30 June 2013

T-Shirt APG

Adalah dimaklumkan dengan segala hormatnya, berkuatkuasa hari ini Angel Pakai Gucci akan beralih arah kepada industri fesyen pula, setelah melihatkan ramainya anak-anak muda yang tidak cukup kain dan baju di luar sana. 

Oleh yang demikian, sebagai langkah awal penceburan saya dalam bidang ini, saya ingin menjual t-shirt APG buat julung-julung kalinya kepada anda semua. T-shirt ini bukanlah untuk mengajak anda memuja saya atau menjadi taasub kepada belog saya. Astaghfirullah. Jadi sebelum anda mula mempitnah Peah dan menuduh Pak Jusuh yang bukan-bukan kepada saya, ijinkan saya menerangkan serba sedikit tujuan saya menjual t-shirt ini.

1) Saya melihat kurangnya t-shirt tarbiyah dan dakwah yang kool dan bergaya di luar sana, di mana saya tidak malu untuk memakainya ke gedung-gedung membeli-belah atau keluar makan malam bersama keluarga di restoran;

2) Saya juga melihat kurangnya t-shirt dengan kuot takwin (pembinaan) di luar sana. Yang banyaknya adalah kuot-kuot berkaitan dengan ukhuwwah dan dakwah secara umumnya. Jadi saya mahu memeriahkan lagi industri ini dengan t-shirt yang bukan sahaja kool, malah membawa mesej takwin yang osem; dan

3) Sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan saya yang halal, InshaAllah.

Maka jelaslah penghasilan dan penjualan t-shirt ini langsung tidak ada niat untuk mengganggu-gugat jenama-jenama yang sedia ada di pasaran seperti Louis Vuittong, Mark Yaakob dan Ermenegedik Ceknab. Jadi tidak perlu rasa terancam dan tergugat dengan t-shirt APG ini.

Untuk pengetahun anda, saya akan menginfakkan 15% daripada hasil keuntungan menjual t-shirt ini kepada usaha-usaha tarbiyah dan dakwah di luar sana. Anda jangan risau, saya jamin saya tidak akan berlaku korup. Hohoho.

Buat masa ini, t-shirt ini hanya dijual untuk ikhwah atau mana-mana makhluk yang merasakan dirinya lelaki dan mahu memakai t-shirt tarbiyah dan dakwah yang bergaya. Tiada lagi hasrat untuk membuat t-shirt untuk akhawat/perempuan. Cuba lagi tahun hadapan. Eh. 

Dan oh, untuk peringkat awalan, saya mahu melakukan bancian terlebih dahulu sama ada wujudnya pasaran untuk t-shirt ini. Sekiranya ada permintaan yang memberansangkan, InshaAllah projek ini akan diteruskan. Namun sekiranya sambutan terhadap t-shirt ini ala-ala kuis-kuis kaki di pasir pantai sambil angin lembut meniup rambut, saya tidak akan teruskan dengan hasrat saya untuk menjualnya. 

Mana tahu, sekiranya projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak mustahil saya akan menjual t-shirt lain yang lebih kool di masa hadapan pula, biidznillah. 

Err.. Mana t-shirtnya Inche gabbana..?

Oh hihihi. Terlupa pula saya. 

Baiklah. Anda bersedia..? 

Sila tarik nafas dalam-dalam, kembangkan hidung dan hembus perlahan-lahan.

Jeng jeng jeng.

Design 1


Warna: Putih
Jenis kain: Kapan. Eh. Kapas.
Kuot dalam kotak dialog (depan): "It's time to wake up, people."
Kuot di belakang: "Mencari redha Ilahi tidak semudah memasak megi."

Design 2


Warna: Kelabu debu (Baca: Ash-grey)
Jenis kain: Kapas juga
Kuot dalam kotak dialog (depan): "Apa lagi yang hang dok tunggu tu?"
Kuot di belakang: "Biar tidak glamor di mata manusia, tetapi popular di langit sana!"

Amacam..? Rasa kalau pakai t-shirt ni pergi pasar malam, akan kena tegur tak dengan makcik jual ikan..? Wahahaha.

Ehem.

Harga pasaran yang dicadangkan untuk t-shirt ini adalah dalam lingkungan RM20-30.

Kepada anda yang berminat untuk menempah salah satu atau salah dua daripada baju ini, silalah tanpa segan-silu mengisi borang INI.

(Sila klik pada pautan dan ikuti arahan pada borang untuk mengisinya.)

Kepada anda yang ragu-ragu atau was-was, InshaAllah t-shirt ini adalah syariah compliant. Eheh. Malah boleh dibawa solat kerana gambar pakcik di hadapan itu bukanlah makhluk yang sempurna; dia tidak bertelinga dan hanya ada kepala dan bahagian badan atas. Cuma dinasihatkan tidak memakainya di masjid kerana dikhuatiri tok siak, pak bilal dan tuan imam akan berebut-rebut menarik t-shirt itu daripada tubuh badan anda dek terlalu kagum dan jeles dengannya. Kehkehkeh.

Sekiranya saya mendapati permintaan untuk t-shirt ini menggalakkan, InshaAllah baharulah saya akan meminta anda yang telah menempah untuk membuat pembayaran. Penghantaran t-shirt akan dilakukan selepas itu. Buat masa ini, penghantaran hanya akan dilakukan dalam Malaysia sahaja. Maaf kepada anda yang tinggal di luar Malaysia; harapnya tidak terjun gaung ya? Eheh.

Tempoh bancian/tempahan untuk t-shirt ini akan dibuka sehingga 5.00pm hari Rabu (waktu Malaysia), 3 Julai 2013. Sebarang surat-menyurat atau rayuan selepas itu tidak akan dilayan sama sekali, melainkan anda sudi membelanja saya segelas teh tarik cawan besar satu bhaaaiii! Eh.

Saya juga amat mengalu-alukan sebarang komen, kritikan, cadangan penambahbaikan atau teguran yang membina. Miskol dan sms liar tidak akan dilayan sama sekali. Wahahaha. 

Baiklah, sekian sahaja daripada saya. Moga Allah redha. Senyum.

-gabbana-

17 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/06/2013, 21:03  

Salam. Menanti T-Shirt Muslimah pula. Senyum lebar.

Cikgu Jaja™ 30/06/2013, 21:04  

inche gabbana, long sleeve xdak? :p

#thy bg pihak

Anonymous 30/06/2013, 21:20  

scary pulak tgk tshirt tu. maybe sbb ada gmbr pakcik tu besaq sangat

Anonymous 30/06/2013, 21:29  

kene tunggu taun depan lah gaya nye..

ann 30/06/2013, 21:33  

Longgggg sleeeve punya got ahh? Even there's no muslimah punya version, as long as ada long sleeve okeyy je kut. Hope prtimbgkan, inche APG .

Anonymous 30/06/2013, 23:17  

Posting ke luar kawasan kne charge brape akhi?

REZX1202 01/07/2013, 00:12  

alamak bole antar dalam malaysia je la ni.... kalau buka untuk pasaran overc pun berebut orang beli ^_^

Anonymous 01/07/2013, 01:20  

akhi, free gift ada tak? haha

Unknown 01/07/2013, 08:03  

Salam. Sekadar berpendapat bahawa syariah complaint yang ditulis membawa maksud yang agak lain dengan apa yang anta cuba sampaikan. Mungkin syariah compliant lebih kena maksudnya. Complaint dalam bahasa ibunda bermaksud aduan manakala compliant bermaksud mematuhi. Allah lebih mengetahui. *peace*

Unknown 01/07/2013, 09:05  

Buat untuk muslimah jugak

Anonymous 01/07/2013, 12:45  

dulu seigt ana akhi ada nak buat baju jenama walaweh kan3... tp ini pon sudah cukup osem dh.... semoga berjaya akhi

Anonymous 01/07/2013, 13:29  

If tak display gambar Pak Chek pun cool. Because of what? Ur Quote dah cukup dan terlebih cool. Saya suka gambar header lama. Old car ^^

Ingat Allah akan menguji hambanya dengan pelbagai cara. If ada diatas, jangan lupa untuk melihat semut dibawah ^^

Mukmin ar Rijal 02/07/2013, 00:33  

Assalam inche gabban...rasa nak sgt beli baju anta tu... tp kalau boleh better buat design lain yg xde gambar gambar hidup... rasa tak yakin lah nak bawak solat... maaf skdr cdgn...

Unknown 02/07/2013, 12:43  

assalamualaikum....
design untuk muslimah nanti macam mana yea ?

*xsabar nak tahu.

semoga semuanya di berkati Allah

Unknown 02/07/2013, 17:02  

Aloha, Inche Gabbana.
pendapat saya, gambar muka tu alihkan la, ganti ngan something else, or maybe buang terus. coz teh picture is too big, people might not read the quote, sedangkan quote itulah yang penting. *x de la penting sgt, mesej ada dlm quote tu*
sekadar cadangan. good job though. ^_^

Anonymous 05/07/2013, 15:38  

Tunggu design lain yg tak ada gambar, sebab anak umi ni Istimewa, kadang tu tak perasan dia gi masjid pakai t shirt apa, dia pakai jer, tak syoklah nanti Pak Imam jeling kat gambar pd t shirt tu.

Adina Ammyza. 07/07/2013, 11:42  

Inche Gabbana, harap nanti buat t-shirt untuk muslimah tauuu :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP