16 October 2013

Si Ibu Yang Bodoh

[Kredit]

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. 

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. 

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. 

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. 

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. 

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. 

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. 

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya! Wahai!

-gabbana-

Saya tujukan post ini khas buat Puan Mama yang amat saya chentai keranaNya. Terima kasih untuk segalanya!

Tidak perlu tunggu hari lahirnya atau Hari Ibu untuk menulis sesuatu seperti ini kan..? Hargai ibu anda sebelum anda terpaksa menghargai nilai si ibu yang sebenar apabila dia sudah tiada! 

41 Caci Maki Puji Muji:

PemilikCahaya 16/10/2013, 10:50  

:'(

Anonymous 16/10/2013, 10:59  

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

;(

Kalau balik lewat sbb berbulatan gembira atau konferens riang, tapi dh inform sebelum tu, ok x?

Anonymous 16/10/2013, 11:06  

rindu ibu. thankyou mengingatkan

tasyanazar 16/10/2013, 14:43  

so deep ;(

Anonymous 16/10/2013, 15:37  

i'm cry. MasyaAllah :'( sayang mak saya..

Anonymous 16/10/2013, 16:45  

ok...nanges...

Anonymous 16/10/2013, 17:24  

Sedihnya :'(
Rindunya nak balik malaysia jumpa mak dan abah..dah 2tahun tak balik malaysia..
Doakan ade rezki,nak balik tahun depan..

Anonymous 16/10/2013, 17:39  

good story

Anonymous 16/10/2013, 18:12  

:( Allah

nana 16/10/2013, 18:24  

Deep *kesat ayaq mata

Anonymous 16/10/2013, 19:15  

='( Ya Allah..sedeyh betol, hai tak tipu hukhuk

eh encik gabbana, ada org potong bawang ker?

Anonymous 16/10/2013, 19:46  

Ingatkan birthday ibu En. Angel.
Rupanya bukan.

Anonymous 16/10/2013, 20:31  

Subahanallah. Syukran jazilan sebab buat entry ni. Baru nak cari bahan nak bagi ibu buat birthday gift. Huhu...

"^__^

Tang ayat yang akhir tu, sentap gak...

Anonymous 16/10/2013, 21:34  

syukran mr.

Teena Tna 16/10/2013, 22:10  

Sayang mak !!

Anonymous 17/10/2013, 00:55  

nages ana dibuatnye waaa

Unknown 17/10/2013, 06:29  

Subhanallah ... salah satu ekspresi perasaan yg amat mendalan buat para ibu ..

Anonymous 17/10/2013, 10:18  

So touching..make me remember my mom..May Allah bless my mom forgive all her sins..al fatihah

Unknown 17/10/2013, 11:31  

Sdeyh..
menangis ketike dalam kelas..
Mak da xde..bhagianye rase klo mak boleh dtg balik..
Balik dr shah alam gi kuantan.,
Dpt rase mak masak,,,
Ruginye tak hargai mase dulu..
Fuhh.....kesat air mata..

Anonymous 17/10/2013, 13:33  

alamak sedih sangat nih... terkena tepat pada sasaran

Anonymous 17/10/2013, 14:44  

terus homesickkk! tak sabar nak balik msia jumpa mak..uwwaaa

Unknown 17/10/2013, 16:58  

Deep. Sentap.

Anonymous 17/10/2013, 17:46  

i cry. ya ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anaknya. dia sanggup menghabiskan duit simpanan dia demi kebahagian anaknya, masa rehatnya utk memasak masakan kegemaran anaknya....list it yourself. kita tidak mungkin membalas segala jasanya. i luv u mama.

Anonymous 17/10/2013, 20:36  

I'm touched! :')

Anonymous 18/10/2013, 23:30  

Ade ke bodoh, ibunya. Tolong cari perkataan lain, ade?

Anonymous 18/10/2013, 23:33  

seorang ibu itu legend/lejen.

Spec Cikgu 20/10/2013, 17:57  

Seorang Murabbi pun... rasanya 'bodoh' juga demi mutarabbinya =)

Anonymous 21/10/2013, 10:54  

Apa kalau si ibu yang 'bodoh' itu mahu anaknya meninggalkan gerabak dakwah?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail 22/10/2013, 14:54  

Touching... syg ibu ku =')

Anonymous 23/10/2013, 21:45  

sy syg mama dan mak sy

Unknown 07/11/2013, 13:31  

semoga Allah mengampuni semua ibu-ibu dan merahmati mereka serta ganjarkan mereka syurga firdausi. Amiin

pemgorbanan ibu tidak terkira
Love you Ummi

Anonymous 09/11/2013, 16:00  

Arrrr .. yang tu ok .. ^^

Anonymous 15/02/2014, 00:49  

Syg mak sya . Tapii ..... hmmmmm

Anonymous 23/02/2014, 23:55  

Betul, setuju, Ibu memang sanggup sacrifice a lot of things for her children. Funny, something with my parent happened just today.

And kadang2 ada bapa yang tak faham tanggungjawab dan tak boleh menjadi bapa yang sepatutnya. Sedih kan?

Memang sedih.

*monolog malam-malam*

Anonymous 24/02/2014, 02:10  

Sgt indah..Tapi sayang la,mak saya bukan mcm 2.Mungkin sbb dia kawin awal so sifat keibuan dia kurang.Saya teringin nak dapat mak yg mcm org lain.

Mcm jahat pulak,tapi realiti saya x sayang mak saya.Cuma saya kasihan dan sentiasa doakan parents saya walaupun rasa sayang 2 mcm da x de.

Anonymous 24/02/2014, 04:56  

Nice entry but a lil bit inappropriate to use the word 'bodoh' even in inverted comma. But im sure u dont mean it that way.

Anonymous 24/02/2014, 14:46  

U made me cry tnpa sedar..T..T
Like im the one in the story.

Nur Najihah 24/02/2014, 15:19  

pengorbanan seorang ibu. nice inche gabbana..(Y) ..btw,saya ada kwn nm sama dgn watak dlm entri ni..

Anonymous 28/02/2014, 17:28  

Sentap
Bila di depan mata,kita selalu abaikan mereka
Tapi bila terpisah demi mencari ilmu,
Baru tahu nak menghargai semuanya.

Perasaan melonjak nak balik.
Namun apakan daya,
'Sesuatu menjadi penghalangnya'

Budak Hingusan :') 11/05/2014, 19:11  

*nagess*
andai mami maseh ada. .
:'(
sudah 8 tahun mami tgglkan kami. .
dan menanti di pntu Syorga. .
InsyaAllah. .

Anonymous 04/08/2015, 12:43  

Umi saya tak 'bodoh' TT

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP