6 March 2014

Sama Tapi Berbeda

[Kredit]

Anda yang bukan berasal dari keluarga ikhwah dan akhawat dan tidak menyertai bulatan gembira sejak dalam kandungan, pasti bersetuju bahawa sejak anda bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah, sudah banyak perubahan-perubahan yang positif yang telah anda lalui. 

Jika dahulu amat sukar untuk anda membaca apatah lagi mentadabbur al-Quran, kini membaca kalam Allah itu sudah seperti makanan ruji yang wajib diambil setiap hari.

Jika dahulu amat sukar untuk anda mengeluarkan seringgit dua untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukannya, kini jangankan seringgit dua, silap haribulan jam tangan dan henpon anda tu pon anda infaqkan.

Jika dahulu anda seorang yang kasar dan tidak berakhlak dengan akhlak ketimuran lalu di hadapan orang tua sambil membongkokkan badan, kini ohoi, hampir semua makcik-makcik yang ada anak dara mengenen dengan Puan Mak anda untuk menjadikan anda sebagai menantu! 

Jika dahulu anda memandang geng-geng bulatan gembira dengan sebelah mata sambil tertawa kecil menggeleng kepala, eh anda tak sedarkah kini anda sebahagian daripada mereka? Wahahaha. 

Jika dahulu anda ke konferens-konferens riang dan ceramah-ceramah umum untuk mengusha akhawat, ehem, kini anda ke sana untuk mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat, sambil ambil peluang usha akhawat. Eh.

Pandang kiri, pandang kanan. Berlalu pergi dengan laju. 

Alhamdulillah untuk segala perubahan yang baik ini. Kita kembalikan puji-pujian kita kepada Allah, hanya sahaja Dia yang berhak menerimanya. Dan moga Dia kuatkan hati kita untuk terus teguh berada di atas jalan perubahan ini. 

Namun di sebalik semua itu, anda perasan tak sebenarnya masih ada perkara-perkara yang belum benar-benar berubah? Nampak macam dah berubah, tapi sebenarnya belum? Ala-ala musang berbulu ayam gitu? Senang kata, nampak macam tak sama, tapi sebenarnya serupa. 

Mari kita lihat beberapa contoh perkara-perkara atau situasi-situasi yang masih berlaku kini meskipon kita sudah berada bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah, cuma dalam bentuk yang sedikit berbeza. Ada yang baik, ada juga yang hampagas cap ayam.

Sama-sama kita saksikan. Eceh.

Situasi 1
Dahulu: "Weh kau janganlah join usrah usrah tu semua. Entah apa-apa la diorang ajar dalam usrah tu. Nanti kau jadi pengganas! Ekstrem!"

Sekarang: "Ish nta tak perlulah join geng-geng tarbiyah tu. Entah fikrah apa yang diorang bawak tu. Nanti nta jadi sesat pulak. Ekstrem!"


Situasi 2
Dahulu: "Sorry dude. Aku sibok doh wiken ni. Ada training bola, pastu aku dah janji ngan awek doh, nak gi teman dia beli barang. Next time eh?"

Sekarang: "Aaseef akhi! Saya penuh la wiken ni. Ada training untuk jadi muwajjih. pastu aku dah janji dengan anak usrah, nak gi teman di beli barang. Next time eh?"


Situasi 3
Dahulu: Terkinja-kinja apabila nampak ada adik manis atau awek cun lalu.

Sekarang: Hati terkinja-kinja apabila terlihat ada akhawat manis atau ukhti ayu lalu. 


Situasi 4
Dahulu: Tak pernah terfikir nak hafal hadith bagai.

Sekarang: Tak pernah terhafal lagi hadith-hadith tu

Oyy Inche gabbana sakit tahu penampar anda ni...??


Situasi 5
Dahulu: Banyak habis duit beli buku-buku Harry Potter, Jeffrey Archer, Dan Brown, David Baldacci, Stephen King dan sebagainya.

Sekarang: Banyak habis duit beli buku-buku fikrah seperti Himpunan Risalah Hassan al-Bana, Tafsir Fi Zilal, kitab-kitab seerah, syarah hadith dan sebagainya.


Situasi 6

Dahulu: Suka sangat dengar lagu-lagu chentan jiwang karat tangkap leleh. Sampai orang panggil mat/minah bunga.

Sekarang: Masih suka dengar lagu-lagu chentan jiwang karat tangkap leleh, tapi versi nasyid. Sampai orang gelar akh/ukht bunga. 


Situasi 7
Dahulu: Balik dari asrama atau penat main bola, terus terbungkang keletihan sepanjang hari/hujung minggu. Langsung tak tolong Puan Ibu membasuh baju atau menyidai kain hujan di jemuran.

Sekarang: Balik dari konferens riang atau mukhayyam, terus pengsan keletihan sepanjang hari/hujung minggu. Langsung tak tolong Inche Papa membasuh kereta atau menemaninya ke pasar ikan. 

*sniff sniff* Ada bau hangus tak..?


Situasi 8
Dahulu: Pandang keji dan selekeh pada geng-geng usrah.

Sekarang: Pandang caci dan gedebeh pada geng-geng yang tak ikut usrah. Adeh.


Situasi 9
Dahulu: "Sorry la you. I tak ready lagi nak berubah. Belum sampai seru. Belum kena tampar dengan Makcik Hidayah lagi kottt."

Sekarang: "Sorry la enti. Ana tak ready lagi la nak berdakwah. Belum cukup ilmu. Belum kena belasah dengan Abang Taufiq lagi kottt."


Situasi 10
Dahulu: Karat-karat jahiliyyah dalam bentuk game, movie, berhuha-huha di komplek beli-belah, main gitar lepak tepi tembok sambil mengurat awek, EPL dan sebagainya.

Sekarang: Karat-karat jahiliyyah dalam bentuk yang lebih halus seperti riya' dalam beramal, buruk sangka pada ikhwah/akhawat lain, banyak buang masa walhal masa itu untuk ummah, angkuh, kuat mendengki, makan daging orang lain masak paprik pedas dan sebagainya. 

Batuk batuk. 

Nah bagaimana...? Rasa-rasa ada terkena tak pada batang hidung...? Setepek? Dua tepek? Atau bertepek-tepek? Eheh.

Mestilah ada kena pada batang hidung saya juga. Jika tidak masakan saya menulis post ini. Peluh.

Lantas, timbul persoalan...

Adakah kita sudah benar-benar berubah...? Yang bagus tu, alhamdulillah. Moga kita kekal istiqamah dengan perubahan kita.

Namun yang tidak bagus? Nampak macam dah berubah namun kita sebenarnya masih berkarat dan pekat dengan jahiliyyah lama, hanya dimekapkan agar tampak sedikit berbeza? Agar kita dapat terus 'bermaksiat' dan berbuat dosa, tapi dengan alasan-alasan yang mampu menjustifikasikannya dan menenangkan hati kita...?

Beristighfar sambil potong bawang. 

Gulp. [Kredit]

Berubah kerana wanita yang ingin dikahwini, ketahuilah, wanita itu akan mati.

Berubah kerana harta yang ingin dimiliki, ketahuilah, harta akan habis dibelanjakan.

Berubah kerana status dan kedudukan, ketahuilah, manusia tetap akan mengeji. 

Berubahlah kerana Allah, ketahuilah, perubahan itu yang akan kekal dan membawa kita ke sorga, biidznillah. 

Pandang ke langit, mata berkaca-kaca.

Ihdinas siratal mustaqim. Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. 

-gabbana-

Jujur tidak sabar rasanya mahu menerbitkan buku saya yang pertama. Doakan agar segalanya berjalan lancar. Yang lebih utama, doakan penerbitan buku ini nanti akan membawa manfaat yang besar kepada ummah, inshaAllah. Senyum. 

9 Caci Maki Puji Muji:

Nur Najihah 06/03/2014, 17:33  

terbaekkk inche gabbana..sama tapu berbeza.perbezaannya mungkin cuma lebih islamik..hehe

pahithempedu 06/03/2014, 18:13  

wowwww impress...can't wait to read ur book..

Anonymous 06/03/2014, 23:33  

baru pasan

Anonymous 07/03/2014, 00:51  

ALL THE BEST! ;)

Sarah Zulkifli 07/03/2014, 11:20  

cepat cepatlah buku tuh keluar . good luck APG .

Anonymous 08/03/2014, 00:21  

IG, bagi tips macam mana nak berubah kerana Allah. Hati dah disugesti untuk berubah kerana Allah, tapi pemisalan di atas masih kerap jadi fakta. Betul ke ni aku berubah kerana Allah, jangan2 sebenarnya aku tak berubah lagi?

Anonymous 09/03/2014, 12:34  

Situasi 4 paling best sekali... Haha..

Unknown 10/03/2014, 23:52  

Rse kene tmpar dgn acik hdayah,btw,nice post

Anonymous 18/03/2014, 19:50  

buku jin pakai denim ke?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP