4 July 2013

Buat Mursi

[Kredit]

Yahudi tersenyum riang, 
Bashar ketawa girang,
Saudi duduk senang,
Amerika tertawa wenang! 
Dan kau Mursi, mengenang-ngenang,
Nasibmu yang disepak terajang.

Dahulu ketika kau menang,
Membawa harapan rakyat yang malang,
Pabila si Firaun Mubarak kecundang,
Ramai yang bersorak riang,
Menepuk bahumu tanda sayang,
Berjanji bersamamu susah dan senang. 

Namun musuhmu nan petualang,
Tidak bisa duduk senang,
Melihat Mesir semakin garang,
Sempadan Palestin dibuka terang,
Syria tidak lagi dipandang,
Buat Yahudi jadi berang!

Perjuangan Islam kau canang,
Keadilan Islam kau perjuang,
Kalimah Allah kau gebang,
Kemuliaan agama kau tayang,
Ayat-ayat chentaNya kau pegang,
Seerah Nabi kau tak pernah curang! 

Itulah dosamu yang paling gampang,
Menjadi alasan dirimu diganyang,
Menjadi sebab dirimu diperang,
Musuh-musuhmu menunggu peluang,
Tidak sabar melihat dirimu kecundang,
Mereka merancang dan terus merancang. 

Makar jahat jadi belerang,
Adu domba sebagai senapang,
Bertubi-tubi kau diserang,
Walhal dirimu ikhlas berjuang,
Akhirnya kau terpaksa berundur belakang,
Musuh mambang terbahak riang!

Wahai Mursi jalan ini masih panjang,
Bersabarlah ini sunnah jalan pejuang,
Tatkala syaitan bersorak girang,
Malaikat di langit menangis terkenang,
Biar di dunia kau tidak menang,
Asal sorga menyambutmu senang!

Kami bermunajat dari belakang,
Tembakan doa kami layang,
Buatmu Mursi wahai abi sayang,
Dirimu terkorban menjadi bayang,
Buat masa hadapan yang lebih terang,
Islam mulia yang pasti menang!

-gabbana-

Entah mengapa, saya tidaklah terlalu sedih atau meroyan dengan apa yang berlaku di Mesir. Kerana saya amat yakin, ini adalah salah satu ujian dariNya untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman. 

Seperti dalam perang Ahzab, keimanan para sahabat ketika itu menjadi lebih mantap tatkala melihat gerombolan tentera-tentera Ahzab datang mahu menyerang mereka. Mereka tidak gentar. Tidak berasa lemah. Tidak pula berasa takut. Kerana mereka yakin, itu sebenarnya adalah petanda kemenangan agung buat mereka!

Dan kerana saya yakin, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan mereka yang benar dan bersama al-Haq. Allah pasti akan memenangkan mereka yang bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan agamaNya. Jika tidak dunia, di sorga sana! InshaAllah!

"Sungguh mereka (orang kafir) merencanakan tipu daya yang jahat, dan Aku pon membuat rencana yang jitu. Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir. Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu."
[at-Thoriq, 86:15-17]

Bergembiralah! Kerana Islam pasti menang!
 

12 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/07/2013, 16:49  

Islam pasti menang! insyaAllah..

melihat cerita morsi, kemenangan sudah diperolehi, tapi dijatuhkan.. namun morsi masih nampak gagah.. teringat pada kerajaan malaysia pula.. andaikata haritu pr menang, lalu tersungkur juga.. mampukah kita kuat dan gagah sebagaimana morsi?

Inilah hikmahnya!
iA ada hikmah yang lain..

suhanaazman88 04/07/2013, 16:57  

Munajat kami. Islam tetap menang. Allahu Akbar!!!

ann 04/07/2013, 17:57  

Feel so bersmangat reading ! #PrayForEgypt ! Islam will win at the end of the day !

Shaoran Hani 04/07/2013, 18:31  

jujurnya daku sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. tapi daku terpujuk kembali bila baca firmanNya di entri kali ini. semoga kita terus kuat!
#PrayforEgypt

EN 04/07/2013, 19:13  

I can feel the soul.

Anonymous 04/07/2013, 20:28  

Kuatlah Morsi! Kuatlah umat Islam! Allah menangguhkan kemenangan untuk sesuatu yg lebih baik....Cepat atau lambat, kejayaan pasti milik Islam...Allahuakbar!!!

Anonymous 04/07/2013, 21:38  

Pray for morsi. :(

Langit Tinggi 04/07/2013, 22:24  

indah .

Kwol Hafizi 04/07/2013, 23:30  

Semoga Dr. Morsi terus tabah :)

Husein Husaini 05/07/2013, 01:57  

Selamatkan Morsi dan Ikhwanul Muslimin

kawan salwa 05/07/2013, 10:21  

entah mengapa saya berasa amat terkesan dgn isu ini...bermula plastine then syria & kemucaknya Mesir ini.... hati sangat hiba kerana x bersama mereka...hati ini rasa bersalah kerna mereka menderita tapi diri ini msh mampu bersenang lenang....adakalnya rasa mahu melepaskan segalanya d sini utk bersama di sana tp...... *pelbagai tafsiran tapi yg blh di andaikan

Anonymous 05/07/2013, 14:23  

Inche, you're really more than someone. I cried. May Allah bless you Inche. Ana sayang Inche kerana Allah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP