4 March 2014

Bukan YB Nurul Izzah

Nanges laju-laju. [Kredit]

'Izzah. Kebanggaan. Kekuatan. Kemuliaan. 

Apa yang kita banggakan?

Apa yang menjadikan kita kuat?

Dan apa pula yang menjadikan kita mulia?

Harta? Pangkat? Kehenseman rupa? Ke-taff-an tubuh badan? Kepetahan berkata-kata? Atau apa? Apa?

Semalam, 3 Mac 2014, genaplah sembilan puluh tahun kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, selepas mewarisi ribuan tahun kekhalifahan yang bermula sejak zaman Khulafa' ar-Rasyidin. Sistem khilafah adalah suatu sistem pemerintahan yang terkuat dan tersusun yang pernah disaksikan oleh mana-mana ketamadunan manusia.

Ia pernah menguasai seluruh alam buana pada suatu ketika. Ya benar, tamadun Islam tidak pernah lari dari naik dan jatuhnya, terbang dan terbabasnya. Namun tiada siapa yang dapat menafikan bahawa zaman kegemilangan Islam memerintah dunia adalah zaman yang paling cemerlang dan bergaya dalam mana-mana anekdot pensejarahan ketamadunan manusia. 

Umat Islam ketika itu gah pada mata manusia yang lainnya. Umat Islam bukan sahaja dihormati, malah digeruni dan dicemburui. Berbondong-bondong manusia, baik dari Timur mahupon Barat, datang ke negara-negara Islam hanya kerana mahu menyaksikan sendiri kegemilangan tamadun yang dibinanya. Berapa ramai ilmuwan dan cerdik pandai Barat ketika itu terpaksa menuntut dan belajar di universiti-universiti Islam demi secedok ilmu yang tidak mungkin boleh didapati di negara mereka.

Ya, Islam pernah berada di puncak dunia. Dan kita berasa 'izzah dengannya, meski kita tidak pernah menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Kita berasa bangga dengannya, walaupon yang sampai kepada kita hanyalah cerita-cerita indah dan hebat tentangnya. Kita berasa mulia dengan apa yang pernah dicapai oleh tok nenek moyang kita suatu ketika dahulu, walaupon kita sendiri tidak mungkin akan dapat merasainya. 

Kita berasa 'izzah kerana ada khalifah yang sentiasa melindungi dan mempertahankan ummah ini.

Kita berasa 'izzah kerana gaya hidup, percakapan, makanan hiburan dan serba-serbi yang lainnya dicontohi dan diikuti oleh bangsa lain.

Kita berasa 'izzah kerana tahap keilmuan dan sains teknologi umat Islam ketika itu jauh mendahului barat yang sedang dirudum zaman kegelapan. 

Ya, kita 'izzah dengan semua itu! 

Namun, jangan sesekali dilupakan bahawa dek kelalaian dan keterlanjuran umat Islam sendirilah dalam merencanakan tamadun mereka, umat ini akhirnya jatuh. Ya, mudah untuk kita menuding jari kepada Mustafa Kemal Attaturk sebagai dalang utama yang menjatuhkan khilafah Utmaniyyah. Pantas kita menuduh gerakan Yahudi itu dan Freemason ini sebagai penyebab utama kepada penggulingan si khalifah. Senang ala kacang rebus panas kita mengalihkan perhatian kita kepada masalah yang sebenar, dan menyalahkan dogma-dogma Barat sebagai penjenayah yang membunuh sistem khilafah Islamiyyah yang telah bertahan lebih seribu tahun lamanya itu.

Benar, kita tidak menafikan peranan itu semua. Tidak pernah kita katakan bahawa agenda dan propaganda musuh-musuh Islam hanyalah ilusi dan persepsi. Namun jangan sampai kita terlepas pandang, terlari lihat pada punca permasalahan yang sebenar. Mudah sekali kita mencari kambing-kambing hitam bagi menutup bau busuk dan kudis pada diri sendiri. 

Hakikatnya, yang menjatuhkan umat ini adalah umat ini sendiri. Ya, kitalah yang telah membunuh diri kita sendiri!

Bagaimana? 

Dengan membiarkan serangan-serangan pemikiran dari Barat menyusup masuk ke dalam diri kita. Dengan tidak mengukuhkan dan memantapkan saf-saf perjuangan umat ini. Dengan meninggalkan tugas-tugas amar maaruf dan nahi mungkar. Dengan tidak lagi peduli kepada jiran tetangga dan sahabat handai. Dengan mengabaikan hubungan kita dengan Allah.

Allah Allah. 

Ya, kita tidak lagi 'izzah dengan agama ini. Kita tidak berasa mulia dengan Islam. Kita tidak berasa kuat dan gagah dengan bergelar sebagai seorang muslim.

Buktinya?

Kita malu apabila dilihat membaca Quran poket di dalam tren itu.

Kita segan apabila ada orang bertanya tentang agama yang kita anuti.

Kita tidak mahu dilihat sebagai 'baik sangat' dan mahu dinilai sama seperti orang lain di luar sana.

Merah padam muka kita untuk mengaku bahawa kita menyertai gerabak tarbiyah dan dakwah. 

Kita teragak-agak, berfikir-fikir sejuta kali untuk mengajak rakan sekantor kita atau kenalan sekuliah kita untuk berbuat kebaikan, kerana tidak mahu dicop sebagai kolot dan ekstremis. 

Kita rasa macam tak boleh belah bila ada orang terdengar kita berborak 'ana-nta' atau perkara-perkara 'keagamaan' dan kemudian tertawa kecil mengejek kita. 

Kita rasa macam nak terjun gaung bila ada orang yang memerli perubahan pada kita dan melabel kita sebagai 'Ostajah Pilihan' atau 'Pencetus Kiamat.'

Malu bak hang! 

Malah kita lebih bangga dan berasa mulia dengan cara kehidupan Barat dan jahiliyyah!
 
Terlalu asyik mengejar kerjaya dan harta kerana mahu dipandang mulia oleh masyarakat yang juga tertipu dengan permainan dunia.

Menghabiskan masa-masa yang ada dengan hiburan-hiburan keterlaluan ala Barat yang kononnya dapat menenangkan jiwa. 

Lebih gemar dan suka berpakaian cara Barat (Baca: Tidak menutup aurat) kerana mahu dilihat sebagai pesenista dan bergaya.

Lebih chentakan cara hidup jahiliyyah, berpeleseran dan bercampur lelaki perempuan macam haiwan liar di tengah hutan! 

Berbangga-bangga andai kita berjaya menghafal dan mengulang-ulang falsafah Barat dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehinggalah kamu mengikuti millah (cara hidup) mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk yang sebenarnya.' Dan jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah ilmu (kebenaran) datang kepadamu, tidak ada pelindung bagimu pelindung dan penolong dari Allah."
[Al-Baqarah, 2:120]

Aduh aduh!

Lalu, apa lagi yang tinggal untuk kita banggakan? Bukankah kita hidup kerana aqidah yang kita imani ini? Bukankah jiwa kita segar kerana darah syahadah yang mengalir dalam tubuh ini? Bukankah hati kita bernyawa kerana nafas Islam dan Iman yang kita hirup setiap hari?

"Barangsiapa mengkehendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. KepadaNyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan akan diangkatNya."
[Faathir, 35:10]

Nah. 

Apa yang kita banggakan?

Apa yang menjadikan kita kuat?

Dan apa pula yang menjadikan kita mulia?  

Ketahuilah, ummah ini tidak mungkin akan bangkit semula, sehinggalah kita meletakkan kemuliaan dan kekuatan kita pada tempatnya yang haq semula.

Kembalikan kemuliaan ummah ini. Kembalikan kekuatan ummah ini. Kembalikan kebanggaan ummah ini! 

Sehingga itu, tiada seorang pon yang dapat membantu ummah ini, hatta YB Nurul Izzah sekalipon. 

Eh.

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

SuperSaiya 04/03/2014, 15:05  

Eheeem.

Nak cakap satu kata,
Sentaaaap!

Jazakallah.
Moga terus thabat.

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di sekeliling kamu." T.T

Unknown 04/03/2014, 16:18  

Alhamdulillah..mab

Unknown 04/03/2014, 17:07  

rasa sgt hina apabila baca entry ni.. pnah teringin nak baca terjemahan al quran dalam tren.. tp takut org kata "riak" .. terima kasih.. insyaAllah.. akan amalkan apa yg pnah diimpikan.. pedulikan kata org...

puteri cahaya 05/03/2014, 13:03  

sentap! pedis jiwa ragaku. tak hagak an ayat main tembak kepala orang..

huwaaaaaaaaaaaaaaa~

apapun, jazakallah untuk penulisannya. rela ambe disentap dan ditembak bertubi2 dari terus rasa jahil dan bangga dengan kejahilan sendiri.

*senyum sambil buat tanda keamanan*

Anonymous 05/03/2014, 18:31  

I hate that girl's name. She doesn't contribute anything other than split the community. Are you syoked with her now that she is a divorcee? Otherwise you wouldn't be paradding her name here. Recall, your readers are as diversed in their belief as in political inclination. Tak perlu pon sebut nama die kt sini, yeakkks.

Anonymous 05/03/2014, 22:25  

Oi anonymous di atas. So much hatred there. Jangan nak narrow minded sgt lah. Izzah in arabic means kebanggaan. So tak payah lah nak emo sgt bila tambah yb + nurul. Nampak loser giteww.

Anonymous 06/03/2014, 22:13  

"Oi"?? alahai anonimus kat atas..
the pot calling the kettle black,
..how do you address your brothers?

Anonymous 06/03/2014, 22:21  

Dear Anonimus "Oi",
I don't think you get what the anon atas you was saying. H/she didn't even mention the word izah as it is meant in arabic. It is not about the arabic word..its the persoanality of the person bearing it.
"Iman tk dpt diwarisi.." conveys the same message as "apa ada pada nama,..." Hope you open up!as well..

Anonymous 07/03/2014, 10:50  

This gets really interesting.. Hehe.. I was the oi anonymous above, the two comments below me just met my expectations with their own replies. The anger and bashing. You see how easily your emotions are being manipulated. Agaknya macam ni lah emosi umat islam diperkotak katikkan. Jzkk n afwan.

Anonymous 07/03/2014, 11:00  

Tambahan. As a lesson for the day. Kalau musuh Islam nak jadi api dalam sekam senang sangat la kalau macam ni. Maka bergaduhlah kita hanya kerana ada tambahan yb + nurul itu dan bukan membincangkan isu yg cuba diketengahkan oleh penulis. Wallahualam. Anonymous oi.

Anonymous 07/03/2014, 21:01  

tak sedar air mata menagalir. Allah..rasa mcm tak pernah contribute apa2 utk Islam, utk kembalikan ustaziyatul alam..

Anonymous 08/03/2014, 15:45  

Anon 21:01

Aku lagi sedih kat Anon yg bergaduh atas ni :(

Anonymous 10/03/2014, 10:50  

tak merespon apa yang penulis tulis.. yb yang digunakan lebih mendapat perhatian. kelakar..

Anonymous 11/03/2014, 13:18  

Ciri2 yg dinyatakan di atas mmg samalah dgn sy. Dn ramai orng lain sy rasa. Tp. Yg mnyebabkan rasa sebegitu adlh kerana terlalu bersendirian bila kita ingin sgt menjadi baik diklgn orng yg masih tidak sedar. Menjadi Ghuraba itu teramat susah kalau tiada pembimbing dan teman yg memahami. Kekadang teman yg diharap memahami pun condemn n lebih rapat dgn ' mereka'. Bukan nak kata diri ni ekslusif tp nak menegakkan islam dlm diri sendirian ternyata bukan perkara mudah. Subhanallah tidak dpt bayangkan bagaimana perasaan Rasulullah memulakan dakwah ini.. Mungkin kekurangan iman di dlam hati menjadikannya begini.

Anonymous 17/03/2014, 06:49  

inche inche anonymous sekalian, sabar ye, sedang diuji kalian ini. Sabar-sabar. Keep calm and read IPG. JazakAllahu khairan jazak IG.

Fisabilillah 22/03/2014, 19:52  

Sentap....

Kalau perkara kecil pon boleh bergaduh. Macam mana islam nak bersatu dn tertegak satu hri nnt?
Penggunaan YB Izzah adalah sebagai penarik minat untuk membaca.. Harap faham...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP