Dua Ringgit, Kalimah Allah Dan Erti Sebuah Pengorbanan
| ||
Keistimewaan baginda terletak pada pengorbanan. Ya, pengorbanan baginda yang tiada tolok bandingnya.
Baginda sanggup berkorban dengan mengenepikan ahli keluarganya sendiri, apabila sanggup memecahkan berhala-berhala yang antara lainnya diukir oleh ayahnya sendiri, semata-mata kerana mahu menegakkan kebenaran. Akibatnya? Baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala.
Baginda sanggup mengorbankan isteri dan anak yang terchenta, Hajar dan Ismail a.s. di tengah-tengah padang pasir yang kontang dan tidak berpenghuni, semata-mata kerana mahu taat dan patuh pada perintah Allah.
Dan baginda sanggup mengorbankan anak kesayangannya sendiri, Ismail a.s. apabila baginda bermimpi mendapat arahan daripada Allah untuk menyembelih Ismail a.s. sebagai tanda ketaatan yang total kepadaNya.
***
Sukar untuk saya mengambil pendirian, sama ada menyokong usaha mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam atau melihat kepada isu yang lebih besar yakni lemahnya aqidah dan pegangan umat Islam itu sendiri.
Jujurnya, kedua-dua belah kem mempunyai hujah-hujah tersendiri yang ada logik dan rasionalnya. Mereka yang menyokong pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan The Herald melihatnya daripada sudut kemaslahatan dakwah; yakni urgensi untuk menghalang daripada kalimah tersebut disalahgunakan lantas mungkin akan menyebabkan ada umat Islam yang keliru. Pihak yang tidak menyokong pengharaman pula ramainya yang mengambil pendekatan hukum asal penggunaan kalimah Allah, yakni harus dan dibolehkan oleh orang bukan Islam untuk menggunakannya. Dan pada mereka ini, buat apa mahu takut orang bukan Islam menggunakannya; lemah sangatkah aqidah umat Islam sehingga amat mudah goyah dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?
Hmm.
Saya tidak bercadang untuk memanjangkan perdebatan yang sememangnya sudah sedia panjang dan meriah itu. Peluh. Namun saya ingin membawa anda semua melihat kepada beberapa isu yang saya kira, lebih menekan dan memerlukan perhatian daripada kita semua, sekiranya kita benar-benar sayangkan ummah ini.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah seorang lelaki yang dipenjarakan dua tahun kerana mencuri dua hinggit. Eh, maafkan saya. Dua ringgit. RM2.00. Ya, dia ditangkap mencuri ringgit dari tabung sebuah masjid. Seorang jemaah masjid melihat lelaki itu mengorek tabung masjid dengan lidi lantas melaporkan hal tesebut kepada pengawal keselamatan masjid. Tidak cukup dengan itu, dia juga didenda dengan RM5,000!
...
...
...
Dua ringgit je pon! Nak beli nasi bungkus lauk ayam goreng pon tak lepas! Haisshhh.
Ok maafkan saya, Sedikit emo di situ.
Benar, kita tidak tahu apakah pertimbangan-pertimbangan yang diambil kira oleh Yang Arif Lagi Bijaksana Tuan Majistret yang menjatuhkan hukuman. Kemungkinan besar beliau hanya menuruti rang undang-undang yang sedia ada.
Namun ia memperlihatkan begitu banyak kepincangan dan kerosakan dalam masyarakat kita. Mari kita senaraikan satu-persatu.

- Apa kejadahnya pihak masjid nak laporkan kes kecurian RM2 sampai ke pihak polis? Sedekahkan je lah duit sendiri kepada lelaki tersebut!
- Apa masalah si Tuan Majistret nak denda lelaki tersebut sampai dua tahun, dengan denda RM5,000! Kalau lelaki tu dah sampai tahap mencuri di masjid, bukankah maknanya dia sudah amat terdesak? Mana nak cari RM5,000 Tuan Majistret oi? Nak suruh dia mencuri lagi...?? Tuan Majistret menyifatkan lelaki tersebut 'berhati kering' kerana sampai tergamak mencuri di masjid. Dah, Tuan Majistret tak kering hati kah sampai sanggup menjatuhkan hukuman sedemikian rupa?
- Saya masih tidak boleh mengotakkan apakah sebabnya lelaki tersebut sampai mahu mencuri di masjid. Ada kemungkinan dia sudah amat terdesak; terlalu lapar atau anaknya lapar susu. Ke mana perginya hati budi saudara-mara atau jiran tetangga lelaki tersebut?
- Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia disenaraikan antara negara yang paling jaguh dalam kes rasuah dan pecah amanahnya. Memang hebat Malaysia ni. Orang mencuri RM2 tak terlepas, dihukum dengan begitu berat sekali. Orang rompak berjuta-juta, boleh buat dono dan biskut Meri! Pppfffttt!
- Institusi masjid yang gagal berfungsi menjadi tempat perlindungan mereka yang memerlukan. Alasannya? Takut orang salah gunakan kemudahan-kemudahan yang ada! Aduhai.
- ... (Sila senaraikan sendiri kebobrokan-kebobrokan lain yang boleh anda fikirkan)
Apa yang berlaku hanyalah simptom-simptom kepada kerosakan yang lebih besar yang sedang masyarakat kita pada hari ini. Dan kerosakan ini lebih merbahaya kepada aqidah umat Islam sebenarnya.
Sindrom tidak peduli. Sindrom ada aku kisah. Sindrom kubur masing-masing. Syaikh Naquib al-Attas menyifatkan masalah terbesar umat ini adalah krisis adab!
Bukan sekali kita dengar, bagaimana umat Islam yang miskin tegar, yang dhaif tahap kais pagi makan pagi selepas itu dah tak boleh nak kais dah, eh, akhirnya pergi ke gereja-gereja untuk meminta bantuan. Dan pihak gereja pula melayan mereka dengan sehabis baik; bukan sahaja makanan yang diberikan, malah wang dan bekalan makanan untuk kegunaan hari-hari yang seterusnya!
Inilah yang lebih menarik minat umat Islam yang lemah aqidah dan imannya untuk murtad berbanding dengan terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah!
Oleh sebab itu juga, ar-Rasul SAW ada mengajar kita sebuah doa:
اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَِ
Tetapi isu ini sudah terlalu dipolitikkan, sehingga ruh sebenar perjuangannya sudah tidak terasa lagi. Dan ia terlalu diperbesar-besarkan, sehingga isu yang lebih penting dan perlu diberi perhatian, ditolak tepi dan dibuat megi. Eh.
Belum lagi kita berbicara tentang kebejatan sosial yang sudah membarah dalam masyarakat. Dengan zinanya, dengan buang anaknya, dengan masalah samsengnya, dengan rasuahnya, dengan dadahnya, dengan sumbang mahramnya, dengan masalah homoseksualnya. dengan entah apa-apa laginya! Aduhai, kiamat sudah dekat!
Kita bersorak apabila orang Kristian tidak boleh lagi menggunakan kalimah Allah, tapi bagaimana dengan begitu ramai umat Islam di luar sana yang masih belum mengenal Allah...?? Aduhai.
Benar benar. Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Ya, saya terima argumen itu. Tapi apa prioriti kita sekarang ini? Apa keutamaan yang perlu kita beri perhatian dalam keadaan umat yang sedang nazak ini...??
Dan saya tidak hairan andai penulisan saya yang ini akan dipolitikkan pula selepas ini! Geleng kepala.
Bagaimana umat Islam boleh menjadi sebegini teruk? Sebegini rosak? Sebegini jauh dengan cara hidup Islam yang sempurna, lengkap lagi melengkapkan itu...?
Kerana pengorbanan. Ya, kerana umat Islam sudah semakin melupakan erti pengorbanan yang sebenar.
Umat Islam di Malaysia terutamanya, sudah semakin manja. Sudah terlalu chentakan dunia. Berat untuk meninggalkan keselesaan di rumah untuk pergi berjihad di medan yang lebih besar. Apakah erti pengorbanan buat kita?
Korbankan cuti tahunan? Korbankan masa bersama keluarga? Korbankan duit rokok? Korbankan gaji? Korbankan masa tidur? Korbankan perasaan dengan gelpren? Batuk.
Apa erti pengorbanan buat kita...??
Dan hal ini terutamanya lebih menampar hati dan mengoyak jiwa buat anda yang bergelar dua't di luar sana. Kadang-kadang malu dengan mubaligh Kristian dan gerakan-gerakan jahiliyyah yang mahu menjatuhkan Islam; sanggup berkampung nun di pedalaman Sabah dan Sarawak sana berbulan lamanya, tidak tidur malam kerana mahu merencana rancangan mereka dan macam-macam lagi pengorbanan yang tidak boleh diotakkan kita.
Kita?
Tidak sanggup berkorban membawa bulatan gembira kerana jaraknya yang jauh.
Tidak sanggup menginfaqkan harta dan tenaga kerana ada kepentingan diri yang mahu diutamakan dahulu.
Tidak sanggup menghadiri konferens riang kerana sudah berjanji dengan kawan untuk bermain boling.
Tidak sanggup melakukan kerja-kerja dakwah yang ekstra kerana penat dan tidak larat.
Tidak sanggup melakukan sesuatu yang asing hanya kerana risaukan pandangan dan cemuhan orang lain.
Aduh!!!
Apa erti pengorbanan buat kita...?? Kerana ketahuilah, tahap kemampuan kita berkorban adalah sesuai dengan tahap keimanan kita!
Nanges.
Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bukan calang-calang. Dia terpaksa berkorban perkara yang paling dekat di hatinya.
Hajar, isteri yang amat dichentainya, ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir sebatang kara.
Ismail a.s., anak sulungnya yang paling disayanginya, diarahkan untuk dikorbankan.
Dan oh, jangan lupa pengorbanan baginda yang menyerahkan isterinya, Sarah kepada sang Raja yang rakus dan bernafsu besar!
Kerana Allah mahu baginda melepaskan apa-apa yang terikat di hatinya, dan menggantikannya dengan kechentaan yang paling agung kepada Allah.
Dan kerana pengorbanan baginda yang cukup hebat dan tinggi inilah, baginda mendapat gelaran Khalilullah, yakni kekasih Allah, orang yang amat dekat dengan Allah.
Tidak sehingga kita memaknai erti pengorbanan yang sebenar, sehingga kita melepaskan ikatan-ikatan lain selain daripada ikatan kepada Allah dan meletakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan kita kepada Allah semata, pertolongan Allah datang dan memenangkan kita.
Salaam 'Idul Adha. Taqabalallahu minna wa minkum. Moga Allah terima amal anda dan kita semua.
-gabbana-
Artikel ini sepatutnya disiapkan semalam. Tapi malam tadi terpengsan awal, penat melayan saudara-mara yang bertandang ke rumah.
Bagaimana dengan Hari Raya anda...? Penuh keinsafan dan penghayatan makna pengorbanan? Atau penuh keinsafan sebab terlalu banyak makan lamb shank dan penghayatan menghirup sup tulang...?
Titik titik titik.
Sindrom tidak peduli. Sindrom ada aku kisah. Sindrom kubur masing-masing. Syaikh Naquib al-Attas menyifatkan masalah terbesar umat ini adalah krisis adab!
Bukan sekali kita dengar, bagaimana umat Islam yang miskin tegar, yang dhaif tahap kais pagi makan pagi selepas itu dah tak boleh nak kais dah, eh, akhirnya pergi ke gereja-gereja untuk meminta bantuan. Dan pihak gereja pula melayan mereka dengan sehabis baik; bukan sahaja makanan yang diberikan, malah wang dan bekalan makanan untuk kegunaan hari-hari yang seterusnya!
Inilah yang lebih menarik minat umat Islam yang lemah aqidah dan imannya untuk murtad berbanding dengan terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah!
Oleh sebab itu juga, ar-Rasul SAW ada mengajar kita sebuah doa:
اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan
kefakiran. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur, tiada Tuhan (yang
berhak disembah) kecuali Engkau."
[Hadith Riwayat Bukhari]
Sesungguhnya, kekufuran itu memang sangat dekat dengan kefakiran. Orang yang lapar, yang terdesak, akan mencari apa sahaja sumber dan akan berbuat apa sahaja yang termampu untuk mengisi perutnya yang kosong. Juga perut-perut ahli-ahli keluarganya yang juga kekosongan.
Termasuklah berjumpa dengan dukun, bermain nombor ekor, meminta bantuan jin hutan dan sebagainya, yang sebenarnya boleh menjejaskan aqidah seseorang itu.
Bak kata omputih, "Hungry people are angry people." Jangan main-main dengan isu roti dan mentega (Baca: Bread and butter) ini. Berapa banyak revolusi-revolusi besar seluruh dunia digerakkan oleh rasa 'lapar' ini!
Tetapi tidak pernah pula kita lihat ada gerakan-gerakan atau kumpulan yang bersungguh-sungguh menentang pihak masjid yang bersikap tidak peduli kepada mereka yang memerlukan ini. Atau protes bagi membantah sikap pihak zakat yang acuh tak acuh dan tidak telus dalam membahagikan hasil kutipan zakat. Atau gerakan yang penuh semangat membara mahu menghapuskan rasuah secara total; yang ada pon kebanyakan daripada mereka terdiri daripada mereka yang bukan Islam.
Nah, bukankah hal-hal sebegini yang perlu lebih dititikberatkan...?
Sila jangan salah sangka atau saya akan cubit perut anda. Saya tidak memperlekehkan atau merendah-rendahkan mereka yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kalimah Allah ini. Tidak sama sekali. Baguslah, sekurang-kurangnya ada pihak yang peduli dan ambil kisah tentang hal ini.
Belum lagi kita berbicara tentang kebejatan sosial yang sudah membarah dalam masyarakat. Dengan zinanya, dengan buang anaknya, dengan masalah samsengnya, dengan rasuahnya, dengan dadahnya, dengan sumbang mahramnya, dengan masalah homoseksualnya. dengan entah apa-apa laginya! Aduhai, kiamat sudah dekat!
Kita bersorak apabila orang Kristian tidak boleh lagi menggunakan kalimah Allah, tapi bagaimana dengan begitu ramai umat Islam di luar sana yang masih belum mengenal Allah...?? Aduhai.
Benar benar. Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Ya, saya terima argumen itu. Tapi apa prioriti kita sekarang ini? Apa keutamaan yang perlu kita beri perhatian dalam keadaan umat yang sedang nazak ini...??
Dan saya tidak hairan andai penulisan saya yang ini akan dipolitikkan pula selepas ini! Geleng kepala.
Bagaimana umat Islam boleh menjadi sebegini teruk? Sebegini rosak? Sebegini jauh dengan cara hidup Islam yang sempurna, lengkap lagi melengkapkan itu...?
Kerana pengorbanan. Ya, kerana umat Islam sudah semakin melupakan erti pengorbanan yang sebenar.
Umat Islam di Malaysia terutamanya, sudah semakin manja. Sudah terlalu chentakan dunia. Berat untuk meninggalkan keselesaan di rumah untuk pergi berjihad di medan yang lebih besar. Apakah erti pengorbanan buat kita?
Korbankan cuti tahunan? Korbankan masa bersama keluarga? Korbankan duit rokok? Korbankan gaji? Korbankan masa tidur? Korbankan perasaan dengan gelpren? Batuk.
Apa erti pengorbanan buat kita...??
Dan hal ini terutamanya lebih menampar hati dan mengoyak jiwa buat anda yang bergelar dua't di luar sana. Kadang-kadang malu dengan mubaligh Kristian dan gerakan-gerakan jahiliyyah yang mahu menjatuhkan Islam; sanggup berkampung nun di pedalaman Sabah dan Sarawak sana berbulan lamanya, tidak tidur malam kerana mahu merencana rancangan mereka dan macam-macam lagi pengorbanan yang tidak boleh diotakkan kita.
Kita?
Tidak sanggup berkorban membawa bulatan gembira kerana jaraknya yang jauh.
Tidak sanggup menginfaqkan harta dan tenaga kerana ada kepentingan diri yang mahu diutamakan dahulu.
Tidak sanggup menghadiri konferens riang kerana sudah berjanji dengan kawan untuk bermain boling.
Tidak sanggup melakukan kerja-kerja dakwah yang ekstra kerana penat dan tidak larat.
Tidak sanggup melakukan sesuatu yang asing hanya kerana risaukan pandangan dan cemuhan orang lain.
Aduh!!!
Apa erti pengorbanan buat kita...?? Kerana ketahuilah, tahap kemampuan kita berkorban adalah sesuai dengan tahap keimanan kita!
Nanges.
***
Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bukan calang-calang. Dia terpaksa berkorban perkara yang paling dekat di hatinya.
Hajar, isteri yang amat dichentainya, ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir sebatang kara.
Ismail a.s., anak sulungnya yang paling disayanginya, diarahkan untuk dikorbankan.
Dan oh, jangan lupa pengorbanan baginda yang menyerahkan isterinya, Sarah kepada sang Raja yang rakus dan bernafsu besar!
Kerana Allah mahu baginda melepaskan apa-apa yang terikat di hatinya, dan menggantikannya dengan kechentaan yang paling agung kepada Allah.
Dan kerana pengorbanan baginda yang cukup hebat dan tinggi inilah, baginda mendapat gelaran Khalilullah, yakni kekasih Allah, orang yang amat dekat dengan Allah.
Tidak sehingga kita memaknai erti pengorbanan yang sebenar, sehingga kita melepaskan ikatan-ikatan lain selain daripada ikatan kepada Allah dan meletakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan kita kepada Allah semata, pertolongan Allah datang dan memenangkan kita.
Salaam 'Idul Adha. Taqabalallahu minna wa minkum. Moga Allah terima amal anda dan kita semua.
-gabbana-
Artikel ini sepatutnya disiapkan semalam. Tapi malam tadi terpengsan awal, penat melayan saudara-mara yang bertandang ke rumah.
Bagaimana dengan Hari Raya anda...? Penuh keinsafan dan penghayatan makna pengorbanan? Atau penuh keinsafan sebab terlalu banyak makan lamb shank dan penghayatan menghirup sup tulang...?
Titik titik titik.
17 Caci Maki Puji Muji:
Ter'shock' kejap kene elektrik dr inche gabbana..!
jazakallah saudara IG.
sgt seronok membaca sambil terantuk kepala di dinding...
pengisian yg mendalam sampai lemat tak terkata... :D
Post yg begitu inspiring dan membuka mata dan minda.
Jazakallah.
Penggunaan kalimah Allah tu... X nak say much about it too, tapi cuba baca buku ni.
http://www.goodreads.com/book/show/9708.Cross_the_Crescent
Post kali ni xde ayat cinta Allah?
Assalamualaikum inche gabbana.
Ana just nak clarify ayat ni,
Sesungguhnya, kekufuran itu memang sangat dekat dengan kekafiran. Orang yang lapar, yang terdesak, akan mencari apa sahaja sumber dan akan berbuat apa sahaja yang termampu untuk mengisi perutnya yang kosong. Juga perut-perut ahli-ahli keluarganya yang juga kekosongan.
kekufuran itu sangat dekat dengan kekafiran.
ke kefakiran itu sangat dekat dengan kekafiran?
tak pasti sama ada inche tersilap taip, atau memang benar maksudkannya.
jzkk.
"Sukar untuk saya mengambil pendirian, sama ada menyokong usaha mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam atau melihat kepada isu yang lebih besar yakni lemahnya aqidah dan pegangan umat Islam itu sendiri."
saya kurang faham kenapa ada yang melihat isu kalimah Allah ini sebagai suatu dikotomi.... bukankah boleh sahaja menyokong pengharaman tersebut, dan dalam masa yang sama memperkuatkan aqidah umat Islam sendiri? saya melihat perdebatan hal ini suatu yang sia-sia. saya melihat lebih banyak pro pengharaman ini, dalam masa yang sama pemerkasaan aqidah umat Islam adalah suatu usaha yang memang tanggungjawab umat Islam.
assalamu'alaykum Inche Gabbana
thanks atas post yg sgt menarik... really membuka minda....
Dakwah kita membawa manusia tunduk dan patuh kepada Allah semata-mata. Iaitu pembinaan iman, iman dan iman.
Hanya HATI yang bertuhankan Allah akan menggerakkan jasad untuk mengikut perintahNya.
13 tahun dakwah fasa Mekah, HUKUMLES! Fokusnya aqidah.
Kemudian apabila di Madinah, turunlah hukum apa pun, mereka patuh macam *petik jari* tu ja. Itupun pembinaan iman masih lagi berterusan.
Nampak macam lambat kan? Tapi seerah telah membuktikannya.
Salam,
Dalam Islam, tiada siapa dan usaha sesiapa patut diremehkan.Walau sebesar mana atau sekecil mana usaha tersebut. Yg utama, niat yg ikhlas keranaNya. Kita tak tau pon usaha siapa akan diterimaNya.
(Ref: isu kalimah Allah).
Jika terdapat pendapat yg berbeza, jangan pula kita melatah melenting. Tahap kefahaman dan approach kita mungkin berbeza, tak tau pon ushaa siapa diterimaNya. Sedangkan jika beranggapan kita sudah faham, adakah itu kefahaman hakiki. Kita hamya mampu berusaha dan berdoa agar di lindungi dan dirahmatiNya dan sgl amal kebajikan di redhai Nya.
Jgn pula kita jadi judge (judgemental) melebihi judge tanpa usul periksa. Allah is the ultimate Judge. (eg. bila saya guna English jgn disangka saya 'jahil' segala nya). I may not know a lot, but am in the process of acquiring, am putting the effort. Those who claim to know more than the rest, may not be in the know that much as well.. Allah knows best. You may not say it out loud, but the way you put it, belittling others/others' effort/opinion..says it all.
Pendapat kita mungkin berbeza, tapi tak perlu sesiapa helter skelter, panic mohon saya diberi hidayahNya. Sama2 kita pohon..utk sume, you and I. For all you know, nobody knows for certain about anything, coz only God knows.
Otherwise, kenapa banyak pehak di luar sana mempertikaikan approach golongan korang dalam ni. In fact, I am a defender of this group, out there. Dari sealim2 puak hg ke puak yg korang label 'jahil'.
I listen to all of them; taksub, baru tau sikit dah melebih, culture shcck, extreme, kefahaman tidak menyeluruh(not my words), judging from one aspect only, da'awa group (yg bakal mak mertua/even pkr takuti) ..the list continues,.. and I filter what I think is the truth.(God farbades what I think as the truth may not be the truth after all ???)
To APG, allow me to cont. following yr posts and status, coz the knowledge might come in handy in my pursuit to reveal to others out there. I may not agree with everything here but I do agree with many things..eg that part where "bakal m.m. takuti". That part hurts me...hmmm... 'Coz, they think I'm going to accept one like 'you' as one. ??? =). Their thoughts..
entry kali ni IG sangat serius dalam berkata-kata.
Salam akhi AE , terima kasih menulis apa yang saya juga rasakan. Membaca status Allah milik ISlam, kemenangan untuk kita dan pelbagai lagi buat saya terfikir apa yang mereka pertahankan sebenarnya dan selepas ini ke mana arah tujunya. Maaf kata sewaktu agama lain tengah berusaha berdakwah, orang kita masih tebal dengan segala macam racistnya, tanya pada diri ramaikah rakan non muslim kita bicarakan soal akidah? Soal indahnya islam? Itu belum lagi malu untuk saya sbut perangai negara kotor, rasuah dan segala kebejatan itu milik negata Islam yg terang2 No no to all these.
Salam,
Talk abt discrepancy and judgemental/racism.. I find these amongst the status, 'maleis, bani melayu,' etc.
I beg to differ. God creates the human race as equals, no race is deemed superior/inferior than the rest.
Kalau kita berusaha, kita akan berjaya, insyaAllah. Kelangsungan(??) seseorang bukan bergantung kpd bangsanya, ttp usahanya.Berusahalah anak2ku,(ehm), semoga berjaya. Others might poison your mind with the 'maleis' factor to suit their agenda. With usaha and tawakal, insyaAllah, everything is going to be fine. Don't keep saying the same words, it will become a du'a.
Siapa lg kalau bkn kita yg mampu merubah nasib agama dan bangsa kita. Don't depend on others. =)
Assalamualaikum encik APG dan rakan2 yg lain.
Pertama-tamanya sy ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kpd APG atas penulisan dan pendedahan yg bagus mengenai isu ini. Bagus sekali (dan berkali2) usaha APG yg membuka mata para pembaca.
Namun yg demikian, sy percaya, APG merupakan seorang yg terbuka untuk menerima pendapat org lain juga, InshaaAllah.
Pendapat sy mengenai post APG kali ini terbahagi kpd tiga bahagian.
Yg pertama ialah mengenai isu kalimah Allah. APG ada menyebut
“Sukar untuk saya mengambil pendirian, sama ada menyokong usaha mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam atau melihat kepada isu yang lebih besar yakni lemahnya aqidah dan pegangan umat Islam itu sendiri”
Pada pendapat sy yg marhaen ini, usaha mengyokong pengaharaman penggunaan kalimah Allah oleh The Herald ialah sgt wajar. Namun yg demikian, itu bukanlah bermakna kita perlu melepaskan tangan dalam melihat dan memperbaiki kelemahan aqidah dan pegangan umat Islam. Malah, disebabkan kita sedar dan tahu bahawa pegangan aqidah umat Islam (waktu ini di Malaysia) masih di tahap lemahlah, maka menjadi keperluan kita utk mengelakkan segala jenis kekeliruan di masa hadapan (foreseeable effect of using Allah’s name in the Herald). Namun tidak dinafikan, usaha2 lain turut sama diperlukan utk memperkemas pegangan hidup Muslims di Malaysia.
Yg keduanya ialah,
Sy amat menyokong pendapat APG yg menyatakan bahawa amatlah tidak patut seandainya lelaki yg mengambil RM2 di masjid itu utk dikenakan denda sbyk RM5000. Hatta, kelima-lima points APG turut sy sokong. Walaubagaimanapun, sy terpanggil utk berkongsi penyampaian oleh seorang panel jemputan IKIMfm minggu lepas (maaf sy lupa namanya). Beliau bertanya kpd DJ IKIMfm, “seandainya anak DJ mencuri RM1000, adakah DJ marah?”. DJ itu menjawab ya. “Kalau RM100?” DJ itu menjawab ya. “Kalau RM10? Kalau RM 1?”. Apa yg ingin disampaikan oleh panel tersebut ialah, it is a matter of principle. Mencuri tetap mencuri. Tidak kiralah amount nya berapa dan siapa orgnya (hatta org besar dan kenamaan sekalipun).
Kembali kpd post APG, tidak sy nafikan mungkin terdapat beberapa faktor terjadinya kecuriaan (spt kemiskinan dsb). Jadi, amatlah tidak patut kalau kita menghukum si pencuri tanpa sbrg penyelidikan. Namun yg demikian, tidak dpt sy nafikan (inshaaAllah) masih terdapat alternatif lain yg lebih elok utk lelaki tersebut mendapatkan duit. Kerana Allah tidak akan membebani hambaNya lebih dr kemampuannya.
Yg ketiga ialah, sy melihat kedua-dua isu ini sebagai isu kekurangan tarbiyah. Manusia yg ditarbiyah tidak akan (or less probability) utk melakukan kemungkaran. Dan utk dptkan tarbiyah yg kuat pada zaman ini, we have to have a stable ground, which is in this case, one of the ways is pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh The Herald.
Wallahu’alam.
p/s: Tahniah dan terima kasih APG atas penghasilan entry ini :)
sy x berani nk komen lebih ttg isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam..
tp jika dilihat status akidah masyarakat islam di Malaysia ni mmg membimbangkan maka sy setuju kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja untuk menggelakkan kekeliruan oleh org2 islam yg masih keliru ni..
pasal isu rm2 plak mmg tak patut langsung.. even x layak untuk dijatuhkan hukuman hudud pun..
correct me if im wrong..
bukankah mencuri untuk membeli makanan itu dibenarkan.. tetapi si pencuri itu perlu menggantikan semula setelah dia beroleh tenaga untuk bekerja..
wallahualam..
selamatkanlah umat Islam di negara ni...
Tertampo muka sendiri. Prangg!!
Ahsan akh
Wayfarer :
Ayat sebenar dalam post itu adalah
"Sesungguhnya, kekufuran itu memang sangat dekat dengan KEFAKIRAN. Orang yang lapar, yang terdesak, akan mencari apa sahaja sumber dan akan berbuat apa sahaja yang termampu untuk mengisi perutnya yang kosong. Juga perut-perut ahli-ahli keluarganya yang juga kekosongan. "
fakir = miskin / papa kedana
Mungkin anda tersilap pandang kot.. :)
setuju!!
Post a Comment