25 July 2013

Jemaah Malaikat

[Kredit]
[Amaran keras sekeras tengkorak kepala anda: Bacaan ini hanya sesuai dibaca oleh anda yang sudah beramal, bergerak dan sekali-sekala melompat riang sambil mendepakan tangan dalam tarbiyah dan dakwah ini. Sekiranya anda degil dan berkeras mahu membacanya juga, pihak saya apatah lagi pihak berwajib sama sekali tidak bertanggungjawab kepada sebarang kes kena makan dengan jerung sebab terjun laut, terjun dari jambatan Pulau Pinang mahupon kena langgar dengan lori simen. Sekian.]

Amal jamai'e. Anda yang sudah berkeceimpung dalam dunia tarbiyah dan dakwah pastilah sudah faham benar tentang kepentingan beramal jamai'e. Beramal secara berjemaah. Membuat sesuatu amalan itu dalam kumpulan atau geng tertentu.

Suatu ketika, kita mungkin pernah anti dengan jemaah jemaah ini. Kita rimas dengan kepelbagaian jemaah yang ada. Kita runsing dan garu kepala, apabila individu-individu tertentu datang mendekati kita untuk menarik kita menyertai mereka.

"Ish apahal depa ni tak boleh nak bersatu. Kan mudah kerja...?"

"Diorang ni macam gaduh je.. Kata nak buat kerja dakwah. Aisshh."

"Aku tak paham la sek sek budak-budak usrah ni. Tak boleh ke diorang ni dok dalam satu kumpulan je..? Adoila."

Mungkin itu antara monolog-monolog yang pernah bermain di dalam kepala kita. Rimas. Keliru. Garu hidung.

Namun segala-galanya berubah apabila kita sudah mula berjinak-jinak dengan tarbiyah dan dakwah. Mentaliti dan cara fikir kita berubah apabila kita sudah mula jatuh chenta dengan tarbiyah dan dakwah. Kita semakin faham. Kita semakin jelas.

Perbezaan jemaah adalah sesuatu yang diraikan. Betapa perbedaan yang ada adalah pada perkara-perkara yang khilafiyah. Pada perkara-perkara yang furu' (cabang) dan bukan pada perkara yang usul (pokok). Pada fiqh (cara/kaedah) dalam melaksanakan tarbiyah dan dakwah itu sendiri.

Yang penting, kesemua jamaatul minal muslimin (jamaah orang-orang Islam) yang ada punya tujuan dan objektif yang sama; mahu menegakkan kembali hukum Islam di muka bumi Allah ini. Cara dan kaedahnya? Terpulang pada ijtihad dan kefahaman masing-masing, sehinggalah khilafah dapat ditegakkan semula. Ketika itu, umat Islam wajib bersatu di bawah satu naungan khalifah sahaja. 

Tiada masalah. Tiada isu. Tadehal la bro!

Yang lebih utama, kita faham Islam itu dahulu. Kita tanamkan keyakinan dan iktikad tauhid itu dalam-dalam. Kita cerna tujuan hidup kita sampai lumat dan hadam. 

Selepas itu kita fahami pula tanggungjawab dakwah, yakni amanah yang terletak pada pundak kita untuk menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini. Tugas Syahadatul Haq, iaitu tanggungjawab kita menjadi saksi ke atas kebenaran.

Selepas itu pula, kita semakin jelas dan faham, mengapa amat perlu kita beramal jamai'e dalam menyebarkan agama Allah ini. Betapa kita tidak mampu untuk melaksanakan tugas yang maha berat ini hanya dengan seorang. Bahawasanya tiada manusia yang boleh hidup sendirian dan berseorangan untuk menjalankan tujuan hidupnya yang dua itu; sebagai 'abid dan khalifah Allah untuk seluruh alam buana.

Maka kita pon berkira-kira, jemaah mana yang mahu kita sertai. Tergaru-garu kita macam kera dapat buah nangka; tak tahu nak pilih jemaah yang mana. Namun setelah berfikir masak-masak semasak buah cempedak, setelah bertanyakan orang-orang yang kita percayai dan tsiqahi, setelah beristikharah dan memohon bimbingan daripadaNya, akhirnya kita membuat keputusan. Dengan yakin. Dengan tenang. Dengan penuh kefahaman. InshaAllah.  

Alhamdulillah. Kita semakin yakin untuk mentarbiyah. Kita semakin selesa untuk berdakwah. Kembang-kempis hidung kita, penuh semangat sambil rambut (tudung labuh jika anda akhawat) shiuuhh shiuuhh ditup angin dalam melaksanakan tugas-tugas kita sebagai hamba dan khalifahNya, kerana kini kita merasakan adanya bumbung dan payung yang menaungi kita. Kita beraza izzah, bangga dan teruja kerana menjadi sebahagian daripada jemaah yang kita rasakan cukup osem dan bergaya.

Dan akhirnya kita hidup bahagia hingga ke akhirnya. Tamat cerita.

Op op. Apa anda ingat ni kartun Disney ke nak hidup bahagia hingga ke akhirnya? Sila berpijak di bumi yang keras lagi nyata! Wahai!

Arakian kita pon mula melihat masalah-masalah, musykilah dan segala tok nenek isu yang berlaku dalam jemaah. Sedikit demi sedikit kita mula mengesani perkara-perkara yang tidak pernah kita sangka akan berlaku semasa kita mula-mula menyertai gerabak ini dahulu. Kita mula mengalami mimpi ngeri di waktu malam, kerana jemaah yang kita sangkakan sempurna ala-ala Senderela memakai kasut cap Bata, rupa-rupanya punya banyak kekurangan dan kelemahan.

Panas yang disangka berpanjangan hingga ke petang, ditutupi dengan awan mendung di tengah hari.

Bunga-bunga dafodil yang tumbuh segar dan riang di padang, digelek hancur oleh jentolak berkuasa tinggi.

Arnab-arnab gemok dan comel berlari girang, bertukar menjadi raksasa gorgon yang menakutkan huaarrghhh makan budakkk!

Apa benda yang anda mengarut ni Inche gabbana..?

Err. Tersipu-sipu. Maafkan saya. Kandungan gula yang rendah dalam badan. Bulan puasa la katakan. Wahahaha.

Ok. Sambung semula. Sayugia semakin hari, semakin kita kechiwa dengan jemaah yang kita sertai. Mula timbul rasa sesal dalam diri. Tidak kurang juga rasa geram, marah dan tidak puas hati kerana merasakan diri kita telah ditipu untuk menyertai jemaah itu. Apatah lagi apabila hak-hak kita sebagai ahli jemaah terasa begitu diabaikan, terutamanya dari aspek tarbiyah dan peningkatan diri.

Maka sedekit demi sedikit, kita mula menjauhkan diri. Kita mula menyepikan diri dan mengambil sikap acuh tak acuh. Kita sudah malas pergi bulatan gembira kita sendiri. Konferens riang sudah tidak kita hadiri. Program-program yang dianjurkan untuk ahli-ahli jemaah tidak lagi kita beri prioriti. Dan kemuncaknya, apabila kita sudah gemok dan tidak peduli dengan bulatan gembira yang kita pimpin. Kita mula meninggalkan tarbiyah dan dakwah yang suatu ketika dahulu, pernah kita laung-laungkan dengan penuh semangat waja betapa akan kita perjuangkan dan pertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Ewah. 

Akhirnya jadilah kita golongan yang tertinggal dan ketinggalan. Jadilah kita golongan yang mengambil dan mengisi borang alumni ikhwah. Jadilah kita golongan yang futur di atas jalan dakwah ini.

Geleng kepala. Air mata nak mengalir tapi tak jadi.

Ikhwah dan akhawat, hakikatnya jalan dakwah ini tidaklah semudah dan sebahagia yang kita sangkakan. Ketika kita mula berbaiah dahulu, kita bukan sahaja berjanji untuk bergabung dengan jemaah yang kita sertai, tapi sebenarnya kita juga berjanji setia untuk bersama-sama dengan jemaah ini di waktu senang dan susahnya. Kita berjanji yang kita akan turut menanggung beban dan kesusahan yang pasti akan datang dalam perjuangan menegakkan al-Haq ini. 

Ikhwah dan akhawat, realitinya, tiada apa yang sempurna di dunia ini. Kita mungkin merasakan jemaah kitalah yang paling baik, yang paling osem, yang paling bergaya. Tapi sila dengar sini dan saya tidak akan jemu untuk mengulangnya lagi; tiada apa yang sempurna di dunia ini. Di sebalik kekuatan dan kelebihan yang ada pada gerabak yang kita sertai ini, jangan pandang sebelah mata pada kelemahan dan kekurangan yang ada. Kita mungkin rasa syok menaiki keretapi laju Dondang Sayang pulang ke kampung di Kota Bharu, tapi ada orang yang lebih syok naik Malindo Air terbang laju terus ke destinasi yang dituju. 

Ikhwah dan akhawat, hakikatnya, jemaah yang kita sertai ini adalah jemaah manusia dan bukannya jemaah malaikat. Dan oleh kerana ia adalah jemaah manusia, maka tidak mungkin akan dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh kerana ia adalah jemaah manusia, mustahillah andai ia tidak punya sebarang kelemahan atau kekurangan. Dan oleh kerana ia adalah jemaah manusia lah, kita masih punya harapan. 

Ini tidak bermakna kita merelakan jemaah ini terus-menerus melakukan kesilapan. Tidak bermakna kita memberi lampu hijau kepada sebarang kekurangan yang disengajakan. Juga tidak bermakna kita buat biskut dan goreng bihun sahaja pada mana-mana kelompongan dan kebobrokan yang ada. 

Andai jemaah kita sakit, kita rawatilah.

Andai jemaah kita lemah, kita kuatkanlah.

Andai jemaah kita goyah, kita kukuhkanlah.

Syabab dan rijal yang penuh dengan semangat berkobar-kobar, mesti sentiasa bersedia menerima teguran dan bimbingan daripada orang-orang lama yang berpengalaman. Qiyadah (pemimpin) dan pakcik makcik juga mesti bersedia untuk membuka minda dab berlapang dada menerima cadangan dan komen daripada anak-anak muda yang ingin menyumbang.

Sinergi inilah yang akan melahirkan suatu perkumpulan yang bukan sahaja berhikmah, tapi penuh dengan hamasah. Kasih-sayang dan hormat-menghormati yang terjalin antara ahli-ahli jemaah inilah yang akan menghasilkan suatu golongan manusia yang...

"...bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela."
[al-Maidah, 5:54]

Keluar atau lari daripada jemaah bukanlah solusinya. Malah, kita amat mementingkan diri sekali andai kita memilih untuk berbuat demikian. Hakikatnya, jemaah tarbiyah dan dakwah ini tidak akan rugi apa-apa tanpa keberadaan kita di dalamnya. Kitalah yang sebenarnya berada di dalam kerugian yang nyata. 

Kuatkan, kukuhkan dan mantapkan jemaah ini dari dalam, meski ia menuntut pengorbanan yang besar. Lakukan apa yang terbaik untuk menguatkan institusi ini, walaupon ada yang skeptikal atau menentang usaha-usaha kita, hatta oleh ahli-ahli jemaah ini sendiri. Positif. Optimistik. Kerana ini jemaah kita. Kalau bukan kita yang mahu membantu dan menguatkannya, takkan makcik yang jual nasi lemak di sebelah pasaraya Giant tu kan..?

Mana tahu kau, makcik tu akhawat. Ha, macam mana..?
 

Jatuh kerusi.

Ayuh kita hindarkan diri kita daripada asyik berjiddal pada perkara-perkara yang tidak membuahkan amal. Ayuh kita buang jauh-jauh prasangka dalam jiwa yang hanya menyesakkan dan menyakitkan dada. Dan ayuh kita mula bekerja, kerana masih ramai lagi manusia-manusia di luar sana yang masih terkapai-kapai, terumbang-ambing tidak tahu apa-apa!
 

Kuatkan iman, tingkatkan amal! Ya, inilah KITA! 

Senyum.

-gabbana-

Harap anda baca dahulu nukilan saya ini dengan cermat dan teliti, sebelum meninggalkan sebarang komen atau pandangan ya..? Risau pula ada yang bunuh diri nanti. Eheh.
 

8 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/07/2013, 13:29  

terkena batang idung

Unknown 25/07/2013, 15:17  

kerana masih ramai lagi manusia-manusia di luar sana yang masih terkapai-kapai, terumbang-ambing tidak tahu apa-apa!

Aku la tu. ._:

Anonymous 25/07/2013, 15:52  

nie first time ana dengar dari ikhwah IKRAM yang pada mulanya ana ingat xberlaku sangat masalah nie pada mereka

ana ingat selain jemaah kami dan jemaah yang guna parti politik saja yang ada masalah nie

sbb jemaah kami juga begitu(jemaah yang agak dekat dengan IKRAM actually), mereka nie biasanya geng reformis, anak muda yang mahu bergerak laju, cepat, secara massa, megutamakan populariti, namun banyak keputusan mereka dibantah oleh pihak atasan yang nampak agak lambat dan tak terkedepan
hasilnya dari konflik ini, mereka lebih selesa menggunakan wajihah sendiri yang lebih bebas dari wajihah kubra jemaah dan keputusan jemaah
kadang2 ada juga dari pakcik makcik nie mengecop mereka golongan rebel

dan kadang2 juga sebab pengurusan organisasi, bukan pada idealism dan fikrah

namun alhamdulillah, bila sesi curhat berlangsung, akan ada juga sinergi antara dua golongan nie seperti mana golongan pakcik makcik juga semakin sedar, begitu juga syabab semakin pula merapati agenda dan gagasan pakcik makcik dan meguatkan jemaah serta pelbagai lagi institusinya

" hikmati syuyukh fi hamasati syabab "

moga kelak ikhwah, harap ianya ibrah bila kita dah jadi makcik pakcik nanti insyaAllah

" ya Allah, kekalkanlah solidariti antara hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami, dan bukakanlah pintu kemenangan dakwah ini "

ana rasa antara artikel terbaik tentang perkara nie ialah artikel ustaz Hasrizal " Kaderisasi Dakwah Generasi Y "

wallahua'lam

ieqaR 26/07/2013, 11:44  

hm hmm . jemaah lain2 , tp kte bpndukan bnde yg sama kan . AlQuran & Sunnah .
tp tp , macam mana dgn akhi or akhwat yg tlalu taksub dgn jemaah masing2 smpai taknak btegur dgn jemaah lain ?
gaya mcm bmusuh mcm jemaah satu lg ni sesat .
aishh , tak phm tak phm .

Anonymous 26/07/2013, 11:58  

SEtiap entry mesti ada part merepek.hahaha..kadang2 sya lost fokus baca sebab dah tertarik dengan part2 merepek..ini bahaya

orgkuantang 26/07/2013, 15:17  

IG, analisa inche memang tak pernah gagal menepati batang hidung sendiri.=_=

mulan el-farouq 28/07/2013, 08:57  

Bagus entri enta ni... hurm, tapi memang akan slalu ada la.. part2 merepek tu kan. Adoi.

Anonymous 28/07/2013, 22:53  

Perbezaan jemaah ni bukan isu. Kerna semua kita mengejar redha allah yang sama

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP