6 August 2013

...Dan Kita Terus Memberikan Alasan

[Kredit]

[Amaran: Post ini tidak sesuai dibaca oleh anda yang ada darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, gatal-gatal kulit dan ibu yang mengandung lima bulan ke atas. Oh anda yang demam kus-kus tahi unta juga tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaa. Sebarang kejadian yang tidak diingini kerana gagal mematuhi amaran ini adalah di luar tanggungjawab saya. Sekian.]

Tarikhnya dua hari yang lepas, yakni duapuluhtuh Ramadhan. Masanya kurang lebih jam empat setengah pagi. Tempatnya di ruang solat utama Masjid Negara.

Bukan, ini bukan post untuk bercerita tentang pengalaman saya dilanggar bahu oleh Makcik Laila. Oh harapan. 

Ketika saya sedang sujud terakhir dalam tahajjud saya, tiba-tiba fikiran saya melayang kepada saudara-saudara seaqidah saya yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Fikiran saya tertumpu pada para mujahidin di Syria, espeseli setelah mendengar khabar berita ada rakyat Malaysia yang turut sama berjihad di sana.

Tidak semena-mena saya ditampar dan dilempang dengan cukup kuat. Bukan ditampar oleh tok siak masjid, tapi oleh kesedaran dan rasa malu dengan diri sendiri. Tatkala dahi saya sedang selesa menyentuh karpet empuk Masjid Negara, saudara-saudara saya sedang bermati-matian mempertahankan kedaulatan agama dan negara. Ketika saya sedang bersejuk dingin di dalam masjid yang cukup nyaman dan selesa, para mujahidin di Syria bermandi peluh dan darah melawan anjing-anjing Basyar laknatullah. Tatkala saya khusyu' memanjatkan doa dan munajat, bersungguh-sungguh meminta itu dan ini daripadaNya, saudara-saudara seagama saya tidak lena tidur, kerana tidak tahu sama ada masih ada esok untuk mereka.

Terasa diri ini benar-benar hipokrit ketika itu. Uhm uhm. Nanges. 

Lantas saya bertanya kepada diri saya, apa yang menyebabkan saya tidak menyertai jihad mereka? Apa yang menghalang saya daripada menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka di sana? Apa yang menjadi faktor kepada keputusan saya untuk tidak bersama-sama mereka di medan jihad?

Bukankah para 'alim ulama' muktabar telah sepakat mengeluarkan fatwa bahawa hukum jihad untuk membantu para mujahidin di Syria sudah menjadi wajib? Bukankah mereka sudah bersetuju bahawa umat Islam di Syria wajib dibantu untuk memerangi Bashar dan konco-konconya laknatullah 'alaih?

Sudah, apa lagi saya yang tunggukan..? Apa lagi yang memberatkan punggung saya? Apa lagi yang saya nantikan...??

Ia benar-benar tamparan kuat lagi gagah buat saya. Jauh lebih kuat daripada tamparan wanita. Eh.

Mari senaraikan alasan-alasan yang sering menjadi penyebab mengapa saya tidak menyertai jihad di Syria, Palestin dan sebagainya.

  1. Saya ada keluarga di Malaysia, maka saya perlu fikirkan keadaan dan perasaan mereka sekiranya saya pergi berjihad
  2. Saya ada kerjaya yang dah stabil. Nanti kalau saya pergi ke Syria, bagaimana dengan masa hadapan saya?
  3. Hutang saya keliling separuh pinggang; hutang dengan pembiaya pelajaran, hutang kereta, hutang peribadi, hutang budi dibawa mati. Eh. Jika ditakdirkan saya mati di sana, siapa nak langsaikan hutang-piutang saya itu..??
  4. Oh kalau tak pergi berjihad di Syria atau Palestin tidak mengapa, sebab boleh juga berjihad di sini. Kena buat dakwah sehabis baik lah! 
  5. Orang-orang di sana tidak memerlukan saya pon untuk bantu mereka. Saya hanya akan menyusahkan mereka nanti! Habiskan humus sahaja!
...

...

...

Masa terus berlalu. Rumput di belakang rumah semakin panjang. Anak saudara sebelah mak angkat sepupu sudah pon tumbuh gigi dua batang. Masih tiada perubahan positif pada ekonomi dunia.

Lalu, saya nak campak mana firman Allah yang satu ini??

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupon dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
[at-Taubah, 9:41]

Hiris bawang nipis-nipis, laju-laju.

Sekiranya anda mengetahui asbabun nuzul dan kisah-kisah di sebalik surah at-Taubah ini, mungkin perlukan seguni bawang lagi untuk dipotong laju.

Abu Ayyub al-Ansari r.a., apabila mendengarkan ayat ini berkata, tiada alasan untuknya untuk tidak menyertai jihad, meski usianya yang cukup lanjut ketika itu. Maka sejarah telah mencatatkan bagaimana, di usia lapan puluhan, beliau mengangkat senjata dan menyarungkan persalinan perangnya, untuk menyertai ekspedisi menawan Konstatinopel. Sejarah juga menjadi saksi betapa beliau meninggal dunia dalam ekspedisi tersebut dan berwasiat akan jasadnya disemadikan di luar kota Konstatinopel.

Atau lupakah kita pada kisah seorang sahabat Nabi SAW yang baharu sahaja bernikah, namun pada keesokannya meninggalkan isteri yang baharu dikahwininya kerana seruan jihad telah dipalu? Atau pada seorang lagi sahabat, yang tidak kesampaian menghabiskan buah tamar yang sudah pon digigitnya, lantas dilemparkan buah tamar itu hanya kerana tidak sabar mengejar sorga..??

Nah, di mana kita dalam semua ini..? Di mana saya dalam pengkisahan ini...??

Kita hanya pandai mereka-reka alasan bagi menyelamatkan diri kita terjerumus ke dalam 'kecelakaan' ini. Kita meminta agar di'rehat'kan dan diberi cuti apabila baharu sahaja melangsungkan perkahwinan. Kita sering meyakinkan diri kita bahawa kita masih belum lagi bersedia untuk fasa itu dan InshaAllah suatu hari nanti akan bersama-sama mereka di medan jihad yang sebenar.

Aduh! Sedarlah! Kita ini lemah! Kita ini manja! Kita ini hanya pandai mereka-yasa alasan dan hujah-hujah untuk menghalalkan kefuturan dan kelemahan kita...!!

Terjun gaung. 

Silakan. Silakan panggil saya radikal. Silakan label saya sebagai ekstremis. Silakan gelar saya gila dan dirasuk jin padang pasir. 

Ia tetap tidak akan mengubah hakikat dan fakta bahawa saya ini lemah. Saya ini manja. Saya ini hanya tahu melemparkan alasan. Ia tidak akan mengubah realiti bahawa saya masih lagi di sini, di Malaysia, laju menaip di papan kekunci, dan bukannya di Palestin atau Syria sana nun, bermandikan peluru dan berpeluhkan darah...!! 

Ketahuilah! Yang menghalang saya untuk pergi berjihad adalah kerana seguni alasan yang siap sedia untuk dilemparkan! Yang menghalang saya untuk benar-benar menjual jiwa saya adalah kerana nafsu dan jahiliyyah yang masih tebal berkarat di dalam diri! Yang menghalang saya untuk menyahut seruan jihad dan bersegera menuju sorga adalah kerana kechentaan saya pada dunia dan takutnya saya pada kematian!

Allahu rabbi.

Lantas saya teringat kepada teguran Abdullah bin Mubarak, seorang zahid, seorang mujahid dan seorang rijal dakwah yang tsiqah kepada Fudhail bin Iyadh, juga seorang 'alim yang hebat danmahsyur di zamannya. Teguran Abdullah bin Mubarak ini ada dimuatkan di dalam risalah al-Muntalaq tulisan Syaikh Ahmad Muhamamd Rasyid, di dalam bab 'Ahli Ibadah Yang Bermain-main.'

Beliau bermadah:

"Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami, 
nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang yang membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,
Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala.”
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “Orang yang mati syahid itu tidak mati,” ini bukan satu dusta."

Boleh sesiapa tolong hulurkan peti kecemasan kepada saya...? Hati saya dah koyak rabak dah ni.

Tolong tolong tolong beritahu saya, saya nak jawab apa di hadapan Allah nanti..?? Saya nak beritahu apa pada saudara-saudara saya apabila mereka ramai-ramai mempersoalkan saya di Mahsyar nanti..?? Saya nak beri alasan apa lagi setelah berbagai alasan saya berikan di dunia, untuk meneyelamatkan saya di akhirat nanti...??

Tolong saya....!!!

Wuwuwu nanges sampai mata lebam. 

Maafkan daku wahai saudara-saudaraku, atas kebaculan diriku ini.
Maafkan daku wahai saudara-saudaraku, atas kelemahan dan kemarhaenan yang ada pada diriku ini.
Maafkan daku wahai saudara-saudaraku, atas beraneka alasan yang aku berikan.
Maafkan daku wahai saudara-saudaraku, kerana hanya membiarkan kalian terus dibantai dan disembelih.
Maafkan daku wahai saudara-saudaraku, kerana hanya mampu menginfaqkan harta yang tidak seberapa dan menitipkan doa sekali-sekala. 

Maafkan aku wahai saudaraku, maafkan aku... [Kredit]

Itulah. Itulah saya. Hanya tahu meminta maaf. Hanya mampu untuk untuk berdoa. Dan terus memberikan alasan...

Jujur saya malu. Malu hendak meneruskan penulisan ini. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan keadaan ummah ini. Malu dengan Allah kerana terus-menerus memberikan alasan. 

Moga saya tergolong dalam mereka yang disebut di dalam firman Allah:

"...dan tidak ada (pula dosa) atas orang-orang yang yang datang kepadamu (Muhammad), agar engkau memberi kenderaan kepada mereka lalu engkau berkata, 'Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu,' lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infaqkan (untuk ikut berperang)."
[at-Taubah, 9:92]

Moga-moga.

-gabbana-

Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga kita tidak dipersoalkan di Mahsyar sana, dek kegagalan kita melindungi dan mempertahankan saudara-saudara kita.

Mungkin tamparan yang saya terima ketika di Masjid Negara adalah tamparan daripada Makcik Laila..? Hhmmm.

Konfem pengsan Puan Mama kalau baca post ini. Peluh kecil.  
 

13 Caci Maki Puji Muji:

Lemonades Of Life 06/08/2013, 12:55  

I know i'll be crying and terasa kena lempang even before reading this post.

curious dengan something. action plan lepas dah tersedar dengan semua semua ni?

Anonymous 06/08/2013, 13:16  

tapi...
kalau semua orang pergi ke syria utk berjihad, siapa yang akan berdakwah kpd orang2 islam terutama di malaysia?
maknanya to make it even,
we have to do dakwah all-out.really all out.
wallahu'alam.

Anonymous 06/08/2013, 17:09  

Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa "biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah".

ada sahabat yg nabi larang dia keluar berperang kerana kelebihannya bukan di medan perang tapi kelebihannya di bidang periwayatan hadis.

Unknown 06/08/2013, 17:39  

nanges...

Hardy Boy 06/08/2013, 18:16  

thanks, memberikan peringatan bermakna kepada kita semua...

Anisnad 06/08/2013, 19:25  

aduh terasa. sebab until now i still cant find a place in my heart untuk letakkan saudara Islam nun di sana. agaknya hati masih kotor dan pentingkan diri kot.

Anonymous 07/08/2013, 11:02  

Kpd anak2 yg tringin sgt tu..
Kat Thailand lg dekat, pergi weekend. Belajar2 dulu taktik serangan hendap. Kalau pergi tak de preparation, ala2 kl/townboy gitew pon tak de maknenye. Buat rugi peluru musuh je.
Better still masuk military school kat mmane or belajar menembak (main ape tu?..}. Even belajar and buka kelas silat, at least something. Kalau belum pergi pon, the effort and intention is there, buat persediaan.
Cari knowledge, start with reading books on those/warfare (bila mama tanya buku ape, gtau die slowly/ dnt, condition/prep their minds, haha!). Hari ni beli buku tu instead of beli baju raya..utk buat bom/weapon atau special tanks.
Even kumpul duit, collect donation buat tambang utk sape yg dh ready to act. Syria jauh. Ade beza ke jihad di padang pasir dgn di khatulistiwa? Lahad Datu tak pegi?
Fasal famili, belum cukup di brainwash/dnt la tu. Salute bonda2 yg meredhakan pemergian anak2 mereka, mcm kat Lahad Datu tu.
Nk pegi war kena tough. Start with that. Pegi gym/jogging.Jgn lembek!
JGN NANGES2 LAGIK. Feeening!!? (pujuk org mcm meroyan, sorry)

Anonymous 07/08/2013, 11:33  

Sometimes people are cloud-walking. They're idealising and fantasizing without making the necessary preparation and condition as compared to those who live there, its already in their blood.

Anonymous 09/08/2013, 21:29  

actually saya x paham apa yg dimaksudkan dgn lejen i2.Somebody explain plez...

Anonymous 13/08/2013, 04:10  

Lejen is legend. :D

Anonymous 14/08/2013, 12:12  

salam. hanya pandangan peribadi.......berjihad bukan semestinya dgn mengangkat senjata.....ya, kita di sini bersenang lenang sedangkan saudara2 kita berlumuran darah...nak sgt2 tolong diorang. then this thought came to me, kita juga boleh berjihad dgn menggunakan ilmu dan teknologi. find a way to help them from here. i mean apa gunanya kalau kita pergi sana tapi x mampu untuk menolong....kita bknnnya super hero yg boleh terbang sana sini deactivate bom. tapi kita ada minda dan akal yg ALLAH bagi pada kita, yg lebih hebat dari semua hero sains fiksyen. JOM CARI JALAN UNTUK MELAWAN ISRAEL....

Anonymous 14/08/2013, 17:07  

Hmmm.

Bila tanya diri sendiri, mulalah beraneka macam alasan diberi untuk sedapkan hati.




Sungguh, aku masih lemah T_T

Anonymous 21/03/2015, 20:52  

"Dan tidak sepatutnya bg org yg beriman itu prgi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi setiap golongan di kalangan mereka beberapa org utk memperdalami pengetahuan tentang agama dan supaya mereka dpt memberi peringatan kpd kaumnya (yg keluar berjuang)apabila org itu kembali kpd mereka. Mudah-mudahan mereka dpt menjaga diri mereka." At-taubah:122

Asbabun nuzul berikutan semangat umat Islam ktika diseru utk berjihad, mereka bergegas seluruhnya utk ke medan perang. Maka turun ayat ini, agar tidak keseluruhannya pergi ke medan perang. Akan tetapi, ada sebahagian mereka yg menekuni agama utk disampaikan kpd kaumnya. InshaAllah nilai kebaikannya tidak berbeza

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP