26 June 2013

Menjadi Fatih Seferagic

gabbana Seferagic. Eh? [Kredit]

Untuk anda yang mengikuti Pengicau dan MukaBuku saya, pasti ada tahu yang semalam saya asyik meroyan tentang Fatih Sefaregic. Bukan tentangnya secara spesifik, tetapi lebih kepada sikap makhluk bernama perempuan yang tidak dapat mengawal diri dan keterujaan terhadap pemuda berketurunan Bosnia yang menetap di Amerika itu.

Dan saya tidaklah meroyan pon sebenarnya. Sekiranya anda bersama-sama saya ketika mana saya sedang menaip status-status tersebut, pasti anda terasa seperti mahu memukul saya melihatkan saya yang begitu selamba dan bergaya. Wahahaha.

Lari laju-laju. 

Jujurnya, saya tidaklah ambil tahu sangat pasal pemuda yang telah mencetuskan fenomena  terbaru ini. Nak eja nama dia pon tak reti. Baharu semalam saya tahu bagaimana nak eja namanya dengan betul. Marah makcik-makcik peminat tegar si Fatih sebab saya eja namanya salah! 

Tangan di dada, mata pandang ke atas. Terkedip-kedip. 

Saya mula mengetahui kewujudan si Fatih pada beberapa bulan yang lalu, apabila menekan pautan pada garisan masa akaun MukaBuku saya yang memperlihatkan Fatih sedang mengimamkan solat terawih ketika itu. Ya, suaranya cukup merdu dan mengagumkan. Dan saya benar-benar terpesona dengan anugerah yang telah Allah berikan kepadanya itu.

Tetapi tidak lebih daripada itu. Tidaklah pula saya terkinja-kinja mahu mengetahui dengan lebih lanjut siapa si Fatih ini. Masa pon berlalu. Bangunan pon semakin banyak dibina. Rakyat Syria terus menderita. Bilangan uban pada di kepala pakcik tiri belah mak saudara angkat anda semakin bertambah. Eh. 

Sehinggalah baru-baru ini, apabila heboh yang Fatih mahu datang ke Malaysia. Ketika itu sudah mula riuh-rendah di MukaBuku terutamanya dalam kalangan anak-anak gadis yang berangan-angan mahu bersuamikan Fatih. Erk. Ketika itu juga pertama kalinya saya mendapat tahu yang adanya perbandingan dibuat antara Fatih dan Justin Bieber. 

Garu kepala.

Namun ketika itu saya masih acuh tak acuh. Tiada apa yang benar-benar menarik minat saya tetang Fatih. Maaf, mungkin ada yang tersinggung atau tak puas hati dengan kenyataan saya ini, tapi minat itu tidak boleh dipaksa-paksa bukan? 

Dan dari satu aspek, saya tidak menyalahkan anak-anak gadis, terutamanya yang ala-ala Islamik bertudung litup dan sopan santun lalu depan orang tua siap tunduk dan bongkok heyy! Err. Kerana Fatih bukan calang-calang pemuda. Ketika usia yang masih muda, dia sudah pon menghafal al-Quran. Dengan suaranya yang sungguh merdu dan rupanya yang menawan, Fatih Seferagic adalah satu pakej yang diidam-idamkan oleh ramai perempuan. 

Siapa tidak mahu yang berimamkan seorang pemuda kacak bergaya, hidung mancung, kulitnya mulus dan yang lebih daripada itu, punya suara lunak ketika mengalunkan ayat-ayat chentaNya..? 

Pergh. Memang lejen!

Maka pada mulanya saya melihat reaksi dan sambutan luar biasa anak-anak gadis muslimah terhadap Fatih adalah suatu perkara normal pada usia sebegitu. Tanda hormon tidak stabil. Wahahaha. Malah boleh dikatakan ok jugalah sikap mereka yang sebegitu, daripada mereka terkinja-kinja dan terpekik terlolong pada artis K-Pop atau hero Hindustan! 

Namun semalam, saya menerima mesej peribadi daripada seorang muslimah, yang meminta saya menegur sikap segelintir kaum Hawa yang seperti tidak ada harga diri dan kehormatan, apabila mengebom laman Instagram Fatih dengan komen-komen yang padanya cukup memalukan dan tidak menggambarkan akhlak mereka sebagai seorang muslimah. Malah saya terbaca suatu komen seorang makcik yang dikopipes daripada akaun Instagram Fatih yang menyatakan rasa malunya pada anak-anak gadis yang seolah-olahnya hilang pertimbangan dan rasional diri. Komennya itu khas ditujukan buat anak-anak gadis di Malaysia. Adeh.

Untuk rekod, saya belum lagi melihat sendiri komen-komen yang dimaksudkan pada akaun Fatih. Jujur saya tidak sanggup untuk membacanya sendiri; tidak sanggup melihat saudari-saudari sebangsa dan seagama memalukan diri sendiri dan merendahkan martabat diri hanya kerana seorang lelaki. 

Sayugia bermulalah 'serangan' saya bertalu-talu di MukaBuku, di mana saya menulis status-status cili api berapi, ditujukan khas buat gologan anak-anak gadis yang berangan-angan mahu menjadi suri hati si Fatih. Reaksinya? Boleh tahan kontroversi jugalah. Saya separuh jamin yang nama Inche gabbana adalah antara nama yang dibenci dan disenaraihitamkan oleh para peminat kipas-susah-mati lagi tegar Fatih Seferagic semenjak serangan semalam. Eheh. 

Ada yang mengatakan saya tidak berlapang dada. Ada juga yang mempertahankan tindakan mereka itu dengan mengatakan yang sudah menjadi fitrah manusia sukakan kepada kecantikan dan kehenseman. Dan ada juga yang coba bersilambam dan taichi dengan menuding jari kepada kaum lelaki pula!

Saya benar-benar tidak dapat mengotakkan ini! (Baca: I cannot brain this!)

Wahai saudari-saudari seaqidahku, cuba periksa kembali niat dan tujuan anda meminati lelaki yang satu ini? Benarkah semata-mata kerana suaranya yang sedap dan lunak mengalunkan ayat-ayat al-Quran? Benarkah kerana ilmu agamanya yang tinggi? Benarkah kerana akhlak dan tatasusilanya yang terpuji..? 

Jika benar semua itu, dah, punyalah ramai pemuda-pemuda yang sama tarafnya atau lebih hebat lagi daripada si Fatih itu! Mengapa baharu sekarang nak terhegeh-hegeh memuji dan memuja seorang hafiz yang satu ini dalam kalangan jutaan hafiz yang ada?

Kerana rupa parasnya bukan? Kerana hidungnya yang mancung bukan? Kerana kulitnya yang mulus bukan? Kerana senyumannya yang menawan bukan? Kerana janggutnya yang sejemput itu bukan? 

Tidak mahu mengaku? Baiklah. Sekarang pejamkan mata. Bayangkan anda sedang mendengar suara merdu persis suara Fatih, malah lebih lunak dan mendayu-dayu lagi. Sila buka mata anda. Apa yang anda lihat di hadapan anda sekarang adalah seorang lelaki berkulit hitam legam, hidungnya kembang, rambutnya kerinting, bibirnya tebal dan badannya gebu. Nah, adakah anda masih mahu terkinja-kinja penuh histeria meminati pemuda ini..? 

Akak-akak makcik makcik, sila tarik tudung dan tanya iman anda. Oih.

Hai saya Syaikh Sudais. Saya pon hafal Quran juga. Anda tak mahu berkenalan dengan saya? [Kredit]

Jujurnya, status-status yang saya tulis itu adalah dalam rangka kasihnya saya kepada saudari-saudari seaqidah saya di luar sana. Bagaimana bisa saya membiarkan mereka dengan sengaja merendahkan martabat mereka yang tinggi tu dan menghina status seorang perempuan yang cukup mulia? Apatah lagi apabila ia bisa mendatangkan fitnah besar kepada agama sya yang terchenta ini. Alangkah zalimnya sekiranya saya hanyha mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa.

Dan lebih daripada itu, saya sayangkan Fatih Seferagic meski kami tidak pernah bertemu muka dan saya bukanlah peminat tegarnya. Saya amat-amat kasihan dan simpati kepada dirinya yang sebenarnya.

Pada usia yang begitu muda, untuk meraih populariti yang sebegitu hebat dan raksasa, saya kira adalah fitnah yang cukup besar lagi mengalirkan peluh besar buat dirinya. Walau sehaibat dan segaban mana pon si Fatih itu, hakikatnya dia tetap adalah seorang lelaki. Dan bagi seorang lelaki, tidak ada fitnah dan cobaan yang lebih besar melainkan fitnah dan cobaan yang datangnya daripada makhluk bernama perempuan. 

Saya membayangkan saya berada di dalam kasut Fatih dan saya tahu, cabarannya lebih besar daripada dihempap guni beras cap Taj Mahal seberat limapuluh kilo. Eh. Dipuji oleh anak-anak gadis mugil yang mahu berkahwin dengannya. Dipuja oleh muslimah-muslimah yang mahu menjadikan dirinya sebagai imam hidup mereka. Menjadi ikon contoh tauladan kepada anak-anak muda beragama Islam di seluruh dunia. Dijemput ke acara-acara besar untuk mengalunkan suaranya yang merdu itu. Diminta untuk menjadi duta dan model kepada produk-produk tertentu. 

Pergh memang cukup mengetarkan kepala lutut. 

Tidak hairanlah, Allah telah mengabdikannya di dalam al-Quran sejak seribu empat ratus tahun yang dahulu lagi, betapa wanita menduduki tempat pertama sebagai cabaran utama yang cukup getir buat kaum lelaki.

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia chenta terhadap apa yang diinginkan, berupa PEREMPUAN PEREMPUAN, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang..."
[ali-Imraan, 3:14]

Sudah tentulah peringatan ini ditujukan khas buat kaum lelaki bukan? Dan setahu saya, tidak ada pula mana-mana ayat dalam al-Quran yang menyebut, "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia chenta terhadap apa yang diinginkan, berupa LELAKI LELAKI..."

Tersembur.

Daripada Usamah bin Zaid r.a. dari Nabi SAW sabdanya, "Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Gulp.

Saya kira, walau betapa kuat pon Fatih Seferagic itu, namun jika diasak bertubi-tubi oleh syaitonirojim berupa jin dan manusia sehari-hari, suatu hari nanti dia akan tewas juga. Walau sehaibat mana pon Fatih pada pandangan kita, andai dia terus dipuji dan dipuja, tidak mustahil dia akan larut dalam permainan duniawi yang cukup mengerikan ini. Nau'dzubillah. 

Untuk Fatih, meskipon dia tidak mengenali saya (dan konfem tak faham penulisan kali ini), saya doakan agar anda terus kuat dan tsabat. Jagalah hati dan jiwa anda. Jauhi fitnah-fitnah dunia yang boleh menghancurkan diri anda. Jangan biarkan ayat-ayat chenta yang sudah bersemadi di dalam jiwa anda itu, sedikit demi sedikit pergi meninggalkan anda dek nafsu serakah yang menguasai diri. Nastaghfirullahal adzim. 

Dan untuk kaum perempuan di luar sana, sekiranya anda benar-benar minat dan sayangkan insan bernama Fatih Seferagic itu, hentikan pujian dan pujian anda kepadanya. Doakan agar dia terus kuat dan hebat di atas jalan ini. Hentikan angan-angan di siang hari yang hanya akan membuka luas pintu kepada syaitan untuk terus menjadikan anda hanyut dan larut. Tak usahlah buat benda-benda yang mengarut seperti meninggalkan komen chenta dan harapan pada laman media sosialnya. Ia hanya akan memalukan diri anda dan mendatangkan fitnah pada ad-deen yang mulia ini.

Fatih Seferagic adalah milik Allah, aset kepada ummah. Jangan rosakkan dia hanya kerana mahu memuaskan nafsu dan kepentingan diri anda. 

Benar, Allah telah anugerahkan dia dengan pelbagai kelebihan dan wajar dia manfaatkannya untuk kepentingan dan kemajuan agama ini. Maka bantulah dia untuk melajukan lagi perjuangan dirinya, dan bukannya menghancur ranapkan masa hadapannya. 

Kepada anda yang mengatakan saya cemburu dan jeles kepada Fatih Seferagic, ini pengakuan saya. Saya gila sekiranya tidak cemburu kepada seorang pemuda yang sudah menghafal Quran pada usia yang cukup muda, ditambah pula dengan suaranya yang lunak dan paras rupanya yang mempesona! Oiiihh jeles bak hang!

Tapi ketahuilah! Fatih bukan seorang! Saya yakin, masih raaamaaaaii lagi pemuda-pemuda seperti Fatih di luar sana, malah yang lebih haibat dan hensem lagi! Ahah. Mereka adalah marjan yang tersimpan rapi di dalam cengkerangnya, hanya menunggu masa untuk dijumpai. Dan andai mereka tidak dikenali atau diketahui sepanjang hayat sekalipon, itu tidak mengapa.

Kerana biarlah tidak glamor dan tidak dipandang manusia di dunia, asal menjadi pojaan seluruh penduduk langit dan selebriti di sorga sana! 

-gabbana-

Terasa macam mahu menulis lebih panjang lagi. Tetapi cukuplah. Cukuplah sekadar menyampaikan mesej yang perlu disampaikan. 

Maaf juga andai bahasa dan gaya penulisan kali ini sedikit kasar dan terlalu jujur lagi berterus-terang. Kepada anda yang terasa hati dan rasa seperti mahu mencampakkan saya ke dalam gaung, anda pasti pembaca baru belog APG bukan..? Eheh. 

Moga Allah redha. 

28 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 26/06/2013, 14:26  

salam, memang teringin nk smbung lg bebelan yg pnjg lg pedas ni..insyaAllah akn dipnjg pnjgkn penulisan ini. Semoga Allah redha, dan membuka pintu hati akhwat ikhwan utk mnerima teguran ini. menerima dgn berlapang dada. terima kasih IG

Unknown 26/06/2013, 14:45  

Well done for this post inche gabbana..
Hopefully post nie membuka mata makhluk2 yang memegang gender perempuan.. eheh ~

guy67 26/06/2013, 14:50  

surah al-imran ayat 14 tu encik Gabbana, bukan 13

Anonymous 26/06/2013, 14:57  

thumbs up.! (Y)

Inche gabbana 26/06/2013, 15:06  

Jazakallahu kheir! ;D

hajarr 26/06/2013, 15:47  

hahaaha. terguling baca. apapun, pengisian yang mantap dan boleh faham moral yg hendak disampaikan. well done! memang mengancam sampai sesak nafas haha

yg malu 26/06/2013, 15:52  

Aduhai..wanita sepatutnya dilindungi oleh sifat malu..malu untuk memandang, apatah lg memuja lelaki yg bukan mahram..malu pd Rasulullah saw, malu baginda melebihi malu gadis2...

Anonymous 26/06/2013, 16:37  

en gabbana ni.mcm first time plak berhadapan dengan fenomena ni. kisah yusuf kan ada?

aNdi.Hanin::حنين 26/06/2013, 17:12  

zulaikha di zaman yusuf ada satu. zulaikha di zaman ini..fuhh beribu~

thumbs up inche G

Husein Husaini 26/06/2013, 18:35  

welcome to Malaysia Fatih

Tukang Baca 26/06/2013, 18:42  

" masih raaamaaaaii lagi pemuda-pemuda seperti Fatih di luar sana, malah yang lebih haibat dan hensem lagi! Ahah "

Quote of the day :D

N 26/06/2013, 19:27  

sangat-sangat bersetuju dengan inche gabbana

kalau suka sekalipun, diam2 je la kan (cinta high class/ biar diri mahal)

or kalo nak better

masuk meminang.

macam khadijah pinang rasulullah ye dok

hee~~

*thumbs up sekali lagi inche gabbana



wan-niza 26/06/2013, 20:47  

gadis-gadis Melayu Muslim di Malaysia ni calon imam idamannya berubah-ubah. masa Maher Zain datang dulu, jerit-jerit juga tengok konsertnya. bila tahu sudah menikah, tukar pula pada yang lain. rasanya Inche Gabbana pun ada peminat akhawat juga. cuma sekarang Fatih pula jadi idaman.

ps: menunggu pengganti Muhammad al-Fateh. memimpin membebaskan yang ditawan

hamasah! 26/06/2013, 21:49  

Salam.. waaaaaa~~~~ ini sgtlah hoyeahhh!!!!
Mmg setuju y teramat.
Wanita itu tinggi darjatnya, namun masih mampu menjadi fitnah dunia.
Sayang bukan kalau disia-siakn nilai tu.
Btw, marvellous!! ^^

Shyrazrul 26/06/2013, 22:41  

Ngeee, apabila cili api capsicum dan jalapeno menjadi santapan untuk saudari-saudari seaqidah ku~

Sentapan dan tamparan buat diri tang lelaki hitam, bibir tebal bulu-bulu gebu tu, pedih mak oii.

Jazakallah IG.

aku perempuan 26/06/2013, 22:57  

terima kasih atas nasihat dan teguran ye Inche G. Pedih tapi bermanfaat. Selalunya kebenaran memang pahit :)*btw, sy bkn tergolong dlm fans tegar fatih ye* Tegur lah kami para wanita kalau kami tersalah langkah.

Anonymous 26/06/2013, 23:53  

aku celebrate your take on the issue. tapi pernyataan tentang hormone x stabil and a sentence later mengatakan it is an acceptable behaviour to scream and shout sebab at least bukan korean sensationale mungkin point out that you close one eye when reasoning morale. of course, bile aku point finger kat kau im pointing other for towards me..

Shaoran Hani 27/06/2013, 14:59  

terbaik inche gabbana. daku pun pening tengok fenomena terbaru ni. dan ya, aku malu tengok saudari2 seaqidah yang kurang menjaga perilaku ni. tapi aku tidak pandai susun kata dan tegur dengan baik. sudahnya aku hanya mampu mendoakan. aii..moga Allah lindungi kita semua dari fitnah akhir zaman ini.

# bolehlah aku share entry inche ni dekat wall facebook aku. :)

Anonymous 27/06/2013, 15:10  

Anda sedang menasihati diri anda juga ka en inche gabanna.....haha....memang kasihan si faith itu...saya tidak mengikuti perkembangan dia pun.....cuma apabila dia dibandingkan Justin Biber saya tidak dpt menerimanya....and saya amat terkejut ada anak2 gadis malaysia sanggup memalukan diri mereka untuk dirinya.....i really cant imagine this...sedeynya....satu petanda kaum adam yang baik sudah pupus agaknya....:)

Sha 27/06/2013, 16:19  

Well said, mabrouk akhi!

Sememangnya bila dibaca post gadis2 di Instagram/Fb, malu jiddan mana nak letak muka huiiii... Once, I used to be that way.. once upon a time. Now? no more. Someone "poked" me before I fainted mehehe... All praise to ALLAH for that.

Anasyg 27/06/2013, 16:52  

first time masuk sini, boleh tahan mengancam jugk ea entry2 kat cni :) hehe...best jd tmpt lepak ni :)

slm perkenalan
*minx izin msuk umah org

Anonymous 27/06/2013, 22:52  

Assalamu'alaikum IG, sgt bermanfaat. Terasa nak translate post kali ini ke Eng and then di-email ke FS je. erk, boleh ke? :D

Ros Merah 28/06/2013, 09:26  

beauty.

Anonymous 08/07/2013, 12:44  

Assalamualaikum..
DOAkan ana 11A+, ye..
Spm da nk dkt nih.. Nervous pulak..hehe

p/s: Semoga Malaysia jga akn melahirkan insan seperti beliau..#96Soul#

Anonymous 09/07/2013, 01:21  

x pernah kenal siapa itu Fatih Seferagic... sehinggalah baca blog ini... hehe... nmpk sgt x taw isu semasa...

MyrJamal 09/07/2013, 17:39  

bapak thumbs up (Y)..ana admire al fatih tapi dalam hati je la..tak perlu diluahkan dalam 'garisan masa' or 'percicit' sebab ana sedar siapa ana..mendoakan al fatih dan inche gabanna kuat dan sabar melayani species ana.:)

faa 16/07/2013, 11:02  

maseh ramai lagi lelaki yg hebat dan lebih haibat daripd fatih...cehh contohnye cam inche gabbana nih. LOL

Unknown 25/08/2013, 20:21  

da kawin da pon die

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP