Kicauan Sorga
Tweet.
Fudhail menanti-nanti kalau ada yang mahu membalas kicauannya. Tidak ada.
Down.
Tweet.
Dia berharap lagi jika ada yang akan memberi maklum balas. Aih followers ada lah seribu lebih. Takkan takde sapa nak respond kot?
Masih tiada apa-apa.
Dia cuba sekali lagi.
Dunia ni tidak adil! Aarrgghh stress!
Tweet.
Dia menanti selama seminit. Kali ini cubaannya berjaya.
"Anda ok?"
Enonimus membalas kicauannya.
Fudhail tersenyum. Enonimus. Antara pengikut tegarnya. Setiap kali dia berkicau nasihat atau tips-tips Islami, pasti Enonimus antara orang yang pertama akan mengicau semula. Sering juga Enonimus memberikan komennya sendiri kepada kicauan Fudhail.
Teringin juga dia mengenali empunya diri yang sebenar Enonimus. Daripada cara kicauannya, Fudhail boleh mengagak yang Enonimus adalah seorang lelaki. Tapi seperti namanya, Enonimus adalah seorang yang misteri. Gambar profailnya pon diletakkan gambar kanak-kanak Palestin yang sedang mengibar bendera dengan penuh bangga. Pada akaun Pengicaunya tertulis:
"Hamba Allah yang marhaen. Mahu masuk sorgaNya, walau dengan apa cara. Irdina, ya Allah."
Tidak lebih, tidak kurang. Misteri.
Pantas Fudhail menaip jawapan balas pada telefon pintar Sony Xperia Z miliknya.
"Hhhmmm. Tak ok."
Tweet.
"Kenapa? Ada tahi bintang landing sebelah rumah ke? Eheh."
Pantas Enonimus membalasnya.
Fudhail tertawa kecil.
"Haha. Bukan. Ada tahi bintang kat hati ni. Lately selalu rasa macam tak tenang. Resah. Gundah. Tak tahu kenapa."
Tweet.
"Ooh. Quran cukup? Solat berjemaah? Maathurat buat? Zikir harian cukup kuota? ;)"
Sentaaapp.
Fudhail teragak-agak mahu membalasnya. Nanti orang kata aku riya' pulak. Ah lantaklah.
"Alhamdulillah so far so good. Macam biasa. Tapi hati masih tak tenang. Kenapa ek?"
Tweet.
Lama Fudhail menunggu kicauan balas dari Enonimus. Tidak ada. Sementara menunggu, adalah kicauan lain yang masuk, yang bertanyakan khabar dan sebagainya. Hendak tak hendak Fudhail membalasnya. Fudhail masih ternanti-nanti kicauan daripada Enonimus. Perbualan itu sudah dimulakan; ia mesti dihabiskan.
Fudhail semakin resah menantikan kicauan daripada Enonimus. Dia ni, tidur ke? Nak kata pergi solat, Zuhr lambat lagi. Hmmm.
Tidak semena-mena Xperia Z-nya bergetar dan mengeluarkan bunyi burung mencicip, menandakan ada kicauan yang masuk.
"Kalau macam tu, ada benda lain tak yang mengganggu anda?"
Fudhail teruja. Dengan pantas dia membalas.
"Contoh?"
Tweet.
"Entah. Result hekzem teruk ke. Kena marah ngan mak ke. Ada peminat stalk anda ke. Heheh. Atau.."
Fudhail berkira-kira setelah membaca kicauan Enonimus itu. Result hekzem alhamdulillah ok. Aku dengan mama so far takde apa-apa. Peminat stalk memang ramai. Eh. Atau...?
"Atau..?"
Tweet.
Perbualan di alam maya antara Fudhail dan Enonimus bertambah rancak. Hati Fudhail berdebar-debar, menantikan jawapan daripada Enonimus.
"Keikhlasan. Ya, keikhlasan mungkin..?"
Jantung Fudhail terasa seperti disentap kuat apabila membaca kicauan Enonimus itu. Keikhlasan..? Eh aku tak ikhlas ke selama ni..?
Kicauan dari Enonimus masuk lagi.
"Mungkin selama ni anda berkicau bukan sebabNya? Tapi sebab nak glamor? Nak kumpul ramai followers?"
Panas. Panas.
"Atau sebab nak pikat akhawat? Atau nak tunjuk bagus? Atau apa-apalah sebab yang tiada kena-mengena dengan nak kejar redhaNya?"
Koyak. Rabak.
Jantung Fudhail berdegup kencang. Dia tak tahu nak berkicau balas yang bagaimana.
"T..T"
Tweet.
"Anda, hati ni raja kepada tubuh badan. Kalau kita biarkannya dikotori dan tercalit dengan niat yang tidak ikhlas, hati akan jadi raja yang..."
Dah cukup 140 karakter. Potong stim betullah Twitter ni! Cis.
Kicauan Enonimus masuk lagi.
"...jahat. Tapi fitrah hati, dia nak jadi raja yang baik. Mungkin sebab tu dia x senang duduk? Mungkin sebab tu x tenang? Dia memberontak."
"Oii oii. Dah la tu. Dah cedera parah dah ni..."
Tweet.
Jujur, memang Fudhail terasa benar dengan kicauan Enonimus. Jauh di sudut hatinya, dia merasakan ada benarnya dengan kata-kata Enonimus.
"Hehe. Mana boleh akhi. Saya syg anda. Saya x mahu anda jatuh ke dalam gaung neraka. Ni hah, ada nasihat daripada kembar anda."
Kembar?
"Kembar? Sapa kembar saya?"
Tweet.
"Fudhail juga. Fudhail bin Iyadh. Katanya: Meninggalkan amal kerana manusia termasuk riya'. Adapun beramal kerana manusia..."
"...termasuk perbuatan syirik."
Zraaassss. Kali ini Fudhail benar-benar mahu mengalirkan air mata jantan.
"Anda dah habis ke akhi..? Dah nazak anda belasah saya ni..."
Tweet.
"Hihihi. Ok dah. Untuk hari ini. Anda yang tadi kata bosan dan stress kan? Saya nak ceriakan hari anda je. ^^V"
Fudhail tersenyum. Matanya berkaca. Allah.. Dia dapat merasakan keikhlasan dan kejujuran Enonimus. Kepingin benar dia mahu bertemu mata, bercipiki-cipika dengan Enonimus. Ah!
"Jzkk akhi. Saya amat menghargainya. Akhi, sumpah saya nak kenal anda. Boleh kita berkenalan..?"
Tweet.
Fudhail terpaksa menunggu beberapa saat sebelum kicauan balas Enonimus masuk. Berdebar-debar.
"Sudah tentulah boleh akhi! Saya pon teringin nak berkenalan dengan anda!"
Bersinar-sinar mata Fudhail membaca kicauan Enonimus. Dengan penuh teruja dia membalasnya.
"Yeah..?? Hoyeaahh! Bila kita boleh berjumpa..?? Di mana...??"
Tweet.
Kali ini Fudhail terpaksa menunggu lebih lama lagi. Sehingga resah gelisah dibuatnya. Dipegang eratnya Xperia Z-nya itu dan dipandang tepat skrin telefon pintarnya. Takut benar dia terlepas kicauan balas Enonimus.
Akhirnya telefonnya bergetar dan mengeluarkan bunyi cicipan burung, tanda ada kicauan yang masuk. Dan Fudhail hanya mampu terkedu membaca kicauan balas Enonimus.
"Sorga. Biidznillah. Senyum."
-gabbana-
Kadang-kadang nasihat yang paling berguna, datangnya daripada sumber atau orang yang paling kita tidak sangka-sangka. Bersyukurlah andai itu berlaku, kerana itu tandanya Allah benar-benar sayangkan dan rindukan kita.

12 Caci Maki Puji Muji:
Sebuah kerusi di surga amat mahal walaupun ia sebuah stool..
Maka sisihkan Qarun dalam diri, krn ia mampu menjerluskan kaki ke tanah..
Blh di novelkn nie...=D
berjumpa di surga? hahaha, Insya'Allah, seperti biasa..kata-kata kamu memang bisa mengubah persepsi seseorang..cuma pendapat, maaf jika tersinggung ya? -pemudabiase-
Permintaan kedua:
Hm... Tolong padamkan komen-komen saya kat atas ni yeh.. Saya cuba padam tapi masih ada kesan.. Tolong yeh..
Jzzk sekali lagi. :)
Enonimus (tPJ): Allahu... Seriyes saya tak kenal pon anda. Dan tak pernah come cross pon profile anda sebelum ni.
tapi cara saya describe macam sebijik macam anda kan..? Siap profile pic pon sama. Huhu.
Tiada kebetulan dalam hidup ni akhi. Dan saya yakin, ini adalah permulaan utk suatu kembara yang indah, biidznillah.
Kuatkan hati. Moga Allah permudahkan.
Salaam ukhuwwah! ;D
osem.bila niat x ikhlas org boleh hidu..kalau ikhlas InsyaAllah zap menusuk di dada
nanges!!
nazak.
betul kate eninomos tu.
Allahu...
T_T
Allhamdulillah......moga Allah redha dgn kita semua.....:).....
Allahu... :')
tepat pda masa nye dan sedang improve.
umi saya say the same thing.
*but shari lbih awal :)
x ikhlas update status mgkin punca.
Salam akhi!
Ana baru berjinak-jinak dengan dunia per-blog-an ini. Harap dapat review ana punya blog.
http://pimpinakukesyurga.blogspot.com
Ps: kemungkinan besar gaya agak sama dgn nta. Harap maaf. ><
sweet...
Post a Comment