Sekiranya Dikau Tahu
| ||
Sekiranya dikau tahu,
Wahai akhi,
Betapa jiwa ini bergelojak,
Hati ini memberontak,
Sukma ini membentak.
Pada bulan yang menerang,
Pada pungguk yang merindu,
Pada awan yang membelang,
Pada langit yang membiru.
Sekiranya dikau tahu,
Wahai akhi,
Betapa kepala ini serabut,
Fikiran ini kusut,
Badan ini layut.
Pada gunung yang meninggi,
Pada laut yang mendalam,
Pada hutan yang sunyi,
Pada gaung yang menghitam.
Sekiranya dikau tahu,
Wahai akhi,
Betapa lidah ini resah,
Mata ini basah,
Pipi ini merah.
Pada wirid yang berulang,
Pada solat di tengah malam,
Pada zikir yang panjang,
Pada air mata yang kusam.
Sekiranya dikau tahu,
Wahai akhi,
Betapa diri ini amat merindui,
Untuk bertemu,
Mata dengan mata,
Chenta dengan chenta,
Jiwa dengan jiwa,
Rasa dengan rasa,
Penuh iman padaNya,
Dengan dirimu.
Sekiranya dikau tahu,
Wahai akhi.
-gabbana-
Buat anda yang nun jauh di sana. Ya kita belum pernah bersua. Tapi hati kita saling menchentai keranaNya, setiap masa dan ketika.
Senyum dan air mata.
6 Caci Maki Puji Muji:
Ape cer ni, tk fhm.
Berbunga2 daffodil la plk. Ke ni cite kaum Nabi Lut tu, uishh?
Maaf, tk fhm, cer cite. Tapi, jgn nangis2 la. Tk macho gituhh.
Eiiii manja! Hohoho. Meremang. Btw nice!
Chenta kerana Allah..
indahnya kerinduan itu
i cried
subhanallah...
Nice!!
Post a Comment