5 August 2013

Ini Semua Propaganda Makcik Laila!

[Kredit]

Pagi ini redup dan sejuk. Angin juga bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Maka bermulalah upacara membuat speku secara besar-besaran sama ada malam semalam benar-benar terjadi Lailatul Qadr atau tidak, berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

  1. Suhu persekitaran
  2. Kekuatan/kelajuan angin
  3. Hari redup atau tidak
  4. Hujan gerimis/renyai-renyai atau tidak
  5. Ada mana-mana kolam/tasik/kolam renang/sungai/air dalam baldi yang tiba-tiba beku
  6. Mana-mana pokok yang tunduk sujud

Ehem. Lap peluh di dahi.

Sejak zaman-berzaman, masyarakat Melayu Muslim di negara ini, setiap kali tiba sahaja bulan Ramadhan dan sepuluh malam yang terakhir, pasti akan terperangkap dengan permainan sebegitu; permainan meneka malam mana yang akan menjadi malam Lailatul Qadr.

Ya, kalau tujuan meneka dan menyiasat adalah kerana benar-benar mahu memburu Makcik Laila tidak mengapa. Tapi kebanyakannya hanya seronok membuat speku dan bertanding siapa yang dapat meneka yang paling tepat dan betul.

"Eh aku rasa malam semalam lah Lailatul Qadr."

"Ye? Kenapa?

"Pokok cili kat belakang rumah aku dah rebah. Takde angin takde taufan, tetiba je pagi aku tengok dah rebah. Tu tanda dia tunduk sujud la tu!"

"Ooo. Dah tu, malam tadi kau jumpa la dengan Lailatul Qadr..??"

"Errr tak pon. Aku jumpa Makcik Laila dalam mimpi je."

Jatuh kerusi.

Alangkah ruginya kita, apabila gagal menghayati ruh dan saranan Lailatul Qadr yang sebenar. Sedangkan tujuan kita diberitahu dan dibocorkan rahsia oleh ar-Rasul SAW tentang keberadaan Lailatul Qadr adalah untuk memotivasikan kita menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadhan."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Sabda Nabi SAW lagi:

"Sungguh aku diperlihatkan Lailatul Qadr, kemudian aku dilupakan –atau lupa- maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil."

[Muttafaqun a'laih]

Mujur Rasulullah SAW tidak menspesifikasikan Lailatul Qadar itu jatuhnya pada malam ganjil yang mana. Kerana boleh jadi, sekiranya baginda berbuat demikian, akan ada pula sahabat yang bertanya, "Jam berapa, ya Rasulullah..?"

Manusia. 

Sungguh Lailatul Qadr ini adalah hadiah daripada Allah buat umat Muhammad yang terpilih. Ia adalah sebagai pengganti kepada pendeknya umur (secara relatif) umat Muhammad jika hendak dibandingkan dengan umat-umat yang sebelumnya. Mari kita buat sedikit perkiraan matematik mudah untuk menunjukkan apa yang saya maksudkan.

Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.

1,000 bulan = Kurang lebih 83 tahun
Umur Nabi Adam a.s. = Lebih 1,000 tahun
Umur Nabi Nuh a.s. = Kita tahu yang baginda berdakwah lebih 950 tahun

Nabi-nabi yang lain (berserta umat mereka) juga kebanyakannya hidup lama dan panjang usianya. 

Maka umat Nabi Muhammad SAW, yang puratanya berumur 60-70 tahun, memerlukan kurang lebih SEPULUH malam Lailatul Qadr untuk menyamai dengan ibadah dan amal umat-umat yang terdahulu! Walaweh!

(10 x Lailatul Qadr = 830 tahun = usia umat terdahulu)

Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..? 

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Allah apabila Dia berfirman:

"...dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk sorga), mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada dalam sorga kenikmatan, segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian."
[al-Waqi'ah, 56:10-14]

Wuwuwu nanges laju-laju.

Berkenaan tarikh tepat berlakunya Lailatul Qadr, menarik apabila kita sedar bahawa umat Islam di seluruh dunia mencapai bilionan jumlahnya, bertebaran di serata dunia. Tarikh bermulanya Ramadhan kadangkala berbeza di sesetengah Ramadhan. Maka sekiranya kita mengatakan Lailatul Qadr itu jatuhnya pada 27 Ramadhan misalnya, 27 Ramadhan di Arab Saudi atau di India? 27 Ramadhan di Uruguay atau Australia? Adoi pening kepala.

Sudahnya para ulama' menyarankan agar dihidupkan sahaja setiap malam pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan! Wahai! 

Benar, terdapat hadith-hadith sahih yang menyatakan tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr pada malam sebelumnya, seperti matahari tidak memancar terik, hari yang tidak terlampau panas atau sejuk (nyaman) dan sebagainya. Tapi err, kalau anda seorang Muslim di Eskimo sana bagaimana? Yang ketika itu Ramadhan jatuhnya pada musim sejuk di mana matahari memang langsung tidak memancar dan tidak keluar. Jenuh kau nak cari Makcik Laila! Peluh kecil. Sayugia logiklah seperti apa yang dikatakan Dr. Zaharuddin, tanda-tanda yang dimaksudkan dalam hadith-hadith yang disebutkan itu hanya berlaku di zaman Nabi sahaja.

Dan err, garu kepala, tanda-tanda itu adalah tanda malam sebelumnya. Dah kalau sepanjang malam sebelumnya anda dok berlingkar dalam selimut lepas mengketedarah semasa berbuka, berdengkur dan bermimpi ngeri sepanjang malam, bagilah tanda macam mana pon tak guna juga Kak Jah oi!

Maka kita sewajarnya faham, tujuan sebenar Nabi SAW tidak mendedahkan bilakah tarikh Lailatul Qadr yang sebenar adalah kerana mahu menggalakkan kita berusaha untuk mencarinya. Untuk mengobarkan semangat kita untuk memburu dan menangkapnya. Untuk menaikkan azam dan tekad kita untuk beramal, bermunajat, bertahajud chenta, mengalunkan ayat-ayat chentaNya dan berzikir sepanjang malam, bagi menghidupkan sisa-sisa malam terakhir dalam bulan Ramadhan. 

Bukan fokus pada malam tertentu ke masjid untuk mencari Lailatul Qadar dan selebihnya menghabiskan masa di Masjid India memburu Lailatu Kamdar. Eh.

Ya ini semua propaganda Makcik Laila! Kerana dia tidak mahu ditangkap oleh sembarangan orang! Dia tidak mahu berjumpa dengan mana-mana manusia! Hanya mereka yang benar-benar istimewa dan terpilih sahaja, yang benar-benar faham bagaimana mahu berjumpa dengannya sahaja yang akan berjaya untuk ketemu dengannya!

Arakian eksplorasi dan misi memburu Makcik Laila ini bukanlah sesuatu yang main-main dan boleh dipandang enteng. Barangsiapa yang benar-benar mahu mengejar redhaNya, pasti dia akan bersungguh-sungguh mencari, memburu dan menjerat Makcik Laila sehingga dapat. Kerana Lailatul Qadr benar-benar tawaran istimewa ekstravaganza vavavum! buat mereka yang benar-benar menghargainya. 

Nah, bagaimana..?

Masih ada dua malam berbaki untuk kita tebus kelalaian dan kealpaan kita sebelum ini. Atau sekiranya kita diijinkanNya, kita bakal menerima Ramadhan sebagai tetamu kita lagi pada tahun hadapan, insha-Allah.

Mohon untuk tidak terperangkap lagi dengan propaganda Makcik Laila. Mohon kita persiapkan diri kita sebaiknya, awal-awal lagi di bulan Ramadhan. Dan mohon tanam azam dan tekad yang kuat untuk memburu dan menangkapnya!

Ada bran..?

-gabbana- 

6 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 05/08/2013, 11:52  

wahh, ini benar2 osem! jzkk abam gabbana. hehe

Anonymous 05/08/2013, 22:13  

eh inche gabbana. apa yang enta tulis ni macam sama la dengan apa yang bermain di fikiran ana ni... pagi tadi, duk debat dengan parents ana tentang lailatul qadar ni... ayah ana nak jugak dinampakkan signal2 pelik mcm 'kucing kaler hijau' untuk pastikan lailatul qadar... -.-' takpelah yang penting dia ada usaha kan...

Nur 06/08/2013, 07:04  

=)

reza al-razi 06/08/2013, 09:23  

tanda2 utama yg bleh dilihat apabila seseorang dpt brtemu dgn lailatulqadar adalah slepas ramadhan dia akan menjadi lebih baik drpd sblumnya.. agak2 tanda ni bleh pkai x?

m.cik Laila 06/08/2013, 09:34  

Perghh!!! Entry ni memng vavavuummm! Semoga Allah izinkan kita untuk berjumpa ramdhan tahun depan.ameen

remain unknown 07/08/2013, 00:09  

"manusia skrg sedar Allah wujud mase ramadhan je en.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP