Kalau Mimpi Ngeri Sila Basuh Kaki
[Kredit] |
Ada dua perkara yang paling banyak mempengaruhi tumbesaran dan halatuju tarbiyah bagi seorang dai'e; murabbi dan pengalamannya.
Untuk yang pertama itu (murabbi), sangat relevan kepada anda yang baru mahu berjinak-jinak dengan tarbiyah dan dakwah. Anda yang telah termakan umpan dan termasuk perangkap yang dipasang oleh sang murabbi, kini begitu rapat dan tsiqah kepadanya, sehinggakan dia adalah segala-galanya buat anda. Maka anda melihatnya dengan dua belah mata dan mendengarnya dengan dua belah telinga; segala apa yang dituturkannya akan dipercayai anda dan segala apa yang diarahkannya akan dituruti anda.
Ok bunyinya macam mengerikan pula.
Betulkan tempat duduk. Pandang kiri dan kanan.
Maksud saya, seorang murabbi yang amat ditsiqahi itu punya pengaruh yang amat besar terhadap seorang mutarabbi. Apatah lagi di peringkat pentakwinan (pembentukan), seorang murabbi memainan peranan yang amat besar dalam menentukan halatuju dakwah bagi seseorang mutarabbi itu. Bersih dan lurusnya fikrah seorang murabbi itu, maka inshaAllah bersih dan lurus jugalah fikrah yang akan disemaiterapkan ke dalam hati seorang mutarabbi. Sebaliknya, kotor dan songsangnya idea-idea yang mahu ditanam dan dibaja dalam diri seorang mutarabbi, maka buah yang rosak dan busuklah yang akan dihasilkan nanti.

Hal ini terutamanya merbahaya kepada mutarabbi yang tidak berfikir; bertaklid buta dan wewenang mengikuti apa yang dikatakan oleh sang murabbi. Segala apa yang dituturkan oleh sang murabbi, dianggap sebagai fatwa dan wahyu dari langit yang wajib dipatuhi dan dituruti. Maka lahirlah golongan dua't yang malas berfikir dan tidak besar jiwanya. Segala-galanya mesti disuap terus ke dalam mulutnya. Jadilah dia si dai'e gemok yang hanya mahir seni menguap dan mengantuk, terbaring selesa di sofa, hanya tahu menanti masa untuk sang murabbi datang membelainya.
Lahir juga golongan dua't yang taksub kepada sosok sang murabbi, sehinggakan segala apa yang dilakukan oleh murabbinya adalah benar dan tiada yang benar belaka. Tiada lagi warna-warna indah yang mencorakkan perjalanan tarbiyah dan dakwahnya. Yang ada hanya hitam dan putih. Sang murabbi sahaja yang betul. Yang lain-lain salah. Aduhai.
Kerana itu kita yang menyertai bulatan gembira, perlu memastikan bulatan kita sentiasa segar dan rancak dengan perbincangan dan perkongsian yang membina, yang membuka minda agar produk yang keluar dari bulatan kita adalah produk yang benar-benar gembira dan menggembirakan. Dan kita sendiri, apabila menjadi seorang murabbi, hendaklah berlaku adil kepada hadek-hadek kita. Kita bertanggungjawab untuk membina mutarabbi kita sebaiknya, sesuai dengan tahap kefahaman dan penerimaan si mutarabbi, tanpa ada sebarang kepentingan duniawi mahupon peribadi.
Fuh.
Aset pengalaman juga tidak kurang peri pentingnya dalam mencorakkan halatuju seorang dai'e. Pengalaman mempersiapkan diri sang dai'e dengan senjata dan perkakasan berguna, yang tidak mungkin dapat diperolehinya hanya dengan membaca buku fikrah semata-mata. Malah seorang dai'e yang kaya dengan pengalaman dan mampu pula memanfatkan aset pengalamannya dengan sebaiknya tanpa sebarang agenda yang tersembunyi, akan mampu berlayar dengan cemerlang, meski di tengah-tengah laut dan ombak yang bergelora. Ewah. Atau berjalan dengan penuh gaya di atas jalan perjuangan ini sambil flip rambut ala-ala iklan syampu untuk lelaki. Kalau ada rambut lah. Wahahaha.
Kerana pengalaman adalah kurniaan Allah yang amat berharga buat manusia yang bergelar mu'min.
Namun kadangkala pengalaman juga boleh menipu dan menggelapkan mata hati sang dai'e. Terutamanya untuk mereka yang amat mudah fobia dan trauma dengan mimpi-mimpi ngeri yang mereka alami di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini. Lantas mereka menjadikan pengalaman gelap dan menyakitkan mereka itu sebagai panduan ibu jari (Baca: Rule of thumb) untuk semua perkara dan kejadian yang berlaku kepadanya di masa hadapan.
Dia menganggap pengalamannya itu adalah rujukan abadi yang tidak boleh dikompromi. Ingatannya yang mengerikan dan tidak enak di masa lampau berakar dalam di dalam kepala dan simpanan memorinya. Sehinggakan dia menghukum semua orang dengan ingatannya tadi. Apabila melihat sesuatu peristiwa atau tindakan yang seakan-akan atau ada bau-bau bacang dengan pengalamannya yang lampau, dia pantas membuat konklusi bahawa keputusan akhir kepada peristiwa/tindakan tadi nanti pastilah akan sama dengan pengalamannya yang lalu.
Konklusi yang mungkin ada benarnya, namun terlalu tuntas dan gopoh. Dia terlalu berhati-hati sehinggakan dia langsung menutup ruang dan peluang untuk sebarang usaha-usaha penambahbaikan atau membawa kelainan.
Maka lahirlah golongan seperti Inche F, yang tanpa segan silunya membantai institusi bulatan gembira (Baca: Usrah) melalui penulisan-penulisannya, hanya kerana suatu ketika dahulu bulatannya sendiri tidak menggembirakan malah memberi trauma kepadanya.
Atau Saudari W, yang tidak mahu lagi bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah kerana suatu ketika dahulu kerana pernah dihukum oleh kakak naqibahnya berdiri di atas kerusi kerana berborak dengan lelaki.
Atau Tuan B, yang dengan penuh semangat berapi-api membelasah ikhwah dan akhawat hanya kerana segelintir daripada mereka yang menjadi Akhi Ken dan Ukhti Barbie.
Atau Puan S, yang tidak lupa, sering menasihati anak-anaknya untuk menjauhkan diri daripada mana-mana lelaki yang berjubah dan berjanggut tebal atau wanita yang bertudung labuh dan berniqab, hanya kerana dia juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka ini dan kemudian fobia dengannya.
Atau Saudara Q, yang kechiwa dengan institusi al-Baitul Muslim kerana tidak dapat berkahwin dengan akhawat pilihan hati, sehingga dia meninggalkan terus tarbiyah dan dakwah lantas berkahwin dengan kekasih lamanya.
Err.
Inilah akibatnya apabila pengalaman yang ada ditanggapi dengan nafsu dan emosi. Inilah kesannya apabila onak dan duri, ranjau-ranjau yang pernah menusuk di atas jalan perjuangan ini suatu ketika dahulu, dibiarkan terus mencucuk dan bersemadi di kaki. Dan inilah konsekuensinya apabila kaki yang pernah kotor dengan pengalaman-pengalaman pahit dan traumatik bersama dengan gerabak ini, dibiarkan begitu sahaja tanpa dibasuh, disental dan dicuci bersih.
Kita perlu sedar bahawa tidak semua perkara akan berakhir sama seperti yang pernah kita alami. Kita perlu tahu bahawa pengalaman-pengalaman pahit kita menjadi panduan yang berguna kepada orang lain untuk bermuhasabah dan menambahbaik apa yang ada, agar mereka tidak perlu jatuh di dalam lubang yang sama. Dan kita perlu lebih adil dan memahami dalam menilai dan menganggapi sesuatu situasi, agar ia tidak dicemari dengan trauma yang pernah menghantui kita.
Pengalaman yang ada sewajarnya mematangkan, bukan menjumudkan. Pengalaman seharusnya menjadikan kita lebih bijak bertindak, bukan membodohkan. Dan pengalaman sepatutnya menjadikan jiwa kita lebih besar dan terbuka, bukan semakin kecil dan terhijab.
Mungkin ada benarnya nasihat orang tua, jika tidak mahu tidur diganggu mimpi ngeri, pastikan sebelum tidur dibasuh dahulu kaki.
Ya, sekiranya kita pernah mengalami igauan atau mimpi ngeri dalam tarbiyah dan dakwah ini, pastikan kita membasuh kaki kita yang pernah kotor itu dan membersihkan duri-duri dan ranjau yang melekat di kaki.
Agar kita tidak diganggu lagi.
-gabbana-

"Seorang mu'min tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."
[Hadith Riwayat Muslim]

6 Caci Maki Puji Muji:
Seperti yang dialami sekarang. Allahu Allah. Jzkk akhi. T-T
Jazakillah.
Ana igtkan akh nak stresskan mengenai pemurnian aqidah yg suci bila baca post ni..
Spt objektif surah jin yakni kt x prcaya ada kuasa selain allah
Cuma biasa dgr petua2 cntik ni ada asbab dia dn kita yakin yg mnntukn natijah nya adalah allah..
So kalau basuhkaki ni kita ganti dgn doa jelah kan?
Macam draft aku yg post kat fb je. Draft tu cerita betul aku. Cuma aku tkr nama je. Aku memang lari dari Sang Murobbi aku, aku tak bebas bekarya. Kebetulan je kot sama dgn entry ni. Allah je faham perasaan aku masa tu. Aku tak tahu nak buat ape, sebab at the same time aku kena hormat dia as a murobbi. Lawan kan, xhormat. Aku banyak bermain dengan perasaan masa tu. Sedih, seteress semua ada. Kadang knp kita ditaktor sgt as a Sang Murobbi. Ingat ni kem tentera ke.
Entri akhi best.
Pernah alami trauma tapi mungkin dalam situasi berbeza..
dimalukan didepan kawan2 didalam kelas mengaji lantas menimbulkan rasa trauma dan sehingga sekarang boleh kata setiap kali saya membuka Al-Quran akan teringat kembali peristiwa ngeri tu.
hanya tuhan yang tahu betapa post ini dtg right on time. moga akhi dapat pahala sepenuhnya.
Post a Comment