Futur Raya
Hari ini adalah hari raya ketiga buat umat Islam di Malaysia. Kebanyakan rakan-rakan yang saya kenali mengambil cuti sepanjang minggu ini untuk urusan pulang ke kampung, menziarahi sanak-saudara dan sebagainya.
Saya? Hari ini saya sudah berada di kantor memulakan kerja seperti biasa memandangkan saya tiada kampung zaujah untuk pulang beraya. Eh. Wahahaha.
Kuis-kuis kaki.
Jadi sudah berapa batang lemang yang habis dimakan? Berapa mangkuk rendang yang sudah dihabiskan? Dan berapa bungkus ketupat yang berjaya diselesaikan? Dan semua ini membawa kita kepada satu soalan cepu emas; sudah berapa kilogram bertambah pada berat badan? Oppss.
Semua itu tidaklah menjadi isu yang terlalu besar. Yalah, selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, apalah salahnya pada hari raya ini untuk menikmati sedikit juadah beraneka jenis yang sememangnya sukar untuk ditemukan pada masa-masa lain bukan? Apatah lagi hari raya sememangnya adalah hari untuk bergembira. Maka tiadalah salahnya apabila perut menjadi organ yang paling gembira (atau cedera?) antara semuanya. Eheh.
Namun yang menjadi kerisauan di hati adalah apabila selain berat badan yang bertambah, dosa dan noda juga turut bertambah. Gulp.
Bagaimana tu Inche gabbana..? Takkanlah selepas sebulan melalui madrasah tarbiyah Ramadhan, masih ada ruang untuk melalukan dosa?
Mahunya tidak. Terlalu asyik dan seronok beraya sehingga solat dilewat-lewatkan. Terlalu menghayati ruh bermaaf-maafan di bulan Syawal sehingga bersalam-laman bukan mahram lelaki dan perempuan. Terlalu lagha dengan rancangan-rancangan hiburan yuang disediakan sehingga tidak lagi ingat pada Tuhan. Dan ya, *batuk batuk* terlalu menghargai juadah spesel hari raya sehingga berlebih-lebihan dalam makan sehingga berlaku penzaliman dan pembaziran. Adeh.
Anda beritahu saya, tidak berdosakah itu..?
Ironinya, Ramadhan sewajarnya menjadi penghubung kita dengan taqwa. Ramadhan adalah universiti mendidik kita sehingga kita berjaya memperoleh ijazah taqwa. Hasil akhir bagi menentukan sama ada Ramadhan kita benar-benar hidup adalah taqwa.
Ya, taqwa.
Taqwa. God consciousness. Merasakan Tuhan itu sentiasa bersama kita, dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita.
Tidak. Tidaklah kita terlalu mengharapkan bahawa amalan kita akan menjadi sehebat seperti amalan kita semasa Ramadhan. Konsisten dengan qiam dan tahajudnya. Berdoa setiap masa dan ketika. Iktikaf di mesejid sepanjang masa. Istiqamah menunaikan solat Subuh secara berjemaah di mesejid.
Kerana kita tahu bulan Ramadhan sememangnya teristimewa. Kita tahu pada bulan-bulan lainnya, kita terlalu banyak halangan dan kekangan yang kadangkala menjadikan kaki dan tangan kita terikat kuat. Kerana itu juga Allah menjanjikan pelbagai fadhilat dan keistimewaan untuk setiap amalan di bulan Ramdhan.
Namun sekurang-kurangnya kita mengharapkan agar kita dapat membawa sekali taqwa itu keluar dari bulan Ramadhan. Kita mengharapkan sebagaimana taqwanya kita di bulan Ramadhan, taqwa jugalah kita di luar bulan Ramadhan. Kita mengharapkan, ijazah taqwa yang kita peroleh melalui madrasah Ramadhan itu dapatlah kita gunakan dan manfaatkan dan bukannya hanya disimpan di dalam almari atau digantung siap dengan bingkai kayu pokok birch di dinding. Eh.
Tapi.. Kalau satu Syawal lagi kita sudah bertukar menjadi jembalang hutan... Sejak hari pertama Syawal lagi sudah terserlah nafsu keraksasaan... Belum apa-apa lagi nafsu kita sudah geng semula dengan syaitan... Aduhai, berjayakah tarbiyah Ramadhan kita..?
Nanges.
Khusus buat dua't khususnya, yang sering melaung-laungkan dan mencanang-canangkan,
"Nahnu du'at qobla kulli syai-in. Kita adalah dua't sebelum segala sesuatu."
pastinya Syawal ini menjadi muhasabah yang besar buat kita semua.
Benarkah kita ini seorang dai'e ilallah setiap masa dan ketika? Adakah kita benar-benar menghayati ruh tarbiyah dan dakwah dalam apa jua keadaan dan peristiwa?
Atau kita ini seorang pendakwah bermusim?
Atau tugas dakwah kita turut bercuti di hari raya?
Atau kita ini seorang dai'e yang mengikut selera dan nafsu kita sendiri?
Apa indikatornya?
Lihat sahaja pada mutabaah amal kita; berjalan atau tidak di musim raya ini?
Lihat sahaja pada ikhtilat kita; terjaga atau tidak ketika sanak-saudara dan sahabat-handai datang bertandang?
Lihat sahaja pada akhlak dan kelakuan kita; kita berasa malu atau tidak sekiranya ada orang menangkap video kita di musim perayaan ini dan kemudian dipertontonkan di hadapan ikhwah/akhawat yang lainnya?
Lihat sahaja pada apa yang kita fikirkan; ada kita risau atau tidak pasal mutarabbi yang pulang bercuti atau kita sibuk menunggu bilakan siaran ulangan Maharaja Lawak Mega?
Lihat sahaja pada perancangan kita; teruja mahu bertemu dengan hadek-hadek terchenta atau berasa berat dan malas sekali mahu berbulatan gembira?
Tepuk dada, tanyalah taqwa di hati.
Rugilah andai kita hanya bertaqwa di bulan Ramadhan tetapi tidak luarnya.
Rugilah andai sebulan Ramadhan kita lalui tidak mengukuhkan fikrah Islamiyah dan imaniyah kita.
Rugilah andai lapar dan dahaga yang kita harungi sepanjang sebulan itu tidak membarakan lagi semangat kita untuk berdakwah.
Rugilah andai tarbiyah Ramadhan yang kita tempuhi selama sebulan itu masih tidak menjadi kita dai'e dalam erti katanya yang sebenar.
Dan rugilah andai iman kita sepanjang Ramadhan kuat dan utuh ibarat besi yang tidak mudah dilebur namun masuk sahaja Syawal, ia terus cair dan gugur!
Rugi! Rugi! Rugi!
Imam Hassan al-Basri rahimahullah pernah berkata,
"Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya."
Syawal adalah bulan kemenangan untuk kita yang berjaya menundukkan nafsu dan kembali kepada fitrah. Sayugia ia adalah bulan untuk kita syukuri dan bukan futuri!
Ittaqullah!
-gabbana-
Hati ini terus remuk melihatkan saudara-saudara di Ghazzah terus bermandikan darah. Geram dan marah yang teramat melihatkan pula rejim dan Zionis dan para penyokong mereka yang terus-menerus di dalam keangkuhan mereka mempertahankan tindakan menyerang Ghazzah secara membabi buta.
Hanya pertolongan Allah sahaja yang akan memenangkan saudara-saudara kita di sana. Dan kita wajib untuk terus mendoakan keselamatan dan kemenangan untuk mereka ini.
Allahu rabbuna yusahhil!

"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Al-Baqarah Ayat 183]

7 Caci Maki Puji Muji:
Futur futur futur. Baru saja lepas futur. Ada saja Allah hntar sesuatu nk bg diri ini kmbali semula pada fitrah. MasyaAllah Allah maha pengasih. Astaghfirullahalzim, sedikit skali aku brsyukur. Benar, bnyk ujian dibulan syawal, yg mnentukan samada kita benar2 ikhlas sbgai the so called daie atau just di bulan ramadhan nsaja brsemangat. Moga terus tsabat ikhawah akhowat. Sntiasa ingt Allah bila saja hendak memfutur. Say no to FutuRaya!
No to FuturEid!!!!
hmm.. may Allah bless_^^
Tazkirah hari ini,, sentap. Hehe
*batu jatuh atas kepala :''(
Astaghfirullah....
*nanges laju2..Y.Y jazakallah inche gabbana..
Kuis kuis kepala kt pintu smbil ckp " oi hamba! Taqwa tu bukan untuk orang yg manja macam kau. Ayuh bangkit!"
Suka ayat "DAKWAH BERMUSIM" niiiiii~ :') sebuah intipati yg teramat bagus Inche Gabbana.. *gelembung pipi tanda hepi*
Post a Comment