4 July 2013

T-Shirt APG Dua Poin Kosong

Ok satu lagi post tentang t-shirt. Saya harap anda dapat bertenang, kembangkan hidung dan tarik nafas dengan udara yang segar dalam-dalam.

InshaAllah ini adalah hapdet yang terakhir untuk t-shirt APG cubaan kali pertama ini. Rekaan t-shirt sudah pon dimuktamadkan. Sebarang cubaan untuk merayu hatta mengugut untuk terjun dari jambatan Pulau Pinan sekalipon tidak akan dilayan. 

Memandangkan ada perubahan yang besar pada rekaan t-shirt (Design 1), untuk berlaku adil kepada semua, tempahan akan dibuka sekali lagi. Saya benar-benar mohon maaf untuk sebarang kesulitan yang telah ditimbulkan.

Ok ok silakah merembes peluh kecil dahulu.

Tetapi kali ini tempahan anda hendaklah beserta dengan pembayaran sekaligus. Kiranya tempahan anda adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan. 

Berita tidak berapa nak baik untuk kaum perempuan di luar sana. Berdasarkan maklum balas yang saya terima dan faktor-faktor lain yang diambil kira, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan dulu penjualan t-shirt untuk anda buat masa ini. Ijinkan saya untuk menilai kembali niat sebenar dan objektif utama penjualan t-shirt untuk kaum anda ini. Harap dapat terima ya..?

Baiklah. 

Maklumat lanjut tentang t-shirt APG adalah seperti berikut:

Design 1


Harga: RM25.00
Warna: Putih
Kuot di belakang: "Mencari redha Ilahi tidak semudah memasak megi."

Design 2



Harga: RM20.00
Warna: Kelabu debu
Kuot di belakang: "Biar tidak glamor di mata manusia, tetapi popular di langit sana!" 

Kos penghantaran adalah RM5.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM10.00 untuk Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Untuk membuat tempahan, sila emelkan tempahan anda ke dolcegabbana08@gmail.com dengan format yang berikut:

Nama
Emel/No. Telefon untuk dihubungi
Alamat penghantaran
T-Shirt pilihan hati beserta saiz 

CONTOH

Takashima Nagasaki
otromentaro@yahoo.com 
20, Jalan Pinang Dibelah Dua, 21XY6 Hiroshima, Jepun
Design 1 (sehelai), XXL

Sekiranya anda mahu membeli lebih daripada sehelai, sila nyatakan secara jelas dan tepat.

CONTOH

Shah Rukh Khan
kuchkuchhotahai@gmail.com
Lot 101, Perkampungan Bollywood, 123Nehi, Bombay, India
Design 1 (2 helai): L & M
Design 2 (sehelai): S

...dan seterusnya.

Emel tempahan anda MESTILAH disertakan dengan bukti pembayaran sekali. Maksudnya, sila bayar, dapatkan bukti pembayaran dan baharulah hantarkan emel tempahan anda beserta dengan bukti pembayaran. Barulah tempahan anda dikira sebagai sah.

Sila masukkan bayaran ke dalam akaun yang berikut:

Nama akaun: MINIMALIS ENTERPRISE
Bank: CIMB
No. akaun: 1479 0000 8380 54

Tempahan dan urusan pembayaran akan dibuka sehingga Ahad 7 Julai 2013. Pembayaran anda mestilah disertakan dengan bayaran kos penghantaran sekali. Kos penghantaran hanya sah untuk 5 helai t-shirt sekali penghantaran. Maknanya, sekiranya anda mahu membeli lebih daripada 5 helai, anda perlu membayar 2x kos penghantaran (6-10 helai) dan 3x kos penghantaran (11-15 helai). Dan seterusnya. Eh boleh faham ke ni..? Peluh. 

Setiap pembelian yang melebihi 5 helai akan mendapat 15% diskaun InshaAllah. 

Sebarang persoalan atau ada apa-apa yang tidak faham/tidak puas hati, jangan segan-segan tinggalkan komen pada post ini. 

Jelas? Terang? Benderang? Eheh. 

Dengan ini saya umumkan, tempahan dan pembelai t-shirt APG buat julung-julung kalinya dibuka sekarang!

Ohoi!

-gabbana- 

Kalau ikutkan hati, rasa tak kena juga nak post pasal t-shirt ni di kala saudara-saudara di Mesir sedang berjuang menentang taghut dan kezaliman.

Tapi sebab saya dah promosikan dan buka tempahan lama dahulu; tak molek pula saya biarkan anda tertunggu-tunggu. Moga ijtihad saya ini benar dan tidak menzalimi sesiapa.

Moga Allah redha.

22 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/07/2013, 22:05  

inche, saya dengar baju yang ada gambar orang tak boleh bawak solat. minta penjelasan...

Unknown 04/07/2013, 22:12  

Nak tnya,Saiz baju nie saiz standart ka?

Anonymous 05/07/2013, 08:25  

Sila bce entry t shirt APG sbelom ni. Saya tolong quote kan balik anda. 'Kepada anda yang ragu-ragu atau was -was, insyaAllah tshirt ini adalah syariah compliant. Eheh. Malah boleh dibawa solat kerana gambar pakcik di hadapan itu bukanlah makhluk yang sempurna; dia tidak bertwlinga dan hanya ada kepala dan bahagian badan atas. Cuma dinasihatkan tidak memakainya di masjid kerana dikhuatiri tok siak, pak bilal dan tuan imam akan berebut-rebut menarik tshirt itu daripada tubuh badan anda dek terlalu kagum dan jeles dengannya. Kehkehkeh.' ^_^

Khairul Nizam Suhaimin 05/07/2013, 08:40  

saya x biasa beli online..camne nk.tunjuk bukti pmbayaran?

Inche gabbana 05/07/2013, 09:27  

Enonimus: Jzkk untuk penjelasannya.

Khairul Nizam: Kalau anda bayar online (CIMB Clicks atau Maybank2u atau lain2), boleh print screen resit pembayaran dan hantarkan ke emel saya.

Kalau bayar secara bank-in manual, scan kan resit pembayaran dan emelkan kepada saya.

Harap menjelaskan.

Jzkk.

ashraf 05/07/2013, 12:16  

IG, kalau saya nak beli design 2 5 helai kena bayar rm85 sahajalah sebab diskaun?

Inche gabbana 05/07/2013, 14:47  

Ashraf: Diskaun hanya diberikan kalau beli LEBIH 5 helai. Jadi anda kena beli 6 lah! Hehe..

Anonymous 05/07/2013, 22:35  

selepas pembayaran..agak2 boleh dapat ble ye IG??

Anonymous 06/07/2013, 09:09  

inche, saiz baju ni cena? kadang2 baju ni ukuran siaz dia lain2 >.< mohon pencerahan =D

Unknown 06/07/2013, 14:18  

Assalamualaikum, Inche Gabbana, baju akhwat ada x?

asyraf kaizen 07/07/2013, 10:16  

"Tempahan dan urusan pembayaran akan dibuka sehingga Ahad 7 Julai 2013."

mknenye, smpai kul 12 malam ni ke ... 12 malam semalam? 0_o

Inche gabbana 07/07/2013, 11:00  

Saya jawab beberapa soalan secara pukal terus ye. ^^"

Saya hanya akan mula menempah daripada pembekal esok iAllah. Dalam 1-2 minggu siap, selepas tu baharulah proses penghantaran akan bermula. Mungkin dalam awal Ogos anda akan mendapatkannya iAllah.

Saiz standard iAllah.

Tempahan dibuka sehingga 11.59pm (waktu Malaysia) Ahad 7 Julai 2013. ;)

Moga Allah redha.

Seyren Windsor 07/07/2013, 11:22  

diminta inche gabbana memberikan ukuran saiz baju. danke

Anonymous 07/07/2013, 12:28  

masih berada di mesir...blom buley pulang ke kg halaman...so xbley nk tempah..agak2 inche G bukak agy x tempahan pasni??

Anonymous 07/07/2013, 12:37  

sy rasa logo APG x perlu kot utk mengelakkan fitnah obsess APG ke apa..

Durratun 07/07/2013, 18:08  

Takde slhnya utk logo..at least org akn cari blog APG & akhrnya insyaAllah jtuh chenta pada dakwah & tarbiyah..wallahu'alam..:)

Unknown 07/07/2013, 22:29  

Assalamualaikum, Inche Gabbana.
saya harap sangat Inche Gabbana akan buat lagi next time around. sebabnya Inche Gabbana hanya bagi masa 4 hari untuk tempahan. tak pa, saya tunggu pusingan seterusnya. T-shirt APG tiga poin kosong. hehee...
sekian, cik yang terlambat. *_*

mimsinlammim Ilyas 08/07/2013, 15:30  

Klu order selepas 7/7 boleh ke?

unanonymous 08/07/2013, 16:40  

Terlepas.... Isk3.

Sei 09/07/2013, 09:11  

saya nak order.pleaseee... from the 1st time saya memang nak order. terlepas sehri..


inche gabbna bolehlah~

Anonymous 12/07/2013, 16:59  

bt tshirt labuhlaa inchee

Unknown 06/02/2014, 13:20  

available lg x?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP