Sindrom Abam Taff Main Ragbi
[Kredit] |
[Khas buat para pembaca belog APG yang sentiasa setia dan terus-menerus memberikan sokongan, walau dilanda taufan dan dilanggar cipan. Eh. Moga Allah merahmati kalian. Sungguh saya menchentai kalian keranaNya.]
Dahulu ketika masih junior di Sekolah Bintang, golongan senior yang paling digeruni adalah mereka yang bermain ragbi. Mengapa? Kerana tubuh badan mereka yang besar dan sasa. Paha mereka sahaja boleh jadi sebesar tubuh badan saya ketika itu! Gasp.
Tetapi faktor yang lebih mengerikan adalah kerana mereka ini semacam membawa suatu aura yang lain daripada yang lain. Sombong. Ganas. Brutal. Tidak berperikemanusiaan. Ok itu tipu. Ego. Nakal. Ya, semuanya itu dikaitkan dengan mereka yang bermain ragbi. Menyebabkan kami yang kecil-kecil comel ketika itu pasti terkincit-kincit terkenching-kenching andai disergah oleh mereka ini. Seram!
Kebanyakan daripada mereka ini sememangnya berbangga dengan status mereka sebagai pemain ragbi. Cara percakapan mereka, lagak mereka hatta cara berjalan mereka juga sengaja dilakukan seolah-olahnya mereka mahu memberitahu kepada dunia bahawa mereka adalah seorang pemain ragbi. Terkengkang kot. Wahahaha. Eh.
Ok mungkin ada dalam kalangan kalian yang menuduh saya dengki pada mereka ini. Jeles. Hasad. Buruk siku. Kepala botak. Eh. Mungkin adalah sedikit perasaan jeles itu, kerana setiap kali ada acara yang menghimpunkan murid-murid tua Sekolah Bintang, pasti antara soalan yang wajib ditanya adalah, "Kau main ragbi dulu?" Peluh kecil. Dan apabila jawapan "Tak" yang diberikan, pastilah pandangan keji dan penuh jijik akan dilemparkan, seolah-olahnya mahu berkata, "Loser siot mamat nih!" Cis.
Saya yakin ada hikmahnya mengapa saya tidak terjebak dengan gejala ini. Jika tidak, pastilah ego saya akan menggemok dengan dahsyatnya. Juga, pastilah paha saya akan menjadi sebesar sebatang tubuh mana-mana junior ketika itu! Wah!
Jujur, bukan itu yang mendorong saya menulis artikel ini. Hakikatnya, budak-budak ragbi ini sememangnya lain macam daripada yang lain. Dan melihat gambar-gambar hadek-hadek junior yang kini bermain ragbi untuk Sekolah Bintang, saya tahu teori saya ini ada kebenarannya.
Mereka rasa merekalah yang paling bagus. Mereka yakin merekalah yang paling gagah perkasa. Dan mereka percaya merekalah yang paling layak dijadikan boipren. Err.
Hekele Inche gabbana ni. Generalisasi gile! Ramai je kott budak-budak ragbi yang bagus-bagus! Menggelabah seh!
Ok, saya tak nafikan memang ada yang bermain ragbi ini bagus-bagus orangnya. Malah dahulu, saya masih ingat, ada beberapa orang abang senior yang bermain ragbi dan menjadi naqib sekolah pada masa yang sama. Lejen. Meskipon ada juga dalam kalangan mereka ini yang akhirnya berjinak-jinak dengan seluar pendek nampak bulu paha dan belajar hikmat mengeluarkan asap daripada mulut. Adeh.
Tapi tanyalah mana-mana budak sekolah asrama yang ada pelajar lelaki dan sukan ragbi. Rata-rata daripada kepala kepada geng-geng nakal di sekolah tersebut pastinya budak ragbi. Atau paling tidak, kaki dan tangan mereka pastinya budak ragbi. Belum lagi dikira baju mereka yang sendat lagi ketat dan seluar pendek hingga menampakkan bulu kaki panjang mengurai itu! Ok tetiba tak puas hati.
Inilah yang saya gelar sebagai Sindrom Abam Taff Main Ragbi. Eheh.
Persoalannya, bagaimana mereka boleh menjadi sedemikian rupa..? Adakah salah Puan Ibu yang mengandungkan mereka? Atau keadaan ekonomi dunia marcapada ini yang tidak tentu hala, menyebabkan pasaran saham dunia ditutup pada kadar yang lebih rendah daripada biasa..? Wahahaha..
Apabila diperhatikan, saya punya dua hujah untuk menjelaskan fenomena ini. Pertamanya, adalah kerana sifat sukan ragbi itu sendiri. Ia memerlukan mereka yang benar-benar berani, lasak, tangkas, lincah dan mempunyai ketahanan diri yang mantap untuk bermainnya. Dan sukan ini daripada luarannya memang tampak jelas ganas dan menakutkan. Saya masih ingat bagaimana seorang senior dahulu hampir-hampir patah tengkuk dek kecederaan daripada bermain ragbi. Gulp.
Dan keduanya, adalah kerana latihan mempersiapkan mentaliti dan fizikal para pemain ragbi, yang sememangnya menjurus ke aras menjadikan mereka lebih kuat, emosi dan jasmani. Minda mereka dibasuh dan mental mereka dipersiapkan untuk menjadikan mereka sangat yakin kemampuan diri mereka, berani, masuk ke padang permainan untuk menang atau pulang tewas dengan penuh kebanggaan. Mereka bersungguh-sungguh berlawan dengan musuh seolah-olahnya itu adalah musuh utama yang perlu dihapuskan serta-merta.
Ya, anda mungkin tidak setuju, mengatakan teknik dan pendekatan yang sama digunakan untuk sukan-sukan yang lain juga. Ada benarnya di situ. Namun, saya yakin, sukan ragbi ada bezanya, di mana kombinasi kedua-dua faktor di atas menjadikan para pemain ragbi lain benar sifatnya. Kalau ada pon sukan yang hampir serupa sikap dan karakter para pemainnya, itulah bola sepak. Kerana kedua-dua faktor tadi wujud dalam bola sepak. Namun sekali lagi, impaknya tidak sebesar dan seganas ragbi. Sungguh.
Masalah mula timbul apabila karakter dan sikap di atas padang - berani, bersungguh-sungguh, tak mahu dikalahkan, ganas dan kasar - yang amat diperlukan ketika mereka beraksi di atas padang, dibawa ke luar padang.
Malah apabila kita melihat pada skala yang lebih besar, yakni pemain ragbi yang mewakili negeri dan negara, anda kini pasti lebih bersetuju dengan saya. Bagaimana mereka ini sering dikaitkan dengan kesombongan, ego, sukar mengaku kalah dan pantang ditegur. Menakutkan.
Kalau semua pemain ragbi begini, pergh, mahu terkenchin dibuatnya! [Kredit] |
Jangan buat-buat terkejut atau garu kepala anda yang tidak gatal itu andai saya memberitahu anda, dalam tarbiyah dan dakwah juga ada sindrom abam taff main ragbi ini.
Bukan, bukan ikhwah dan akhawat yang berkecimpung dalam sukan ragbi, kemudian tiba-tiba bertukar menjadi seekor raksasa gogrgon yang perkasa lagi ganas dan mempunyai paha sebesar mana-mana tubuh badan anak kecil ketika itu! Bukan. Peluh besar. Tak boleh nak bayangkan akhawat bermain ragbi sambil berlari-lari dengan tudung labuhnya itu. Wahahaha.. Err.
Tapi sindrom yang dimaksudkan adalah penyakit rasa diri lebih bagus daripada orang lain. Barah yang membusuk, hingga menyebabkan diri begitu sukar mengaku kesilapan dan kelemahan pada diri. Kurap yang merebak sehingga amat sukar untuk diri ditegur dan dinasihati.
Allah...
Pernah jumpa kan, mereka yang mengaku dirinya seorang dua't ilallah tapi melenting apabila ditegur kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya?
Pernah ketemu kan, mereka yang mengatakan buat tarbiyah dan dakwah, tapi sentiasa nak menang dan pantang mengaku kalah?
Pernah terlanggar bahu dan terserempak di tepi jalan kan, dengan mereka yang tampak lantang dan bersemangat di medan dakwah, tapi qudwahnya cukup menyedihkan dan mengalirkan peluh besar..?
Kan kan kan..? Nanges.
Yang lebih menarik, apabila diperhatikan dan diteliti, rupa-rupanya punca kepada penyakit ini hampir serupa sahaja dengan penyebab sindrom abam taff main ragbi! Ohoi!
Pertama, fitrah jalan tarbiyah dan dakwah itu sememangnya penuh dengan liku dan duri, mehnah dan tribulasi. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak, bertatih di atas jalan ini, mereka akan mendapati diri mereka bertarung habis-habisan untuk membuang karat-karat jahiliyyah dalam diri, seperti kapel, merokok, huha huha dan marathon movie di hujung minggu.
Sniff sniff. Uhmmm, sedapnya bau daging panggang! Well done!
Manakala untuk anda yang konon-konon dah seasoned di atas jalan ini, anda pasti bersetuju bahawa setiap masa dan ketika, pasti akan ada ujian dan cobaan yang datang mengetuk pintu. Selepas satu, dua. Selepas dua, tiga. Eh. Mehnah dan tribulasi yang bertubi-tubi mengasak anda sehingga menggugah jiwa dan mencabar rasa itu, menjadikan anda seorang yang lebih berdaya tahan dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Ujian demi ujian juga menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan bergaya ala-ala rambut ditiup angin shiuhh shiuuhh di tepi pantai sambil memerhatikan matahari terbenam. Eheh.
Kedua, sifat tarbiyah itu sendiri yang sememangnya sentiasa mempersiapkan pada kadernya agar lebih bersemangat dan kuat di atas jalan ini. Di dalam bulatan-bulatan gembira, konferens-konferens riang dan perhimpunan-perhimpunan girang yang mereka hadiri, mereka akan sentiasa ditaujihatkan dan diingatkan akan cabaran dan mehnah di atas jalan ini. Motivasi yang berbara dan tazkiyah yang menguatkan jiwa menjadikan mereka ini lebih bersedia dan berpandangan jauh selaku seorang dai'e lagaknya.
Maka lahirlah seorang dai'e yang berketerampilan haibat, kuat, tsabat, sentiasa bersemangat dan tidak mudah mengaku kalah. Dia masuk ke dalam medan jihad hanya untuk dua perkara; hidup mulia atau mati syahid. Dialah ruh baru dalam jasad ummat ini. Dia tidak mengenal erti-putus asa, apatah lagi cara mengangkat bendera.
Dan semuanya ini sememangnya bagus dan amat-amat diperlukan untuk tarbiyah dan dakwah. Masalahnya adalah apabila ada sifat-sifat dan karakter tertentu yang mungkin hanya sesuai di medan dakwah, di medan jihad, terbawa-bawa oleh si dai'e ke luar medannya. Akibatnya? Terkenalah dia sindrom abam taff main ragbi.
Boleh jadi sikap yang tidak mahu mengaku kalah dalam mukhayyam itu terbawa-bawa apabila berdiskusi untuk gerak kerja dakwah. Boleh jadi karakter berkeras tatkala diuji dengan cacian dan kutukan itu terbawa-bawa apabila bermuayasyah bersama hadek-hadek. Dan boleh jadi sikap ala-ala angkuh, sombong penuh bergaya ketika memberikan pengisian, terbawa-bawa dalam percakapan sehari-hari bersama ikhwah terchenta. Adeh.
Seorang sahabat Nabi SAW, Abu Dujanah r.a., merupakan seorang pahlawan perang yang begitu terkenal dengan keberanian dan keperwiraannya. Pernah suatu ketika, di medan Uhud, dia dengan penuh angkuh dan sombongnya, berjalan dengan penuh eksyen dan bergaya di tengah-tengah saf kaum Muslimin, siap dengan bendana merah yang diikat di kepalanya. Tujuannya apa? Untuk menakut-nakutkan kaum kuffar.
Apa kata baginda SAW?
"Cara jalan seperti ini dibenci Allah, kecuali dalam situasi sebegini!"
Lantas kita belajar daripada kisah Abu Dujanah ini, ada karakter dan sifat yang dibenarkan di dalam medan jihad, di dalam medan perang, tetapi tidak di luar medan. Sifat berani, tidak mudah mengaku kalah, bengis dan bersungguh mahu menghapuskan musuh, amat diperlukan di medan jihad. Namun apabila keluar dari medan itu, kita kembali menjadi hamba yang penuh dengan kasih dan chenta.
Bukankah seorang dai'e itu singa di siang hari dan rahib pada malam harinya?
Andai sifat-sifat sombong dan angkuh yang hanya sesuai di medan jihad, terbawa-bawa dalam kehidupan sehari-hari, maka ia akan tumbuh menjadi al-kibr. Dan apakah al-Kibr itu..?
"Al-kibr (kesombongan) adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia."
[Hadith Riwayat Muslim]
Dan sejauh manakah seriyesnya sifat al-kibr ini..?
"Tidak akan masuk sorga barangsiapa yang terdapat dalam hatinya al-kibr walau sebesar zarrah sekalipon."
[Hadith Riwayat Muslim]
Boleh hulurkan tisu..? Ada habuk masuk mata.
Awas! Sindrom abam taff main ragbi dalam tarbiyah dan dakwah ini bukan sahaja boleh membinasakan diri, malah akan menyebabkan sasaran dakwah kita juga lari menyelamatkan diri.
"Ish tak mahulah aku usrah dengan kakak tu. Kerek seh. Setiap kali orang bagi pandangan, dia potong. Setiap kali ada orang nak beri pendapat, ada je hujah balas dia. Tak best langsung!"
"Ana bukan apa akhi, tapi.. Uhmmm.. Kalau boleh tak mahulah si Ichihara Koizumi tu jadi mas'ul untuk program kita ni. Dia tu.. Uhmm.. Susah sikitlah nak bawa berbincang. Asyik-asyik dia je nak menang. Asyik-asyik, dia je betul. Susahlah nanti..."
"Eleh pigidaaahh...! Nak suruh orang merendah diri konon..! Cermin diri tu dulu la woii..! Dia tu, angkuh, sombong! Takde qudwah langsung! Puiiii!"
"Saya pon dah tak tahu nak tegur dia macam mana. Dah macam-macam cara dah saya cuba, masih tak berjaya. Setiap kali saya tegur, dia kata saya jeles. Setiap kali saya nasihati, dia kata saya dengki. Adoii, andalah pula yang tegur!"
"Gua menyampah betul dengan si Umbelele Wakawoomba tu. Dia ingat dia sorang je ke yang reti berdakwah, buat tarbiyah..? Orang lain buat semua salah. Cara dia je yang betul! Dah, buatlah dakwah sorang-sorang..!"
Uhm uhm.
Nah, bagaimana..?
"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."
[Luqman, 31:18]
Tunduk malu, nanges laju.
Sifat angkuh, sombong, sukar ditegur, tidak mahu beralah dan ego dalam tarbiyah dan dakwah ini benar-benar merugikan kita. Maka sewajibnya kita mengubah diri kita, agar tidak menjadi fitnah kepada perjuangan ini.
Hanya Allah yang berhak untuk bersifat dengan angkuh dan sombong. Kita hanyalah seorang hamba hina, biasa-biasa yang tidak punya apa-apa. Siapalah kita untuk berlagak angkuh, menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain..? Siapalah kita, untuk cepat menggelabah tak senang duduk apabila ada yang menegur? Siapalah kita, untuk melenting dan marah-marah, emo tak tentu pasal apabila ada yang tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan kita?
Allahu rabbi.
Tenang, kool dan berakhlak mulia, dan ayuh kembali kepadaNya! Senyum. [Kredit] |
Ayuh jadi seorang pemain ragbi yang gagah dan berani di atas padang, tetapi seorang manusia yang penuh dengan kerendahan hati dan diri di luar padang. Ayuh jadi seorang pemain ragbi yang garang dan bengis apabila perlu, namun lembut dan penuh kesopanan dan kesantunan ala-ala anak dara pingitan nak tumpang lalu depan orang tua di waktu yang lainnya. Dan ayuh menjadi seorang pemain ragbi yang tidak mudah mengaku kalah, bersungguh-sungguh mahu memenangi sesuatu perlawanan ketika pertandingan diadakan, namun mudah beralah dan tak banyak songeh apabila berukhuwwah dan bermuayasyah dengan ikhwah.
Kerana akhirnya, kita hanyalah seorang hamba.
Kerana akhirnya, sorga itu mahalnya.
Dan kerana akhirnya, kita mahu melihat wajahNya dengan penuh redha.
Huaaarrggghhhhh gaya pemain ragbi yang teruja nak masuk sorga. Eh.
-gabbana-
Artikel ini berbeza sedikit dengan artikel yang saya tulis pada awalnya (yang kemudiannya terpadam secara tiba-tiba). Inshaa Allah saya yakin besar hikmahnya.
Kepada abam-abam yang bermain ragbi di luar sana, maaf andai terasa. Memang itu pon tujuannya! Wahahaha.. Sambil menyelam minum air katanya.
Moga kita semua terus istiqamah dalam mujahadah kita memburu redha dan mengejar sorgaNya, biidznillah. Moga Allah redha. Senyum.
7 Caci Maki Puji Muji:
Aiwahh! *bawang masuk mata*
Teringat Nizam Khas yg ditubuhkan ISHAB bagi tujuan unik dan elite yg ahli2nya ditapis dan mmpunyai kekuatan rohani dan fizikal yg lebih baik. Namun akhirnya Ustaz Hasan Hudaibi melepaskan Nizam dari ikhwan kerana akhirnya NIzam khas ni tidak mencapai matlamat yg diingini. Sehingga akhirnya ISHAB sampai mengatakan 'mereka bukan Ikhwan dan mereka bukan muslim'.
Salah satu sebabnya adalah sindrom ini!
Disclaimer: Kalau salah jangan marah, saya ambil ini dari buku 'Aku dan IM' karangan Yusuf Qaradhawi.
nasib tak potong bawang<3
baru jadi mangsa kpd 'pemain ragi' yg ade sindrom ni..isy3, emo jap~
Jamal Abd Naser dulunya Nizam Khas Ikhwan
Sindrom abang Taff main Ragbi?
terasa sikit jer...tapi takpe hahahaha :D
Sekolah Bintang :)
Post a Comment