5 June 2014

Semusim Di Neraka

[Kredit]

(Diskelemer I: Post ini tiada kena-mengena dengan belog 'Semusim Di Neraka' yang pernah menjadi popular banget suatu ketika dahulu.

Diskelemer II: Saya sendiri tidak pernah membaca belog itu. Eheh.)

Semalam sewaktu sesi tafsir surah Nuh bersama hadek-hadek bulatan gembira (Takdelah hadek mana pon; ada yang dah jadi bapak budak dah! Batuk.), ketika sedang menghayati ayat-ayat chentaNya tentang amaran dan azab kepada kaum Nuh yang mendustakannya, timbullah perbincangan tentang sikap atau akhlak segelintir manusia di luar sana yang tidak gentar, malah tidak naik bulu tengkuk pon apabila mendengarkan ancaman Allah yang Maha Perkasa ini. 

Tiada rasa takut dalam hatinya. Tidak timbul sekelumit rasa ngeri dalam benaknya.

Malah, ada yang tergamak mengeluarkan kata-kata jahil seperti:

"Takpelah aku masuk neraka dahulu. InshaAllah lepas tu aku masuk sorga jugak."

"Aku rela masuk neraka sekiranya itu yang terbaik untuk aku!"

"Alah kita ni Muslim kan? Konfemlah masuk sorga nanti."

"Alah, apalah sangat neraka tu. Tadehallah. Ramai orang boleh teman aku nanti!" 

"Orait apa masuk neraka. Boleh geng dengan iblis!""

Terasa mahu tersembur berkali-kali bukan...? Gila.

Ini adalah kata-kata yang angkuh dan bodoh. Benarlah kejahilan manusia itu membuatkannya kadangkala lebih sesat daripada binatang.

Syaikh Abul 'Ala al-Maududi telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam siri khutbah Jumaatnya (seperti yang dibukukan di dalam 'Dasar-Dasar Islam) tentang apa ertinya menjadi seorang Muslim yang sebenar. Jangan ingat nama hang tu Muhammad, Sufian, Rosman atau Zakaria, hang tu dah konfem masuk sorga! 

Dan betapa banyak ayat-ayat di dalam Quran yang menceritakan tentang kedahsyatan api neraka?

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara, hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, 'Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu?'"
[al-Mulk, 67:7-8]

"Pergilah kamu mendapatkan naungan (asap api neraka) yang mempunyai tiga cabang, yang tidak melindungi dan tidak pula menolak nyala api neraka.

Sungguh (neraka) itu menyemburkan bunga api (sebesar) dan setinggi istana, seakan-akan iring-iringan unta yang kuning."
[al-Mursalat, 77:30-33]

"Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu? (Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tinga-tiang yang panjang."
[al-Humazah, 104:5-9]

Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan secara terperinci betapa sengsara dan nerakanya azab Allah di neraka nanti. Belum lagi dihitung hadith-hadith sahih yang memperincikan betapa dahsyatnya azab neraka. Banyak!  

Cuba anda bakar jari kelingking anda di atas api dapur. Kalau untuk sepuluh saat pon anda tak boleh nak tahan, toksah nak mintalah masuk neraka! Walau sesaat cuma!

Sedangkan malaikat Jibril AS, ketua segala malaikat itu sendiri pon ngeri apabila ditunjukkan betapa dahsyatnya Jahannam, apa yang membuatkan kita berfikir kita ini cukup hebat dan kuat untuk dibakar berkali-kali di neraka nanti..?
 
Nastaghfirullah. Ampunkan kami ya Allah.

Sikap segelintir daripada mereka yang mempermain-mainkan azab Allah ini, tiada bezanya dengan sikap orang Yahudi seperti yang dirakamkan dalam al-Quran:

"Dan mereka berkata, 'Neraka tidak akan menyentuh kami, kecuali beberapa hari sahaja.'"
[al-Baqarah, 2:80]

Lantas, apa jawapan untuk golongan sebegini?

"Katakanlah, 'Sudahkah kamu menerima janji daripada Allah, sehingga Allah tidak akan mengingkari janjiNya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui?"
[al-Baqarah, 2:80]

Tetapi itulah. Cakap apa pon tak guna kalau hati dah keras.

Orang yang hidupnya sudah bergelumang dengan maksiat saban hari, mereka ini memang sudah tidak gentar lagi dengan azab Allah. Bacakanlah mereka ayat-ayat chentaNya, hati mereka sudah terhijab, tertutup untuk merasakan kebasahannya. Tunjukkan mereka janji-janji Allah untuk mereka yang hidupnya bertuhankan nafsu, tidak sedikit pon mereka ini berasa takut atau menggeletar kepala lutut.

Begitu juga dengan mereka yang memang sengaja menutup pintu hatinya, tidak mahu mendengar ajakan-ajakan kepada kebaikan. Awal-awal lagi dia sudah meletakkan penghalang antara dirinya dengan Makcik Hidayah. Yang terang-terangan sudah menolak seruan kebaikan yang sampai kepadanya. Golongan sebegini juga seperti tiada manfaatnya apabila dibacakan ayat-ayat amaran dan berita-berita buruk dari neraka.

Na'udzubillah.

Namun cuma ada satu golongan yang menarik perhatian saya. Menurut salah seorang hadek bulatan gembira, dia pernah berborak dengan seorang kenalannya, yang merasakan dirinya akan masuk neraka kerana tidak punya lagi harapan.

Jatuh kerusi.

Ya, dia nampak dirinya teruk. Dia faham amalannya busuk. Dia tahu perangainya mangkuk. Eh. Dan dia merasakan tidak ada lagi harapan. Maka dia pasrah yang tiada lagi tempat kembali baginya melainkan neraka sahaja.

Astaghfirullah. Urut dada.

Anda, anda tahu tak mengapa sehingga hari ini kita masih bernyawa? Anda tahu tak, di sebalik segala tok nenek dosa dan noda yang kita lakukan, Dia masih berikan kita oksigen untuk bernafas secara percuma? Anda tahu tak, meski kita terus melakukan maksiat, Dia tak terus azab kita di situ dan ketika itu?

Kerana Dia mahu beri kita peluang untuk bertaubat. Kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya. Kerana Dia mahu beri kita masa agar kita dapat masuk sorga.

Boleh bikin gue nanges gini.

"...dan sesungguhnya ada seseorang dalam kalangan kalian yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak antara keduanya (dia dan neraka) tinggal sehasta, namun ketetapan (Allah) mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan penghuni sorga, hingga dia pon masuk ke dalamnya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith keempat dalam Arba'in an-Nawawiyah.]

Bukan, hadith ini bukanlah lesen untuk kita bermaksiat. Ia bukan lampu hijau untuk berbuat dosa sesuka hati seolah-olah diri yang tak akan mati. Bukan.

Tetapi ia memberikan kita harapan. Harapan bahawa sejahat-jahat dan sekeji-keji mana pon kita, kita masih punya peluang dan ruang untuk memasuki sorga. Ia juga ingatan keras buat mereka yang merasakan diri mereka sudah baik dan suci agar tidak menghukum orang lain sesuka hati. Agar jangan riya', takabbur dan menyombong diri kerana akhirnya, perancangannyaNya lah yang akan menentukan pengakhiran hidup kita. 

Ya, neraka itu buat si pendosa. Namun sorga itu buat mereka yang kembali padaNya.

Ya, neraka itu buat mereka yang ingkar padaNya. Namun sorga itu buat mereka yang bertaubat, memohon ampun dariNya.

Ya, neraka itu memang Allah khaskan buat mereka yang menolak ayat-ayatNya. Namun ketahuilah, sorga itu buat mereka yang insaf dan mahu menerima seruan ke arahNya.

Dari Anas r.a., katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Telah berfirman Allah Ta'ala:

Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam! Jika dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’”
(Hadith riwayat Tirmidzi. Hadith ke-42 dalam Arba'in an-Nawawiyah)


Nah! Bukankah pintu taubat itu terbuka luas? Bukankah Allah sentiasa menanti-nantikan kita untuk kembali kepadaNya? Bukankah kasih-sayang Allah itu mendahului kermukaanNya...??

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pegampun, Maha Penyayang."
[az-Zumar, 39:53]

Allah Allah! Nanges.

Jangan! Jangan berputus-asa daripada rahmatNya! Jangan hilang harapan pada kasih-sayangNya! 

Selagi anda masih punya masa, kembalilah kepadaNya! Selagi anda masih punya kudrat, berlarilah menuju keredhaanNya! Dan selagi anda masih punya akal dan hati, ketahuilah, harapan itu tidak akan mati!

Percayalah. Anda tidak mungkin sanggup tinggal di neraka. Meski semusim. Walau sekejap. Hatta sesaat cuma.

Kembalilah kepada kampung halaman kita, sorga, yang sentiasa ternanti-nanti kepulangan kita kepadanya. 

Kembalilah!

-gabbana-

Bacaan lain yang mungkin membantu:  

>> Allah Itu Baik. Terlalu Baik.
>> Pada Firaun Ada Harapan

Moga ada keberkatannya!

8 Caci Maki Puji Muji:

kimchaa 05/06/2014, 16:43  

Semusim di neraka ? Nauzubillah .. minta dijauhkan

Unknown 05/06/2014, 20:11  

Adoi...nanges!

Anonymous 05/06/2014, 20:18  

MasyaAllah, Allah itu terlampau baik...nangessss :'(

MisakiPureBlood 05/06/2014, 23:09  

gi search gak blog yg dimaksudkan tapi mmg dah tak wujud :)

betul semua tu betul TT^TT

Anasyg 06/06/2014, 02:56  

dah nangis dah ni? acane? thanks gabbana :)

Puteri 06/06/2014, 08:47  

Manusia memang perlu diingatkan.

Jadi, terima kasih sebab mengingatkan. Semoga Allah meredhai. Tersentuh baca blog ni. Takut :(

Anonymous 13/06/2014, 17:01  

Bulu roma naik+nanges

Anonymous 16/06/2014, 08:15  

Masyallah, blessed with a great deal of ilm following your writings dear akh. All praise to Allah! Allah je yang mampu balas segalanya. Terima kasih sangat :,)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP