2 January 2014

Ikhwah Gedik

[Kredit]

"Salam, saya nak sampaikan teguran org. Maaflah memg mereka boleh pejam mata dan unfollow je tp mereka lebih suka menegur, demi kebaikan. Saya xtahu la klau dah ada hamba ALLAH yg lain menegur pasal perkara nie tp saya kira saudara Hilal Asyraf prnah komen psl perkara nie. Mohon saudara hentikan dakwah2 gedik tuhh.. saya okay je tapi mereka kecewa ad pendakwah ikhwah yg gedik. Hoho.. klau nak tahu lebih lanjut boleh scroll down post Hilal Asyraf yg lalu. Mungkin status2 yg sedia ad nie boleh diganti dgn menyampaikan ilmu agama yg sedara tahu ke.. sbb kalau tulis blog bukan semua nak baca, mak cik hidayah xketuk pintu hati nak baca. Berhentilah jd pendakwah ribena, sampai bila nak buat status begitu, realiti perjuangan nie bukan macam kanak2 ribena begitu. Lagi2 untk anak muda macam nie. Okay, saya dh sampaikan amanah dari mereka untuk anda, selamat beramal. Ambil hikmah yg ada, mungkin ini teguran dri DIA. salam jumaat.

Kami pun bukan lah hamba yg soleh dan sempurna, saling berpesan demi kebaikan. Harap saudara berlapang dada dgn teguran yg tidak seberapa ini.."

Hampir mahu jatuh kerusi saya dibuatnya, apabila pertama kali membaca mesej ini.

Mesej ini jugalah yang membuatkan saya menulis status bertanyakan pandangan kalian semua tentang isu ini di MukaBuku tempoh hari.

Dakwah gedik? Ikhwah gedik? Inche gabbana gedik..?

Garu kepala.

Saya kira saya pernah menyentuh isu yang hampir serupa tidak berapa lama dahulu. Artikel saya yang bertajuk 'Perkumpulan Jejaka-Jejaka Matang' menjawab beberapa kritikan tentang beberapa wasilah tarbiyah dan dakwah fardhiyyah.

Kini, timbul pula isu dakwah gedik. Adeh.

Pertamanya, saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan dakwah gedik. Apa definisi dakwah gedik yang sebenarnya?

Jika dakwah gedik yang dimaksudkan adalah berdakwah dengan memfokuskan kepada isu-isu al-Baitul Muslim, asyikasik bersoksek-soksek tentang isu chentan-chentun ikhwah dan akhawat, lenggok bahasa yang boleh membuatkan bulu tengkuk berdiri tegak ibarat sedang menyanyikan lagu Negaraku, dengan tujuan untuk menarik orang minat kepada Islam, saya sendiri tidak bersetuju dengan kaedah itu. 

Namun jika dakwah gedik yang dimaksudkan adalah bahasa-bahasa 'poyo' yang digunakan, gambaran bulatan gembira yang indah nan pesona lagi bahagia, ukhuwwah fillah yang sungguh manis potong kaki, lawak-lawak jenaka dan lenggok bahasa yang tidak formal dan terlalu lurus ke hadapan, saya tidak nampak di mana gediknya di situ.

Ala Inche gabbana niww, buat-buat tak tahu letteewww. Menyampah kitewww!

Tersedak. Ok itu sumpah gedik! 

Untuk rekod, saya percaya saudara Hilal Asyraf adalah seorang al-akh yang amat berbudi-pekerti dan berakhlak mulia. Saya yakin dan percaya, dia bukanlah seorang dai'e yang mudah menghakimi orang lain dan menghukum sesiapa sahaja sesuka hatinya. Meski saya tidak mengikuti penulisannya dan tidak pernah pula bertemu muka dengannya, reputasinya yang cukup hebat itu sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa saudara Hilal tidak akan begitu mudah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan menimbulkan fitnah (buhtan) dan salah faham. Saya juga percaya ada isu spesifik yang mahu disentuh oleh beliau.

(Nota: Saya cuba mencari post Hilal yang dimaksudkan, tetapi gagal menemukannya). 

Sejarah saya menulis dengan gaya 'gedik' ini bukan baharu. Sudah lebih 3 tahun saya menulis dengan gaya sebegini (meski belog ini bermula sejak tahun 2008 lagi). Anda yang mengikuti belog ini dengan penuh taat setia pasti dapat menyedari perubahan gaya penulisan saya di penghujung tahun 2010.

Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima sejak menukar gaya penulisan begitu menggalakkan, malah kadangkala tidak terpercaya oleh saya. Bilangan pengikut belog bertambah dengan mendadak. Begitu juga bilangan 'LIKE' di MukaBuku dan pengikut di Pengicau, walaupon tidaklah seramai dan sehebat beloger-beloger yang lain.

Tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, mendabik dada apatah lagi berasa riya' dan angkuh. Astaghfirullah. Sila campak saya ke dalam gaung yang paling dalam sekiranya itulah niat saya. Moga Allah jauhkan saya daripada penyakit-penyakit hati yang membunuh itu. 

Tetapi pertambahan peminat (minat ke bang..? Wahahaha.) dan pengikut hanya memberi satu pengertian sahaja kepada saya; bahawa dakwah dan risalah yang ingin saya sebarkan semakin tersebar luas. Alhamdulillah. Ia juga bermakna, semakin ramai manusia di luar sana yang boleh menerima mesej-mesej tarbiyah dan dakwah, nasihat-nasihat Islami yang selama ini dipandang tabu dan sepi. 

Apa yang lebih menggembirakan saya adalah apabila ramai yang menghantar mesej-mesej peribadi kepada saya, menyatakan betapa mereka tersentuh dengan penulisan saya. Betapa ada yang ingin berubah, ditampar kuat oleh Makcik Hidayah dengan hanya membaca tulisan-tulisan saya baik di belog atau MukaBuku. Subhanallah, kenikmatan apakah yang lebih besar daripada mengetahui diri ini menjadi asbab (penyebab) kepada tersentuhnya hati seseorang itu...?

"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana (usaha dakwah)mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah*."

*Macam Ferrari la zaman sekarang ini. Riwayat lain menyebut 'dunia dan seisinya.'

[Hadith Riwayat Muslim]  

Malah yang menyebabkan saya kadangkala mahu melompat keriangan sambil menjerit "Hohoyeaahh alhamdulillah!" sekuat hati saya adalah apabila ada yang secara langsung meminta untuk dibulatangembirakan (Baca: Diusrahkan) daripada saya, hanya kerana berasa teruja penuh minat selepas membaca karya-karya saya.

Masha-Allah, semuanya ini tidak mungkin terjadi tanpa taufik, inayah dan izinNya. Sungguh, Dialah yang memiliki hidayah dan Pemilik bagi hati-hati sekalian manusia. 

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

Lap air mata sikit. Emo pula. 

Semuanya ini menjadikan hidung saya bertambah kembang-kempis penuh semangat, semakin yakin untuk terus istiqamah dan tsabat dalam 'jihad' saya dalam bidang penulisan ini. Saya melihatnya sebagai kelebihan, kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada saya. Dan kelebihan dan kekuatan ini tidak sewajarnya saya sia-siakan dan bazirkan.

Apakah cara bersyukur yang lebih tepat dan wajar daripada berusaha sesungguhnya untuk mengajak orang lain tunduk syukur, kembali taat kepadaNya..? 

Di dalam buku al-Muntalaq tulisan Syaikh Ahmad Rasyid, ada diterangkan bagaimana peranan seorang dai'e hendaklah sesuai dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada dirinya:

"Dalam timbangan keimanan Islam, amalan-amalan berbeza keutamannya mengikut fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan). Satu amalan mungkin berbeza keperluannya dari seorang kepada seseorang yang lain, dari satu suasana ke suasana yang lain dan antara satu masa dengan masa yang lain. Adakalanya, setiap individu muslim mempunyai satu amalan khusus yang lebih utama untuk dilakukan olehnya berbanding dengan amalan-amalan lain yang juga mulia.

Ibnu al-Qayyim rahimahullah telah menyebutkan, "Orang yang berani dan kuat yang mampu menggerunkan musuh, maka berdirinya dia di barisan depan jihad menentang musuh Allah lebih afdhal dari mengerjakan haji, berpuasa, bersedekah dan ibadah-ibadah sunat yang lain.

Bagi orang alim pula yang memahami sunnah, halal haram, kebaikan dan kejahatan, maka bergaul dengan orang ramai, mengajar dan menasihati mereka lebih utama baginya dari mengasingkan diri dan menghabiskan masa untuk bersolat, membaca al-Quran dan bertasbih."" 
 - Syaikh Ahmad Rasyid, al-Muntalaq, Bab 5: Ahli Ibadat Yang Bermain-main

Begitulah.

Hal ini juga menambahkan keyakinan saya dengan kaedah dakwah yang saya imani. Betapa dakwah ini adalah dakwah kasih-sayang. Dakwah ini mesti dimulakan dengan hati. Dakwah ini misinya yang utama dan pertama adalah menawan hati-hati di luar sana, kemudian baharulah ia ditarbiyah dengan segala elemen-elemen yang perlu ada bagi menjadikan seseorang itu individu muslim yang sebenarnya. 

Lantas apabila berbicara tentang hati, hati itu tidak sama bagi semua. Hati itu tidak dihasilkan di kilang-kilang dengan bentuk dan rupa yang sama, dengan manual yang sama untuk semua.

Hati itu unik. Setiap hati punya anak kunci yang berbeza untuk membukanya. Kadang-kadang anak kunci yang diperlukan adalah anak kunci akhlak yang mulia. Kadangkala anak kunci belanja teh tarik segelas dan roti canai dua keping pula yang diperlukan. Ada yang terbuka hatinya dengan anak kunci pengisian bumbam bumbam bersemangat yang menggugah jiwa. Dan ada pula yang terbuka hanya dengan anak kunci ayat-ayat chentaNya yang membasahkan jiwa. 

Pendek kata, setiap orang punya hati dan setiap hati berbeza-beza cara dan kaedah untuk mendekati dan menyentuhnya. 

Maka, ada hati-hati yang tersentuh dengan tulisan-tulisan 'gedik' saya ini. Ada jiwa-jiwa yang terusik dengan lawak jenaka yang saya muatkan di dalam belog ini. Dan ada juga sukma yang meronta-ronta, mahu dibebaskan daripada kejumudan dunia dan belenggu jahiliyyah setelah dilanggar bahu oleh Makcik Hidayah selepas membaca tulisan-tulisan saya.

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah milik Allah semata-mata.

Nah, apabila hati itu sudah tersentuh, bukanlah lebih mudah untuk bercerita tentang kehebatan dan keagungan Allah? Apabila jiwa itu sudah digugah, bukankah lebih berkesan untuk ditarbiyah tentang kepentingan jihad dan erti sebuah pengorbanan? Apabila sukma itu sudah bersedia, bukanlah jauh lebih mudah untuk dirinya berbaiah dan bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini...?

Senyum. 

Dakwah ini cukup indah. Perbezaan pendapat dalam melaksanakan dakwah juga sebenarnya merupakan suatu keindahan.

Perbezaan dalam perkara khilaf ini (cara berdakwah), saya kira ibaratnya seperti bilah-bilah warna pada pelangi. Semuanya mahu mengajak orang ke arah kebaikan. Semuanya mahu melihat manusia kembali taat kepada Tuhan. Semuanya bersungguh-sungguh, berusaha sebaiknya mahu menegakkan kembali Islam di muka bumi ini. 

Apabila dicantumkan kaedah dakwah yang beraneka rupa dan warna ini, bukankah ia membentuk pelangi dakwah yang cukup segar, cantik dan indah...?

Perbezaan yang ada pada kita sewajarnya melengkapkan, bukan menjauhkan. Bukan melemahkan. Apatah lagi menjatuhkan. 

Kepada anda yang menyampah, jelik dan tidak senang duduk membaca tulisan-tulisan saya yang gedik, saya nasihatkan agar anda segera menekan simbol pangkah di sudut atas paling kanan itu. Risau saya nanti anda tidak habis-habis menghasilkan dosa kering dengan mengutuk dan mencaci saya. Eheh. Dan silakan cari tulisan-tulisan yang lebih membahagiakan hati anda, yang lebih dekat dengan jiwa anda. 

Bukan menghalau. Bukan mahu ikut perangai sesetengah pak dan mak menteri yang berfikiran seperti kepala masuk air itu. 

("Kalau anda benci dengan belog saya, silakan berambus dan baca belog lainlah!" Wah!)

Namun anda punya alternatif yang cukup banyak di luar sana, yang saya yakini tulisan-tulisan mereka jauh lebih baik dan berkualiti daripada saya yang marhaen ini. Sekiranya itu yang anda cari dan mahukan, nah, tunggu apa lagi..?

Kepada kalian yang terus setia menyokong saya, di saat susah dan senang, di kala nanges dan tertawa, jazakumullahu khairan katheera jaza' saya ucapkan. Jujur, antara sebab mengapa saya terus kuat untuk menulis dan berkarya, adalah apabila membaca maklum balas yang cukup positif dan menyentuh jiwa saya daripada anda semua. 

Habuk masuk mata. 

Cukup seriyes dan matang tak saya jika begini? Ehemmm.

Tinggi harapan saya, agar tulisan saya yang 'gedik' ini akan terus menyentuh hati-hati anda. Agar karya-karya saya terus memberi manfaat kepada anda, dunia dan akhirat. Dan semoga ilham yang datang dari langit ini, akan menjadi salah satu saksi utama saya di Mahsyar kelak, betapa saya telah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan.

Terus doakan saya, agar diri yang lemah dan mudah terusik ini, terus kuat untuk berkarya, selagi mana ia bermanfaat untuk dakwah dan ummah. Moga saya terus ikhlas menulis dan menyebarkan chentaNya di muka bumi, tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan pujian, melainkan keredhaanNya yang tertinggi dan sorgaNya yang abadi.

Jika itulah harga yang perlu saya bayar, maka saya rela untuk terus menjadi seorang al-akh yang gedik.

Senyum lagi.

-gabbana-

Alhamdulillah, setelah membalas mesej di atas, si penghantar mesej dapat menerima penjelasan dan hujahan saya dengan begitu baik dan hati yang terbuka. Terima kasih untuk akhlak yang cukup mulia itu.

Apa-apa pon, jujur saya amat-amat menghargai teguran dan kritikan daripada anda semua. Tegurang-teguran sebeginilah yang akan terus mengetuk dan mengingatkan diri ini, agar tidak larut dan syok sendiri. Maka teruskan menegur dan menasihati, kerana itu hak saya sebagai saudara seIslam anda. Senyum. 

Moga kita semua suatu hari nanti dapat bersuka-ria di sorga, tempat yang tiada permusuhan atau persengketaan, walau sekelumit cuma. Biidznillah. 
 

59 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 02/01/2014, 13:46  

Orang yg kreatif mmg dikatakan gila. Ujar pensyarah saya. :)

Anonymous 02/01/2014, 13:55  

Ak lg suka tulisan mcm ni. Sbb klau tulis straight gaya buku teks, boring der. Sbelum ni klau kisah sirah nabi nuh ak x baca sgt, sbb bace 1 page dh terlelap. Tp ig punye style tulis best.

Unknown 02/01/2014, 14:06  

teguran itu bagai batu. batu yang dilempar kepada kita yang sedang asyik berjalan dalam nyaman udara. yang membuat kita sedar bahawa ada pejalan pejalan kaki lain yang mungkin terganggu dengan kehadiran kita di jalan mereka. usah berasa gugah. senyum. senyum dan beri ruang untuk mereka dapat melangkah dengan lebih tenang tanpa kita di hadapan.
just take it as your guidance. sometime reprimand may be handy. membuat kita matang.
just kipidap. Jzzk (:

Anonymous 02/01/2014, 14:10  

utk inche gabbana...
"Dan kerana ALLAH bersabarlah.."
surah al-muddathir:7

akmal zaidi 02/01/2014, 14:17  

Teruskan en gabbana dgn penulisan kreatif anda. HuhuhU

Anonymous 02/01/2014, 14:22  

saya tak Hada masalah dengan penulisan anda.
anyway semua orang pun ada sudut pandang masing-masing kan.
APG jangan berhenti menulis udahle.

Anonymous 02/01/2014, 14:55  

Bila niat ingin berdakwah pasti akan diuji.. tapi biarlah kita faham Rasullullah selawat ke atasnya lebih banyak diuji sehingga dicampakkan najis kepadanya..hukhuk..kita? Tersentap..

Anonymous 02/01/2014, 15:07  

Salam, akh...

ignore je...setiap org ada cara dakwah masing2...semoga isu ini tidak membuatkan akh berat hati utk terus berdakwah....

" peduli apa yg Allah fikir"

Anonymous 02/01/2014, 15:16  

Link status hilal

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=677161885641592&id=245964752094643

Anonymous 02/01/2014, 16:18  

Allah sedang melihat akhi, moga snts ikhlas dan diterima amalmu.:)

peminat tegar apg...oyeah! 02/01/2014, 16:32  

X pa2....lain org lain kepala..mgkn org yg rsa ig ni ikhwah gedik,dia dh tua kot n kna serius spnjg masaa... sori kalo mcm kojjaaqq...ap2 pn,moga Allah redha dgn suma usaha dkwah kitaa!!

Anonymous 02/01/2014, 16:46  

Asalkan niat kerana Allah & tidak bercanggah dengan sunnah/Al-Qur'ant tidak salah. I think many people especially the younger generations really appreciate for your writing style. Boleh menarik minat orang untuk membaca artikel bermanfaat dengan izinNya :)

Anonymous 02/01/2014, 17:46  

i love what you post on fb.. simple, understandable and deep.. i love your style.. so cool! keep it up! =)

Anonymous 02/01/2014, 17:54  

Ayat ayat gedik tulah yang menyentuh hati saya atau patut saya kata sebahagian besar daripada kami semua.


Saya suka baca - Bercinta dengan Allah dulu boleh?

Entahlah, saya rasa ayat dia sangat memujuk. Ahaha. Buat saya sedar there's something much more bigger yang saya kena capai.

Teruskan menyebarkan cintaNya IG, dengan ayat ayat gedik awak yang menyentuh hati insan insan yang masih tercari cari tujuan hidup di muka bumi.

Semoga Allah redha. Salam alaykum :)

Anonymous 02/01/2014, 18:00  

Pelik sy rasa..
Dlm sekian byk isu umat yg semakin menggugah.. Yg furu' juga dijadikan isu utama.
Benda pertama dalam semua benda..
Bismillahirrahmanirrahim.
Rahmaan..
Rahiim..
kasih sayang.
Kan?

APG, teruskn, jgn berhenti.
Biarlah org kata dakwah anda gedik.
Anda tdk pernah tahu, byknya hati2 diluar sna yg terkesan dgn 'cara' anda.
Kpd Allah..sgla urusan dikmbalikan.

Anonymous 02/01/2014, 18:06  

semoga inche gabbana terus kuat untuk berkarya,terus ikhlas menulis dan menyebarkan chentaNya di muka bumi, tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan pujian, melainkan keredhaanNya yang tertinggi dan sorgaNya yang abadi.semoga Allah merahmati dan melindungi inche sekeluarga..amin3x..

Anonymous 02/01/2014, 18:12  

semua orang ada pendapat yg berbeza. saya suka je karya IG. rasa boleh terima dakwah tu dengan lebih mudah. be strong!! ;D

menyibok 'se'komen... 02/01/2014, 19:14  

salam.inchi gab! lamo eden tak menyibok 'se'komen kat sini..huhu

Alhamdulillah! bagusla tu ada yang orang nak tegur IG camtu. itu maknanya ada yang sayang! ahaks. :D betol! kadang-kadang, malah selalunya memang perlu orang tegur untuk kita untuk benda2 yang mungkin pada kita ok..tapi yelah, banyak orang banyak ragam.

bagi saya ok je dakwah gedik ni! huhu

p/s: errrr...dan mungkin perlu ada juga orang tegur Hilal Asyraf tu supaya tak syok sendiri dan supaya rasa tak pandangan dia je betol...kahkahkah.. *ok, lariiiiiiiii!

Anonymous 02/01/2014, 20:22  

Lain org , lain cara penerimaannya.
Dan saya lbih senang dgn gaya IG
Lbih dkt dgn cara saya.
Lbih mudh saya nk trima~kena tembak!

Jadi, IG silahlah trus kn gaye anda ni

*Setuju like dtulis,
Mcm2 gaya dakwah bleh sampai kt org lain
(Lbih krg bunyi)

Anonymous 02/01/2014, 20:24  

Terus kuat!

Unknown 02/01/2014, 21:39  

Akhi,
Relax, sabar n cool,
Keep on writing..
lain org lain cara dakwahnye, masing2 ada pendekatan sendiri..

Dakwah Abu Bakar As Siddiq lain dgn dakwah Umar Al Khattab, Abu Bakar lembut cara pendekatannya Umar pulak tegas..

Cara dakwah Ali b Abu Talib lain dgn cara dakwah Uthman b Affan..Ali is much younger, jd dakwah Ali lbh kpd reasoning while Uthman lebih kpd tenderness..

Semua sahabat Rasulullah saw punyai cara dakwah dan pendekatan yg berbeza, dan semua cara sahabat diterima Rasulullah saw..

Sama la juga dgn cara dakwah akhi, mungkin berbeza dgn cara dakwah hilal, ustaz don, ustaz azhar idrus, prof muhaya dn lain2..

Differences are made to cater the niche of all sorts of human being, ada org bole terima cara A dan ada orang bole terima cara B...

The content of your blog is much important.

Dispute on somebody's method of
dawah mmg ada, even masa zaman sahabat.. Talhah b Ubaidillah selalu against cara dn pendekatan dawah Umar Al Khattab, but they never fight and hate each other..

Sbb apa yg lebih penting adalah membawa dan menyebarkan kalimah Allah, dan memperingatkan manusia untuk kembali kpd Quran dn Sunnah.

Unknown 02/01/2014, 21:40  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 02/01/2014, 23:24  

Salaam hamba Allah, Gabbana!

Huii anda ok? sehat?
Harap anda stay kool mcm biasa.
Mudah mudahan . Ameen .


Teruskan usaha anda . Jgn patah hati, patah lengan patah kuku dan apa2lah . Asalkan anda jgn patah hati dgn dugaan sebegini.

Nak buat mcmnana..biasalah bro, kita makin dewasa ada mehnahnya .


Teruskan langkah ! Jgn goyah . Biarin org melebel kita , Allah's lebeling lebih utama bro.

Percayalah bro kat satu hadith ni,

"Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu..."
-hadith riwayat ibnu abbas-

Ok takmau bebel pnjg .
Ingat , teruskan langkahmu dgn cara mu yg allah dah ilhamkan ni . gunakan sebaik nya . asal niat kena sentiasa krna Dia.

p/s : Ms tahajjud nanti, cerita kat Dia. He is the most altimet pain healer .

Wassalam bro.

ikhlas, dude .

Anonymous 02/01/2014, 23:29  

Komen en menyibok mmg cool.

Anonymous 02/01/2014, 23:31  

Caiyokk !

Anonymous 03/01/2014, 00:31  

mcm mne kalau button pangkah sudut ats belah kiri??

terus thabat insha allah :-)

Anonymous 03/01/2014, 06:33  

"Ya Allah, jga lah iman dia supya tak tergugah dgn diri ini" - perempuan

Ya Allah, jgalah hatiku agak tak getar dgn indahnya ciptaanMu -laki

Monolog dlm gmbr kartun laki ngn perempuan tggu kat busstop, ala2 islamik.

Ok, klo nk kata dakwah gedik, yg atas ni baru gedik. Tpi org x sibuk pun, sbb dorg mmg suka cintan cintun.


Anonymous 03/01/2014, 09:56  

Pelik tapi benar.
dalam ~40K+ plus likers IG di fb, akan ada ~1k+ yang rasa IG ni gedik (Mungkin) tapi, positiflah. terus kan post apa yang ada dalam hati, untuk kebaikan ummah semua, inshaAllah mgkn yg +1k tu pun tergolong dalam ~40+k
p/s Mungkin hamba Allah yg menegur tu suka conventional way, guna ayat2 skema dan sbgnya tapi jangan risau, kita dan dia masih lagi dalam kelompok yang sama mencari keredhaan Ilahi, mengejar syurga yang pasti. inshaAllah

wassalam.

Anonymous 03/01/2014, 11:22  

hati ikhwah kena besar
same goes to akhowat..
sebagaimana islam punya 4 mazhab mengikut kesesuaian masyarakat setempat,
begitu juga kita punya banyak cara untuk berdakwah bergantung kpd golongan sasaran kita..
yang pasti objektifnya sama

SN 03/01/2014, 13:58  

tak tahu mana part gedik tuh, tgk normal je..

semoga tsabat

Anonymous 03/01/2014, 14:07  

assalamualaikum bro, semoga terus istiqamah. tulisan anda tetap menjadi bahan bacaan pilihan sy. daripada sy baca novel cinta, lebih baik sy baca karya anda. sdikit sebanyak membantu sy merenung dan menginsafi diri. syabas bro.

Yong Baiaah 03/01/2014, 14:36  

Bagi saya apa yang pntg, isi dakwah yg disampaikan. Memasing ada kelebihan dan kekurangan malah cara tersendiri. Begitu juga masyarakat yang pelbagai. Mampu menerima dan ada juga yang tidak.

Semoga terus bermujahadah di jalan indah ini

krungg 03/01/2014, 16:14  

actually kan..kan..kan.... saya ni x suka baca sgt... tpi cara penulisan APG yg kreatif (ni x gedik pung okei...) ni mampu menarik minat pemalas mcm saya ni haha. biarlah apa org nak ckp, tu pendapat depa.

Anonymous 03/01/2014, 20:31  

Salam akh, ini soal hati. Hati yg halus, unik. Mana mungkin utk menyentuh hati yg berbeza memerlukan manual yg sama. Dan mana mungkin utk membuka hati yg berbeza memerlukan kunci yg sama.

Sjk ana dlm dnt, sumpah teringin tarik fmly ana esp abg. Abg ana ni dia sgt lah jauh dr Islam. Kuar masuk lokap, jaguh rempit, tak solat, pnh bwk perempuan tido dkt bilik etc.

Inche dpt byg tak susah yg ana rasa utk tarik abg ana? Tp ana tak putus asa. Ana terus cerita kt dia kisah2 bani israel dlm quran (since dia sgt suka kisah politic ngr2 Islam
and yahudi). Dia menunjukkn minat.

Jujur, ana suka baca dan slalu post link below Inche kt fb ana. Dan satu hr abg ana wassap. Dia tanya, "Al akh. Apa maksud perkataan ni? Usrah. Usrah tu apa?" Ana terang kan dgn bahasa yg murah dia fahami. Alhmdulillah dia fahami.

Slps tu ana tny, "mana abg baca perkataan ni semua?" Dia jwb "angle pakai gucci".

