Bak Kut Teh: Apa Kata Mereka?
[Kredit] |
Berikutan kes penghinaan Islam oleh pasangan Alvin dan Vivian yang pernah menggegarkan negara dengan aksi seks mereka tidak lama dahulu, beberapa pihak telah mengeluarkan kenyataan, komentar dan pandanan mereka tentang isu ini.
Ayuh kita lihat bagaimana reaksi dan maklum balas masyarakat berkenaan isu yang cukup panas lagi sensasi ini.
Ustaz Pierre Cardin (Penceramah bebas)
"Bismillahirrahmanirrahim. Ini semua bidaah! Dolalah! Mereka ini sepatutnya dihukum pancung! Penggal! Apa yang mereka buat benar-benar menghina dan menjatuhkan maruah Islam! Jangan beri muka pada mereka. Allah murka!"

YB Gayah Sulong (Wakil rakyat)
"Saya melihat apa yang berlaku daripada perspektif jangka masa panjang. Sekiranya anda semua mengundi parti Pembaris Kebangsaan pada pilihanraya akan datang, saya jamin masalah seperti ini tidak akan berulang lagi.."

Encik Takashi Honda (Jurutera)
"Begini. Sekiranya kita mengambil kira sudut chopstick yang dipegang saudara Alvin dengan jumlah isipadu Bak Kut Teh yang disepitnya, kita mungkin akan mendapati yang Bak Kut Teh yang dimakan Alvin dan Vivian bukanlah Bak Kut Teh babi tapi Bak Kut Teh sayur brokoli! Itu suatu kemungkinan yang tidak boleh ditolak tepi."
Tuan Haji Roslan Zakaria (Pegawai JAKIM)
Aik? Bila masa pula kita bagi cop halal kat depa ni..? *garu kopiah* Diana, kamu tolong periksa fail saya tu, bila masa pulak kita ada bagi kelulusan halal kat budak dua orang ni."
Cik Mia Samira (Akauntan bertauliah)

"Tindakan mereka tu ada beri apa-apa keuntungan tak pada syarikat? Berapa hasil jualan? Hasil dapatan kasar? Bagaimana pula dengan keuntungan bersih selepas ditolak cukai dan pemerosotan pada nilai aset..?"
Sulaiman Khan (Tokei kedai mamak)
"Deyy! Apa susah hati? Macha, you worang jangan garu kepala la. You worang tak mahu makan bak kut teh untuk berbuka kan..? You worang mari sini la, kedai saya makan. Macam-macam ada! Teh tarik, roti telur bawang, nan cis, ayam goreng, nasi beriyani, sup tulang.. Semua halal jugaaa..!"
Dato' Awang Banyakwo (Ahli perniagaan)
"Bak Kut Teh tu, kalau kita pasarkan dalam bentuk yang halal dan tayyibah, lepas tu kita bungkus cantik-cantik dan jual di pasar raya besar, ada permintaan tak agak-agak..?"
Exora Che Wan Kempis (Artis)
"I.. I bukan apa you.. I rasalah.. I rasalah kan... Uhm diorang ni.. Mekap diorang tak cukup tebal lah you.. Rambut si Vivian tu tak cukup mengurai.. Si Alvin tu pulak, nampak tak berapa yakin. Baju dah ok dah, cuma tone dia lari sikit. I rasalah.."
Puan Sabariah Ketupat (Suri rumah sepenuh masa)
"Eh Peah, aku dah bilang sama kamu. Budak-budak tu memang perangai macam hantu! Kau tahu hari tu masa aku tengah sedap-sedap nak beli sayur kat pasar borong Selayang, aku nampak budak dua ekor tu pot pet pot pet..." (Dialog penuh tidak dapat disiarkan di sini kerana dikhuatiri akan ada yang berdarah telinga nanti.)
Professor Dr. Zamani Asumsi (Ahli ekonomi)
"Baiklah. Kita anggap lah saudara Alvin dan saudari Vivian tu merupakan manusia yang rasional. Maksudnyta, tindakan mereka itu adalah berdasarkan kepada masukan maklumat yang tepat dan tiada ketirisan yang berlaku, ceteris paribus. Maka apabila garis permintaan bertemu dengan garis penawaran, sepatutnya suatu titik Pareto akan wujud dan tidak timbul soal sama ada mereka sedar atau tidak akan kesan tindakan mereka itu."
Miss Teri Sung Goh (Ahli teori konspirasi)
"Anda semua tak nampakkah..? Ini semua propaganda Freemason! Kerja Yahudi semua ni! Cuba tengok balik gambar mereka di MukaBuku tu. Sekiranya anda melihat gambar itu pada sudut tepat enam puluh enam darjah, anda akan dapati tangan Alvin yang memegang kayu chopstick sebenarnya membentuk bentuk tiga segi bermata satu apabila digabungkan dengan tangan Vivian! Ini benar-benar suatu tindakan licik untuk menghapuskan umat manusia!"
Anda bagaimana Inche gabbana? Sibuk dengar apa orang lain kata. Apa kata anda?
Saya? Jujur saya merasakan, seperti biasa, kita mudah melompat dan menggelabah apabila isu sebegini berlaku. Apa bezanya kita dengan mereka yang amat mudah melatah, pong pang pong pang membakar tayar dan memecahkan tingkap sewaktu peristiwa Innocence Muslim suatu ketika dahulu?
Kena cuit, melompat. Kena jentik, terkujat. Kena usik, mengamuk! Adeh.
Dan mengapa kita perlu berasa terlalu amat marah tahap Inkredibel Hak dengan tindakan mereka itu? Maksudnya, apa yang kita dapat apabila bertindak melulu dengan memaki hamun, mencarut-marut dan bertindak ganas sebagai reaksi kita terhadap apa yang berlaku?
Yang pasti, kita dapat memuaskan nafsu amarah kita. Dan mungkin jugalah menyebabkan orang lain tidak berani lagi untuk melakukan perkara yang hampir serupa.
Namun pada masa yang sama, saya pasti umat Islam di Malaysia kini dilihat tiada bezanya dengan Taliban atau pengganas di Pakistan. Tindakan-tindakan kurang matang dan kurang bijak kita telah membenarkan sangkaan-sangkaan tidak baik orang bukan Islam kepada agama yang suci ini.
"Oh betullah Islam tu agama ganas."
"Aku dah kata dah umat Islam ni sama je kat mana-mana!"
"Islam agama aman? Agama sejahtera? Ceh! Pigidaaahhh!"
"Tak mahulah belajar pasal Islam. Agama tu menggalakkan penganutnya bertindak samseng pada penganut agama lain!"
"Islam tu hanya sejahtera dan aman untuk sesama penganut mereka sahaja. Bukan untuk orang lain yang berlainan agama. Itu fakta tahu..?"
Astaghfirullah. Geleng kepala.
Sekiranya Nabi SAW masih hidup di zaman ini, agaknya apa yang akan baginda lakukan? Saya pasti tindakan yang sama akan baginda ambil apabila seorang Arab Badwi kencing pada tiang masjid. Ya, ada para sahabat yang mengamuk, mahu memancung kepala si Badwi itu. Tapi qudwah bagaimana yang telah ditunjukkan oleh kekasih, junjungan besar kita itu..?
Baginda melarang para sahabat untuk bertindak keras, hatta memarahi si Arab Badwi. Malah baginda menyuruh para sahabat untuk pergi mencuci dan membersihkan najis yang ditinggalkan oleh si Badwi tadi! Wahai!
Dan cuba teka apa yang terjadi selepas itu..? Hasil kesabaran dan kebijaksanaan Rasulullah ini, si Arab Badwi lantas memeluk Islam! Subhanallah!
Malangnya, sunnah yang sebegini indah, tidak mahu kita ikuti. Kita hanya mahu menyimpan janggut, bersugi, memakai jubah, berwangi-wangian dan berbahagi isteri. Eh. Tapi bab akhlak dan budi pekerti baginda SAW, kita tolak tepi. Aduhai.
Saya tidak hairan seandainya selepas ini lebih banyak sindiran, kutukan, cacian, cercaan dan makian terhadap Islam akan berlaku, meskipon tindakan ganas dan amaran garang telah diberikan. Mengapa? Kerana mereka seronok, teruja dan terhibur melihat umat Islam yang mudah melatah dan menggelabah hey!
Samalah seperti apabila kita mengusik adik kita yang kecil, gebu dan montel itu. Apa yang menyebabkan kita rasa seronok dan teruja mahu mengusiknya lagi? Apabila dia memberikan reaksi, sama ada menangis, marah, emo atau apa-apa sahaja, bukan? Sekiranya dia buat bodoh, buat biskut sahaja, pastilah kita tidak berminat mahu mengusiknya lagi.
Nah! Allah sendiri beritahu kita, jangan layan sangat mereka yang suka mempermainkan dan menjadikan agama sebagai senda gurau ni! Menghabiskan beras cap Faezah je kak oi!
Tidak timbul mereka ini kafir harbi atau kafir zimmi, maka cara teguran perlu berbeza-beza. Dey, bila pulak negara Islam tertegak kat Malaysia ni..? Bila masa mereka membayar jizyah kepada kerajaan Islam 1Malaysia..?? Adoilaaa.
Ya, marah marah juga. Tapi marahlah dengan cara yang berhikmah. Agama suci ini sudah semestinya wajib dipertahankan. Tetapi pertahankan ia dengan kefahaman dan akhlak Islami yang tinggi dan mulia nilainya.
Kerana Islam ini terlalu agung dan mulia untuk disibukkan dengan isu yang remeh-temeh sebegini. Fulsetop.
Saya rehatkan kes saya. Aman tanpa perang.
-gabbana-
Kalau mahu marah, maka Ibrahim Ali perlu lebih dimarahi kerana mengesyorkan agar semua kitab Injil dibakar. Apa punya jenis manusia la macam ni.
Dan kalau mahu marah, rasanya lebih baik marah dan bengkek dengan umat Islam yang berzina, main judi, tonggang arak, makan rasuah, pecah amanah, tidak puasa, buang anak, pakar rompak, kaki joget dan hisap dadah sebab mereka ini yang banyak sekali mendatangkan fitnah kepada Islam!
Dan sila juga berasa marah kepada diri sendiri yang tidak menjalankan tugas Syahadatul Haq dengan baik dan amanah. Nanges laju-laju.

"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka) kerana perbuatannya sendiri."
[al-An'am, 6:70]
Nah! Allah sendiri beritahu kita, jangan layan sangat mereka yang suka mempermainkan dan menjadikan agama sebagai senda gurau ni! Menghabiskan beras cap Faezah je kak oi!
Tidak timbul mereka ini kafir harbi atau kafir zimmi, maka cara teguran perlu berbeza-beza. Dey, bila pulak negara Islam tertegak kat Malaysia ni..? Bila masa mereka membayar jizyah kepada kerajaan Islam 1Malaysia..?? Adoilaaa.
Ya, marah marah juga. Tapi marahlah dengan cara yang berhikmah. Agama suci ini sudah semestinya wajib dipertahankan. Tetapi pertahankan ia dengan kefahaman dan akhlak Islami yang tinggi dan mulia nilainya.
Kerana Islam ini terlalu agung dan mulia untuk disibukkan dengan isu yang remeh-temeh sebegini. Fulsetop.
Saya rehatkan kes saya. Aman tanpa perang.
-gabbana-
Kalau mahu marah, maka Ibrahim Ali perlu lebih dimarahi kerana mengesyorkan agar semua kitab Injil dibakar. Apa punya jenis manusia la macam ni.
Dan kalau mahu marah, rasanya lebih baik marah dan bengkek dengan umat Islam yang berzina, main judi, tonggang arak, makan rasuah, pecah amanah, tidak puasa, buang anak, pakar rompak, kaki joget dan hisap dadah sebab mereka ini yang banyak sekali mendatangkan fitnah kepada Islam!
Dan sila juga berasa marah kepada diri sendiri yang tidak menjalankan tugas Syahadatul Haq dengan baik dan amanah. Nanges laju-laju.
24 Caci Maki Puji Muji:
setuju!
SEKURANG-KURANG NYA DENGAN MENGENAKAN TINDAKAN UNDANG2 KE ATAS MEREKA, BARU LAH MENJADI PENGAJARAN KEPADA YANG LAIN NYA.. BUKAN BERCKP IKUT SUKA DAN BUAT BODO..
Enonimus: Kalau begitu saya mohon agar tindakan undang-undang yang sama dikenakan terhadap Ibrahim Ali, Datuk H (yang pernah kata nak basahkan keris dia dengan darah orang Cina) dan beberapa orang lagi Melayu Muslim yang keluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.
Kalau benar nak beri pengajaran kepada semuan, ini baru adil!
Saya baru je tulis dlm entri saya..smlm.
Saya pun berpendirian...agar tak perlu melayan permainan begini. Tiada hukuman, cuma beri didikan/pendedahan tntng islam.
Mari ubah lanskap kehidupan org islam di msia ini dgn dakwah n tarbiyyah dulu,bg islam itu sndiri da mantap jiddan dlm diri. kemudian barulah org bkn islam x anggap agma ini hnya utk digula2 dan di cuit2 utk tujuan hiburan.
A very good post. :)
InshaAlllaah mendidik!
Pastu, Inche Gabbana, nak nasihat sikit kalau boleh hehe, mungkin kena sabar akhi dalam reaksi anta kat komen si anonimus tu. Especially bulan Ramadhan ni hehe. :)
Above all, teruskan mendidik kami ini yang sentiasa mem'follow' APG! :)
Kita Mahu Orang Memahami Kita,
Tap Kita Tidak Pernah Cuba Untuk memahami Orang Lain...
dakwah Rasulullah itu menyentuh hati, bukan menyakitkan hati.
saudara di Mesir ditindas,
saudara di Syria dibunuh,
saudara di Palestin dibom,
saudara kita di Malaysia,
sakit,
ummah, sakit teruk.
kita?
isu yg besar ini,
*bunyi cengkerik*
isu murahan seperti itu,
semua melancarkan jihad. haihh.
mereka begitu,
salah kita tak sampaikan SH kepada mereka.
tembak tepat kepala.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/19/dont-compare-alvivi-with-ibrahim-zul/
geleng kepala.
rasa makin besar jurang, makin banyak fitnah.
Allah.
Dapat sharing drpd ustaz J ketika daurah. Beliau memetik ayat drpd surah annur 24:55. Allah MENJANJIKAN pd org beriman dan yang beramal soleh yg Dia akan menjadikan kita (klu kita beriman dan beramal soleh) / mereka (kalau kita tk termasuk dlm gol dua tu).. Ayat yg sangattt jelas. Allah janji. Tapi kenapa nampak mcm makin hari makin teruk Islam dihina di mana2. Allah mungkir janji ke? TAK MUNGKIN. This just shows kita yg tk benar2 beriman & amal solehh. Huuuu. Ikhwah wa akhawat, mari kencangkan dakwah, consistent dgn tarbiyyah yg tersusun, takwin kan org, selami sirah dakwah nabi dan sahabat, dan menjadi pelaku2 sirah yg iman Dan amal soleh nya hidup, sbg prasyarat kemenangan Islam & ustaziyatul alam itu iA
Finally ade jgk yg same pendapat ngan sy....perkongsiab yg menarik
mngenakn tndakan tegas pd mreka ad kbaiknnya..tp 0rg Islam sndri yg mghina Islam(bmaksiat,bhibur mlampau,dedah aurat,mghasut) spatutnya perlu lebih strict...tp knpa krajaa x buat cm2? tak ke mbuatkn 0rg kafir fkir '0h kita kafir hina Islam xbleh,Muslim hina Islam xpa'... scara aut0matik mreka rsa agama kita ni dpenuhi 0rg yg mengarut n busuk hati saja...mreka akn mkin mnjauhi malah mbenci Islam...0rg Islam kita,hina ulama,s0k0ng maksiat,fanatik hiburan,hina agama.ad kes bdak pmpua Islam mnyumpah seranah laungan azan..ada pmpuan bgmbar pkai telekung tp ramas buah dada,0rg muda bgambar bgga teguk arak,ada bgga bgambar dgn mesin judi...bgga dg hasil TOTO...bangga dgn gambar2 intim dgn psngn(tanpa hubungan yg halal),bgga pkai seksi2,tkinja2 mn0nt0n psmbahan yg berunsur lucah@melampau..malah isteri&anak2 pemimpin x ikut kewajipan dlm Islam...pemimpin byk yg xlyk jd imam...cuba bgtau celah mana yg 0rg kafir dpt tgk utk h0rmat agama Islam????n apa tndakan utk merawat semua ker0sakan yg keji ni?????
Betul juga..hmm
hadoi,,untuk orang yang berdiam dikata tak sensitif bila agama dihina,,,bila orang marah kata rosak akhlak..kalau kita tak suka cara marah2, why not anda yang pergi jumpa alvivi dan minta maaf pada mereka dan explain islam yang sebenar..sekurang2nya bila umat islam bagi respon orang lain takut dan ambil pengajaran..kalau non0muslim hina islam siapa lagi nak backup kalau bukan muslim itu sendiri, soal muslims bermaksiat tu urusan dia dgn Allah la..buat pe nak samakan..dan dakwah tu macam berseni jgk, ada mcm2 cara, anda x suka satu cara, anda lah yang mulakan cara yang anda prefer..
-sekadar pendapat yg hina-
bg sy boleh je nak marah tp berpada-pada la lebih2 lg kita berada dalam bln ramadhan.jgn la sampai nak keluar kata2 sesat & nak buang negeri semua tu...bkn kah dulu ramai masuk islam kerana aklak & budi pekerti rasulullah saw sendiri.and mane la nak tau masa dpn diorg ditakdirkan masuk islam diorg lg baik dr kite....wallahhualam...
Salam wrt, saya personally rasa patut berasa marah apabila Islam dihina. Pelik kalau tak berasa marah bila Islam dipermainkan di negara umat Islam majoriti. Memang berani. Tapi biarlah hukuman itu adil dan tidak berlebih lebihan. Kerana hakikatnya mereka tetap salah. Dan saya tidak mahu meminta maaf di atas kemarahan saya terhadap vivian dan alvin tersebut.
Mengenai maksiat dan dakwah pula, memang, kita perlu sangat melipat gandakan usaha. Dan banyak lagi perlu dibaiki diri ini agar tak jadi fitnah untuk agama.
Agree to disagree. An arts of opinions
Klu ada orang orang yang upload benda benda mengarut mcm Si Alvin dan si Vivian ni jangan di share dan jangan dikomen. Inilah dikatakan publisiti murahan. Agama kita tidak ternilai banding harganya. Yang menghina agama Islam itu sendiri selalunya penganutnya sendiri.
tepuk dada tanya iman
Alhamdulillah, kita masing2 makin sedar. We can talk, we can learn. But it will never change if we don't do it. :) Jom bekerja kuat-kuat? Insyaallah
bersuara itu memang perlu, kecaman2 perlu terus dikeluarkan supaya mereka tahu kita peduli hal2 ni. selagi boleh kecam, kecam. hukum mengikut perundangan.
yang kita tak nak ialah kita respon dengan cara yang ekstrem. kalau kita respon dengan pecah sana pecah sini macam pendemo luar negara tu, kita hanya memburukkan nama sendiri.
kecam tetap kecam, tapi jangan melampaui batas.
kalau tengok respon dari puak2 penyokong alvivi ni, diorang langsung takde kompromi.
mangkuk2 ni begitu tegar, jadi kita pun kena tegar juga.
comel ayatnya
saya pun rasa tak adil nak bandingkan kes alvivi dengan ibrahim ali dan zul nordin.
alvivi terang2an memprovok, anda baca twitter mereka, langsung takde rasa kesal. hanya media je yang kononnya kata alvivi minta maaf, hakikatnya mangkuk ni tak kesal pun.
kes ibrahim ali dia bukan provok, dia kata bakar bible yg cetak Allah sebab bible tu dah disalah cetak. macam al quran yg salah cetak pun kita bakar juga. dia bukan memprovok macam paderi kat US yg bakar quran tu.
zul nordin pula memang mulut dia lancang sikit, tapi ceramah tu untuk orang islam je, dan edaran video tu bukan untuk tontonan umum. video tu masa zul masih dalam PAS, kenapa tak kecoh masa tu, sekali dekat PRU tetiba dijadikan kontroversi? benda tu berlaku dah bertahun2, video tu terperap je. typical character assassination tactics.
setuju dgn Anonymous 21/07/2013 16:55 ... penghina agama ISLAM adalah pengikutnya sendiri....tidak mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya....jom muhasabah diri sendiri...
Post a Comment