Turunlah Wahai Hujan
[Kredit] |
Di kaki langit,
Awan mendung berarak,
Hitam legam, kusut kusam,
Langit awal bermalam,
Angin bertiup deras,
Dedaunan kering terbang mengagas.
Marahkah kau wahai awan?
Bencikah kau wahai awan?
Murkakah kau wahai awan?
Muntahkah apa yang kandungkan!
Sekalian makhluk alam buana,
Sabar menanti penuh setia.
Keluarkan apa yang kau simpan!
Baik melata, baik di muara,
Menghulur lidah penuh dahaga.
Pada bumi yang kering mengeding,
Pada tanah yang panas mengeras,
Pada pokok yang haus tandus,
Pada sungai yang letih menjerih.
Turunlah wahai hujan!
Turunlah turun!
Turunlah turun!
Basahkan bumi dengan air matamu,
Bersihkan gunung dengan keluhanmu,
Hidupkan alam dengan tangisanmu.
Marahkah Kau wahai Tuhan?
Bencikah Kau wahai Tuhan?
Murkakah Kau wahai Tuhan?
Pada hati yang kering mengeding,
Pada nafsu yang panas mengeras,
Pada jiwa yang haus tandus,
Pada akal yang letih menjerih?
Turunlah wahai hujan!
Turunlah turun!
Basahkan hati yang telah lama kemarau,
Turunlah turun!
Basahkan hati yang telah lama kemarau,
Bersihkan jiwa yang telah kian berlumpur,
Hidupkan ruh yang telah lama mati.
Turunlah wahai hujan!
Turunlah turun!
Turunlah turun!
Bersihkan dosaku wahai Tuhan,
Akan ku tunggu meski bertahun.
Mula menulis sajak ini petang tadi, ketika langit mula menggelap. Beberapa titisan air yang turun benar-benar menyegarkan hati.
Namun kemudian tiada apa yang jadi. Awan merajuk. Hujan yang dinanti tak jadi membasahi bumi.
Mungkin dosa-dosa diri terlalu menebal, hingga tiada hujan yang bisa membersihkannya? Nanges.
5 Caci Maki Puji Muji:
Padanya ada hikmah. Terkandung 1001 makna dan asbab Allah tidak turunkan human , bahkan digantikan pula dengan musibah2 yang kecil(kebakaran Bhutan n etc) sebagai satu peringatan kepada manusia bahawa hanya Dia yang wajib disembah dan ditaati. Hanya kepadaNya kita merintih dan memohon pertolongan. Andai sahaja hujan turun saat bumi kekeringan , pasti sedikit sekali bilangan hamba yang bersyukur kepadaNya. Sekurang-kurangnya ia mengajar kita erti kesabaran. Jangan pernah berhenti berdoa kerana harapan itu sentiasa ada.
Moga Allah dengar doa kita..moga diperkenankan..
Moga hujan turun..
Ameen Ya Rabb..
Puisi best!! tersusun indah dan canteek..
Able to hope:
A child bringing an umbrella everywhere when everybody are wailing for the rain to fall.
:'( turunlah, turunlah wahai hujan..
Post a Comment