FAQ: Bulatan Gembira
[Kredit] |
Salaam Inche gabbana. Wah tak sangka kita berjumpa lagi dalam sesi FAQ ni. Glams gituh. Eh. *Betulkan tempat duduk*Betulkan kolar* Ok boleh kita mula?
Err.. Wa'alaikumussalam warah matullah. Marilah!
Ok selalu dengar Inche gabbana sebut pasal bulatan gembira. Makhluk apa tu..? Sejenis raksasa gemok yang sentiasa menggembirakan orang ke macam mana? Bunyi macam Doraemon je. Wahahaha.
*jeling*
Bukanlah. Bulatan gembira ni nama manja bagi usrah. Usrah pula adalah keluarga dalam bahasa Arab.
Oooh. Dah tu kenapa bagi nama bulatan gembira? Apa kena-mengena?
Sebab kebiasaannya, sesi-sesi usrah ni dibuat dalam keadaan duduk, selalunya dalam bentuk bulatan. Sebab tu kadang-kadang ia juga dipanggil halaqah atau liqa', yang bermaksud bulatan/pertemuan.
Kenapa gembira? Sebab sepatutnya, mereka yang menghadiri usrah ini, akan keluar dalam keadaan hidungnya kembang-kempis penuh dengan kesegaran dan kebahagiaan, kerana mendapat sentuhan-sentuhan jiwa yang membasahkan. Ia lebih menggembirakan daripada berlari-lari riang di tengah-tengah rimbunan bunga dafodil bersama dengan arnab-arnab gemok yang periang!
Ok drama gila Inche gabbana ni. Ehem. Aaa, sentuhan-sentuhan jiwa yang membasahkan? Maksudnya..? Sentuh dengan tangan ke apa?
Taklah, sentuh dengan siku. Heh.
Sentuhan yang dimaksudkan adalah sentuhan pada hati. Dengan kata lain, tarbiyah. Usrah atau bulatan gembira adalah salah satu wasilah tarbiyah; yakni salah satu cara untuk menyentuh dan membetuk hati.
Kenapa hati? Sebab hati adalah raja kepada seluruh anggota badan manusia, sesuai dengan hadith Nabi SAW:
"Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging; jika baik
daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka
rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa ia adalah hati."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Ooohh gitu. Tapi kenapa bulatan gembira? Apa yang speselnya bulatan gembira berbanding dengan kaedah atau teknik yang lain?
Haaa memang tepat sekali soalan anda tu. Nanti saya belanja teh tarik. Wah!
Ofkos kat galaksi bimaksakti ni, ada beraneka cara dan kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Boleh pergi dengar kuliah-kuliah umum di masjid, boleh pergi bertalaqqi di pondok-pondok, boleh dengar ceramah-ceramah di TiubAnda dan macam-macam lagi. Semua tu inshaAllah dapat menyumbang ke arah mendekatkan diri kita kepada Allah.
Cuma yang sedikit berbeza dan istimewa bulatan gembira ni adalah elemen mutabaah atau follow up yang ada padanya. Setiap orang yang menyertai bulatan gembira sentiasa akan dipantau perkembangan tarbiyahnya dan ada program-program dan aktiviti susulan yang akan memantapkan lagi pembinaan jatidirinya sebagai seorang individu muslim.
Bulatan gembira yang dibuat sekali seminggu pada kebiasaannya, menjadikan ia bersifat konsisten dan berterusan. Maka tarbiyah individu yang mengikuti bulatan gembira dapat dipastikan berjalan dengan baik dan berkembang dengan gemok dan sihat.
Selain itu, murabbi (orang yang membawa bulatan gembira) sepatutnya akan sentiasa menghubungi si mutarabbi (orang yang mengikuti bulatan gembira) untuk bertanya khabar, memeriksa amal, berborak bantal (Baca: muayasyah) dan sekali-sekali belanja makan cendol jagung. Eheh.
Bulatan gembira juga ada hadaf (objektif) tertentu yang perlu dicapai, menjadikan ia lebih sistematik dan tersusun. Sepatutnya. Koff koff. Oleh sebab itu, kadangkala silibus disediakan bagi memudahkan para murabbi membawa bulatan gembira dan mencapai objektif yang telah ditetapkan itu.
Semoga berjaya! Tetiba.
Pergh panjang lebar penerangan Inche gabbana. Ok soalan cepu berlian. Bulatan gembira ni bukan bidaah ke..? Mana ada sebut dalam Quran kan? Dalam hadith pon takde rasanya. Guane tu Inche gabbana?
Tersedak kuih tat nenas.
Anda ni, Tengoklah dulu saya tengah buat apa sebelum nak tanya soalan hangat macam tu.
Ehem.
Begini. Dalam Islam, ada 2 sumber rujukan utama bagi umat Islam dalam membimbing kita melakukan amal ibadah yang sahih lagi sejahtera; al-Quran dan as-Sunnah. Sunnah ar-Rasul SAW pula dibahagikan kepada dua; al-hadith dan seerah Nubuwwah. Al-Quran ni dia macam manual kereta la; dia ada semua maklumat dan informasi yang diperlukan bagi sebuah kereta. Tapi mungkin tak semua yang boleh faham manual tu. Sebab tu Allah turunkan ar-Rasul, 'mekanik' bagi kereta tu. Nak tahu macam mana nak baiki dan operasikan kereta tu dalam keadaan yang paling efisien dan efektif, maka kita kenalah tengok pada bagaimana si mekanik mengendalikan kereta tu, yakni hadith dan seerah.
Dengan kata lain, al-Quran adalah teori dan hadith pula adalah penjelasan lanjut kepada teori-teori ni secara lebh terperinci dan teliti. Sedangkan seerah adalah bagaimana mahu melaksanakan teori-teori ini, berdasarkan cara hidup ar-Rasul SAW dan para sahabat r.a..
Ok.. Mana dalil kepada bulatan gembiranya Inche gabbana?
Ish sabarlah anda ni. Tak habis lagi. Tu baru muqaddimah tu. Haila.
Kalau kita tengok dakwah di zaman Mekah contohnya, peringkat awal dakwah dalah dalam bentuk sirr, yakni kerahsiaan. Yang paling femes antara semua adalah bagaimana Nabi SAW menyampaikan risalahNya di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Cuba anda fikir secara logik, takkanlah rumah al-Arqam tu besar macam banglo zaman sekarang ni, jika dilihat kepada sejarah sosio-ekonomi masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu. Apatah lagi untuk mengelakkan perhatian dan kesangsian orang lain, tak mungkin lah Nabi menyebarkan dakwahnya pada ramai orang sekaligus. Jadi mungkin Nabi SAW bertemu dalam tujuh ke lapan orang sahabat dalam satu-satu masa, dan kemudian mereka ini pula pergi dari satu rumah ke rumah yang lain untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah.
Ha, inilah yang kita katakan sebagai usrah. Liqa'. Halaqah. Pertemuan.
Selain itu, apabila kita membaca hadith-hadith Nabi SAW atau membaca kisah hidupnya, kita akan dapati Nabi SAW banyak sekali membuat halaqah-halaqah kecil di bawah pokok misalnya, untuk duduk-duduk dan beriman sejenak bersama para sahabat.
Jika kita mengkaji perjanjian Aqabah kedua, di situ juga ada unjuran untuk berusrah oleh Nabi SAW apabila baginda melantik dua belas orang naqib dalam kalangan para Ansar yang berbai'ah kepada baginda. Para ulama' yang mengkaji perjanjian Aqabah ini kemudiannya mendatangkan formula bulatan gembira yang paling efisien, apabila bilangan ahli bulatan yang paling optimal adalah seramai lima ke tujuh orang. Bagaimana?
Bilangan lelaki dan wanita Ansar yang pergi berbai'ah kepada Nabi adalah seramai 73 orang. 12 orang dilantik menjadi naqib. 73 - 12 = 61. 61 orang dibahagikan kepada 12 orang naqib, berapa orang untuk setiap bulatan gembira? Ha, anda kiralah sendiri.
Walaweh! Cukup mengujakan bukan? Semua ini adalah dalil dari seerah untuk bulatan gembira. Anda sudah yakin sekarang..?
Waaah menarik seh! Kenapa tak pernah tahu ek sebelum sebelum ni..? Tak pernah diajar pon dalam silibus sekolah dulu?
Ha tulah suruh baca kitab-kitab seerah, tak mahu, degil! Malas! Gemok! Tapi bila baca manga, komik, URTV, Harry Potter, amboi amboi, cepat je khatam!
Ok sentap. Jangan emo boleh tak Inche gabbana..? Soalan seterusnya. Uhm tapi macam mana boleh datang konsep usrah ni..? Sebab Nabi tak pernah guna kan perkataan usrah..?
Konsep usrah sepertimana yang kita tahu dan faham sekarang sebenarnya disusun dan dipopularkan oleh Imam Hassan al-Banna, pengasas kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM).
Ketika beliau menubuhkan IM, ketika itu umat Islam baharu sahaja kehilangan sistem khilafah. Keadaan umat ketika itu sangat teruk dan menyedihkan; serangan berbentuk fizikal mahupon mental datang dari pelbagai arah, menjadikan umat Islam sangat lemah dan tidak bermaya.
Hal ini amat menggusarkan Hassan al-Banna. Maka setelah mengkaji Quran dan as-Sunnah dengan begitu mendalam dan terperinci, beliau mendapati untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan menegakkan semula khilafah Islamiyyah di muka bumi, ia perlu bermula dengan usaha-usaha mentarbiyah individu-individu Muslim yang ada. Dan tidak ada cara lain yang lebih berkesan untuk mencapai niat murni itu melainkan dengan pertemuan-pertemuan secara berkala dan berterusan, bagi memastikan tarbiyah yang berjalan benar-benar mantap dan berkesan.
Sayugia untuk melancarkan dan memudahkan lagi urusan mentarbiah masyarakat di luar sana, beliau menyusun pertemuan-pertemuan ini dengan lebih sistematik dan efisien. Maka lahirlah sistem usrah atau bulatan gembira sepertimana yang kita kenal dan tahu pada hari ini.
Sistem usrah (keluarga) juga merupakan maklum balas langsung dalam menangani dan memberi solusi kepada institusi keluarga yang runtuh dan tidak lagi berfungsi dalam mendidik dan membentuk anak-anak. Begitu.
Oooh. *angguk angguk* Err.. Kalau campur lelaki perempuan satu bulatan gembira boleh tak..? Pasti pola pemikiran akan jadi lebih cerdas dan dinamik sebab ada pandangan daripada makhluk berbeza jantina. Perspektif pastinya berbeza. Barulah menarik! Kan Inche gabbana..?

Haaa, dah nampak bulatannya di situ..? Gembira kan? Kekeke. [Kredit] |
Oooh. *angguk angguk* Err.. Kalau campur lelaki perempuan satu bulatan gembira boleh tak..? Pasti pola pemikiran akan jadi lebih cerdas dan dinamik sebab ada pandangan daripada makhluk berbeza jantina. Perspektif pastinya berbeza. Barulah menarik! Kan Inche gabbana..?
*Terbeliak biji mata*
Saya sama sekali tidak setuju kalau lelaki dan perempuan bercampur dalam satu bulatan gembira. Syubhah dan fitnahnya terlalu banyak. Daripada elok-elok khusyu' mendengar si murabbi memberikan tafsir, mata asyik merenung si akhawat manis dan fikiran mula melayang nak berbuan madu di mana dan nak anak berapa. Adoila.
Bukan saya tak mahu berlapang dada atau berfikiran positif dan lebih terbuka, tapi sekiranya bulatan gembira itu boleh dibuat mengikut jantina dan lebih menjaga pergaulan, mengapa tidak? Apatah lagi si murabbi pastinya mempunyai fokus dan objektif yang mahu dicapai. Kalau sudah bercampur lelaki perempuan, percayalah, fokus ini amat mudah lari dan tergelincir daripada landasan.
Apatah lagi aktiviti-aktiviti dalam bulatan gembira memerlukan banyak penyertaan dan maklum balas daripada ahli-ahlinya. Nak tak nak, perhubungan dan percampuran antara lelaki dan perempuan pasti akan berlaku. Tidak boleh dielakkan. Daripada bulatan gembira terus bertukar menjadi bulatan neraka. Wahai!
Sekiranya benar-benar mahu bertukar-tukar fikiran antara ikhwah dan akhawat, ia boleh dilakukan dalam wasilah lain seperti konferens riang, nadwah dan sebagainya, yang mana ikhtilatnya lebih terjaga. Percayalah, percampuran lelaki dan perempuan dalam satu bulatan gembira amat sukar sekali dijaga kejernihannya daripada hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Bukankah Allah sudah menyuruh kita agar menjauhi zina..?
Fine lah, fine lah. *kuis-kuis kaki* Hhmmmm, Inche gabbana, selalu dengar yang 'geng-geng usrah' ni eksklusif. Nak geng sama diorang je. Taknak bergaul dengaan orang lain. Nak masuk sorga dengan puak-puak tuje. Sombong. Angkuh. Kereh ah! Apa komen Inche gabbana..?
Err kenapa anda pula yang emo ni..?
Nak tahu kenapa mereka kata geng-geng bulatan gembira ni eksklusif? Sebab mereka tak masuk bulatan gembira dan jeles dengan mereka yang berbulatan gembira! Kehkehkeh.
Ok ok, saya seriyes.
Beginilah. Pembentukan individu-individu muslim memerlukan perhatian dan fokus yang besar. Hasil akhir kepada pembentukan individu muslim adalah wujudnya qaedah sulbah (Baca: Kumpulan kental) yang akan menjadi tulang belakang kepada ummah, yang sanggup berkorban jiwa, harta dan tenaga untuk menegakkan Islam dan yang menjadi harapan umat ini untuk mengembalikan sistem khilafah.
Mahu atau tidak, suka atau tidak, pasti akan ada yang tertinggal gerabak, pasti akan ada yang terpaksa ditapis, hanya kerana mahu melahirkan rijal-rijal yang benar-benar komited dan berkualiti. Dan selalunya, penapisan ini datang daripada Allah sendiri. Gulp.
Jadinya, kamilah yang selalunya menjadi mangsa, dituduh dengan tuduhan dan fitnah yang bukan-bukan. Walhal kalau ikutkan hati, kami amat sayang dan chenta pada hadek-hadek yang telah disentuh di luar sana. Kami berkhidmat untuk masyarakat. Kami coba untuk memberikan yang paling osem buat semua. Tapi hakikatnya tidak semudah itu. Nak tak nak, kami terpaksa memilih mereka yang benar-benar mahukan tarbiyah sahaja, agar dapatlah kami memusatkan sepenuh fokus dan perhatian kami terhadap pembinaan rijal-rijal yang qawiyy lagi Super Saiya. Dengan harapan, apabila semakin ramai yang menyertai gerabak ini, semakin banyak tenaga yang kami ada, maka akhirnya akan semakin tersebar luaslah dakwah ini.
Apatah lagi kami sering kekurangan tenaga untuk membawa bulatan-bulatan gembira di luar sana. Ramai yang mahu berbulatan gembira, tapi sayangnya, tidak ramai yang punya kapasiti, mujahadah dan kemahuan untuk menjadi murabbi.
Oleh sebab itulah kami memerlukan anda. Ya andalah! Senyum lebar-lebar.
Oh, saya ke..? Hidung kembang-kempis. Ok Inche gabbana, count me in! Saya mahukan bulatan gembira sekarang ini juga! Bagaimana saya boleh menyertainya..?
Anda boleh hubungi saya sama ada di email: dolcegabbana08@gmail.com atau akaun MukaBuku saya menerusi mesej peribadi, disertakan dengan nama, alamat tempat tinggal terkini, apa yang anda buat sekarang (belajar/kerja/tanam anggur) dan bagaimana anda boleh dihubungi. Kemudian saya akan serahkan maklumat anda ini kepada ikhwah atau akhawat yang berkenaan untuk membuat tindakan susulan.
