Menjadi Dai'e Itu Susah
[Kredit] |
Menjadi dai'e itu susah. Amanah syahadatul haq yang terpikul pada pundak setiap orang yang bergelar dai'e itu cukup berat dan mengalirkan peluh besar. Dia wajib menyebarkan risalah Allah yang agung itu tanpa sebarang kompromi mahupon diskriminasi. Dan andai dia tidak bersungguh-sungguh, tidak buat sehabis baik untuk menyeru manusia ke arah kebaikan, tunggulah, di akhirat nanti dia pasti akan dipertanggungjawabkan! Gulp.
Menjadi dai'e itu susah. Dia bukan sahaja wajib menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh alam buana, tetapi dia juga wajib beramal dengan apa yang diserukannya. Ok ini sentap. Jika tidak apalah guna dia pompam pompam siang malam menyeru bagai nak runtuh langit lagaknya, tetapi dia sendiri tidak beriman dengan seruannya? Apa da tidak takutkah dengan kecaman Tuhan di dalam surah as-Saff itu..?
Menjadi dai'e itu susah. Segala tindak-tanduk dan tingkah lakunya akan diperhatikan oleh masyarakat di sekelilingnya. Dia korek hidung ke, garu telinga ke, tak pakai stoking ke, gelak macam pontianak ke, bila makan gelojoh ke, semuanya itu akan diteliti dan dihakimi oleh orang ramai. Seorang dai'e adalah qudwah, menjadi ikutan dan tauladan kepada orang lain. Baiknya akhlak seorang dai'e itu, maka ramailah yang akan mengikutinya. Buruknya akhlak seorang dai'e itu, ok lebih baik pergi terjun gaung. Eh.
Menjadi dai'e itu susah. Kadangkala ahli keluarganya sendiri yang menjadi penentang tegar utama kepada dakwah yang dibawanya. Hey aku hantar kau belajar jadi duktur bukan nak jadi ostajah, kata si bapak. Yang kamu sibuk-sibuk nak berbulatan gembira bagai ni kenapa, tak reti-reti nak dok rumah? Tanya si ibu. Aduh. Belum lagi dikira tohmahan dan cacian masyarakat di sekeliling, eleh nak dakwah orang konon, tu ha, akak sendiri tu rambut percuma (Baca: Free hair) lagi tu, pergi dakwah dia dulu! Nanges la gini.
Menjadi dai'e itu susah. Apa ingat senang ke nak dakwah orang ramai yang masih belum dikenali? Abbas as-Sisi kata buat-buatlah pijak kaki. Ohoi tapi masyarakat zaman sekarang ni, silap haribulan ke pelempang dekat pipi. Adeh. Dah la pulak kalau seorang-seorang kena campuk nun ke Kampung Ceruk Tuk Kun sana, ikhwah akhawat seorang pon tiada. Pergi surau, aik, kosong sentiasa. Nak bertegur-sapa nanti orang kata terlebih mesra, ada agenda apa-apa ke? Takkan nak berbulatan gembira dengan kucing pula?
Menjadi dai'e itu susah. Kadang-kadang subjek dakwah (Baca: mad'u) yang disasarkan seorang pon tidak melekat. Seorang pon macam tak berminat dengan apa yang dia nak ajak dan kongsi. Pelbagai umpan telah dia gunakan; cacing, dadih, anak ikan, telur itik, ayam golek, daging salai masak lemak.. Macam-macam ada! Sampai dia sendiri jadi buntu nak buat apa. Lama-lama hilang semangat juga dibuatnya. Manakan tidak; orang lain macam senang sahaja nak berhadek bulatan gembira. Dia pula, telah pelbagai buku yang dibaca, bermacam konferens riang telah dia hadiri, namun masih belum punya hadek bulatan gembira sendiri.
Menjadi dai'e itu susah. Macam-macamlah dia nak kena jaga. Ya lah, nanti apa pula orang kata. Yang si akh kena sentiasa menundukkan pandangan dan kepala, silap haribulan nanti terlanggar pokok kelapa. Yang si ukth pula, kena pakai stongan la, tudung labuh sampai kaki la, silap haribulan jadi macam mumia. Eh. Tu belum masuk soal ikhtilat lagi. Dolu-dolu ok je main batu seremban dan Zero Point sama-sama, sekarang ni semua benda nak kena jaga. Hatta nak berbalas waksep dan dinding di MukaBuku pon dah dikira berdosa! Entahlah, Inche gabbana kot yang cakap macam tu. Wahahaha.
Menjadi dai'e itu susah. Setiap hari jadualnya penuh dan padat. Di siang hari bekerja atau ke kelas/kuliah macam orang biasa. Di malam hari, kalau tidak berbulatan gembira, pasti ada mesyuarat gerak kerja yang perlu dihadiri. Jika tiada mesyuarat sekalipon, pasti ada sahaja tanggungjawab atau amanah yang perlu dipenuhinya. Pada masa yang sama, dia perli juga menjadi qudwah di tempat kerja, kelas atau kuliah. Buatnya terlentok keluar air liur basi di hadapan Puan Bos Besar atau pensyarah, mahu terjun depan keretapi dibuatnya, Dia penat. Lelah. Sehingga nak bernafas pon payah.
Menjadi dai'e itu susah. Ketika orang lain sibuk memikirkan perihal dan urusan sendiri, hidupnya untuk orang lain dan menebar bakti. Sehingga dia tidak punya masa untuk memikirkan kebajikan diri sendiri. Tatkala orang lain sibuk mengejar pangkat dan harta, kelihatan begitu sukses lagi berjaya, dia terpaksa meninggalkan itu semua demi memburu impian dan cita-cita ummah yang jauh lebih mulia dan bergaya. Itu yang sampai hari ni tak kahwin-kahwin lagi tu! Eh.
Menjadi dai'e itu susah. Dia bukan sekadar terpaksa mengorbankan jiwa, masa, harta dan tenaganya. Malah sering juga dia terpaksa mengorbankan emosi dan kepentingan diri. Sudah tiada lagi istilah 'aku' dalam kamus hidupnya. Penat, marah, sedih, merajuk dan kecil hati, semuanya itu tidak bermakna dan wajib ditolak tepi. Dan apabila tiba masanya nanti, dia perlu bersedia untuk pergi berjihad, bersiap-sedia untuk mati atas namaNya yang mulia; meninggalkan segala harta, keluarga dan nama yang ada di belakang sana.
Tetapi...
Ganjaran untuk seorang dai'e yang ikhlas dan bersungguh-sungguh itu, besar pula pengorbanannya untuk risalah yang agung dan mulia ini, sungguh tiada tolok bandingnya. Imbalan dan balasan yang menantinya, berkat daripada titisan peluh dan percikan darah yang dia rembeskan untuk ummah dan dakwah, adalah di luar imaginasi dan jangkauan sesiapa sahaja yang bergelar biasa.
Ia jauh lebih berharga daripada sebuah banglo yang lengkap dengan kolam renang dan kebun anggurnya yang sendiri.
Ia jauh lebih mahal daripada sebuah Rolls Royce yang dipakejkan sekali dengan pemandu dan pelayan peribadinya sendiri.
Ia jauh lebih bernilai daripada menduduki takhta sebuah negara yang paling berkuasa di dunia.
Ia jauh lebih bermakna daripada menguasai semua telaga minyak yang ada sayugia apalah sangat peningkatan harga minyak sebanyak dua puluh sen itu. Eh.
Malah ia jauh jauh jauh lebih dunia dan seisinya.
Itulah keredhaanNya. Itulah melihat wajahNya yang agung dan mulia. Dan itulah sorga, yang sedang menanti-nanti dengan penuh sabar dan setia.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
[at-taubah, 9:111]
Ya menjadi dai'e itu susah. Tapi apalah sangat kesusahan dan kepayahan yang terpaksa diharungi, jika sorga pesona dan redha Allah yang kita cari..?
Senyum.
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
ya menjadi daie itu susah. sangat susah. tapi, saya rasa, konsep dakwah itu sendiri tidak lah susah. dakwah=mengajak urang ke arah jalan yang lebih baik, jalan yg cerah. "eh, tau tak kaki tu aurat jugak, pake la stokin ke hape ke balut kaki" dalam cari berdiplomasi la sikit. pun dakwah jugak. tak gitu sedara? kita lihat kawan date, pegang sna, pgang sini, kita kena tegur pun dakwah juga. tapi nak tegur tu punyalah susah aii. macam menanggung batu bertan2 dibahu,. tapi adakah jika kita mahu besederhana dalam berdakwah itu pun dikira berdosa?
Menjadi dai'e itu susah. Saat orang lain berjimba beli tiket murah nak balik mesia, dia terpaksa melupakannya sebab kena jaga hadek-hadek yang tak balik. Walaupon tak balik bermakna dia kemungkinan akan mati kering atau mati kutu kalau tak kuat kerana diri sendiri takde program.kbai
Ya ka kat ceruk tok kun tu surau sentiasa tak ada orang. Aiik kampung makcik lagi cerok tapi ada jugak orang dok pi semyang kat surau esp subuh maghrib dan isyak. tak baik kata kata tau.
Touched =')
Naam inche gabbana! Menjadi daie itu sangat mencabar. Kerna mereka yang terpilih untuk menjadi daie akan menggalas tanggungjawab para Rasul dan Nabi iaitu menyampaikan dakwah. Sangat mudah berkata2, tapi bila bab nak 'execute' tuuu....errr..krik krik krik. *hiris bawang*
Peace (4)
tapi apalah sangat dibandingkan dengan hidup di akhirat yang kekal abadi tu kot ek...><
jazakallahu khaira...post yang menarik dan sedikit sebanyak memberi kesedaran buat diri yang kononnya bergelar dai'e ini. Insha'Allah bahan bacaan ini akan ditransform ke dalam bentuk pelaksanaan.
Maaf kalau saya sangat terlambat dan sangat lambat pick-up. Boleh saya Tanya, apa yang dimaksudkan dengan dai'e. Ini pertama kali saya dengar. Kalau ada sesiapa yang ingin menjawab soalan saya dengan panjang lebar, tolong email. Saya nak sangat tahu apa maksudnya.
memang susah.. tapi.. bila difikirkan nak dapatkan redha DIA. insha Allah, diri ini akan bergerak walaupun pernah tumbang beribu-ribu kali..
menjadi daie itu susah, tapi bukankah itu tanggunggjawab setiap manusia di dunia ini? menjadi daie? mohon pencerahan plezz...
Haa.. Ni seperti anologi cari duit itu susah.... Tapi tak cari duit lagi susahh.... Huhu -R
nanges2 esp. part yang bagi ayam, itik, kambing etc tapi tak melekat juga..nasib baik ada ayam itik kambing dalam syurga... :D
Jdi dai'e tu tnggungjwb sluruh umat mnusia bkn pd mereka yg bertitle pendkwh shj..tpi sygnya msih ramai yg tdk tahu atau sngaja buat xtahu dgn tanggungjwb ni..kerap kali mereka 'meng-update status' dgn kata "aku bkn pendkwah,aku bkn ustzh,aku bkn naqib utk krja2 mnegur nih,,tu tugas diorang bkn aku..'' maka berleluasa lah jenayah pd agama hnya kerana sikap individualistik mereka..
Sungguh,,dunia hari ini yg mnjadikan mnusia smakin egois dn mementingkn diri sndiri!
Jalan para da'ie mmg susah....... Tersangat2 ssh hngga boleh mnyebabkan diri luka berdarah... Tetapi tetap perlu ditempuhi kerana hanya dengan jalwn ini yang akan membawa kita ke syurga ilahi.. Dgn jln ini jugalah Islam akan tertegak diatas muka bumi ini buat kesekian kalinya lagi... Kesabaran menunggu UA dipegang oleh Islam adalah sgt2 dperlukan...
Post a Comment