Allah, sumpah ana tak tau nk respon apa sbb ana terlalu teruja n in fact tak caye abg ana baca belog Islamic sdgkan hatinya pd asal nya terlalu jauh. Terlalu jauh T.T Siapa sang ka tulisan Inche dgn rahmat Allah mmpu menyentuh hati sorg mat rempit? Dan mungkin sorg penzina? Utk lbh tau kisah nabi, usrah dan dak wah dan plg penting mtlamat dia dicipta?

Demi Allah, Inche teruskanlah penulisan Inche utk menyentuh hati umat yg tidal per nah disentuh. Untuk menyentuh hati umat yg sdg tenat. Utk menarik org2 yg jauh spt abg ana. Demi Allah. T.T



~ ana.dyana ~ 03/01/2014, 21:11  

alhamdulillah.,pencetus ummah!

Anonymous 03/01/2014, 21:30  

Allah bersama kamu. Usah bersedih hati, kerana anda yang diuji disayang Allah lebih. Allah tahu anda mampu. Jadi senyum :)

Anonymous 04/01/2014, 02:22  

Dakwah gedik? Macam pelik je.. Bagi saya, 'dakwah gedik' nih la yang mendorong orang lain baca especially golongan generasi Y sebab dengan gaya tulisan yang santai, gitu.. Takde la formal sangat, senang nak faham.. *peace

Anonymous 04/01/2014, 22:10  

seriyes.. dlm byk2 buku en HA tulis hanya satu je saya boleh baca dan habiskan.. tapi kalau saya selongkar blog inche gabanna ni boleh sampai 10 post saya baca.. dan jujurnya byk kali jugakla saya buka belog ni sblm buat bulatan gumbira utk dpt idea yang kata nasi-heart dan ayat2 sentap utk diguna pakai dlm bulatan.. ala-ala bahan rujukan jugak la belog ni selain belog dakwah.info, muharrikah, gen q dan yg seangkatan dengannya..
hmm.. perbuatan saya tak salah kan?

peace v, rabiah VV,

cahaya menerangi 05/01/2014, 00:23  

saya tiada masalah dengan penulisan IG walaupun saya suka baca tulisan yang skema.
Saya juga mengikuti penulisan HA dan blog atau laman dakwah yang lain.Apa yang menariknya penulisan IG saya dapat baca walaupun dalam mata mengantuk sangat.Walaupun kadang kala ada juga perkataan?istilah yang yang IG lebih baik tidak gunakan.Keseluruhan saya suka penyampaian dan pengisian IG.

Teruskan menulis,
Teruskan usaha dakwah IG,semoga mendapat Allah Redha.(:

nurul 05/01/2014, 00:52  

Alhamdulillah..saya suka juga penulisan di blog ini, sangat bermanfaat. satu cadangan ialah background ini boleh tukar ke warna cerah? saya rasa sedikit silau dan sakit mata dengan hitam putih.. syukran..

Nusantara 05/01/2014, 02:11  

Oh cara percakapan Inche di luar pun kadang2 terkeluar ayat yang membuat orang tersenyum sumbing kan? Heh. Faham je. Ayat arnab2 gemok berlarian di taman bunga dsb. Dan ayat yang macam tu lah kadang2 lekat di hati lalu tersentuhlah ianya. eh. Haa habes la hang Gabbana, ada orang kenal hang dah.

Takpe, teruskan dengan kegedikan anda dalam menyentuh hati manusia. Eh. *serius* ini bukan ayat sarkastik*

cahaya menerangi 05/01/2014, 10:19  

semoga Allah Redha.

Anonymous 05/01/2014, 10:42  

mula-mula baca blog akh,kwn ana share dkt fb.Tengok nama blog pun rasa pelik dan hampir salah faham,tapi bila dah baca post akh salah faham tu dah hilang.

Jangan berhenti akh,teruskan melangkah.

Anonymous 05/01/2014, 12:08  

Muhasabah..setiap orang ada method dan pendekatan yg berbeza-beza..sy meraikan kepelbagaian cara penyampaian, apa yg paling penting mesej dakwah sampai pada mad'u yang datang dari pelbagai latar belakang. Allahu'alam..hny pndpat.

Anonymous 05/01/2014, 14:57  

MasyaALLAH
Segala perkongsian APG amat saya kagumi.
Dan bhs anda sebetulnya bisa menyentuh hati rmi insan di luar sana.
Sesunggunya anda mpunyai kelebihn yg jrg dimiliki blogger2 yg lain.
You're gifted n alhamdulillah u used it fi sabilillah.
We're all here will support u!

Anonymous 05/01/2014, 22:41  

Teruskan menyentuh hati kami dengan kerja dakwah dan tarbiyah anda. Harap anda menganggap ini sebagai satu ujian Allah dan bersabarlah menempuhinya. Kami akan sentiasa menyokong anda!

Anonymous 06/01/2014, 03:45  

Salam 'alaik IG.

saya lebih tertarik dengan penulisan anda berbanding penulisan-penulisan yang matang. Sebab saya agak sukar memahami penulisan matang. keep it up!

Insya Allah lain orang lain cara dakwahnya. Lain orang lain cara penerimaannya. Tetapi itulah yang saling melengkapi.

Anonymous 06/01/2014, 10:56  

Salam. Saya suka penulisan begini. Direct. Terus tertusuk. Jgn behenti menulis ya!

Anonymous 06/01/2014, 20:18  

subhanallah...

Anonymous 06/01/2014, 23:25  

Gedik apanya,
kalau baca post APG macam sedang memotong bawang,
perlukan tisu nak lap air mata dan hingus,
Gedik apanya bila
kadang2 mata tetiba bersinar sinar begitu kepinginkan syurga,
gedik apanya kalau bila baca blog APG, seakan akan berkali menampar diri sendiri, keciwa kerana kesalahan dan kelalaian diri,
gedik apanya belog APG.
Hanya ada satu APG,
teringatkan pemuda2 hebat seperti Iman dan Ammar, mereka dah berdakwah cara mereka, selepas dipanggil Ilahi makin kencang kesan dakwah mereka.
Whatever you do, always steer your niyat towards haq.We the happy circle groups support you.

Anonymous 07/01/2014, 20:54  

Hoho..Akh,jangan berhenti!!!
Seriyes selain di tumblr,tempat inilah yang membuatkan saya menitis air mata meskipun x lah sampai air mata darah,hehe. Kuat,Akh.Ini ujian Allah sebenarnya. Semoga APG terus sukses. Allahumma Ameeen...

siti 08/01/2014, 23:38  

go go inche gabbana !!
sy rasa ok je..sempoi and cool la penulisan inche..
takde yg gedik pun byk info sy tau dr blog APG..TQ..jaga hati sudaa :)

Ayyid 09/01/2014, 21:45  

Tak apa akhi. Apa salahnya ikhwah gedik, kalau tu yang lebih mendekatkan orang dengan chenta Allah^^

Moga tsabat ya akhi fillah

Unknown 10/01/2014, 19:39  

Assalamualaikum wbt,smoga inche gabbana sentiasa dlm rahmat Allah,begitu juga yg lain.
Saya sebelum ni silent reader je,mula tertarik dgn blog inche hasil recommendation kwn sy di Jepun ni. Dan hati saya beberapa kali terusik dgn artikel inche dan makna yg punya maksud mendalam dlm blog ni mahupun status fb apg. Ia menyebabkan sy lebih berfikir,dan yg paling penting inche mengajak pada garis agama sebenar.
Saya baru berjinak dgn DNT dan masih dlm proses perjalanan seorang hamba mencari redha penciptaNya. Syabas pada inche kerana inche telah menghasilkan getaran berfikir pd minda sy dan bahan bacaan keagamaan sy dgn cara inche sendiri dan style yg sy gemari.
Akhawat2 di Jepun juga menjadikan pengisian dlm blog inche ni sebagai bahan bacaan dan DNT.
Pada sy,inche berjaya mengusik hati anak2 muda dgn cara inche sendiri.
Akan wujud perbezaan pendekatan dlm dakwah,terpulang pd sesiapa utk memilih teknik yg serasi dgn jiwa dan dirinya. Sy pasti sebalik ketidakpuasan hati sesetengah pihak,ramai yg telah inspired by APG.
So,jgn bersedih,ramai lagi bersama inche dan yg paling penting,Allah bersamamu. Senyum.
Sekian,dari insan biasa negara matahari terbit :)

Anonymous 11/01/2014, 13:18  

penulisan yg sempoi xde la bg orang cepat bosan,spread the dakwah Inche Gabana!

Unknown 14/01/2014, 22:47  

Kadang2, tulisan semacam ni lah mampu menarik golongan2 yg malas membaca. Alhamdulillah.. Ia anugerah, teruslah asa inche gabbana. Allah sentiasa bersama.

Asma M. 16/01/2014, 20:26  

peliklah manusia ni. hidup dah senang nak dikacaunya orang.

Unknown 15/02/2014, 19:38  

teruskan inche gabbana~
pedulikan kata orang..
bukan diorang yang menilaimu Allah jualah yg menilai..

Anonymous 04/04/2014, 03:03  

Dulu gua tak minat baca post2 agama. Tp bile gua jumpe blog lu, gua start like fb lu..gua jd minat n mudah paham ape yg lu sampaikan. Gua xsetuju lgsg dgn msg yg dihantar tu..bg gua post lu lebih menarik golongan hanyut ke darat semula. Keep up a good work.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP