Ini Gila!
[Kredit] |
"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan, dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila."
[al-Qalam, 68:1-2]
Gila. Sewel. Tiga suku. Kurang siuman. Kepala ringan.
Nabi Muhammad SAW pernah dituduh gila. Dicaci kononnya dia adalah ahli sihir yang cuba memecahkan tali kekeluargaan dan persaudaraan sesama orang Arab Quraisy. Pernah juga dicela sebagai penyair yang cuba menyesatkan manusia dengan kata-katanya yang indah lagi mempesona.
Pelbagai tuduhan, cacian, tohmahan dan kejian dilemparkan kepada baginda, apabila baginda mula menyebarkan risalah Allah yang benar lagi agung itu kepada seluruh manusia. Adakah kerana baginda seorang yang berakhlak nista? Atau baginda seorang yang keji lagi tamak haloba? Atau baginda adalah seorang yang tidak terpecaya, yang kata-katanya penuh dengan dusta dan tipu daya..?
Tidak. Bahkan baginda adalah seorang manusia yang amat mulia lagi terpercaya, waima sebelum wahyu yang pertama turun lagi. Bukankah baginda digelar al-Amin oleh orang-orang Arab, dek budi pekertinya yang sungguh mulia lagi terpercaya? Malah, sehingga hari baginda mahu pergi berhijrah ke Madihah sekalipon, di sebalik cercaan, tohmahan, seksaan dan pemulauan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy terhadap baginda dan umat Islam, baginda masih lagi setia dan rela menyimpan harta-benda mereka di dalam rumahnya. Pergh memang epik dan sungguh tak tahu malu orang-orang kafir Quraisy itu.
Lantas apakah yang menyebabkan orang-orang kafir ini begitu tegar menentang Nabi? Sehingga dituduhnya baginda gila, penyair sewel dan ahli sihir kurang siuman..?
Ikuti kata-kata Abu Jahal dalam hal ini, seperti yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi:
"Wahai Muhammad... Kami tidak mendustakan dirimu. Tapi kami mendustakan apa yang engkau bawa!"
Ya, Nabi Muhammad dituduh gila bukanlah kerana dirinya atau akalnya. Tidak. Tetapi kerana risalah yang dibawanya itu benar-benar mencabar kedudukan dan kewujudan para pembesar kuffar Quraisy ketika itu, sehinggakan mereka secara sedar atau tidak, melihatnya sebagi ancaman besar yang perlu ditentang.
La ilaha ilallah. Kalimah agung itu, meski pendek, bernar-benar berkuasa dan berwibawa. Hanya mereka yang benar-benar memahami maksud kalimah ini sahaja yang dapat merasakan betapa haibat dan Super Saiyanya kalimah ini. Al-Haq yang terkandung di dalam kalimah itu benar-benar menyebabkan al-Batil, taghut dan konco-konconya tidak senang duduk dan mengalir-ngalir peluh besar mereka.
Maka tidak hairanlah, selain penentangan berbentuk fizikal seperti penyeksaan dan pemulauan, perang saraf yang lebih halus dan menggoncang keimanan seperti tuduhan gila, sewel, ahli sihir dan sebagainya itu, dilemparkan bertubi-tubi kepada ar-Rasul SAW dan para pengikut baginda.
Nah, sekarang ayuh kita kembali ke masa sekarang. Anda nampak persamaannya..?
Berapa ramai daripada kita, semenjak dilanggar Makcik Hidayah dan melompat masuk ke dalam gerabak tarbiyah, dituduh sebagai gila, tidak betul, kurang siuman, makhluk pelik dan sebagainya..? Oklah, mungkinlah tuduhan dan cercaan kepada kita tidaklah sekeras itu, tapi bau-baunya ada bukan..?
"Ish pelik dohh diorang tu. Tak gaul lelaki perempuan. Takde gelpren boipren. Tak faham aku. Macam mana nak enjoy hidup..? Kan Allah cipta lelaki perempuan untuk saling berkenalan..??"
Tersedak.
"Diorang tu ekstrem gile wehh. Kalau yang lelaki, main bola pon pakai seluar panjang. Malam-malam tak tidur buat apa entah, pagi-pagi jadi zombie. Kalau yang perempuan, pakai tudung DBKL; lagi labuh, lagi bagus! Hujung minggu tak reti dok rumah. Keluar aje memanjang. Ekstrem nak mati..!"
Jatuh kerusi.
"Geng-geng tu anti-sosial. Eksklusif sesama mereka je. Tak nak bergaul dengan orang ramai. Ingat diorang tu bagus sangat ke. Bajet dah konfem masuk sorga. Sudaaaahhlah. Hidup Melayu! Ok tetiba."
Guni beras hempap kepala.
"Aku rasa dia tu dah kena rasuk dengan jin Selat Melaka la. Drastik sangat perubahan dia tu! Dulu huhahuha jugak, layan rock kapak, lek lek lu isap okok lu. Skang ni.. Pergghh. Pakai jubah, serban bagai. Dah tak layan dah muzik-muzik ni. Ya hanana je! Aku rasa dia ikut ajaran sesat ahhh.."
Tersembur.
"Gila. Sumpah gila! Malam tak tidur. Pagi bangun awal. Malam keluar lagi, berbulatan apa tu? Bulatan sorga? Gila. Hujung minggu keluar lagi, ke sana ke mari, beri ceramah la, apa lah. Dia takde kehidupan ke..? Tak nak berseronok-seronok, rehat-rehat ke dengan keluarga semua..? Gila."
Ternganga.
Kan kan kan..? Pernah dengar kan..?
Walhal anda masih Fatimah Endut yang dahulu. Sedangkan anda masih lagi Mustafa Akhlaken yang sama. Anda masih lagi Sarimah Sopaat dan Surahbil Takoyama!
Jadi kenapa anda dituduh gila..? Mengapa anda dicerca sebagai ektrem dan anti-sosial? Mengapa anda disangka pelik dan berbau busuk..? Eh.
Kerana kalimah itu. Ya, la ilaha ilallah. Tiada Ilah melainkan Allah.
Apabila kalimah suci dan mulia itu mula meresap ke dalam segenap tubuh kita, memasuki setiap pembuluh darah yang melingkari jasad dan menjadi detik nadi kepada kehidupan kita, maka secara otomatiknya, kita akan merasakan perubahan yang tidak pernah kita alami dan rasakan sebelum ini.
Segala perlakuan dan peribadi kita kini hanya tertumpu pada meraih redhaNya. Setiap hari, bangkit dari tidur, tiada yang lain bermain di kepala kita selain untuk menyebarkan risalahNya yang agung. Setiap saat dan dan detik kita diberi peluang untuk bernafas lagi, kitaa manfaatkannya untuk melaksanakan tanggungjawab syahadatul haq kita itu.
Arakian tidak hairanlah orang di luar sana menggelarkan kita gila.
Dahulunya kitaa yang kaki perempuan dan kuat merokok, kini nak mentarbiyah dan berdakwah kepada masyarakat..? Ini gila!
Kita yang dahulunya amat kedekut tahi hidung masin tetapi boros berbelanja untuk diri sendiri, kini amat pemurah orangnya dan langsung tidak lokek untuk menginfaqkan wang untuk dakwah..? Ini gila!
Kita yang dahulunya nak baca aliif baa taa pon tersekat-sekat keluar keringat, namun kini boleh keluar dalil Quran dan kecek bahasa Arab siuu siuu siuuu macam peluru keluar lebat..? Ini gila!
Kita yang dahulunya kerja saban hari marathon movie, main DOTA tak ingat dunia dan karaoke tak kira siang atau malam, kini singa di siang hari dan rahib di tengah malam..? Ini gila!
Kita dahulu yang pendiam bisu dan tak peramah macam kera sumbang di hutan batu, kini berapi-api memberikan pengisan dan tak boleh tengok ikhwah melainkan mahu bercipiki cipika berchenta kerana Allah yang satu..? Ini gila!
Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..?
Kerana walaupon nama kita masih sama di kad pengenalan dan lesen memandu.. Meski misai dan janggut tetap misai dan janggut yang sama.. Walau kita masih suka minum sirap bandung cincau dan pakai kemeja berkotak-kotak..
Hakikatnya ruh kita tidak lagi sama. Kita bukan lagi Mikail Adli atau Sharifah Suhaila yang dahulu, bukan. Tetapi ruh la ilaha ilallah itu sudah merasuki, meresap ke dalam segenap penjuru dan inci tubuh badan kita.
Ya kita gila. Tapi bukan sebarang gila. Kita gila gila (Baca: Sungguh-sungguh, bukan gila-gila. Eheh.)
Gila gila nak berbulatan gembira! Gila gila nak tangkap mangsa baru. Gelak keji. Gila gila nak berkonferens riang. Gila gila nak kikis jahiliyyah dalam diri. Gila gila nak sebarkan kebenaran. Gila gila nak sampaikan perkongsian. Gila gila nak mentajmik (mengumpulkan) kader-kader baru. Gila gila nak menDF. Gila gila nak hafal Quran dan hadith. Gila gila nak belajar seerah. Gila gila nak infaq. Gila gila nak pergi Palestin. Gila gila nak masti syahid. Gila gila nak kejar sorga..!
Aaarrrrggh...! Bukankah itu satu kegilaan namanya...?? Ahah!
Seperti gilanya ABu Dzar al-Ghifari yang terus meluru ke Kaabah untuk menyatakan keIslamannya secara terbuka tanpa ragu-ragu!
Seperti gilanya Mus'ab bin 'Umair yang menegetuk setiap pintu di Madinah semata-mata mahu menyampaikan risalah Islam, agar tiada siapa pon yang tertinggal!
Seperti gilanya Sumayyah yang lebih rela ditombak dan disula, daripada menyatakan kekafirannya kembali ke agama nenek moyangnya!
Seperti gilanya para sahabat, yang baharu kehilangan ramai nyawa sahabat mereka yang terchenta dalam perang Uhud dan hampir-hampir sahaja kekalahan, terus kembali ke medan perang atas arahan Allah dan RasulNya!
Seperti gilanya Abu Bakr yang mahu memerangi sesiapa sahaja yang enggan membayar zakat ketika pemerintahannya sebagai khalifah!
Ya, ini suatu kegilaan!
Kerana apa..? Kerana kitalah, Arruhul Jadid fi Jasadil Ummah! Kitalah ruh baharu di dalam jasad ummah ini..!!
Maka jangan bersedih dan bergundah-gulana apabila ada orang yang mudah dan pantas mencerca kita pelik, mengata kita ekstrem dan menuduh kita gila.
Kerana sememangnya kita ini gila. Gila mengejar redhaNya dan gila nak masuk sorga...!
Wahahahahaha. Gelak menggila. Eh?
-gabbana-

"Sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah."
[al-An'am, 6:33]

"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan, dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.
...dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya."
[al-Qalam, 68:1-3]
Maka jangan bersedih dan bergundah-gulana apabila ada orang yang mudah dan pantas mencerca kita pelik, mengata kita ekstrem dan menuduh kita gila.
Kerana sememangnya kita ini gila. Gila mengejar redhaNya dan gila nak masuk sorga...!
Wahahahahaha. Gelak menggila. Eh?
-gabbana-
19 Caci Maki Puji Muji:
rse brsemangat ><
Alhamdulillah!
Tercari-cari post yg sebegini rupa. Benar,ramai yg pelik bila melihat kita seringkali sibuk mengalahkan menteri,namun hanya yg faham je yg tahu. Bukanlah sibuk mana pun, ada je masa nak makan,tapi pabila kewajipan terhadap Allah menjadi dominan drpd kehendak sendiri.Salam.
menDF maksudnya apa?
Ada sorang penceramah ni pernah cakap, "Kalau kegilaan itu boleh mengembalikan kegemilangan zaman Islam dahulu,maka gunakanlah kegilaan itu."
:)
menDF tu maksudnya menanggkap, menjerat, memerangkap dan yg sama waktu dgnnya, HOHO
Dakwah fardhiah kan?
Memang gila!
gugugu...
df.. dakwah scara individu.. jerat seorg demi seorg mangsa.. hua3...
TAKKK...SOOOB!!! bukan gila la..
Allahurobi..meremamg baca entry ni, bila agaknya sy nak jd gila2 mcm ni :(
yeah! jom jadi gila! (yg positif)
tlg mendf saye! sy nk berbolatan gumbira jgk..ade tak yg sudi kenenkan?
Jgn selalu/suka cakap yg berbaur negatif, such as gila....biasakan bertutur yang positif. May be utk kesan sound effect kot, tapi meremang dengar perkataan tu slalu.
hmm..kenapa post en gabanna selalu jer kena dgn situasi tarbiah di tempat saya. huhuhuhu. Allah Maha Perancang. T_T
Like!!!!!!!!!!!!!!!!!!
;D
teringin menjadi orang yang GILA GILA dalam D&T.... tapi akhlak susahnya nak jaga ..adoiii
Inche,post ini sngguh haibat :')
inche Gabbana tq..terkesan di hati paling dalam.
nanges!!!
tangkaplah saya!!
Post a Comment