasukan tentera paling bermoral di atas muka bumi. Kami sama sekali tidak akan menyasarkan kanak-kanak dan wanita.
Puiii. Ha kan dah.
Operasi Protective Edge telah menjadi saksi dan bukti bahawa rejim Zionis adalah kerajaan yang paling tidak bermoral dan tidak senonoh di seluruh galaksi bimasakti. Empat orang kanak-kanak yang lari menyelamatkan diri di persisiran pantai Ghazzah telah dibom sesuka hati. Dua buah sekolah milik Pertubuhan Banyak Borak telah dibom meskipon berkali-kali peringatan diberikan kepada pihak tentera Israel. Sebuah pasar di Shujayea yang sarat dengan penduduk yang mahu membeli barang keperluan telah dibom, walaupon kononnya Israel sendiri sebelum itu yang mengumumkan jeda kemanusiaan.
Eerrgghhh. Kesyaitanan apakah ini...??
Mitos Besar Lagi Kelakar Empat
Kematian yang tinggi dalam kalangan rakyat Palestin adalah kerana Hamas menggunakan mereka sebagai perisai manusia!
Menurut Jeremy Bowen, wakil BBC untuk bahagian Timur Tengah, "Saya tidak menjumpai sebarang bukti sepanjang saya di Ghazzah berkaitan dengan tuduhan Israel bahawa Hamas menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia."
Malah menurut satu laporan yang dikeluarkan Reuters pada tahun 2013, sebuah badan hak asasi kemanusiaan di bawah Pertubuhan Banyak Borak menuduh tentera Israel menzalimi kanak-kanak Palestin dengan menyeksa mereka dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia.
Ceh.
Mitos Besar Lagi Kelakar Lima
Satu lagi sebab mengapa ramai yang terkorban adalah meskipon kami dah beri amaran agar depa ni mengosongkan kawasan yang berkaitan, depa tetap berdegil tak mahu lari menyelamatkan diri!
Hang tau dak Ghazzah tu besaq mana? Lepas tu hang pi kepong depa, bagi sekatan kat depa. Pastu serangan hang besar-besaran. Hang habaq kat aku, depa nak lari mana...??
Ha kan dan terkeluaq loghat Utagha. Geraaaammm!
Ghazzah adalah penjara terbesar di dunia! [Kredit] |
Mitos Besar Lagi Kelakar Enam
Kami sejak dahulu mahukan kedamaian, mahukan gencatan senjata. Tapi Hamas yang tidak mahukannya!
Media-media Barat di bawah kawalan Yahudi Zionis dengan susah-payah cuba memaparkan bagaimana Hamas sentiasa menolak sebarang usaha gencatan senjata yang dipelopori oleh Israel. Jahat kan Hamas?
Hakikatnya, sebarang cadangan gencatan senjata oleh Israel pastinya ada agenda yang tersembunyi. Permintaan-permintaan Hamas untuk dipertimbangkan sebelum sebarang gencatan senjata dimeterai, semuanya ditolak oleh Israel.
Menurut laporan oleh al-Jazeera, salah seorang daripada pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal pernah menyatakan bahawa Hamas komited untuk menghentikan peperangan, dengan syarat Israel mesti menghentikan segala bentuk sekatan terhadap Ghazzah dan bukan janji-janji kosong yang manis di bibir. Ok Khalid Meshaal tidaklah berkata sebegitu, tetapi anda faham maksud saya kan?
Hamas telah meletakkan sepuluh tuntutan sebagai syarat untuk gencatan senjata namun semua tuntutan tersebut ditolak mentah-mentah oleh rejim Zionis. Tapi apa yang kita baca di media massa Barat? Hamas menolak gencata senjata!
Ini tidak adil!
Mitos Besar Lagi Kelakar Tujuh
Hamas yang mulakan semua ini! Mereka menculik dan membunuh tiga orang remaja kami!
Sehingga kini tiada bukti yang sahih yang dapat meletakkan Hamas di dalam kandang pesalah. Malah bukti-bukti yang ada semuanya menunjukkan ke satu arah; ia tidak dilakukan oleh Hamas malah pihak rejim Zionis sudah lama mengetahui hakikat ini.
Saya ada membuat sedikit analisa marhaen berkaitan dengan dakwaan tidak berasas Israel ini di dalam esei 'Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat: Satu Analisa Marhaen.'
Israel sebuah negara apartheid! [Kredit] |
Siapa kata kami menjajah Ghazzah? Itu semua poyo!
*Beristighfar menahan diri daripada mencarut*
Israel menguasai hampir semua kawasan darat, udara dan perairan di Ghazzah. Israel mengawal sempadan keluar dan masuk ke Ghazzah, menyebabkan tiada siapa yang dapat masuk atau keluar dari Ghazzah dengan keizinan mereka. Israel menguatkuasakan zon (Baca: Buffer zone) dan sejak itu telah merampas kurang lebih empat belas peratus dari jumlah keseluruhan tanah di Ghazzah dan sekurang-kurangnya empat puluh lapan peratus daripada jumlah tanah pertanian yang ada. Lapan puluh lima peratus kawasan perairan Ghazzah dikawal oleh Israel. Israel terus menguasai ruang udara Ghazzah sepertimana yang dikuasainya sejak tahun 1967 lagi.
Kalau itu semua bukan penjajahan, apa namanya? Aktiviti pertanian...??
Mitos Besar Lagi Kelakar Sembilan
Kami hanya mempertahankan kedaulatan negara kami. Self defense!
Pembunuhan beramai-ramai bukan mempertahankan diri. Merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin dan membina pula penempatan haram bukan mempertahankan diri. Membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa dan wanita-wanita bukan mempertahankan diri. Menahan dan menangkap rakyat Palestin sesuka hati bukan mempertahankan diri. Mengepung, mendirikan tembok apartheid dan mengawal sempadan Ghazzah, itu bukan mempertahankan diri.
Fulsetop.
Mitos Besar Lagi Kelakar Sepuluh
Ini semua salah Hamas! Ini semua salah Hamas! Ini semua salah Hamas!
Err. Pembunuhan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin bermula seawal tahun 1947 lagi, jauh sebelum Hamas ditubuhkan secara rasminya pada 1987. Dalam peristiwa pembunuhan besar-besaran Shabra dan Syatilla pada tahun 1982 misalnya, seramai 3,500 (angkanya berbeza-beza bergantung kepada sumber) pelarian Palestin di Beirut, Lubnan dibunuh dengan kejam oleh militia Kristian Phalangist, dibantu oleh tentera rejim Zionis ketika itu.
Itu belum lagi dikira, dibilang dan dihitung kekejaman-kekejaman Israel yang lainnya yang sehingga kini telah meragut entah berapa nyawa rakyat Palestin.
Mitos Besar Lagi Kelakar (Bonus)
Hamas mendapat latihan payung terjun mereka di Malaysia
Say what...?? Mungkin yang Israel maksudkan adalah sebuah pertubuhan ibu-ibu mengandung peringkat kebangsaan yang bernama Humus.
Geletek perut sendiri.
Mungkin inilah latihan payung terjun yang dimaksudkan oleh Israel. Kehkehkeh. |
Fuh. Maaflah andai tulisan kali sepertinya emosional dan penuh drama.
Kadangkala memang sukar mahu menjaga tekanan darah daripada tidak naik secara mendadak setiap kali membaca hapdet-hapdet terbaru tentang konflik Israel-Palestin ini. Yang lebih menyakitkan hati adalah betapa ramai manusia di luar sana yang sengaja membutakan hati mereka, menelan bulat-bulat segala penipuan dan pembohongan yang disogokkan oleh pihak Zionis.
Kerana itu penting untuk kita memainkan peranan kita dengan sentiasa mengambil tahu hapdet-hapdet terbaru apa yang sedang berlaku dan menyebarkan fakta dan kebenaran, sama ada di alam maya, di waksep, di kantor kerja hatta pada jiran sebelah rumah. Kebenaran tetap akan menang akhirnya, meskipon musuh-musuh Islam cuba sedaya-upaya mereka untuk memadamkannya.
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipon orang-orang kafir membencinya."
[as-Saff, 61:8]
Alhamdulillah, pendapat umum masyarakat antarabangsa semakin cenderung ke arah menyokong perjuangan Palestin dan menempelak jenayah perang Israel, semuanya kerana kebenaran semakin terserlah nyata. Ramai selebriti Barat yang kini sudah berani mengkritik rejim Zionis secara terbuka. Malah semakin banyak media-media massa Barat yang dahulunya menikus dan mengambil pendirian tidak mahu masuk campur, kini sudah tampil ke hadapan melaporkan fakta-fakta benar tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.
Ini merupakan petanda yang sangat positif. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana konflik Israel-Palestin sebelum ini. Masyarakat dunia semakin sedar betapa selama ini mereka telah ditipu oleh mitos-mitos yang direka oleh jentera propaganda Israel. Dan saya melihat, ini juga merupakan isyarat awal pembebasan mutlak Palestin yang sudah tidak jauh lagi dari sekarang. InshaAllah!
Teruskan melakukan apa sahaja yang anda terdaya untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Sama ada menderma, memboikot, berdoa, menyertai demonstrasi dan apa-apa sahajalah yang termampu untuk meringankan penderitaan mereka di sana.
Saya? Saya tetap yakin dengan pembinaan rijal dan jiwa-jiwa di luar sana. Kerana pada tangan-tangan mereka inilah inshaAllah, Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti, biidznillah.
Senyum.
-gabbana-
Kebanyakan maklumat untuk penulisan di atas diperolehi dari artikel tulisan Mehdi Hasan di laman sesawang Huffington Post bertajuk 'Debunking Israel's 11 Main Myths About Gaza, Hamas and War Crimes.'
Esok ada demo besar-besaran di Dataran Merdeka, anjuran Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif. InshaAllah sekiranya tiada apa-apa yang menghalang, saya bercadang untuk turut serta. Ayuh?
10 Caci Maki Puji Muji:
klau x silap dorg bru je lnggar genjatan senjata kali ni kan?tp ok je klau dorg mula nk serang Malaysia.drpd aman tp msok nraka lbih baik huru hara sikit tp jannah tmptnya.iA
Baca entry nie mmg panas hati tp ending tu kelakar pulak...hrp2 inche gabanna trus buat entry2 n post2 bg org2 yg x brape nak paham psl isu nie.. Sy ade terbaca satu post yg agk pelik ie sorang ustaz nie sebut psl perbezaan pejuang2 d afghan n gaza. Dan dia sgt bias kpd pejuang afghan dan mengutuk peribadi alqassam... Mendidih jugak... #prayforgaza#isupportalqassam
sabar2 ya inche ig. Allah maha mengetahui...
Part payung terjun tu takleh blah. Hahaha. *geletek perut kucing*
;; thumbs up untuk entry nie ;; ,,
Terbaik. Islam pasti menang!
Allahuakhbar!
Lebih baik negara aman... Walau pun keadaan Malaysia ni byk kejahilan n maksiat tp usaha dakwah leh dilakukan... Lgpun berapa pasti Malaysia ni leh jd cam palestin kalo ditimpa peperangan... Leh ka orang kita jd mcm orang palestin? Dulu kna jajah pun Ada jd talibarut dsb sdgkn orang Len duk pulun Lwn inggeris....
inche gabbana...boleh x kupas skek pasal yg sengaja membutakan mata dengan tetibe je kaitkan palestin dengan isis...haih...
Assalamualaikum tuan, sekadar bertanya mengenai perhimpunan yang dilakukan baru-baru ini. Saya ada terbaca komen seseorang di IG. Katanya: ada seseorang bertanya mengapa dia tidak ke perhimpunan tersebut dan jawapannya, bukan dia tidak suka untuk ke perhimpunan seperti itu, tetapi kenapa perlu adakan perhimpunan sebegitu sedangkan masih ramai orang tidak berjemaah dimasjid. Komen tuan?
Enonimus 08:49: Maaf saya tak dapat tangkap soalan anda.
Safirah: Pendapat saya, kalau tak boleh buat semua, janganlah tinggalkan semua.
Apa salahnya orang nak pergi berdemo tunjuk solidariti untuk rakyat Palestin? Kalau dia ikhlas pergi berdemo, inshaAllah ada ganjarannya di sisi Allah.
Kalau saya boleh bagi analogi mudah; takkanlah kita nak halang orang yang tak solat daripada nak bersedekah? Hanya sebab dia tak solat?
Allahu a'lam.
Post a Comment