22 January 2014

Daging Rosmah Masak Kicap

[Kredit]

"Daging Bung Mokhtar masak lemak cili api satu!"

"Ha, kamu makan kat rumah ye malam ni? Mak masak sedap! Daging Muhyiddin goreng halia."

"Mamak! Roti naan keju satu! Lepas tu semangkuk kari daging Najib ye?"
 
Pandang kiri, pandang kanan.

Kita mungkin merasakan dialog-dialog di atas adalah fiksi semata. Jika ada pon, hanya di dalam mimpi ngeri tak basuh kaki segelintir daripada kita.

Tapi sedarkah kita, kita sebenarnya melakukannya hampir setiap hari? Ya, memakan daging-daging mereka ini, malah ramai lagi...?

Anda tidak percaya? Baiklah. Bersedia untuk ditampar kuat oleh ayat chenta ini?

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah sebahagian kalian mengumpat (ghibah) sebahagian yang lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
[al-Hujuraat, 49:12]

Gulp.

Ya, ghibah. Atau dalam Bahasa Melayu daftar kata modennya, menganyam ketupat. Err, maksud saya, mengumpat. 

Apa itu ghibah?

Sabda Nabi SAW, "Tahukah kalian apakah ghibah itu?" Mereka (para sahabat) menjawab, "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Iaitu engkau menyebut saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya." Ditanyakan, "Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu (memang) terdapat pada saudaraku?" Baginda menjawab, "Jika apa yang kamu katakan terdapat pada saudaramu, maka engkau telah mengumpatnya (melakukan ghibah) dan jika ia tidak terdapat padanya maka engkau telah berdusta atasnya."

[Hadith Riwayat Muslim]

Mudahnya begini. Kita bercakap sesuatu yang buruk dan hodoh tentang Ibrahim Alias (meski apa yang dikatakan itu benar). Andai Ibrahim Alias ada di hadapan kita dan dia mendengar dengan telinganya sendiri apa yang dikatakan dan dia membencinya, ha, itulah yang dikatakan sebagai ghibah. Dan sekiranya apa yang kita cakapkan itu adalah tidak benar, itu dikira sebagai buhtan (dusta). 

Nah, sekarang kiralah, berapa kati daging-daging saudara-saudara seIslam kita yang telah kita kunyah dan hadam setiap hari...?

Mata terbeliak. 

Mengumpat sudah menjadi begitu mainstream, begitu kebiasaan dalam kehidupan kita sehari-hari, sehingga kita langsung tidak berasa bersalah tentangnya. Sehinggakan borak-borak kita yang biasa-biasa itu hari-hari pasti akan disulami dengan sesi menganyam ketupat dengan riang gembira sekali, tanpa ada langsung rasa bersalah yang melekat di hati. 

Kegemaran masyarakat massa marcapada ini dengan bahan-bahan berita berbentuk tabloid dan gosip-gosip liar memburukkan lagi keadaan. Keburukan dan kelemahan orang ramai diraikan. Kepincangan dan kebobrokan individu diperbesarkan dan disensasikan. Malah media-media massa sentiasa mencari-cari dan mengorek-ngorek rahsia-rahsia peribadi atau keburukan orang tertentu untuk melariskan jualan surat khabar dan makalah mereka.

Ini benar-benar bertentangan dengan akhlak asas seorang Muslim. Geleng kepala.

Apatah lagi pada zaman era MukaBuku, Pengicau dan Instagram ini, semakin mudahlah berita-berita yang berbicara tentang keburukan orang lain disebarluaskan. Dengan hanya sekali klik, tabiat Dato' Kelvin Klein yang suka memakai seluar dalam berwarna merah  jambu dihebahkan. Dengan hanya sekali tekan, gambar Kak Sarkonah sedang mengacau rendang sambil menggaru punggung pantas dikongsikan. Dan dengan sekali sentuh, mesej pergaduhan antara Azmin Sali dan Khalid Ismail tentang arnab siapa yang lebih gemok diperbesar-besarkan. 

Budaya troll yang semakin popular dalam kalangan generasi muda terutamanya juga menjadikan cacian dan umpatan bukan sekadar kebiasaan, tapi kemestian. Dikongsi pula gambar-gambar yang mengaibkan atau dialog-dialog jujur yang memalukan secara berantai di Waksep, Line dan sebagainya! Mudahnya nak buat dosa-dosa kering secara percuma di zaman ini kan?

Hmmm. Sedap kan bau daging-daging manusia bakar...?

Lebih menakutkan dan mengerikan lagi, apabila di dalam bulatan-bulatan gembira yang sepatutnya diisi dengan pengisian dan perkongsian tarbawi dan menggugah jiwa itu, juga dihidangkan dengan daging-daging manusia panggang dan goreng tepung. Secara sedar atau tidak, perbincangan yang berbicara tentang keburukan dan kebejatan orang lain, begitu rancak dan seronok dilakukan di dalam pertemuan-pertemuan berkala ini.

"Ana perasan, akh Nobita tu dah lama tak berbulatan gembira. Mesti dia dah futur kan? Ish ish ish. Itulah tebal sangat jahiliyyah tu!"

"Enti tau tak, ukhti Barbie tu ponteng konferens riang minggu lepas? Entah, dengarnya sebab hal keluarga. Tapi rasanya dia memang malas nak pergi tu."

"InshaAllah hari ni kita nak berbicara tentang Akhbar Alam Islami. Uhm ana nak kongsikan tentang cincin yang dibeli oleh Rosnah Matnor. Dengarnya dia beli pakai duit zakat. Betul ke?"

Tersembur air suam-suam kuku.

Konon nak bermuhasabah, tapi sebenarnya sedang cari masalah. Konon nak ambil iktibar, tapi sebenarnya membuat onar. Konon nak sama-sama ambil pengajaran, walhal apa yang dilakukan sebenarnya mencari kemurkaan!

Potong bawang. 

Koyak. Rabak. [Kredit]

Dan hal ini tidak hanya melibatkan rakan-rakan dan keluarga terdekat. Sebenarnya ghibah ini teraplikasi kepada mereka yang tidak ada hubungan saudara-mara, kenalan, persahabatan hatta bau-bau bacang sekalipon! Termasuklah para artis dan selebriti, para pemimpin negara dan parti politik dan sesiapa sahaja di luar sana, termasuklah abang Pakistan yang menjual cendol pulut jagung di tepi jalan itu! Err.

Ya saya tahu. Saya tahu. Memang ada situasi di mana dibenarkan ghibah ini. Contohnya, mengadu kepada hakim tentang orang yang zalim atau dalam hal meminta fatwa. engan syarat-syarat dan keadaan tertentu, sememangnya dibenarkan untuk kita mengunjing dan mengumpat ini.

Namun saya khuatir, apabila kita sengaja mereka-reka alasan, mencari-cari helah untuk 'menghalalkan' umpatan dan cacian kita. Berhujah dengan penuh semangat shiuhh shiuhh rambut menggerbang ditiup angin, mempertahankan tindakan kita mengumpat dan mengata orang atau individu tertentu, walhal tidak perlu pon untuk kita berbuat sebegitu.

Mengapa mahu sengaja mencampakkan diri kita ke dalam kawasan samar-samar, yang tidak hitam dan tidak juga putih? Mengapa sengaja mahu melakukan sesuatu yang syubhah (tidak pasti) sedangkan perkara yang pasti lagi jelas sudah trang tang tang di depan mata? Mengapa mahu sengaja cari fasal sedangkan kita punya pilihan yang jauh lebih selamat dan berkat..?

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam..."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Melainkan kita benar-benar pasti bahawah ghibah yang bakal kita lakukan itu benar-benar dibenarkan dan halal di sisi syari'e, lebih baik kita mengambil langkah selamat dengan berdiam diri sahaja. Dan berdiam diri di sini, termasuklah tidak berkongsikan gambar-gambar atau kuot-kuot yang mengaibkan di alam maya!

Dan tidak mahukah kita aib-aib kita yang memalukan dan mengalirkan peluh besar itu ditutup Allah di Mahsyar nanti, apabila kita menutup aib orang lain di dunia ini? Meskipon ia adalah keaiban yang sahih dan sudah terbukti benar?

Tidak takutkah kita di Hari Pengadilan nanti, tatkala kita menyangka kita sudah terjamin masuk sorga, hanya berputih mata melihat segala amal kita berterbangan ibarat debu di padang pasir, satu persatu diambil dan diberikan secara percuma kepada mangsa-mangsa kanibalisme kita ketika di dunia dahulu? Tidak ngerikah kita, andai kita dicampak, diseret mulut dan wajah kita di atas lantai neraka, hanya kerana kelancangan mulut kita berkata-kata sewaktu kita hidup dahulu? 

"Barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, niscaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api neraka dari wajahnya."

[Hadith Riwayat Ahmad] 

Habuk masuk mata.

Benar, kezaliman itu perlu ditentang. Penindasan itu perlu diperangi dengan sehabis baik. Tapi bukan dengan cara kita menzalimi diri sendiri apatah lagi orang lain. Bukan dengan cara kita menjadi kanibal, memakan daging saudara-saudara kita dengan rakus sekali! 

Saya khuatir sekali, andai tabiat dan budaya mengumpat ini tidak dibendung dengan seriyes, arakian semakin kurus keringlah umat Islam dek banyaknya daging-daging mereka yang dimakan. Eh. Maksud saya, risau andai tabiat mengunjing dan menganyam ketupat ini menjadi kebiasaan dan tabiat harian kita semua, sehingga hati kita menjadi keras dan kering, tidak lagi dapat membedakan antara dosa dan pahala. Umat Islam sering bercakaran, memburuk-burukkan antara satu sama lain dan saling menjatuhkan dek tempias umpatan yang beracun dan memunuh ini.

Maka berhentilah. Berhentilah daripada memakan daging-daging saudara-saudara kita, walau selemak dan segebu mana pon ia. Kerana ia bukan sahaja akan menggemokkan kita dengan dosa dan noda di dunia, ia juga akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita di akhirat nanti.

"Celakalah setiap pengumpat dan pencela!"
[al-Humazah, 104:1]

Celakalah! Celakalah!

Gulp.

-gabbana-

Ketika saya berkongsikan status yang membawa maksud yanghampir serupa di laman MukaBuku saya, ada satu komen yang cukup lucu dan menggelikan hati. Ia berbunyi kurang lebih begini:

"Daging Rosmahlah yang paling banyak aku makan. T.T"

Lucu, tetapi ada benarnya di situ. 

Moga kita terhindar daripada tergolong dalam kalangan kanibal tanpa sedar ini. Tsk.

33 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 22/01/2014, 20:44  

APG:may i ask jika kita dah terlanjur buat niee..termngumpat pemimpin kita semue nie????kita kena minta maaf kat dia ke?(bunyi cam impossible)macam mana nak betulkan balik?

Anonymous 22/01/2014, 20:44  

Tanpa sedar ku makan daging saudara ku sendiri..Allahu..
Thanks a lotttt APG..
entri yg begitu bermakna,komprensif lagi bermutu..hihi
Moga APG meneruskan dakwah ini menegur sikap segelintir individu..also noted to self..mmg terkena batang hidung sndri..MOGA ALLAH REDHA YA AKHI Dakwahmu:)

Anonymous 22/01/2014, 21:21  

http://d4srun87.wordpress.com/2012/02/10/ghibah-di-jalan-dakwah/

Anonymous 22/01/2014, 21:53  

Shukran, jzkk. I love you.
This is what I've been waiting for and trying to deliver without much success.
Hopefully lepas ni lbh aman laa dunia saya. Terhindar lah hendaknya golongan yg makan daging ini dari keliling ku..
After all, they are Muslims, aren't they?
I still belief that approaching them directly in any acceptable manner is a better option. I'm not supporting any side, but trying to undersand both sides.
Yeah, last week I began to understand the term 'zuhud' after a simple morning ceramah on tv(1.2.3..doesn't matter), inspite
of earlier efforts by ehmm another persuasive group trying to nail it in me the concept of zuhud.
May be a simpler gentler, non-obtrusive approach is more acceptable. 'Zuhud' now has a new meaning to me, not necessaryly refering to the followers of a certain political group.

nurains 22/01/2014, 21:59  

Terbaik lah entri ni!!! Saya pun sependapat dgn APG.

Anonymous 22/01/2014, 23:47  

Kalau mengata2 atau mempermainkan isu kangkong macamana ya Apg? Ana rasa rimas pon ada. Sikit2 kangkong. DsNajib kalau dgr mesti dia xsuka (wpon rasanya dia da dgr da pon). Huhu.

Something to ponder upon.

Anonymous 23/01/2014, 00:49  

Nice entry..APG ,mcm mane kalau sy trdengr org mengumpat...?lari or tutup telinga depn diorg..?

Anonyme 23/01/2014, 01:10  

mengumpat org yg terang2 buat dosa takpe kan? Biar dia rasa malu...Lagi2 kalau pemimpin, biar masyarakat tahu supaya pemimpin lagi berhati-hati dgn apa yg diorang buat...

Anonymous 23/01/2014, 03:35  

Bila org mengumpat, kite koner blk kt die. Semua org ade kelemahan msg2

Anonymous 23/01/2014, 03:46  

Dosa pahala bukan kite yang tentukan. Tak takut ke pahala kite disedut oleh org yg kite umpati di akhirat nnt. Ade bnyk cara lain selain dari mengumpat utk menyelesaikan sesuatu isu. Do something, not say. Show good examples. Kalau berdemo tapi ,miss lectures, that's bad example.
Mengumpat adalah cara yg paling hina, setaraf dgn level org yg diumpati.

Anonymous 23/01/2014, 06:49  

adakah bila kita cerita mengenai figure2 yg jahat spt mustafa kamal "at tarturk"..firaun..ariel sharon..husni mubarak..kita dikira mengumpat juga?

Anonymous 23/01/2014, 13:08  

Ada dua perbedaan pendapatan ulama ttg isu mintak Maaf org yg kita dh umpat. 1st mintak Maaf dgn dia. 2nd. Kalau minta maaf blh member utk keadaan, tak usrah minta maaf tp cerita kbaikan dia pd org lain ; )

Anonymous 23/01/2014, 13:40  

Soalan:
1-mcmne lau kt xpose kbrkn smone so that bnd 2 jd iktbr?
2-how about pmmpin?mean all the kbrkn or it more 2 kekurangn n klmhn mrka dxpose so that all the other xslp mmilih pmmpin.
3. So,cmne kt nk solvekn bnd ni tnp prlu 'mkn dging' org ?
*cnfius...

Anonymous 23/01/2014, 13:59  

Kalau kejahatan pemimpin yang terang2 pulak tu, saya pernah dengar tak mengapa supaya nak bagi ingatan kat
lain.....perilaku yg jejas org ramai boleh...

Anonymous 23/01/2014, 14:38  

aah...ustaz azhar sndri pernah mengatakan kalau mengumpat org yg terang2 buat dosa xape...kalo yg kte xnmpk dy buat dosa itu yg jd mengumpat tu....wallahualam

Anonymous 23/01/2014, 16:23  

Ada perbezaan yg perlu dijelaskan disini.

1. kalau isu atau perkara yang diumpatkan itu tidak melibatkan orang ramai, ianya termasuk dlm artikel yg anda tuliskan ini.

2. kalau isu atau perkara yang diSEBARkan itu melibatkan orang ramai cth, naik jet peribadi, beli cincin dan sebagainya (tidak menyerang peribadi).
Ia perkara yang perlu dijelaskan kepada umum.

cuma yg banyak sekarang ini, cara sebaran itu yg kadang kala agak melampau. seperti menghina dan sebagainya.

wallahualam.....

Anonymous 23/01/2014, 16:56  

Ape pulak hukumnye dgn mereka yg memfitnah...serta media2 yg sntiase menabur fitnah utk menutup aib pemimpin mereka???

Anonymous 23/01/2014, 19:22  

Wahai kita semua! (Termasuklah saya). Politik hari ni penuh fitnah hingga tak tau mana betul .apapun mengumpat tu tetap haram. Tak ada kompromi. klu tak berkenan kt satu satu pemimpin tu bubuh ajalah komen kt fb dia . Paling baik inbox saja. Dan lg satu jgn share benda benda yg berbaur fitnah. Dosa yg dibuat setiap hari pun tak tertanggung dengan pahala yg sejemput tu (itupunkok ada sejemput)

Anonymous 23/01/2014, 23:27  

Mengata orang yang terang2 buat dosa tu la mengumpat..yang kite xnmpk tu boleh jadi fitnah...jgn buat hal...dosa sndiri pn x termampu nk tanggung...jgn la tmbh ngan doaa mengata orang...

Anonymous 24/01/2014, 15:32  

Mengata or mengumpat kini diberi nama baru...'gosip'!

Anonymous 24/01/2014, 19:36  

kalau boleh,elakkan lah share bnda2 yg tidak tahu kesahihannya.

iman and critical thinking is needed when we want to 'brag' about something.

we are lacking knowledge and 'searching-for-haq' talent day by day. astaghfirullah.

Anonymous 24/01/2014, 22:13  

Ros adalah ujian buat kite atau anda2 sane yg rase dh banyak buat pahala. Kita/anda mungkin pemurah nak share/beri pahala yg berlebihan kpd mrk2 yg diumpati, di sana nanti. Silap2 die masuk, kita kat luar sbb ramainye yg memberi sedekah pahala pd die.

Brand Cikai 24/01/2014, 22:31  

T____T... nanges laju2, lagi-lagi part y ["Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam..."]

Bukan stiap masa bleh diam dan ckp baik,mesti ada terlepas.tersembur habis ha..bler ad y tegur -__-! Ya Allah lemahnya Imanku.aishh

Pnjang laa pulak,haha.ok last2.Tak niat pn nk mngumpat,terdgr ngupatan dan xsmpat tutup telinga.Last2 kalah jua ngn dugaan tersebut.

#Semoga kita semua berubah mnjadi lebih baik dr sekarang

cik amal 24/01/2014, 23:32  

thumbs up with this entry...
semua orang wajib baca entry ni sampai habis...

semoga blog ni dimurahkan rezekiii...aamiiin
amal singgah sini.. selamat malam...
jemput singgah blog amal
wang tunai rm200 dan banyak lagi
http://cikamal.com/custom-made-sticker-kereta.html

bionikiim 25/01/2014, 14:32  

erkk erm macam mana kalau kita sdg syok syok berbual bual harian dgn sahabat sahabt dan bila mereka start erkk 'baca doa makan' untuk sesi ghibah ni, kita pun laranglahhhkan. tapi tuptup kita yg kena marah sbb dia ckp ni benda betul, bukan mengumpat! ni untuk org tau perangai si fulan tu mcm tu mcm ni. mcm mana nak betulkan benda tu?


hurmm ;"(

Anonymous 26/01/2014, 13:08  

Ini semua poyo. Rakyat ade hak utk bersuara kalau pemimpin sendiri menipu....memfitnah...menganiaya rkyt!

Siti Norshuhadah 27/01/2014, 14:20  

Tak kisah la dia buat dosa terang2 atau gelap2..atau suram2..yang penting jangan mengumpat... Kalau dosa, salah silap kita..aib kita org canang..malu jgk kn...

Anonymous 28/01/2014, 20:02  

yeay...alhamdulillah...doa saya utk apg sblum ni sampai rupanya... =)...

Anonymous 29/01/2014, 14:11  

Macam ni pun boleh jadi, huhu

insaf

Hajar Abu Hassan 29/01/2014, 14:20  

ermmm..mungkin lps ni sama2 boleh 'lihat keburukan doakan kebaikkan'..

Mr.Mystery 18/02/2014, 14:36  

hohoho..
pendapat kita sama..@@

thx APG for this ..^^

Anonymous 24/02/2014, 19:12  

Kaku dlm hati kita umpat?cth:dahlah badan tu gemuk,pakai sendat.Ya Rabb,ampuni dosa2 ku yg lebih banyak darpada buih di lautan.

Anonymous 23/10/2014, 18:38  

Menganjing tu memerlikan???

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP