Hoi Budak Usrah!
[Kredit] |
Saya baharu usai ngeteh bersama hadek-hadek terchenta (di mana lagi kalau bukan mamak!) dan sudah mahu berpisah dengan mereka lantas bercipi-cipikalah sesama kami, ketika sebuah kereta kancil lalu di tepi kami, menurunkan tingkapnya dan tidak semena-mena, terdengar jerkahan epik:
"Hoi budak usrah!"
Terkesima sebentar saya dibuatnya. Kurang pasti dengan apa yang baharu sahaja saya dengari, saya meminta pengesahan daripada beberapa orang hadek yang jelas mendengarnya. Sahihlah, memang "Hoi budak usrah!" yang diungkapkan.
Peristiwa itu membuatkan saya tersenyum. Dan bermuhasarawak sebentar.
Pertamanya, jelas usrah atau bulatan gembira sudah menjadi arus perdana marcapada ini. Perkataan usrah bukan lagi sesuatu yang asing atau janggal. Apabila perkataan usrah itu disebut, jarang sekali akan ada pandangan jelik atau jijik yang dilontarkan. Malah sesiapa yang tidak pernah dengar perkataan usrah atau tidak tahu menahu tentang usrah, mereka ini yang akan dipandang pelik dan sebelah kening terangkat. Eheh.
Di mana-mana pon ada usrah. Di IKIM ada usrah. Di al-Hijrah ada usrah. Di surau belakang rumah ada usrah. Di kolej dan universiti ada usrah. Di sekolah menengah ada usrah. Malah Persatuan Makcik-Makcik Separuh Abad Tapi Masih Haibat juga ada usrah. Err.
Keduanya, saya berasa bangga kerana diiktiraf sebagai budak usrah. Bukan senang tahu mahu dikenali dan diiktiraf sebagai budak usrah? Wahaha.
Namun ia membuatkan saya berfikir. Panjang lah juga.
Mengapa saya berbangga menjadi budak usrah? Apa yang menyebabkan saya 'izzah dengan usrah?
Adakah kerana usrah sudah menjadi trend dan mainstream di zaman ini?
Atau kerana kita hanya suka berukhuwwah baring-baring atas paha main osom gergasi dengan ikhwah?
Atau kerana suka dengan pengisian murabbi yang basah dan tadabbur Quran yang menggugah?
Atau kerana selepas sesi liqa' ada pula wasilah tarbiyah yang kelapan iaitu ngeteh di mamak?
Atau kerana kita tampak kool dan bergaya apabila bersama dengan pemuda-pemudi ala Islamik, bercakap tentang dakwah dan berbicara tentang tarbiyah?
Mengapa? Apa yang menyebabkan kita rela dan tidak kisah dipanggil budak usrah? Apa yang menyebabkan kita berbangga menjadi sebahagian daripada sistem usrah ini...?
Tarik nafas.
Jika sebab-sebab di atas semata-matalah yang menyebabkan kita suka dan berbangga dipanggil budak usrah, tidak perlu bersama usrah pon kita boleh perolehi semua itu. Malah, tidak perlu susah-susah pergi usrah pon kita boleh dapat yang jauh lebih baik daripada semua itu.
Tidak perlu jadi budak usrah pon ok!
Mahu pengisian yang menyentuh dan menggugah iman dan jiwa? Di TiubAnda semuanya ada.
Mahu punya pengalaman bersahabat baik selama-lamanya (Baca: Best friend forever)? Alah, cari sahaja sesiapa dan mulalah berbaik dengannya.
Mahu nampak kool dan bergaya, mengikut trend semasa yang Islamik? Sarungkan sahaja serban dan selempang di bahu untuk lelaki, atau purdah dan niqab untuk perempuan.
Ha, kan mudah? Tak perlu sertai usrah kan...?
Tak samalah Inche gabbana! Lain! Usrah ni.. Dia.. Dia..
Dia apa...?
Dia pawerrr. Lain macam lah penangan usrah ni!
Senyum.
Ada sesuatu yang lebih lagi pada usrah. Lebih dari sekadar pengisian mingguan. Lebih dari sekadar mutabaah amal. Lebih dari sekadar ukhuwwah manis potong kaki. Lebih dari sekadar makan-makan. Lebih dari sekadar jalan-jalan. Lebih dari sekadar main laser tag sampai lencun satu badan. Ehem.
Usrah adalah semua itu. Usrah adalah keluarga. Usrah adalah komitmen. Usrah adalah kegembiraan. Usrah adalah chenta.
Kita berbangga untuk berusrah kerana kita yakin, menerusilah usrahlah jiwa-jiwa manusia akan terbina.
Kita berbangga untuk berusrah kerana kita tahu, ini adalah sebahagian daripada usaha kita yang kecil untuk menegakkan Islam.
Kita berbangga untuk berusrah kerana kita jelas bahawa melalui usrah, kita menjadi semakin dekat dengan Allah.
Kita berbangga dengan usrah kerana melalui usrahlah kita pandai baca al-Quran siap boleh tarannum ala-ala Syaikh Suraim.
Kita berbangga dengan usrah kerana dalam usrah, kita bukan sahaja belajar tentang Quran, hadith dan seerah, tapi kita juga belajar tentang politik, kita belajar untuk cakna ummah, kita belajar menjadi pemimpin, kita belajar menjadi pengikut dan kita belajar bagaimana nak buat kek cokolat. Eh.
Kita berbangga untuk berusrah kerana di dalam bulatan-bulatan yang menggembirakan inilah, kita menjadi seorang manusia berjiwa hamba.
Dan kita berbangga untuk berusrah kerana kita hanya mahu menjadi sebahagian daripada mata-mata rantai yang bersambung terus dengan Rasulullah SAW.
Oleh sebab itulah kita seronok dipanggil sebagai budak usrah. Oleh sebab itulah kita tidak kisah jika ada orang yang mengejek kita dengan gelaran yang pelik-pelik tentang usrah. Dan oleh sebab itulah, kita benar-benar 'izzah dengan usrah.
Kerana usrah lebih dari sekadar sebuah bulatan. Ia adalah sebuah kehidupan.
Hoi budak usrah!
Ya! Ya! Anda panggil saya...??
-gabbana-
Saya budak usrah tegar. Senyum.

22 Caci Maki Puji Muji:
tak boleh bla betu, haha... thumbs up. by the way... usrah is something yg meninggalkan kesan... :)
Usrah isssss something that I couldn't explain but It means a lot to me.
It's time to wake up, people
Nice short passage, IG.
Terbaik la IG
-Adawiah
usrah yang saya join dipenuhi dengan makcik2 separuh umur yang memang haibat! wahlaweh~ seronok jadi ahli termuda ahahaa~
Apa2 pun pengisian setiap usrah itu yang membuatkan kita rasa seronok dan insyaAllah semangat untuk memperbaiki diri semakin meluap-luap (^-^)
Haa... seriosly, usrah sangat best. tapi semenjak habis zaman sekolah ni..tak jumpa usrah2 kat luar yang berdekatan.
Harapnya masuk IPT bulan 6 ni, dapatla join usrah.
Hidup biar mesra dengan halaqoh.
Terbaik, Inche Gabbana! :D
buleh mkn free...
tu doa tu..doa semoga jadi orang baik beriman sokmo
waktu saya tak konfiden sama ada saya ni budak usrah ke tak, kakak naqibah pegang bahu sambil berkata, "Jom, kita makan kek cokolat sambil baca belog APG."
kakak, manisnya kek cokolat ni....
usrah itu untuk ukhwah, untuk ada support system. kalau berdiri sendiri, nanti lemah longlai tak ada yang boleh memapah. jadi sebab itu perlu ada usrah, sebagai peringatan yang kita bukan nak dapat berkat Allah sorang-sorang, kata nak masuk ke syurga sambil berpegangan tangan. kan?
Dan usrah yang terbaik adalah usrah yg menggerakan :)
Doakan semoga kita terus thabat dalam jalan ini
semoga terus thabat dlm.memegang title'budak usrah ..
Mohon juga pada Allah agar dipinjamkan kekuatan untuk thabat. doakan yang lain
Hoi budak usrah!
may i ask something..klu kita ikut usrah perlukan tengok pada ahlinya??contohnya, kalau ramai dari negeri kita..kita join yang tu...boleh ke cam tu??sebab senang nak buat gerak kerja kalau kat negeri masing2 time semester vacation..
Blh x nk like sejuta kali.. =)
Usrah buat sy knal arti hidup..huuuuuu
Kerana saling menguatkan.
Dengan usrah.. Byak mnfaat dperoleh.. :-)
Xperlu:)..sbb usrah itu tak statik,tp dinamik..even balik tmpt sndiri pun akn ada yg followup, klu xda, kita la mula;)..
nak jugaakk usrah. Tapi layakkah aku masuk dalam bulatan gembira ni? ;'(
Tak pernah ada pun label 'layak tak layak' masuk usrah. Setiap org berhak mengenali cinta Allah itu.
:)
Assalam iche gabbana..saudara ade x cntoh module untuk pengisian usrah?sy akn jdi naqibah for the first time..kecut perut ckit..huhu..kalo ade minx tolg ye..btw, keep inspiring others with your words..InsyaAllah
Salam, hai, macam mana nak join usrah?
Post a Comment