Tetapi saya tidak berani jamin apa-apa lah. Sebab pengalaman saya sering juga mengechiwakan. Kadangkala mereka mungkin sudah terlalu sibuk dan terlalu banyak bulatan gembira yang dibawa. Banyakkan berdoa dan serahkan kepada Allah. InshaAllah, ada rejeki, anda pasti akan berbulatan gembira.
Maaf saya sendiri sudah di luar kemampuan untuk membawa satu lagi bulatan gembira. Saya hanya dapat bantu untuk serahkan nama anda kepada ikhwah atau akhawat.
Pada masa yang sama, saya memerlukan komitmen dan kesungguhan di pihak anda. Sebab banyak juga kes sebelum ni, bukan main lagi pompam pompam minta untuk dibulatangembirakan, namun apabila dihubungi, hanya bunyi cengkerik dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang kedengaran. Aduhai.
Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar bersungguh untuk berbulatan gembira, untuk mentarbiyah diri anda, untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik inshaAllah, saya yakin Allah akan permudahkan urusan anda.
Boleh kan..? Senyum.
Pergghh! Baiklah! Ok Inche gabbana, seperti biasa, ada apa-apa pesanan terakhir..?
Bulatan gembira ini hanyalah wasilah atau paltform untuk mencari keredhaan Allah. Ia adalah ijtihad para 'alim ulama' dan ostad ostajah yang mendapati ia adalah satu kaedah yang amat berkesan, bukan sahaja dalam membentuk dan mengacu jiwa-jiwa individu Muslim dengan sentuhan rabbani, tapi juga sebagai titik tolak dalam menyebarkan risalah Allah.
Sesuai dengan firman Allah,
Maka sekiranya anda tidak setuju dan tidak yakin dengan cara ini, malah anda menjumpai pula cara lain yang jauh lebih berkesan dalam menjadikan anda lebih dekat kepada Allah, maka silakan bersama cara tersebut dan manfaatkan sebaiknya. InshaAllah saya doakan Allah terima amal anda itu dan angkat darjat anda setingginya.
Tapi janganlah kerana anda tidak bersetuju dengan berbulatan gembira, tidak senang dengan geng-geng bulatan gembira yang ekslusif itu, anda mengadu-domba, mencaci dan menfitnah bulatan gembira dengan tuduhan yang dangkal dan bukan-bukan. Tidak perlulah anda semua terkeluar (Baca: All out) dalam membuat propaganda dan pitnah peah, memburuk-burukkan mereka yang komited dan bersungguh berbulatan gembira dan membawa bulatan gembira. Allah tahu niat dan tujuan anda, dan moga Dia memberi hidayah kepada anda dan membuka hati anda untuk lebih berlapang dada.
Dan kepada anda yang sudah yakin dan merasakan bulatan gembira adalah caranya untuk anda berlari-lari riang dan gembira di tengah-tengah taman berbunga dafodil ditemani dengan arnab-arnag gemok melompat girang, adalah cara yang paling kena dengan anda dan benar-benar dapat menjadikan anda manusia yang lebih baik, lebih dekat denganNya dan bermanfaat kepada semua, ayuh, marilah bersama-sama kami. Senyum.
*Mata bersinar-sinar* Woaaahhh.. Ni yang buat saya lagi teruja ni! Op op, yang terakhir Inche gabbana! Sumpah! Err kalau saya sertai bulatan gembira, akan jadi bolat macam Inche gabbana juga ke..? Lariiii.
Jatuh kerusi lagi sekali. Oyy main kasar nampak...??
-gabbana-

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung."
[al-Maidah, 5:35]
Maka sekiranya anda tidak setuju dan tidak yakin dengan cara ini, malah anda menjumpai pula cara lain yang jauh lebih berkesan dalam menjadikan anda lebih dekat kepada Allah, maka silakan bersama cara tersebut dan manfaatkan sebaiknya. InshaAllah saya doakan Allah terima amal anda itu dan angkat darjat anda setingginya.
Tapi janganlah kerana anda tidak bersetuju dengan berbulatan gembira, tidak senang dengan geng-geng bulatan gembira yang ekslusif itu, anda mengadu-domba, mencaci dan menfitnah bulatan gembira dengan tuduhan yang dangkal dan bukan-bukan. Tidak perlulah anda semua terkeluar (Baca: All out) dalam membuat propaganda dan pitnah peah, memburuk-burukkan mereka yang komited dan bersungguh berbulatan gembira dan membawa bulatan gembira. Allah tahu niat dan tujuan anda, dan moga Dia memberi hidayah kepada anda dan membuka hati anda untuk lebih berlapang dada.
Dan kepada anda yang sudah yakin dan merasakan bulatan gembira adalah caranya untuk anda berlari-lari riang dan gembira di tengah-tengah taman berbunga dafodil ditemani dengan arnab-arnag gemok melompat girang, adalah cara yang paling kena dengan anda dan benar-benar dapat menjadikan anda manusia yang lebih baik, lebih dekat denganNya dan bermanfaat kepada semua, ayuh, marilah bersama-sama kami. Senyum.
*Mata bersinar-sinar* Woaaahhh.. Ni yang buat saya lagi teruja ni! Op op, yang terakhir Inche gabbana! Sumpah! Err kalau saya sertai bulatan gembira, akan jadi bolat macam Inche gabbana juga ke..? Lariiii.
Jatuh kerusi lagi sekali. Oyy main kasar nampak...??
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
Part last sekali tu. Haha.
Bolat-bolat pun berisi dengan ilmu, it's ok.
subhanallah. moga Allah permudahkan segala urusan dakwah kita semua.
kadang ramai je kwn kwn ana yg nk berhalaqah sama. tp sayang, sama mcm yg antum sharekan td. ramai yg nk sekadar utk pembinaan diri, xnk belajar membina yg lain pula. sobs sobs. papehal pun, trus berbuat krn Allah, trus smpaikan. terus senyum dgn tapisan Allah, krn tapisan Dia adalah sebaik baik tapisan :)
Inche gabbana tangkap gmbr akhawat curi2 dari atas ye? ha. gurau saja.
masa baca blog n penulisan APG, selalu tampar2 muka sendiri bila terkena!
suka style FAQ ni. buat lagi.
semoga Allah beri jodoh yg baik untuk inche gabbana. dah ber BM jgn lupa jemput!
entry yg menarik :) byk benda saya tak tau psl usrah sbnrnya, tp Alhamdulillah, lps baca entry IG ni, baru lbh fhm.
saya tak expect plk usrah ni perlukan komitmen yg betul2, especially part yg IG sebut ttg murabbi tu akan meng-update-kan diri mereka ttg org yg mengikuti usrah tu. selama ni saya ingat usrah ni sekadar pjumpaan mingguan yg gitu2 aje.
dah tu kan..camne kalau mutarabbi tu rasa rimas/kurang selesa sbb murabbi tu asyik contact dia ye?
p/s: asyik nak tgelak bila IG guna istilah arnab2 gemok. haha
assalamualaikum,
nak tanya.. mcm mana pula dgn orang yg ikut usrah dari program tajmik, tapi bila buat usrah, ada yg blm ada ksmptn sgt nak dtg, and yg dtg pun kadang2 2,3 orang .. and kalau dah smpai sorang..sorang, nak buat mcm mana? bagi mereka yang belum benar-benar faham keperluan usrah ni.. hmm. any tips on how to make them come and konsisten.. ?
tapi maaf ea encik..terdapat orang yang menyertai usrah di tempat belajar saya sudah lari dari matlamat sebenar..terlalu assabiyah..terasa sangat kecewa apabila saya yang bukan usrah menemani rakan yang mengikuti usrah untuk menziarahi rakan seusrah mereka..saya diperlakukan seperti orang asing,tidak disapa sedikit pun,apatah lagi mahu bersalaman.macam saya tidak wujud di tempat tersebut.saya hanya melihat perbuatan mereka.saya sudah serik untuk menemani mereka apatah lagi hendak keluar bersama mereka..saya rasa perkara ini perlu diperbaiki lagi untuk mengelakkan orang ramai salah faham terhadap konsep usrah ini.
Post a Comment