Pelangi
[Kredit] |
"Akhi... Err nak tanya lah. Kenapa Islam haramkan hubungan sejenis eh? Homoseksual. Apa masalahnya...?"
Nak tersembur air teh tarik yang baharu sahaja diteguk Elias Ghani. Apa punya soalan da.
Pagi itu Elias mengajak hadek bulatan gembiranya, Zailani Lumamba untuk bersarapan pagi bersama. Nak muayasyah la kononnya. Apabila ditanya nak makan apa, Zailani menyerahkan segalanya kepada Elias; apa-apa sahaja pon bismillah jalan!
Maka gerai mamak peberet Elias lah yang menjadi pilihan hati; Restoran Kari Kepala Ikan Sulaiman Maju. Roti canai garingnya dan teh tarik kawkawnya memang cenggini (tunjuk ibu jari)!
Baru sahaja mahu menghirup tegukan pertama teh tarik kawkaw gelas besar, soalan cepu gangsa itu ditanya. Mujurlah tidak tersembur air teh itu ke muka Zailani.
"Erk. Kenapa tiba-tiba ni...?"
"Takde apa. Saja terfikir. Sekarang ni kan tengah hangat isu LGBT ni; hak asasi manusialah, kesamarataan untuk semua lah. Jadi nak tahu lah, apa sebenarnya hujah di sebalik pengharaman hubungan sejenis ni dalam pandangan Islam."
Mengalir peluh kecil di tepi dahi Elias. Mencabar. Ini mencabar!
Elias berkira-kira bagaimana mahu menjawabnya. Sama ada mahu guna jalan pintas atau lebuh raya Utara Selatan! Sekiranya dijawab ala kadar sahaja, risau pula sekiranya Zailani akan hilang tsiqah padanya. Namun andai dia menjawab panjang berjela-jela, takut pula ia akan menjadi perdebatan yang tak kunjung habisnya!
"Uhm, mudahnya, sebab Allah dah haramkan perbuatan tu. Ia terkutuk dan mungkar. Mungkin ada sesetengah perkara yang kita belum yakin lagi dengan hikmah di sebalik pengharamannya, sebab mungkin belum ada bukti-bukti terkini untuk mengiyakannya. Tapi kita berpegang dan yakin dengan hukum Allah."
"Contoh?"
Adoi budak ni. Bagi la can gua pekena roti canai ni dulu!
"Ok contoh, macam solat. Apa hikmah kita bersolat? Saintis telah menunjukkan, semasa kita sujud dalam solat, ada satu salur darah dalam otak ni akan terbuka dan darah boleh mengalir masuk. Ajaibnya, salur ni hanya akan terbuka dalam posisi sujud. Tapi itu bukanlah sebab kenapa kita wajib bersolat. Kalau salur tu tak wujud atau boleh terbuka dalam situasi yang berbeza, adakah bermakna kita sudah boleh meninggalkan solat? Tak kan? Hakikatnya, kita wajib mendirikan solat sebab Allah telah mewajibkannya!"
Zailani mengangguk-angguk tanda bersetuju, sambil mencicah cebisan roti tosai telurnya dengan kuar kari ikan pekat.
"Satu lagi, macam pengharaman babi."
Sebaik sahaja menyebut perkataan 'babi,' seorang makcik memandang mereka dengan mata sedikit terbeliak. Kemudian makcik tersebut menyambung upacara sarapan paginya. Biasalah, Melayu.
"Kononnya babi diharamkan sebab dalam daging babi ada sejenis cacing yang tak boleh nak dihapuskan walau guna cara apa sekalipon. Dan gaya hidup babi yang terlalu bebas dan sosial. Eh. Maksud saya, kotor dan menjijikkan. Tapi apa jadi kalau saintis berjaya menghasilkan baka babi yang bebas daripada cacing tu..? Atau boleh membiakkan babi dalam persekitaran yang suci dan bersih? Adakah ketika itu hukum memakan daging babi itu bertukar halal?"
Elias mengangkat keningnya. Saja nak ek. Zailani menggeleng-gelengkan kepalanya sambil laju-laju mengunyah tosai yang berbaki. Cis budak ni.
"Daging babi akan tetap haram sampai bila-bila, sebab itu dah qat'ie, dah tetap. Allah dah sebut dalam al-Quran dan ia akan kekal begitu selama-lamanya, walau comel dan gebu macam mana pon babi tu."
Sekali lagi makcik yang sama memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik. Kali ini dia lama juga dia menjeling.
"Sama lah macam homoseksual. Ia haram sebab Allah dah haramkan perbuatan tu. Dalam Quran berapa kali Allah sebut pasal kaum Nabi Lut yang dicela dan diazab kerana kebiasaaan mereka melakukan hubungan sejenis. Hubungan sejenis ni sangat bertentangan dengan fitrah manusia yang Allah ciptakan berpasang-pasangan. Kalaulah hubungan sejenis ni ok, tak perlulah Allah ciptakan Hawa. Mungkin Allah boleh cipta Sadam; Adam dan Sadam. Gituuuh."
Tergelak Zailani mendengar jenaka murabbinya itu. Tapi dia masih belum berpuas hati.
"Mamak! Roti canai satu!"
Eh.
"Ok saya faham dan terima je dari segi hukum. Tapi.. Kenapa nak larang benda tu..? Apa rasionalnya..? Bukankah Islam ni agama yang syumul? Meraikan perbezaan dan menerima kepelbagaian...? Cuba anda yakinkan saya mudharat homoseksual ni."
Ok apahal anak usrah aku sorang ni. Tetiba je berminat pasal benda ni. Risau pulak aku.
Elias menggaru kepalanya yang tidak gatal, tapi adalah sedikit ketombe tu.
"Kalau nak cerita pasal mudharat, memang banyak. Antaranya, kasihan lah anak-anak dara di luar sana, yang kempunan nak kahwin bila mana ramainya lelaki yang gay di luar sana. Kekeke. Ok gurau.
Yang jelas, banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti AIDS, siflis dan macam-macam lagi yang boleh tersebar dengan perbuatan hubungan sejenis ni. TAPI, saya tahu akan ada orang yang berhujah, oh, kalau hubungan tak sejenis pon boleh dapat juga penyakit-penyakit ni! Dan dengan perkembangan teknologi moden, mungkin suatu hari nanti akan ada penawar mujarab kepada penyakit-penyakit yang disebutkan tadi.
Ada juga yang mengatakan antara mudharat besar kepada hubungan jenis adalah rosaknya salsilah keturunan dan berakhirnya waris turun-temurun. Bagi saya, kalau guna hujah ni, anda ingat geng-geng homoseksual ni peduli ke..? Kalau dah mempertuhankan nafsu, semua pon jalan!"
Berkerut dahi Zailani.
"Abes tu... Macam mana?"
"Ok pertamanya, saya nak sentuh sikit, betapa hipokritnya tamadun Barat dalam menangani isu ini. 50, 60 tahun dahulu, mereka sendiri dengan tegar dan kerasnya menentang amalan homoseksual ini. Namun apabila kebejatan moral semakin tersebar, cara hidup hedonisme semakin menjadi pilihan, lama-kelamaan mereka semakin boleh bertoleransi dan mula longgar dalam menghukum mereka ini. Inilah akibatnya apabila akal dijadikan rujukan, bukannya wahyu dari Tuhan.
Dan keduanya, saya nak bawa anda melihat isu ini dari perspektif yang sedikit berbeza. Uhm, nampak tak pelangi tu...?"
Tiba-tiba en ada pelangi. Dan dan je. Saja nak buat sedap cerita.
Terkebil-kebil Zailaini, cuba mencari pelangi yang dimaksudkan. Akhirnya dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya, tanda dia sudah jumpa pelangi yang dicari.
"Cuba perhatikan pelangi tu...? Indah kan? Subhanallah. Hebat betul ciptaan Allah; bagaimana cahaya yang satu, dalam keadaan tertentu, boleh berpecah menjadi tujuh bilah cahaya yang berbeza, dan membentuk satu jalur berwarna-warni yang begitu mempesona.
Tapi, pelangi hanya akan terbentuk bila adanya hujan. Maknanya, hanya dalam keadaan tertentu pelangi akan terbentuk. Dalam keadaan yang biasa, memang susah nak jumpa pelangi ni.
Begitulah Islam wahai akhi. Islam itu satu, sumbernya satu; hanya dari Allah. Tapi dalam keadaan tertentu, Islam meraikan perbezaan. Islam menerima kepelbagaian. Kerana Islam itu indah, punya pelbagai ragam dan beraneka warna.
Perkara yang asas dalam Islam sudah tetap, sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Namun kita diberi kebebasan dalam perkara-perkara yang furu', yakni cabang-cabang kepada perkara yang asas tadi. Tapi itu pon ada batas-batasnya; seperti pelangi yang hanya membiaskan tujuh jenis warna, dan bukannya lapan, sembilan dan sebagainya.
Maka bergembiralah dengan warna yang tujuh itu - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu - kerana sekurang-kurangnya Allah memberi kita pilihan, selagi mana ia membentuk pelangi yang satu. Namun apabila tiba masanya, pelangi akan hilang dan kita perlu kembali menjadi cahaya yang satu.
Yang haram tetap haram akhi. Janganlah kita berlebih-lebihan dalam mempersoalkan hukum Allah, kerana ilmu kita tidak sampai pon setitis air dalam lautan ilmu Allah yang begitu luas. Dan yakinlah, Allah pastinya Maha Mengetahui apa yang baik buat kita.
Namun, pada masa yang sama, janganlah pula terlalu keras dalam hal-hal yang furu'. Kerana di situ, kita diberi kebebasan dan pilihan, seperti cahaya yang bebas membilah tujuh apabila kena dan tepat pada masanya!"
Tidak berkelip mata Zailani mendengar penjelasan murabbinya itu. Hidungnya kembang-kempis, tanda dia berpuas hati dan bersemangat dengan penjelasan yang diberikan.
Matanya sempat melirih kepada pelangi yang hampir hilang ditelan cahaya matahari yang semakin terik. Dia tersenyum.
"Akhi... Dah tengok cerita Laskar Pelangi...?"
-gabbana-
Alhamdulillah, draf novel sulung sudah berjaya disiapkan. Sekarang ni dalam proses baca bukti (Baca: Proofread) oleh seorang al-akh mahbub terchenta.
Doakan segalanya dipermudahkanNya! Senyum, kenyit mata.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan."
[al-Baqarah, 2:208]
Namun, pada masa yang sama, janganlah pula terlalu keras dalam hal-hal yang furu'. Kerana di situ, kita diberi kebebasan dan pilihan, seperti cahaya yang bebas membilah tujuh apabila kena dan tepat pada masanya!"
Tidak berkelip mata Zailani mendengar penjelasan murabbinya itu. Hidungnya kembang-kempis, tanda dia berpuas hati dan bersemangat dengan penjelasan yang diberikan.
Matanya sempat melirih kepada pelangi yang hampir hilang ditelan cahaya matahari yang semakin terik. Dia tersenyum.
"Akhi... Dah tengok cerita Laskar Pelangi...?"
-gabbana-
Alhamdulillah, draf novel sulung sudah berjaya disiapkan. Sekarang ni dalam proses baca bukti (Baca: Proofread) oleh seorang al-akh mahbub terchenta.
Doakan segalanya dipermudahkanNya! Senyum, kenyit mata.
7 Caci Maki Puji Muji:
Novel. .whoa. .mabruk :))
Semoga Allah permudahkan segalanya. .roger2 ey. .
Mantap pelangi!
suka cerita ni.moga dipermudahkan segala urusan IG.
love it...
Sukenye..
Biasa la Cina, lalu meluruskan rambutnya yang lurus, satu2nya tang lurus berkaitan diri nya.
eden tertunggu ni. hee
Post a Comment